Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, August 31, 2013

Video ; Wanita Berbaju Kurung Minum Arak Sambut Merdeka..Memalukan# VIDEO INSIDE.



Sebuah pusat hiburan dangdut terkenal di Jalan Dewan Sultan Sulaiman Kuala Lumpur telah diserbu oleh Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Agama Islam (JAWI), awal pagi semalam.

Sungguh memalukan apabila diperiksa didapati Dua (2) orang wanita muslim berbaju kurung disyaki meminum minuman keras.




Baca seterusnya di di sini


Media :: Press Release NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR DISEBABKAN HENTITUGAS TIDAK BERJADUAL LOJI RAWATAN AIR (LRA) SUNGAI SELANGOR FASA 1 (SSP1), FASA 2 (SSP2), FASA 3 (SSP3) DAN RANTAU PANJANG


Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa operator loji bagi pihak Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan Rantau Panjang iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) dan operator loji bagi LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) dan LRA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) iaitu Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) telah mengesan pencemaran air di Sungai Selangor disebabkan tumpahan minyak diesel terletak di hulu sungai muka sauk air mentah loji-loji rawatan air berkenaan. Tumpahan minyak diesel ini telah dikesan oleh operator loji berkenaan sekitar jam 8.00 pagi, 30 Ogos 2013 dan ekoran daripada itu, kedua-kedua operator loji berkenaan telah menghentitugas keempat-empat loji rawatan berkenaan di antara jam 8.00 hingga 9.00 pagi ini. Pihak operator loji berkenaan memaklumkan bahawa ianya dijangka akan mengambil masa sekitar 14 jam sebelum tumpahan minyak diesel tersebut melewati muka sauk air mentah loji rawatan air masing-masing. Di samping itu, pihak kedua-dua operator loji rawatan air sedang memantau keadaan bagi memastikan air yang tercemar tidak mengalir masuk ke loji rawatan air supaya setiap LRA dapat beroperasi semula dengan kadar segera apabila pencemaran tidak berlaku lagi.

Sebagai langkah persediaan awal, SYABAS telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Merah bagi wilayah Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor pada jam 4:00 petang hari ini dan meletakkan kakitangannya dalam keadaan tunggusedia untuk mengurus gangguan bekalan air disebabkan hentitugas tidak berjadual loji-loji rawatan tersebut termasuk bantuan bekalan air kepada pengguna yang terlibat.




#Merdeka56 - PAS Jangan Cabul# Kata Perlembagaan Sekular Dan Salahkan Barisan Nasional..Kecil Hati DAP...



Dalam pakatan rakyat a.k.a. pakatan haram memang tak dinafikan yang parti paling bodoh  ialah PAS...Nik Aziz tak sudah-sudah kata Malaysia sekular kerana amal perlembagaan british..

Md Sabu mempertikaikan usaha perajurit melawan komunis bersama britiSh..kebodohan dan pas memang berpisah tiada..

Pernahkah mereka terfikir sekiranya British tidak ada, perlembagaan pun tiada, dan  bermakna parti yang memijak mereka iaitu Cinabeng DAP pun tidak akan bekerjasama dengan mereka...

Jika british tidak menjajah kita...masyarakat Cina tidak akan masuk ke Malaysia...sepatutnya PAS harus sujud syukur kerana dengan adanya perlembagaan maka mereka boleh bekerjasama dengan DAP...
Ibarat menepuk air ke dulang terpercik ke muka sendiri..

Pernahkah kita terfikir yang British perkenalkan Jus Soli telah memberi kelebihan kepada PAS yang selama ini mengatakan perlembagaan itu sesat..
Jus soli adalah salah satu syarat yang terpaksa diterima oleh kerajaan dibawah Tunku Abdul Rahman dan orang Melayu ketika itu .

Jumlah peratus orang melayu pada tahun 1947 ialah 49.8 % berbanding dengan 50.2% orang dagang (Cina, India, dll)

Suruhanjaya Reid telah meletakkan prinsip jus soli sebagai dasar kerakyatan perlembagaan merdeka.

(1)Kerakyatan secara kuatkuasa undang-undang,
A) Sesiapa sahaja yang dilahirkan di Tanah melayu sebelum, pada dan selepas merdeka.
B) Orang-orang yang lahir dalam negeri sebelum hari kemerdekaan dan tinggal di Tanah Melayu sebelum hari merdeka.
C) Rakyat british yang lahir di luar Tanah melayu tetapi sanggup mengangkat sumpah taat setia kepada Tanah Melayu.

(2)Kerakyatan secara permohonan
A) Seseorang yang berumur 18 tahun , bersumpah taat setia tinggal selama-lamanya di Tanah Melayu dan tinggal 8 dari 12 tahun, tahu berbahasa melayu atau bahasa Inggeris secara lisan.
B) Isteri dan anak angkat seorang warganegara Tanah Melayu
Rakyat Naturalisasi
Seorang yang berumur 18 tahun , mengangkat sumpah taat setia dan mempunyai pengetahuan yang cukup dalam bahasa Melayu.

Dengan ini, ada dua prinsip yang merugikan orang Melayu sebagai peribumi negara ini.

Prinsip jus soli telah digunakan dengan seluas-luasnya meliputi sesiapa sahaja yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu sebelum dan selepas merdeka.

Suruhanjaya mencadangkan dua kerakyatan iaitu rakyat british atau dari negara komenwel yang lahir di negara lain dibenar mengekalkan kerakyatan negara asal. (menguntungkan rakyat Hong Kong jika mereka berhijrah)

Ternyata kedudukan istimewa melayu menjadi galang ganti kepada kerakyatan jus soli. Tetapi untuk merdeka orang melayu terpaksa akur dengan kehendak Suruhanjaya Reid.

Hari ini isu ketuanan Melayu sekali lagi dibangkitkan. Orang melayu sudah banyak beralah dan berlembut dalam soal ini.

Jika British tak jajah Malaysia..Cina takkan bertapak di Malaysia...jika British tak perkenalkan perlembagaan, Jus soli pun takkan ada...makanya DAP comfem tak ada..yang ada hanya Melayu dan bumiputera sahaja...jadi sewajarnya puak haram jadah PAS berhenti mempertikaikan perlembagaan kerana mereka juga mengamalkan perlembagaan sedia ada...

HE : Negara dah merdeka 56 tahun laaaa.....PAS tolonglah tunjuk pandai sikit ....jangan dok bangga sangat dengan kebodohan diri...

Baca seterusnya : di sini


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56! Hargailah kemeredekaan yang ada dan jangan jadi pengkhianat negara!




Sejarah pembentukan negara-bangsa ini perlu digarap nilainya oleh setiap warga Malaysia yang bangga menjadi rakyatnya. 

Kita tidak boleh bersifat selektif di dalam soal kenegaraan. 

Kita tidak boleh berkompromi dalam nilai-nilai asas yang membolehkan kita menjadi warganya; keterangkuman yang penting dalam proses membina bangsa Malaysia.

Info! Pesanan Keras Kepada Awek Melayu Di Luar Sana!!!




Hati-hati jangan sampai terkena baru nak mengelabah! Perhatikan teman lelaki anda tu, kalau rasa macam pelik, tinggalkan saja la.


Friday, August 30, 2013

KUNYIT HANGIT! MARI KITA TENGOK PENIPUAN DEMI PENIPUAN PKR, TAKKAN RAKYAT MASIH BUTA KOT?




Sumber dari : Parpukari



BOLEH PERCAYA KE NI? AKHIRNYA PEMBANGKANG TERIMA KEPUTUSAN PRU 13....




Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kesediaannya mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencari titik penyelesaian berkaitan masalah negara.

Menerusi ucapan perutusan bersempena sambutan kemerdekaan ke 56, Anwar turut meminta satu pertemuan segera diadakan antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN).

Titik pertemuan BN dan PR perlu segera dicari bagi menyelamatkan negara di samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari kemerdekaan negara esok,” katanya ketika menyampaikan perutusan itu di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menjelaskan, perbincangan dijangka akan melibatkan isu kaum dan agama yang mencetuskan ketegangan akhir-akhir ini; masalah ekonomi negara yang semakin merudum dan masalah jenayah yang semakin membimbangkan rakyat di seluruh negara.

Katanya, PR juga menerima keputusan Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) yang berakhir 5 Mei lalu di sampung akan melupakan ketegangan dan penyelewengan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya 5 Mei lalu.

Datuk Seri Najib Razak harus terbuka untuk berbincang kerana banyak dasar dan program yang boleh disepakati bersama. Pendekatan PR untuk mengajak BN berbincang bukan bagi membentuk sebuah kerajaan perpaduan tetapi perbincangan terbuka yang biasa diamalkan kerajaan demokrasi.

Kami mahu perubahan yang adil bagi memastikan negara mengamalkan prinsip demokrasi. Ini kerana pendedahan Fitch Ratings baru-baru ini perlu dipandang serius oleh kerajaan kerana kira-kira RM20 billion setahun dapat dijimatkan jika urus tadbir ekonomi negara dilakukan dengan cara yang baik.

Bagi mencapai hasrat itu, maka penting kerajaan BN mengurangkan defisit fiskal serta menangani rasuah serta telus dalam pemberian tender,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri telah menggesa PR perlu bersedia menerima keputusan PRU13 sebelum perbincangan dimulakan - Rakyat News

Boleh percayakah 'kejujuran dan kesediaan' Anwar ini?  Bagaimana pula dengan kepimpinan DAP dan PAS?

Apakah kenyataan Anwar itu telah dipersetujui oleh parti-parti lain dalam pembangkang atau sekadar pandangan 'peribadi' Anwar sahaja?

Bagaimana pula dengan NGO-NGO yang sebelum ini dikudakan oleh pembangkang semasa Blackout 505?

Dan apakah Beersih 4.0 akan tetap direncanakan dan dijalankan?

Kita tunggu dan lihat kesudahan drama terbaru ini.



Sin Chew Daily : Ahli Politik Didakwa Naungi Kongsi Gelap

AIDCNews – 29/08/13 – akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily mendakwa sebilangan ahli politik ternama telah menaungi beberapa kongsi gelap dan ada di kalangan mereka turut menjadi penasihat kumpulan terbabit.

Laporan akhbar tersebut yang turut dipetik Malaysiakini menyebut, ini merupakan kali pertama kerajaan bertindak tegas melancarkan “perang” ke atas kongsi gelap dengan mendedahkan senarai nama kongsi berkenaan kepada umum.

Menurut sumber tersebut, gangster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian, mengedar dadah dan khidmat pelacuran.
Ketua Polis Pulau Pinang Dato' Abdul Rahim Hanafi 
                                       
Gangster India pula agresif dalam menjadi penembak upahan selain terlibat memungut wang perlindungan dari pengusaha gerai dan pub.

Manakala gangster Melayu pula aktif memungut wang ‘menjaga’ tapak pembinaan.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilaporkan Bernama hari ini mengumumkan nama 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang media di sini, berkata kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013.

Abdul Rahim menjelaskan kumpulan kongsi gelap berkenaan dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.

Mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata kumpulan kongsi gelap itu ialah:

- Geng 04 yang dikenal pasti bergerak aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.
- Geng 08 yang bergerak aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
- Double 7 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.
- Tiga Line yang bergerak aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak.
- Geng 30 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.
- Geng 38 yang aktif di 14 kawasan di Kepong, Jinjang dan Setapak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di Johor Baharu, Johor.
- Geng 24 (aktif di enam kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor)
- Geng 18 (aktif di lapan kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor)
- Geng 36 (aktif di Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur)
- Gee Ah Eng
- Loh Kuan
- Tiang Yee Tong
- Geng 21
- Ang Soon Thong
- Wah Kee
- Sio Sam Ong
- PNEH
- Hong Hong San
- Hai San
- Sin Ang Bin
- New Cell 20
- Jit It Hai
- Sio Koon Tong
- Gee Lam Kor
- Geng Leng Hor
- Geng 35
- Geng 303
- Geng Satu Hati
SABAH:
- Sabah ATAP
- Hung Ann
- Sui Yuk
- Otai
- Borneo Red EMP
DI SARAWAK:
- Sarawak Ah Ngau
- Batu Tiga
- Ah Feng
- Batu 10
- Sibu T
- Ah Seng
- Ah Chin
- Lee Lung
- Lo Han
- Sg Merah
- Sg Badut
- Ting Ching Lee
- Tua Cak Lee
- Teksi Station
- Pintu Merah
- Krokop
Abdul Rahim berkata dengan pengisytiharan itu, tiada individu atau pihak boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan.
Beliau berkata segala akaun, aset dan harta pertubuhan kongsi gelap tersebut akan diserahkan dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi.
Selain itu, katanya tiada individu boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menghasut, mendorong, mendapatkan yuran atau bantuan, menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil pertubuhan kongsi gelap.
Beliau berkata mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti pertubuhan kongsi gelap akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335. 

Baca seterusnya : di sini

DAP kata Melayu pendatang, PAS dan PKR setuju (VIDEO INSIDE)


Dengar video Chong Eng kata pada tahun 2011, berikut:



Kita benarkan pendatang ini duduk dan dapat warganegara, sekarang kita dipanggil mereka sebagai pendatang.

Chong Eng ni mesti buta sejarah atau sengaja nak jerat kita masuk perangkap dia. Camna Melayu jadi pendatang walhal Nusantara ni tempat Melayu pindah randah sejak zaman dulu.

Kenyataan Chong Eng pada tahun 2011 itu disifatkan blog the Unspinners sebagai kenyataan bodoh yang buta sejarah. 

Bodoh punya CINA.....!!

Geo-culture Nusantara Melayu adalah kawasan asal Melayu. Sebagaimana Geo-Culture India untuk orang India dan geo-culture China adalah tempat asal orang Cina.

Kalau orang Cina dalah geo-culture di Nusantara Melayu, kenapa tak ada orang lain selain dari Cina yang bercakap Cina dan berbudaya Cina?

Bodoh punya YB!!!



Baca selanjutnya : di sini

AMERIKA SYARIKAT SALURKAN DANA BERJUTA-JUTA DOLAR KEPADA PAKATAN PEMBANGKANG DI MALAYSIA LAPOR RUSSIA TODAY


Oleh : Nile Bowie (Penganalisis politik dan juga seorang jurugambar yang kini menetap di Kuala Lumpur)
Transliterasi oleh : UKT Pena Minang
Dipetik dari : Russia Today

Dalam situasi Malaysia yang sedang berhadapan dengan pilihanraya paling sengit dalam sejarah, seorang tokoh pembangkang terkemuka telah dikatakan mendapat bantuan dana dari Amerika Syarikat bagi mengadakan siri tunjuk perasaan selain penyaluran dana kepada parti-parti pembangkang.

Pada awal bulan Mei 2013, Malaysia berhadapan dengan satu pilihanraya paling kompetitif sejak sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. Barisan Nasional yang telah menjadi kerajaan sejak negara Malaysia mendapat Kemerdekaan pada tahun 1957 akan disaingi oleh Pakatan Rakyat yang telah menerima bantuan, latihan dan pembiayaan dari yayasan yang dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, Anwar telah dipecat ekoran keputusannya yang mengikut telunjuk pelan IMF ketika krisis kewangan Asia. Sedangkan Mahathir pula menerajui pemulihan Malaysia dari krisis kewangan Asia pada tahun 1997 melalui kawalan mata wang dan langkah-langkah perlindungan. 
Selepas kejatuhan dalam karier politiknya, beliau (Anwar) telah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan IMF pada tahun 1998. Beliau kemudiannya dilantik menjadi pengerusi Foundation for Future yang berpusat di Washington yang mana yayasan ini ditubuhkan oleh Elizabeth Cheney, anak kepada bekas Naib Presiden Amerika Syarikat dan dibiayai oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat. 
Anwar menimbulkan kemarahan ramai pihak terutama majoriti Muslim di Malaysia ekoran tindakan beliau yang menyokong dasar untuk melindungi keselamatan Israel dalam temu bual dengan Wall Street Journal - berbeza sama sekali dengan pendirian pemerintah 'untuk menyokong Palestin. Kelayakan unik Anwar dan hubungan rapat dengan pertubuhan politik dan kewangan Amerika Syarikat tidak dinafikan bahawa dia adalah pilihan Washington

Washington selama ini sering melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang diperintah oleh pemimpin yang 'degil'. Namun begitu, kejatuhan populariti parti pemerintah telah membuka peluang kepada National Endown for Democracy (NED) untuk meningkatkan populariti Pakatan Pembangkang yang lebih 'MESRA AMERIKA' sekaligus meningkatkan lagi peluang pembangkang menjadi pemerintah melalui pelbagai aspek bantuan seperti kempen di media dan sokongan untuk menjalankan aktiviti demonstrasi jalanan anti-kerajaan. 

Di satu sudut yang lain, bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad sering mengundang kemarahan Amerika ekoran kritikan beliau yang secara berterusan terhadap dasar luar Amerika Syarikat dan Israel, manakala Perdana Menteri yang ada sekarang pula bersikap 'retorik' sambil meneruskan pendekatan mesra perniagaan dengan masyarakat barat selain terus mengukuhkan hubungan ekonomi dengan China.

Pada sudut yang berlainan pula, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, yang pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dibawah kepimpinan Mahathir dilihat mempunyai hubungan yang rapat dengan Amerika Syarikat.

National Endowment for Democracy atau NED, adalah sebuah yayasan yang berpangkalan di Washington, dimana tugas NED adalah menyokong inisiatif demokrasi dan kumpulan pembangkang yang 'mesra' Amerika di luar negara. NED menyediakan lebih daripada 1 juta dolar Amerika bagi membiayai pelbagai projek di Malaysia setiap tahun. NED telah kerap dikritik kerana campurtangan mereka secara terang-terangan dalam program-program bersifat politik disamping penglibatan secara terus dari tokoh politik kanan Amerika dalam yayasan berkenaan.

Di samping membiayai kumpulan 'pengawas' pilihan raya, memantau hak asasi manusia dan laman web berita yang condong ke arah pembangkang, Institut Antarabangsa Republikan ( International Republican Institute : IRI) telah menerima dana berjuta-juta dolar untuk menjalankan program di Malaysia, bagi membantu "parti politik dan para pemikir mereka yang mampu menjadi wakil berkesan di kawasan mereka." IRI dipengerusikan oleh Senator John McCain, yang terkenal dengan sikapnya yang cenderung dan agresif memihak kepada dalam isu-isu yang berkaitan dengan Israel dan konflik Amerika Syarikat di luar negara. 

Manakala jawatan yang lain diisi dengan pegawai-pegawai kanan yang pernah memegang jawatan merangka dasar luar didalam pentadbiran Reagan dan Bush. "IRI bekerja di negara-negara yang Amerika Syarikat mempunyai kepentingan, di mana kita boleh membuat perbezaan ... IRI memberi tumpuan kepada tiga tugas utama: membantu parti-parti politik meluaskan pengaruh mereka, memastikan bahawa pembangkang memerintah sejurus mendapat kekuasaan, memerintah dengan adil, sekaligus membantu masyarakat sivil dalam menjamin tadbir urus yang baik ... IRI boleh membantu menjadi pemangkin kepada usaha aktivis demokrasi di negara - selagi mereka mahu perubahan yang lebih daripada kita mahukan, ianya untuk mereka, "Nukilan Presiden IRI ini, Lorne Craner, yang sebelum ini memegang jawatan di Jabatan Negara Amerika Syarikat.

The National Democratic Institute for International Affairs atau Institut Demokratik Kebangsaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa juga menerima bajet yang besar bagi membiayai projek-projek mereka di Malaysia. Madeleine Albright, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, peneraju agenda perang Amerika dan misi ketenteraan NATO merupakan pengerusi NDI. Di samping itu, bekas Senator Thomas Daschle dan bekas pengarah AIPAC Kenneth Wollack mempunyai jawatan tinggi dalam NDI. 

Pakatan Pembangkang di Malaysia telah memenangi kejayaan yang bersejarah dalam pilihan raya 2008 dengan menguasai negeri-negeri utama seperti Pulau Pinang dan Selangor. Menurut laman web NED, IRI menerima 802,122 dolar Amerika pada tahun 2010 untuk bekerja dengan"pemimpin negeri di Pulau Pinang dan Selangor untuk menyediakan mereka dengan kajian pendapat masyarakat, latihan dan sumber-sumber lain bagi membolehkan mereka menjadi wakil yang lebih berkesan kepada pengundi mereka". 

IRI mendakwa bahawa mereka "tidak menyediakan pembiayaan secara langsung kepada parti-parti politik" di Malaysia, tetapi apa yang diperkatakan adalah tidak telus. Penyediaan bajet dan penekanan kepada membantu pembangkang bagi memperluaskan populariti parti-parti politik di negeri-negeri pakatan pembangkang membuktikan berlakunya pembiayaan secara tidak langsung.
NED mendapat pembiayaan melalui Kongres AS, menerusi bajet USAID, agensi Amerika Syarikat yang berperanan menyalurkan bantuan pembangunan selain ianya juga merupakan sebahagian daripada agensi dibawah Jabatan Negara Amerika - ini bermakna wang NED, yang mereka salurkan kepada negara-negara asing itu datangnya daripada dana awam yang dibayar oleh pembayar cukai Amerika Syarikat. 
Kebanyakkan pembiayaannya disalurkan kepada dua komponen utamanya iaitu Institut Republikan Antarabangsa (IRI) dan Institut Demokratik Kebangsaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa (NDI). NED dikehendaki untuk memaklumkan laporan kewangan mereka, tetapi bagi yayasan yang kecil, undang-undang ini tidak diguna pakai bagi IRI dan NDI, yang mana kedua-duanya merupakan penerima utama dana di Malaysia.
Menurut laman web rasmi NDI, mereka telah mengadakan "bengkel parlimen peringkat negeri di Selangor dan Pulau Pinang" kerana "parti-parti pembangkang mempunyai pengalaman yang terhad dalam kerajaan, dan banyak ahli-ahli parlimen yang dipilih pada tahun 2008 tidak mempunyai pemahaman dalam proses parlimen perlembagaan ." Bermula dari tahun 2007, rakyat Malaysia telah menunjukkan sokongan kepada 'Bersih', sebuah kumpulan pemantau pilihan raya yang dikenali sebagai 'Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil.' 'Bersih' telah menganjurkan perhimpunan menuntut pembaharuan pilihan raya, yang sedikit sebanyak dikritik sebagai tali barut pembangkang ekoran penyertaan yang aktif dari tokoh-tokoh terkemuka pembangkan. 

Bersih yang dipimpin oleh Ambiga Sreenevasan, penerima Anugerah Jabatan Negara Amerika Syarikat, mengakui bahawa Bersih menerima dana dari agensi berkaitan dengan kerajaan Amerika Syarikat seperti NDI dan Open Society Institute, yang mana OSI diketuai oleh jutawan Yahudi George Soros. Tunku Abdul Aziz Ibrahim, seorang senator di dewan negara dan juga bekas tokoh pembangkang, baru-baru ini mengeluarkan kenyataan memperincikan penglibatan Amerika dalam membiayai dan menganjurkan perhimpunan Bersih.

Menurut Aziz, Yayasan yang berpengkalan di Amerika telah merangka gerak kerja dan menggariskan fungsi dan operasi Bersih. "Dalam mesyuarat itu, saya telah ditawarkan untuk mengetuai badan pemantau kerana mereka berkata, saya mempunyai kelayakan, integriti dan kredibiliti bagi jawatan itu. Mereka memberitahu saya bahawa pergerakan itu adalah untuk memastikan pilihan raya yang bebas dan adil di negara ini," kata Tunku Aziz yang turut mendedahkan bahawa beliau telah ditawarkan kira-kira 4 ribu dolar Amerika sebulan, serta lain-lain faedah dan elaun bagi kedudukannya. 

Aziz juga mendakwa pemimpin pembangkang Malaysia menggunakan Bersih untuk menyalurkan sokongan kepada kempen politik beliau. "Anwar menggunakan sebaik mungkin rangkaian antarabangsanya untuk mendapatkan dana ini. Saya tidak tahu sama ada pemimpin-pemimpin Bersih tahu ataupun tidak. 

Tetapi Bersih adalah 'kenderaan' Anwar untuk menerima dana antarabangsa di bawah nama demokrasi dan pilihan raya yang bebas dan adil. Bersih bukan sebuah organisasi bebas ataupun non-partisan. Ia adalah 'bayi' Anwar." Aziz walaubagaimanapun menolak pembiayaan luar negara itu kerana faktor integriti nasional dan maruah. "Organisasi tempatan perlu menjustifikasikan kewujudan mereka kepada rakyat Malaysia, bukan kepada orang asing. Organisasi tempatan tidak perlu berhutang dan setia kepada warga asing," tegasnya.

Jika dilihat secara teliti dari 'bahasa' yang digunakan oleh yayasan ini, mereka menuntut supaya wujudnya satu gerak kerja ke arah "meluaskan pengaruh parti-parti politik,". Satu persoalan yang kritikal terlintas di fikiran - bila tidak dipanggil 'mempromosi demokrasi' bukankah ianya menjadi suatu campur tangan politik? Gerak kerja NED agak kabur. 

Mereka berdiri diatas dua garisan, mereka berlakon kononnya menyokong ketelusan pilihan raya, kebebasan dan mempromosi hak asasi manusia. Parti pemerintah Malaysia tidaklah begitu sempurna - mereka tidak bersedia untuk menangani isu-isu rasuah peringkat tertinggi, kemewahan para elitis masih menjadi masalah yang besar, dan kaum minoriti pula merasa diri mereka dipinggirkan berikutan dasar-dasar tindakan afirmatif berasaskan kaum, yang memihak kepada majoriti Muslim. 

Pakatan pembangkang, yang telah berikrar untuk menghapuskan autoritarian dan rasuah, telah mengeluarkan satu manifesto, yang mana ada pihak memuji dan ada pihak yang meragui manifesto berkenaan. NED walaubagaimanapun tidak menjalankan satu inisiatif demokrasi di Singapura - Sekutu Kuat Amerik Syarikat, walaupun negara berkenaan mempunyai persekitaran yang kurang demokratik berbanding Malaysia. Jadi apakah yang boleh mendorong Washington untuk menghabiskan duit dan memberikan begitu banyak perhatian kepada pakatan pembangkang di Malaysia?

Kita jangan terlupa dengan tujuan sebenar Amerika dalam kepentingan blok ASEAN. Penguasaan pengaruh Amerika di Blok ASEAN adalah sebagai satu langkah mengimbangi kuasa dan pengaruh Beijing. Perdana Menteri Malaysia Najib Razak telah menjelaskan peri pentingnya hubungan yang wujud diantara Malaysia dengan China, sambil melihat ke Beijing yang memulihkan ekonomi berorientasikan eksport Malaysia selepas krisis kewangan global 2008.

Pertukaran kepakaran diantara China-Malaysia dalam bidang seperti kewangan, pembangunan infrastruktur, sains dan teknologi, serta pendidikan yang mana tidak pernah mencatatkan tahap tertinggi sebelum ini. China telah menjadi rakan dagangan terbesar Malaysia, dengan angka-angka perdagangan mencecah 90 bilion US Dolar pada 2011 manakala Malaysia adalah rakan perdagangan terbesar China di kalangan negara-negara ASEAN. Sokongan Washington kepada pembangkang Malaysia yang 'mesra-Amerika' mesti dilihat dalam konteks semasa untuk meningkatkan kekuatan tentera dan penguasaan mereka ke atas rantau Asia Pasifik dalam rangka dasar 'Pivot ke Asia'. 

Malaysia mempunyai hak kedaulatan ke atas Selat Melaka, laluan bekalan yang paling penting bagi China untuk tujuan pengangkutan minyak dan lain-lain bahan yang penting kepada pembangunan serta ekonomi yang berterusan. Selain daripada lokasi yang strategik, Malaysia mempunyai ekonomi yang berkembang pesat dengan purata kira-kira pertumbuhan 7 peratus setiap tahun. Malaysia juga merupakan pengeksport ketiga terbesar di dunia bagi gas asli cecair (LNG) selepas Qatar dan Indonesia, dan negara ini telah mempunyai lebih 4 billion tong minyak sebagai rezab.

Malaysia adalah pemain utama di Asia Tenggara, dan Washington melakukan apa yang boleh untuk meluaskan lagi pengaruh pakatan pembangkang selepas kejayaan dalam pilihan raya umum ke 12 pada tahun 2008. Pada tahun 2013, pakatan pembangkang bergantung kepada undi dari mereka yang tidak berpuas hati dengan status quo serta demografi besar pengundi muda yang mahu mencabar parti pemerintah dalam pilihanraya. 

Di bawah parti pemerintah, Malaysia telah berubah daripada menjadi sebuah negara pengeksport getah dan bijih timah kepada pemain utama industri dengan industri automobil tempatan yang kukuh. Parti pemerintah telah berjaya mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang stabil, manakala menjanjikan 3.3 juta pekerjaan baru dalam sektor berpendapatan tinggi dan menarik pelaburan berjuta-juta dolar. Dalam situasi pilihan raya yang kritikal di negara ini, pengkritik bertanya samaada pembangkang yang belum dicuba kemampuannya ini dapat menjamin pertumbuhan berterusan. 

Perbincangan dikalangan pengundi juga yang menjurus antara parti pemerintah dan pembangkang juga secara tidak langsung mewujudkan elemen memilih antara China dan Amerika Syarikat. Keputusan pilihanraya akan datang dijangka menjadi penentu masa hadapan dasar luar Malaysia selain berpotensi menjadi satu pergolakan politik yang berterusan. Berjuta-juta dolar Amerika telah disalurkan kepada pembangkang di Malaysia, bukti bahawa Washington mempunyai agenda tersendiri di rantau ini.  

Sumber :  Pena Minang
                             

Thursday, August 29, 2013

Altantunya: Berkali2 PR ditangkap bohong ... Tahukah malu?


Air Selangor tak selesai tapi si gagap memandai cakap pasal undang-undang
Pakatan nak buat roadshow untuk cari saham politik dari kes pembunuhan Altantunya. Harap mereka tak  lupa bahawa mereka telah buat pembohongan demi pembohongan tentang isu kematian Altantunya.

1. Mereka pernah tuduh Abdul Razak Baginda sebagai pembunuh atas alasan tak mahu bayar komisyen deal submarine kepada Altantunya sejumlah USD500,000 atas gormal si PI Bala. Padahal Altantunya muncul dalam hidup Abdul Razak selepas submarine ditandatangani.

2. Mereka kata Altantunya terlibat sebagai penterjemah Perancis. Padahal dia tak tahu cakap Perancis dan bahasa Inggerisnya pun terabur.

3. Mereka kata Najib makan bersama ALtantunya dna RAzak diperancis tapi berdasarkan gambar yang Tian Chua phtoshop.

4. Mereka pernah tuduh Najib ambil komisyen RM500 juta lebih yang merupakan yuran kepada Perimekar tapi akhirnya ianya tak munasabah kerana Perimekar memang ada peranan dan perkhidmatan yang dijalankan serta kosny amudah dibuktikan.

5. Mereka buat cerita Altantunya adalah penterjemah, model fesyen dan macam-macam padahal dia bukan itu semua tetapi hanya call girl yang mengugut wang.

6. Mereka buat cerita Rosmah yang bunuh yang disaksikan oleh dua orang lain. Rosmah menafikan dan mempunyai alibi dalam majlis buka puasa. Kedua-dua yang dikatakan saksi menafikan dan membuat deklarasi berkanun. 

7. Dan banyak lagi pembohongan yang mereka buat.

Tak malukan asyik kena kantoi saja. Orang ramai nak percaya ke?

Bagi mereka yang mahu membuat tuduhan, sila beri saksi, bukti, dan penjelasan munasabah, bukannya auta dan temberang bodoh.credit


SELUDUP DADAH DAPAT "BONUS" PISTOL PERCUMA!

-SECARA TIDAK LANGSUNG, IANYA MENYUMBANG KEPADA PENINGKATAN JENAYAH BERKAITAN SENJATA API! SELAIN DARIPADA GANJARAN WANG YANG LUMAYAN JIKA DAPAT MENYELUDUP DADAH DALAM KUANTITI YANG BESAR, PENYELUDUP BERKENAAN AKAN DI "HADIAH"KAN SAMAADA SENJATA API JENIS BARETTA, SMITH & WESSO0N, GLOCK ATAU COLT! WOW! SEMACAM SISTEM JUALAN TERUS JER, ADA BAGI BONUS! KEKEKE!!!-

Peningkatan kejadian jenayah tembak di Kelantan dipercayai ada kaitan dengan hadiah pistol yang diberikan sindiket pengedaran dadah kepada anggota mereka yang berjaya menyeludup masuk dadah dari Thailand ke Malaysia. 
Mendedahkan perkara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar berkata, risikan pihak berkuasa mendapati selain menerima ganjaran wang, penyeludup dadah juga diberi pistol sebagai hadiah bonus. 

Menurutnya, jika pengedar dadah itu berjaya menyeludup masuk dadah bernilai RM100,000 mereka akan diberi upah wang tunai serta hadiah tambahan atau bonus iaitu sepucuk pistol jenis Baretta, Smith & Wesson, Glock atau Colt. 

Jika dadah yang diseludup bernilai RM200,000, mereka diberi hadiah senjata lebih canggih termasuk yang dilengkapi teropong khas,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nilai upah wang tunai yang diterima penyeludup terbabit, namun menegaskan jumlah upah yang lumayan itu berserta pemberian pistol sebagai hadiah tambahan, nyata berjaya menarik minat penduduk tempatan untuk terbabit dalam aktiviti itu.




DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.