Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, February 28, 2013

Menifesto Pakatan Pembangkang Jadi Bahan Lawak Jenaka Rakyat


Kau orang berdua ni memang TERBAIK!!

Wednesday, February 27, 2013

Altantuya ... Nik Aziz TERIMA PAKAI SUMPAH MUBAHALAH P.I. BALA ?




Kemunculan semula P.Balasubramaniam, individu yang mendakwa PM Najib Razak terlibat dalam kes Pembunuhan Altantuya dan kemudian menarik semula tuduhan beliau.

Menghilangkan diri seketika ke luar Negara .. Tiba2 muncul kembali petang semalam di KLIA disambut pimpinan PKR.

Kepulangan Bala turut disusuli dengan sumpah laknat menjunjung Kitab Agama Hindu Bhagavad Gita 'kembali' menuduh Najib terlibat di dalam kes pembunuhan Altantuya.

3 kali membuat kenyataan bercanggah. Dan semua ini berlaku secara drastik akibat terkejar2 kan bahang PRU13. Perancangan agak 'kelam kabut'. Mungkin Anwar Ibrahim tiada waktu untuk menantikan saat membolot kuasa menawan Putrajaya.


Jikalau benar 'strategi sumpah' ini sasaran paling tepat menyatakan kebenaran dan keadilan,mengapa Anwar sendiri menolak untuk bersumpah meyakinkan rakyat bahawa dirinya bukan individu yang terpapar menerusi Video Seks yang didedahkan satu ketika dahulu?

Oh.. itu fitnah jahat. Mudah sungguh mencipta persepsi.

Mungkin selepas ini Anwar bakal beri kejutan baru bersumpah menggunakan Kitab yang dijunjung Bala semalam.


Jika hendak bicara soal sumpah, Najib sendiri pernah bersumpah satu ketika dahulu dengan menegaskan tidak pernah mengenali apatah lagi terlibat dalam kes Pembunuhan AltantuyaSumpah Najib itu disebut mengikut tertib dengan melafazkan kalimah Wallahi... dengan rasa rendah diri pada Allah.. bertempat di Masjid Guar Perahu, Georgetown Pulau Pinang pada sekitar tahun 2009. TONTON VIDEO DI ATAS.

Sebagai individu berstatus Muslim, adakah Sumpah Najib dilihat 'jijik' jika dibandingkan dengan sumpah P. Bala semalam? 


Oh lupa ...

Fatwa PAS boleh 'mengemaskini' isu sumpah ini. Mungkin Nik Aziz bakal mengeluarkan fatwa selepas ini bahawa sumpah Bala lebih releven dari Najib. 


PENJAWAT AWAM LAKSANAKAN TUGAS HAKIKI ANDA



Jabatan Perkhidmatan Awam telah lama mengeluarkan pekeliling mengenai syarat-syarat kepada penjawat awam sekiranya mahu berpolitik. Antaranya, tidak mengganggu tugas-tugas rasmi dan dilakukan di luar waktu pejabat.

Memang ramai  penjawat awam yang terlibat dalam politik, tetapi mereka ini bukan terlibat secara langsung. Sekadar cakap berapi-rapi yang boleh diumpamakan sebagai agen propaganda parti politik yang berperanan menghasut.

Yang peliknya, penjawat-penjawat awam sama naik juga. Ada kalangan mereka sepanjang lapan jam waktu bertugas, menghentam majikan mereka itu dan ini. Ada dikalangan mereka tidak segan-segan mengaku diri mereka penyokong tegar parti pembangkang. Maka semua dasar dan apa saja yang dilakukan kerajaan untuk rakyat dipertikaikan, tapi bab-bab gaji, elaun, bonus serta kemudahan-kemudahan lain yang kerajaan beri kepada mereka, tidak pula dipersoalkan.

Namun apabila parti pembangkang yang mereka puja-puja itu mencadangkan bilangan penjawat awam dikurangkan kerana terlalu ramai, tidak menyumbang apa-apa kepada pembangunan ekonomi negara dan hanya pembaziran semata-mata, mereka hanya MEMBISU… tidak pula bangkit lantang menghentam.

Penjawat-penjawat awam harus sedar yang mereka telah ‘menanda-tangani akujanji’. Justeru buat saja tugas hakiki kerana mereka dibayar gaji untuk melaksanakan kerja. Bila tiba masanya untuk memangkah nanti…pilih lah mana yang layak, mana yang banyak memberi manfaat kepada kita, anak-anak kita dan juga Negara kita yang tercinta ini.

PANAS: MELAYU DIKESAN BANTU GEREJA UNTUK JATUHKAN KERAJAAN



AKU DAPAT BERITA BAHAWA SATU NGO KRISTIAN, ACTION NETWORK DAN CATHOLIC GRADUATES MOVEMENT OF MALAYSIA AKAN MENGADAKAN CERAMAH POLITIK BERTAJUK PREPARATION FOR ELECTIONS PADA 3/3/13 BERTEMPAT DI DEWAN GEREJA ST PETER MELAKA.

NGO INI PANGGIL DUA ORANG INDIVIDU MELAYU UNTUK BERI CERAMAH BERKENAAN DENGAN TAJUK DI ATAS. DUA PENCERAMAH YANG DIJEMPUT OLEH MEREKA ADALAH SEPERTI DI BAWAH:





SEJAK BILA GEREJA MAIN POLITIK NI???
KENAPA GUNA GEREJA UNTUK BUAT CERAMAH POLITIK??
KENAPA GUNA KHIDMAT PENCERAMAH MELAYU INI??
APA HUBUNGKAIT PENCERAMAH MELAYU INI DENGAN NGO INI??
APA HUBUNGKAIT PENCERAMAH MELAYU INI DENGAN GEREJA??
KENAPA PENCERAMAH MELAYU INI SANGGUP BERCERAMAH POLITIK DALAN GEREJA??
DAN YANG PALING PENTING, UNTUK SIAPA KEDUA-DUA PENCERAMAH INI BERKERJA???
JANGAN MAIN GILA DENGAN ORANG MELAKA!!!


PERKEMBANGAN PENCEROBOH DI LAHAD DATU SABAH


PDRM memutuskan untuk bertindak berlandaskan undang-undang negara selepas mengambil kira pelbagai faktor bagi merungkai isu pencerobohan warga Filipina yang mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Tindakan  undang-undang berkaitan akan digunakan untuk mendakwa mereka yang kini dalam kepungan pasukan keselamatan bagi memastikan tiada yang terlepas keluar dan tiada kemasukan orang yang tidak berkenaan ke kawasan itu. Mereka adalah orang luar yang datang ke negara kita dan mencabuli undang-undang dan kedaultan negara. Pasukan keselamatan akan menggunakan pendekatan yang bersesuaian dan tidak akan berkrompomi terhadap isu pencerobohan ke atas negara ini bagi menjamin dan mempertahankan kedaulatan tanah air.

Media melaporkan berlaku perbalahan diantara penceroboh sehingga mengakibatkan dua kematian di kawasan itu namun perkara masih belum dapat dipastikan. PDRM menjelaskan mendengar bunyi tembakan dari kawasan penceroboh namun pengesahan samada tembakan yang dilepaskan ke atas binatang atau amaran dari kumpulan penceroboh masih belum dapat dipastikan.

Media Sabahkini.Net melaporkan maklumat tidak rasmi menyatakan bahawa dua daripada 100 orang penceroboh warga Filipina telah ditembak mati. Kematian mereka bukan disebabkan tembakan pihak berkuasa Malaysia, sebaliknya bergaduh sesama sendiri kerana kehabisan bekalan makanan dan berselisih pendapat. Kematian dua penceroboh itu akan menyebabkan keadaan tegang sebelum ini mungkin akan reda kerana sebahagian besar anggota tentera Sultan Sulu ingin pulang secara aman selagi diberikan ruang dan peluang oleh Kerajaan Malaysia. Dua mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Haji Musa dan Majid. Menurut sumber, beliau dan saksi lain mendengar antara enam hingga 10 bunyi tembakan; namun jumlah sebenar kematian dan kecederaan belum dapat disahkan.

BRP Tagbanua AT 296
Media Filipina turut melaporkan Tentera Laut Filipina telah menghantar kapalnya ke perairan Malaysia untuk mengambil penceroboh beredar dari perairan Malaysia. Kapal Tentera Laut Filipina BRP Tagbanua (AT-296), belayar dari Bongao, Tawi-Tawi ke perairan Malaysia pada hari ahad yang lalu. Kerajaan Filipina juga menggesa mereka segera menaiki kapal dan pulang ke tanah air. Turut berada di atas  kapal berkenaan ialah pemimpin Islam-Filipino, sukarelawan dan petugas perubatan.


Insiden pergaduhan sesama sendiri dan saling berbunuhan dipercayai menyebabkan kumpulan penceroboh ini semakin tertekan. Berkemungkinan mereka juga tertipu dengan dakyah ketua penceroboh tersebut yang mendakwa Sabah adalah milik mereka. Taktik psikologi yang digunakan pasukan keselamatan keatas kumpulan penceroboh kini membuahkan hasil. Admin menjangkakan perkara ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat tanpa pertumpahan darahAmaran kepada kumpulan penceroboh.. Jangan cuba untuk mencabul kedaulatan negara Malaysia.

Tuesday, February 26, 2013

Kesultanan Sulu: SIAPAKAH PENCEROBOH DI LAHAD DATU?

Kesultanan Sulu: SIAPAKAH PENCEROBOH DI LAHAD DATU?:   Sultan Jamalul Kiram III (duduk), Sultan Esmail Kiram II (bersongkok kelabu). Mereka ni adalah anak-anak Datu Punjungan Kiram yang meng...

Monday, February 25, 2013

ZULKIFLI NORDIN MENGAMUK!!


YB Datuk Zulkifli Noordin berkata dwi keputusan Pas berhubung kalimah Allah membuktikan parti itu sanggup memperdagangkan kalimah itu semata-mata untuk mendapat undi bagi merealisasikan cita-cita mereka ke Putrajaya.

“Mereka jual kalimah Allah hanya kerana nak undi. Mereka jual kalimah Allah hanya kerana nak menang kerusi. Mereka jual kalimah Allah hanya kerana nak Putrajaya.

“Kerana dunia yang sedikit mereka jual agama mereka,”katanya dalam ceramah memperkasakan akidah anjuran Sekretariat Jom Tolak Pakatan di Seksyen 9 di Shah Alam, 22 Februari.
Apabila kuasa mengaburi minda, memadam akidah, agama digadai, maruah dijual, semuanya kerana undi semata-mata. Nauzubillahiminzalik.



MARI LAYAN VIDEO > PENERIMA BR1M = HAIWAN ... SIAPA YANG HAIWAN NI, NIK AZIZ OII !??



Jom kita pakat-pakat ajak kawan2 layan video BR1M = HAIWAN seperti yang Nik Aziz UMPAMAKAN kepada para penerima tuuu ... 
Layan video yang kawan kita bikin ni sampai habis, barulah kita sedar, Nik Aziz tujukan HAIWAN tu kepada puaknya sendiri rupanya! ... Tapi, mungkin sebab malu nak sebut puaknya macam HAIWAN, maka disebutlah penerima BR1M itu UMPAMA HAIWAN Ayam Itik Lembu ... Apapun, UMNO jugak yang kena ....  Nyanyok dah orang tua ni ! 
(Sila klik 2x utk besarkan saiz full screen video untuk paparan lebih jelas)

Apa Jasa Mazlan Aliman Dan ANAK Pada Warga Felda?


                                                  

Siapa yang tidak kenal dengan Mazlan Aliman di negara ini. Rakyat Malaysia, khususnya warga Felda memang selalu dengar namanya memandangkan dia sering mendapat “sambutan hangat” dari para peneroka di gugusan tanah-tanah rancangan Felda.
 
Di dalam PAS di peringkat negeri, Mazlan Aliman merupakan Ketua Penerangan PAS Johor dan di peringkat kebangsaan pula dia yang merupakan antara salah seorang generasi kedua Felda menjawat jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.
 
Mazlan Aliman pernah bertanding sebagai calon PAS sejak tahun 1999 sehingga PRU edisi ke-12 di mana dia kalah teruk di dalam semua pertandingan merebut kerusi DUN mahupun Parlimen.
 
Menyedari dirinya yang telah di“TKO”kan calon BN dan nak sangat menang, dia sentiasa mencari jalan untuk memenangkan dirinya di dalam pilihanraya dan mungkin “syaitan” datang memberi “wahyu” padanya untuk memberi fokus menghuru-harakan Felda dan para peneroka.
 
Menurut maklumat, dia dewasa di Felda Bukit Ramun di Kulai, Johor. Ibubapanya adalah salah seorang peneroka di tanah rancangan itu. Khabarnya dia pernah masuk Universiti Pertanian Malaysia (UPM), tapi tak tahulah dia masuk ke situ sebagai pelajar atau tukang kebun…
 
Berbekalkan cita-cita politiknya yang tinggi, dia memilih untuk menghuru-harakan Felda yang telah banyak berjasa pada ibubapa, keluarga dan dirinya sendiri. Mungkin pada Mazlan, biarlah terkenal sebagai orang yang tidak mengenang budi, tapi berjaya menjadi YB.
 
Sejak itu, boleh dikatakan setiap hari dia buat bising mengenai Felda. Itu tidak kena, ini tidak betul, seolah-olah dia seorang saja yang betul. Pendek kata, Felda semuanya buruk dan yang baik itu semuanya Mazlan Aliman saja…
mazlan pengacau
Mazlan Aliman berjaya mengorak langkah dengan menubuhkan sebuah NGO, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dan ia digunakan sepenuhnya untuk “menabur racun di perdu pokok kelapa sawit” di tanah-tanah rancangan Felda.
 
Hasil dari usaha gigihnya “menabur racun”, dia telah berjaya mengumpul lebih kurang 1,000 orang ahli dari 112,635 orang peneroka dan kira-kira 1.6 juta anak peneroka Felda. Agak-agak berapa peratus warga Felda yang berjaya “diracun” Mazlan Aliman?
 
Macam-macam “racun” yang Mazlan Aliman gunakan dan “racun” yang paling hebat ialah ketika dia menyerang penyenaraian saham Felda Global Ventures (FGV) di Bursa Malaysia. Macam-macam kaedah yang digunakan untuk “menabur racun”, termasuk mengheret Felda ke mahkamah.
 
Terkini, khabarnya Mazlan Aliman setiap hari akan meneliti pasaran saham di Bursa Malaysia. Kalau saham naik, dia akan “period” dan “malas bercakap”. Tapi kalau saham jatuh, dialah yang paling gembira sampai panggil wartawan buat sidang media!
 
Persoalannya, sepanjang perjuangan Mazlan Aliman sebagai anak Felda, apakah sumbangan yang pernah dia sumbangkan kepada warga peneroka? Bermula dari peneroka asal hinggalah yang generasi ketujuh Felda, apa jasa Mazlan pada mereka? Ada?
 
Ada atau tidak jasa Mazlan Aliman terhadap warga Felda dari sudut kemajuan pendidikan, sukan, ekonomi, sosial dan agama? Kalau ceramah politik mungkin Mazlan Aliman pandailah selit-selit menjual ayat Al-Quran sekerat-sekerat, kan? Itupun matanya sebok merenung karung derma yang diedarkan pada mereka yang cuba “diracun”, kan?
mazlan kena halau

Ada Mazlan Aliman usahakan “durian runtuh” untuk para peneroka? Ada dia sedekahkan saham percuma tanpa risiko pada peneroka? Ada dia taja kelab bolasepak seperti Felda United? Ada dia tubuhkan universiti? Rasanya pusat tuisyen percuma pun dia tak ada…
 
Begitulah perihal perangai Mazlan Aliman. Tak habis-habis nak porak-perandakan Felda dan kepentingan syarikat GLC itu. Semua gerakannya boleh dikatakan bermotifkan politik. Maklumlah, mungkin teringin benar dia nak jadi YB.
 
Hakikatnya kini warga Felda sudah jauh meninggalkan Mazlan Aliman dan ANAK. Bukan saja dari sudut ekonomi yang sudah melangkah ke persada antarabangsa, malah anak-anak Felda sudah menongkah dari benua ke benua mengharumkan nama Felda.
 
Masyarakat antarabangsa kini mengiktiraf Felda sebagai salah sebuah syarikat berasaskan pertanian terbesar dan “major key player” di peringkat dunia. Anak Felda kini sedang mendaki Everest. Felda United semakin garang di padang dan anak-anak peneroka semakin maju ke hadapan.
 
Tapi Mazlan masih lagi ditakuk lama. Masih lagi dengan “racun” lama yang sudah “expired”. Padanlah Mazlan Aliman kerap dihalau para peneroka dan warga Felda setiap kali dia nak masuk ke tanah rancangan. Hairan, tak malukah dia jadi terkenal sebagai “pengacau keamanan Felda”?

credit utk :bloger cili api

Sunday, February 24, 2013

VIDEO YANG TIDAK SANGGUP DITONTON OLEH NIK AZIZ DAN HADI AWANG


                                             
                                                                         

Selamat Menonton .... zessssssz!!!

credit : channel youtube mahaguru58

TERBARU INSIDEN LAHAD DATU


Akhbar The Manila Times Sahkan @Anwaribrahim Terlibat Insiden 

Lahad Datu


ini bukti yang sukar ditolak sesiapa..minta satu je, tolong sebarkannya.

Sumber

2 PEMIMPIN ISLAM YANG DITIPU PULUHAN TAHUN, AKHIRNYA ALLAH KESIAN DAN BUKA JALAN KELUAR

Sebenarnya manusia yang dahagakan islam mudah ditipu dengan gaya dan rupa bentuk islam yang dipamerkan oleh sesebuah pergerakan yang kononnya memperjuangkan islam. Itulah yang berlaku kepada 2 pemimpin islam yang selama ini bergerak atas platform yang dikatakan bercita-cita tegakkan syiar islam.Dua orang ini ialah satu dari PAS, Datuk Dr Hassan Ali yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan satu lagi dari Jemaah Tabligh, Prof Dr Nasoha Saabin yang merupakan bekas Ketua Tabligh, Syura Jemaah Tabligh Malaysia.

Mereka berdua ini antara insan yang selama ini tertipu dengan manusia yang bertopengkan agama dan disangka ikhlas mahu tegakkan syiar islam walhal sebaliknya berlaku.


Sepanjang menjadi Syura Jemaah Tabligh Malaysia selama 30 tahun, Prof Dr Nasoha gigih bangunkan usaha jemaah tabligh di Malaysia sejak kepulangan beliau setelah tamat pengajian di Universiti Melbourne, Australia pada tahun 1980. Kegigihan beliau dalam bangunkan usaha dakwah atas platform Jemaah Tabligh kepada orang-orang islam di Malaysia mendapat tentangan hebat dari pemimpin Jemaah Tabligh India setelah kematian Ketua Jemaah Tabligh Dunia, Maulana Inamul Hassan rah.

Pada tahun 2008, apabila beliau mulakan dakwah kepada orang bukan islam di sekitar Kuala Lumpur beliau mendapat kecaman lebih hebat lagi dari semua pemimpin Jemaah Tabligh terutamanya dari pemimpin Jemaah Tabligh dari India. Satu peristiwa berlaku pada tahun awal 2009 di perhimpunan tahunan terbesar di Tongi, Bangladesh dimana beliau telah dikelilingi oleh hampir 30 ulama Jemaah Tabligh. Kesemua mereka menggesa Prof Dr Nasoha berhenti dari menjalankan dakwah kepada orang bukan islam dan mereka bersepakat menarik jawatan dan tidak membenarkan beliau berceramah dalam semua perhimpunan Jemaah Tabligh di Malaysia termasuk di markas tabligh Malaysia di Sri Petaling.

Prof Dr Nasoha tidak sanggup tinggalkan usaha dakwah kepada bukan islam kerana selama 30 tahun beliau dalam Jemaah Tabligh, usaha inilah yang beliau cari dan merayu kepada Allah agar dimulakan kembali setelah semua orang islam tinggalkan dakwah kepada orang bukan islam secara ijtamie(berjemaah di setiap masjid) seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw dan sahabatnya di Masjid Madinah.

Oleh kerana beliau tidak sanggup tinggalkan usaha dakwah kepada bukan islam, beliau sanggup hilang jawatan dalam Jemaah Tabligh dan tinggalkan Jemaah Tabligh Malaysia pada Julai 2009. Dengan peristiwa itu, barulah beliau sedar bahawa pemimpin Jemaah Tabligh selama ini menipu umat islam seluruh dunia bahawa mereka jemaah dakwah buktinya tidak mahu buat perintah Allah yang paling utama iaitu dakwah manusia kepada Allah, yang bukan islam diajak kepada islam dan yang sudah islam diajak jalankan kerja dakwah seperti apa yang Nabi Muhammad saw dan sahabat lakukan. Jemaah Tabligh hanya berminat untuk tambah ahli dan berbangga dengan ahlinya yang ramai yang mencecah jutaan orang di seluruh dunia


Sama juga apa yang berlaku pada Datuk Dr Hassan Ali, beliau ditentang hebat oleh pemimpin PAS sendiri apabila beliau berusaha membawa PAS kembali ke landasan yang betul setelah banyak tindakan PAS yang menunjukkan telah memberi kepatuhan dan ketaatan sepenuhnya kepada DAP yang menentang syiar islam ditegakkan di negara ini. Kerana beliau membongkar pemurtadan orang islam di DUMC beliau ditentang oleh pemimpin PAS. Kerana beliau menentang penjualan arak di Shah Alam, beliau ditentang oleh pemimpin PAS habis-habisan. Setiap tindakan beliau yang menegakkan syiar islam beliau dikecam dan dibenci sehinggalah apabila beliau menolak himpunan 901 semasa keputusan perbicaraan kes liwat Anwar baru-baru ini, beliau telah dibuang dari PAS.

Sebenarnya wahai Prof Dr Nasoha Saabin dan Datuk Dr Hassan Ali, bukan kamu dibuang sebenarnya tetapi kamu diselamatkan oleh Allah swt dari pergerakan islam yang menipu ribuan dan jutaan umat islam selama ini. Berapa banyak Jemaah Tabligh dan PAS mencetus porak poranda dalam masyarakat Islam.


ANWAR CUBA MENCETUS KONFLIK DI LAHAD DATU !



Dalam hampir dua minggu ini kita dikejutkan dengan peristiwa bilamana sekumpulan lelaki bersenjata yang mendakwa mewakili Sultan Sulu mendarat di Lahad Datu, Sabah dan bertindak menetap serta meminta agar Sabah dipulangkan kepada Kesultanan Sulu. 

Apabila kerajaan Filipina memeterai perjanjian damai dengan umat Islam di selatan negara berkenaan melalui Perjanjian Rangka Kerja Bangsamoro, umat Islam di Filipina menganggap ini sebagai jalan ke hadapan selepas berdekad menghadapi kebuntuan dalam krisis dengan Kerajaan Filipina. Rangka kerja ini membolehkan penciptaan entiti tunggal dan autonomi dipanggil Bangsamoro menggantikan Wilayah Autonomi Islam Mindanao.

Perjanjian rangka kerja itu telah ditandatangani di Istana Malacanang pada 15 Oktober 2012 dalam kehadiran Presiden Beningno Aquino III dari Filipina; Al Haj Murad Ebrahim, Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro; Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia; dan Ekmeleddin Ihsanoglu , Setiausaha Agung Pertubuhan Negara-Negara Islam. Sebaliknya, pemimpin yang tidak hadir di dalam upacara bersejarah berkenaan adalah pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MILF), Nur Misuari.

Nur Misuari telah menganggap bahawa perjanjian itu tidak relevan dan beliau mendakwa ianya telah diciplak oleh Presiden Aquino dan DS Najib Razak. MILF adalah kumpulan pemisahan yang merupakan sebahagian tulang belakang MNLF pada tahun 1970-an. Percanggahan pendapat dalam cara Nur Misuari mengendalikan isu-isu telah membawa kepada kumpulan berkenaan terpisah jauh. Turut tidak hadir ialah Sultan Sulu. Pengasingan dan pemencilan Sultan Sulu berkenaan mungkin merupakan punca kepada krisis di Lahad Datu.

Sultan Sulu sendiri telah mengaku menghantar kira-kira 400 lelaki menyeberang laut ke Sabah, kerana beliau melihat perjanjian yang dimeterai tidak berperanan di dalam peningkatkan kehidupan Bangsamoro. Tambahan lagi, beliau sendiri turut tidak mempunyai sebarang peranan. Manakala Nur Misuari pula diketahui umum sebagai penyokong kuat Sultan Sulu.

Mengapa Sultan terasing dalam proses damai bangsa Moro? Ianya mudah. Terdapat sepuluh orang yang mendakwa menduduki takhta. Kerajaan Filipina tidak boleh berurusan dengan sepuluh Sultan yang berbeza dengan sepuluh idea yang berbeza asas mengenai bagaimana untuk membawa keamanan dan pembangunan kepada Bangsamoro. Nur Misuari sendiri tidak menghadiri majlis menandatangani perjanjian berkenaan kerana dia takut sekiranya terdapat waran berterusan dikeluarkan untuk menangkap beliau kerana melancarkan perang terhadap kerajaan Filipina.

Nur Misuari dilihat mengambil kesempatan ke atas isu ini. Nur Misuari dengan segera mengancam Kerajaan Malaysia dengan berkata “Jika setitik darah tumpah maka kita akan terpaksa untuk datang untuk membantu mereka.” Nur Misuari juga berkata yang berikut, “Ini harus dikendalikan oleh ketua yang berfikiran terbuka … bahawa ia juga akan menjadi baik untuk menunggu pilihan raya umum untuk melihat siapa yang akan menjadi Perdana Menteri (Malaysia) yang baru.”

Apakah yang tersirat disebalik kata-kata Nur Misuari itu? Tiada lain dan tidak bukan adalah disebabkan oleh kawan lama beliau, Anwar Ibrahim. Reuters melaporkan dan telah disahkan oleh sumber tentera Filipina bahawa Anwar Ibrahim telah ke luar negara untuk bertemu dengan Nur Misuari bagi membincangkan tuntutan tanah di Sabah, beberapa bulan sebelum kejadian di Lahad Datu berlaku. Anwar telah menafikan sekeras-kerasnya ini, tetapi gambar di atas menunjukkan sebaliknya.

Kerajaan Filipina telah menghantar enam kapal tentera laut untuk menghentikan orang dari rantau Moro dari memasuki perairan Malaysia. Walaupun kerajaan Malaysia mempunyai kelebihan dari segi kawalan dan kemudahan senjata api untuk menamatkan krisis ini, mungkin jalan damai adalah yang terbaik bagi semua pihak iaitu Bangsamoro, kerajaan Filipina serta Malaysia, untuk tidak membenarkan apa-apa untuk menjejaskan perjanjian yang ditandatangani yang masih dalam peringkat awal.

Sementara Kerajaan berusaha dengan diplomatik untuk menyelesaikan isu ini, kedua-dua kerajaan perlu mendapatkan sebab musabab sehingga ke akar umbi peranan yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim dalam memudahkan atau menyebabkan kejadian ini berlaku. Ianya tidak akan berlaku kalau tidak ada peranan dari orang dalam. Isu Sabah terlalu dekat dengan Anwar Ibrahim kerana beliau mengimpikan sokongan Rakyat Sabah bagi menyokongnya di dalam PRU13. Namun kita masih tidak tahu apa agenda besar Anwar Ibrahim melakukan ini semua. Soalan ini masih menjadi tanda tanya.

SUMBER ONE KOTA BELUD .

Saturday, February 23, 2013

Info Terbaru Tentera Sulu di Lahad Datu cc Menteri @Zahid_Hamidi




Berita terkini penceroboh2 tersebut berikrar tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka, mereka tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun mereka dikepung oleh pasukan keselamatan.


                                                                              

Forum Pertahanan Tempatan PANGGILANPERTIWI.MY telah membuat poll mengenai insiden ini di FB. Kawan2 boleh baca di FB mereka di FB PANGGILAN PERTIWI .. semoga bahang panas kita semua akan berkurangan.

Friday, February 22, 2013

PAKATAN PENIPU - MENIPU


                              
Talam Corporations atau nama barunya Trinity Corporations terus hidup senang lenang apabila Kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Khalid Ibrahim mengambilalih segala hutang piutangnya dan kemudian membuat lebihan bayaran lebih RM100 juta. Apabila rakyat Selangor mulai bising, Khalid Ibrahim kata Kertas Putih akan dikeluarkan. Sehingga sekarang, jangankan kertas putih, kertas A4 pun tak nampak lagi dan tidak mungkin akan nampak sebab Khalid Ibrahim serta Pakatan Haram berasakan rakyat Selangor sudah lupa.


Kini muncul pula pengambilalihan hutang UNISEL dengan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan asrama kepada para pelajar UNISEL. Di sebalik pendidikan percuma yang dilaung-laungkan, akhirnya yang diperlukan oleh UNISEL untuk menjelaskan semua hutang-hutangnya serta membiayai perjalanan kos operasinya adalah daripada PTPTN, skim pinjaman yang amat dibenci oleh Pakatan Haram.

Sebelum rakyat kembali mempersoalkan Kerajaan Selangor yang gagal menyalurkan dana dan geran kepada UNISEL sehingga universiti milik Kerajaan Selangor itu bagaikan mayat yang sedang mereput, Khalid Gagap mendahului dengan cerita konon-kononnya Kerajaan Negeri Selangor akan mengambilalih segala hutang piutang UNISEL urus asrama dengan syarikat berkenaan.

Sekali lagi Khalid Gagap menuturkan janji. Ribuan pelajar baru UNISEL tidak dapat memasuki asrama setelah UNISEL gagal menjelaskan hutang dengan syarikat pengurusan asrama dan Khalid Ibrahim berasakan, ini peluang untuk dia mencipta nama sekalipun Khalid Ibrahim juga sedar, dia dan Kerajaan Negeri Selangor tidak akan mampu menyelesaikan masalah tersebut.

Ia seperti kisah kemelut Kerajaan Negeri Selangor dengan SYABAS. PKR semasa berkempen PRU12 berjanji dalam manifesto, akan memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada rakyat Selangor. Beberapa bulan selepas kemenangan, PKR dan Pakatan Haram langsung tidak kelihatan hendak menunaikan janji berkenaan kerana sedar, untuk menunaikan janji, Kerajaan Negeri Selangor perlu menanggung subsidi atau berhutang dengan SYABAS. Faedah daripada penswastaan bekalan air terawat tidak diperolehi, sebaliknya  Selangor pula yang terpaksa berhutang berbaris.

Tidak mampu membayar hutang dan tuntutan SYABAS kepada Kerajaan Selangor yang dibuat menerusi tindakan undang-undang menyebabkan Pakatan Haram dan PKR menjalankan kempen mengambilalih pengurusan air dari SYABAS. Bahkan kebelakangan ini pula, apabila hutang Kerajaan Selangor dengan SYABAS sudah meningkat lebih RM1 bilion, Khalid memerintahkan agar Pengerusi SYABAS meletak jawatan dan Kerajaan Negeri  akan mengambilalih SYABAS dalam tempoh 14 hari.

Apabila dia sendiri berhutang, dalam masa sama bimbang rakyat Selangor terutama penyokong sendiri mulai sedar akan kemusnahan yang dilakukan oleh mereka (Pakatan Haram) sepanjang mereka berkuasa di Selangor selepas PRU12, maka cerita pengambilalihan menjadi cerita standard dan stereotaip kepada Khalid Gagap.

Mana ada hukum dalam apa-apa bidang, pihak yang siberhutang boleh mengambilalih pemberi hutang, kecuali di Selangor! Pelik sangat-sangat.

Alasan paling bangang yang diberikan oleh Khalid Gagap bagi mewajarkan tindakan baculnya itu ialah, RAKYAT, walhal Pakatan Haram tidak pernah bertindak bijak untuk rakyat Selangor pun, melainkan untuk mendapat publisiti serta promosi Pakatan Haram.

Apa yang tidak di’rakyat’kan oleh Pakatan Haram untuk menunjukkan konon-kononnya mereka lebih baik daripada Kerajaan UMNO-BN? Merakyatkan ekonomi, sedangkan bukan ekonomi dirakyatkan, sebaliknya rakyat yang perlu tutup mata dan pekup mulut melihat kroni-kroni serta syarikat-syarikat pembiaya dana pilihanraya, khususnya untuk PKR dan DAP mengaut keuntungan besar daripada hasil bumi Selangor.

Bantuan segala macam untuk semua peringkat, masih lagi kekal melekat dalam Manifesto Pakatan Rakyat 2008 tanpa ditunaikan dengan bersungguh-sungguh. Kalau ditunaikan pun, cukup sekadar untuk mendapat publisiti dan penyebarannya di media sendiri. Keluarkan modal untuk dua tiga orang penyokong terpilih, kemudian uar-uarkan seolah-olah bantuan berkenaan diperolehi oleh semua rakyat Selangor.

Kes yang sama dilakukan dalam masalah UNISEL ini… tetapi sesuatu yang tidak mungkin disedari oleh Khalid Gagap dan Pakatan Haram Selangor ialah, mereka sudah mula menjilat ludah dan kahak sendiri apabila secara terbuka menyatakan, pembiayaan kos operasi UNISEL datangnya daripada yuran pengajian pelajar-pelajar baru. Dan yuran pengajian pelajar-pelajar baru pula hampir 99% datangnya dari PTPTN…

Kalau PTPTN dimansuhkan sebagaimana yang mereka inginkan, agak-agaknya apa nasib UNISEL sekarang?

Dari Sumber

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.