Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, March 29, 2017

Penyelewengan Bestari.Net - Muhyidin elaku MenteriPpelajaran Ketika Itu Perlu Beri Penjelasan



Penyelewengan Bestari.net

Laporan Ketua Audit Negara 2013 menunjukkan bahawa 8,807 sekolah sudah dilengkapi dengan sistem VLE. Tetapi statistik pendaftaran masuk atau login bagi bulan Mac 2014 adalah antara 0.01% - 4.96%. Namun penggunaan sistem tersebut berkadar songsang dengan 0.17% - 0.64% minat murid sekolag. Sejumlah RM663 juta sudah pun dibelanjakan sejak tahun 2012. Tetapi kadar penggunaan yang amat rendah di sebalik pelaburan yang begitu besar adalah disebabkan beberapa faktor seperti 

1. Kelemahan infrastruktur sedia ada,
2. Sambungan jalur lebar yang lembap,
3. Liputan Internet tanpa wayar yang tidak mencukupi,
4. Masalah ketercapaian kepada sistem,
5. Kekurangan perkakas sokongan seperti komputer riba dan projektor,
6. Ketiadaan pemantauan dan garis panduan yang jelas bagi penggunaan VLE.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara juga, wujud penyelewengan pelaksanaan 1BestariNet oleh kontraktor YTL Communications Sdn Bhd. 

Antara penyelewengan yang berlaku adalah 

1. Ketidakpatuhan kepada syarat-syarat kontrak,
2. Kekurangan pengurusan nilai (value management),
3. Kelewatan dalam pemasangan infrastruktur serta liputan yang tidak mencukupi.

YTL telah diberi masa sehingga 30 Mac 2013 untuk memasang Internet jalur lebar 4G di semua 10,000 sekolah. Walau bagaimanapun, menjelang tarikh akhir itu, hanya 6,092 sekolah bersamaan 59.3% sahaja telah disambungkan. Setahun kemudian, hanya 88.9% telah selesai, dengan baki kira2 lebih 1000 sekolah yang masih menunggu. Hasil daripada kelewatan ini, YTL telah didenda RM2.4 juta oleh Kementerian Pendidikan.

Penyelewengan lain yang didapati dalam Laporan Ketua Audit Negara termasuk kegagalan kontraktor untuk mendapatkan kelulusan teknikal daripada MAMPU dan Kementerian, serta kegagalan untuk menjalankan Penilaian Keperluan Sekolah sebelum pemasangan infrastruktur. Akibatnya, 58% daripada 501 sekolah yang diselidik melaporkan bahawa sistem 1BestariNet yang dipasang tidak meliputi keseluruhan kawasan sekolah, walaupun ia merupakan syarat wajib dalam kontrak antara Kementerian dan YTL.

Laporan Ketua Audit Negara juga menunjukkan bahawa kelajuan jalur lebar yang disediakan rata-rata kurang memuaskan dan jauh lebih rendah daripada syarat kontrak yang menetapkan kelajuan daripada 4Mbps sehingga 20Mbps.

Oleh yang demikian, selain daripada denda RM2.4 juta yang dikenakan ke atas YTL kerana kelewatan pemasangan infrakstruktur 1BestariNet, apakah tindakan-tindakan lain yang diambil oleh Kementerian untuk mengatasi penyelewengan kontrak yang disebutkan tadi?.

1BRIS: keuntungan untuk kroni semata-mata?

Laporan Ketua Audit Negara juga mendedahkan beberapa kelemahan kontrak yang bukan sahaja merugikan Kerajaan, tetapi membawa keuntungan besar kepada YTL. Salah satu contoh yang jelas adalah pemasangan menara pemancar 1BestariNet Receiver Integrated System, atau 1BRIS, yang dipasang di premis sekolah untuk menerima dan menyampaikan isyarat tanpa wayar.

Menurut penemuan audit, Kementerian telah mendapatkan input daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) berkenaan dengan kadar sewa yang sesuai untuk penggunaan premis sekolah sebagai tapak 1BRIS. Justeru, JPPH telah mengesyorkan sewa bulanan sebanyak RM1,200 bagi setiap tapak.

Walau bagaimanapun, YTL enggan membayar jumlah ini, sebaliknya menyatakan bahawa syarat2 kontrak membenarkan mereka untuk memasang menara pemancar secara percuma. Pun begitu, Kementerian telah memutuskan untuk mengenakan sewa token sebanyak RM1,000 setahun bagi setiap tapak 1BRIS.

Namun demikian, RM1,000 setahun adalah jauh berbeza dengan syor JPPH, iaitu RM1,200 sebulan. Malah, Laporan Ketua Audit Negara menyatakan kadar RM1,000 setahun adalah “tidak munasabah.” Dengan sebanyak 3,203 menara pemancar 1BRIS yang dipasang di seluruh negara, pendapatan sewa pada harga RM1,200 sebulan adalah RM46.12 juta setahun. Malangnya, YTL hanya perlu membayar RM3.2 juta setahun. Ini bersamaan dengan kerugian pendapatan sebanyak RM42.92 juta setahun bagi Kementerian.

Laporan Ketua Audit Negara juga mendapati bahawa berdasarkan kontrak yang dipersetujui antara Kementerian dan YTL, semua caj utiliti yang berkaitan dengan 1BestariNet termasuk menara pemancar 1BRIS terpaksa ditanggung oleh Kerajaan sepanjang tempoh kontrak, sementara kontraktor hanya bertanggungjawab untuk kos yang berkaitan dengan pemasangan, penyelenggaraan dan pengurusan 1BRIS.

Ini adalah suatu kecuaian yang serius dalam perjanjian kontrak. Malah, pihak Kementerian dalam jawapannya kepada Pejabat Ketua Audit Negara telah mengakui bahawa pemasangan menara pemancar 1BRIS telah meningkatkan kos elektrik sekolah sebanyak RM150 hingga RM180 sebulan. Jika digandakan dengan 3,203 tapak 1BRIS di seluruh negara, jumlah peningkatan caj elektrik adalah antara RM5.77 juta hingga RM6.92 juta setahun. Keadaan ini langsung tidak masuk akal, kerana Kerajaan merupakan pelanggan perkhidmatan YTL dan tidak seharusnya dibebani dengan caj utiliti yang sepatutnya menjadi sebahagian daripada kos operasi kontraktor.

Akibat kelemahan dalam kontrak 1BestariNet yang jelas berat sebelah, YTL akan memperolehi keuntungan atas angin hampir RM50 juta setahun, ataupun RM750 juta sepanjang tempoh 15 tahun projek 1BestariNet. 
Dalam konteks ini, denda RM2.4 juta yang dikenakan ke atas YTL sebenarnya tidak bermakna langsung berbanding ratusan juta ringgit keuntungan yang bakal diperolehi YTL akibat kelemahan kontrak serta pendapatan daripada penggunaan komersil menara pemancar 1BRIS, di samping apa-apa keuntungan daripada projek tersebut.

Hanya ada dua penjelasan bagi kontrak yang amat berat sebelah ini. Sama ada Kerajaan berlaku cuai kerana bersetuju dengan perjanjian yang penuh kelemahan ini, atau pun perjanjian ini sengaja dibentuk sedemikian rupa untuk menguntungkan syarikat kroni. Walau apa pun jawapannya, Kementerian harus bertanggungjawab dan menjelaskan kepada rakyat bagaimana kerugian ini akan diatasi.

Tulisan
Rozmi Mokhtar


Kenapa Hutang Luar singapura Lebih Tinggi Dari Malaysia???



Setiap kali membicarakan tentang hutang dan kemajuan yang dikecapi oleh Malaysia, segelintir rakyat Malaysia yang langsung tidak berbangga dengan apa yang dinikmati Malaysia, pantas membandingkan apa yang dinikmati negara ini dengan negara jiran, Singapura. Bagi mereka, Singapura adalah sebuah negara yang maju, ekonomi yang subur serta paling efektif di Asia Tenggara.

Timbul persoalan, benarkah dakwaan ini? Adakah benar Singapura sebuah negara yang maju tanpa menanggung hutang yang tinggi? Hebat sangatkah Singapura berbanding Malaysia seperti yang mereka war-warkan dalam media sosial mahupun “perdebatan ekonomi” kedai kopi yang sentiasa membicarakan perkembangan ekonomi Malaysia, walhal mereka bukanlah pakar dalam bidang ekonomi?
images-9

Jika di ukur dari aspek kemajuan, benar Singapura merupakan negara termaju di rantau ASEAN. Namun begitu, hakikat yang cuba diselindungkan ialah, Singapura merupakan antara 20 negara memiliki kadar hutang asing tertinggi di rantau Asia Tenggara. Hutang negara berkenaan dianggarkan bernilai AS$1.76 trilion (RM7.22 trilion).
Data hutang negara berkenaan di perolehi menerusi maklumat hutang global yang dikumpul oleh enjin pencarian, Yahoo!. Mengikut ruangan kewangan enjin pencarian itu, hutang asing bermaksud pinjaman-pinjaman yang dibuat oleh individu atau entiti sesebuah negara daripada pihak asing. Pinjaman itu sama ada merupakan pinjaman atau sekuriti hutang oleh kerajaan atau syarikat-syarikat tempatan daripada institusi kewangan atau bank komersial asing.
Nilai hutang yang dikumpul oleh Yahoo! itu disiarkan pada 7 September lalu, dengan meletakkan kuasa ekonomi terbesar dunia, Amerika Syarikat (AS) sebagai negara yang memiliki hutang asing tertinggi sebanyak AS$17.91 trilion (RM73.43 trilion) setakat 31 Mac 2016.
Jika ada yang mahu mempertikaikan data maklumat yang diperolehi oleh Yahoo! ini, harus di ingat, Ibu Pejabat terbesar Yahoo! di rantau Asia terletak di Singapura di mana segala data dan maklumat perniagaan, selain enjin carian Google, Yahoo! merupakan pilihan utama rakyat Singapura. Justeru, maklumat yang didedahkan oleh Yahoo! ini ada asasnya.
images-10

Berdasarkan data-data hutang terkini yang dikumpul, United Kingdom (UK) merupakan negara kedua mempunyai hutang asing terbanyak iaitu AS$9.6 trilion (RM39.36 trilion) diikuti Perancis AS$5.75 trilion (RM23.58 trilion) dan Jerman AS$5.54 trilion (RM22.71 trilion).
Antara negara-negara lain yang dikelaskan sebagai 20 negara yang memiliki hutang asing yang tinggi ialah Luxembourg AS$3.47 trilion (RM14.23 trilion), Jepun AS$2.86 trilion (RM11.73 trilion), Itali AS$2.65 trilion (RM10.87 trilion), Belanda AS$2.52 trilion (RM10.33 trilion) dan Sepanyol AS$2.3 trilion (RM9.43 trilion).
Negara paling maju di ASEAN, Singapura berada di kedudukan ke-10 dengan hutang asing AS$1.76 trilion (RM7.22 trilion), diikuti China AS$1.68 trilion (RM6.89 trilion), Switzerland AS$1.61 trilion (RM6.60 trilion), Kanada AS$1.49 trilion (RM6.11 trilion), Australia AS$1.39 trilion (RM5.69 trlion), Belgium AS$1.28 trilion (RM5.25 trilion) Hong Kong AS$1.23 trilion (RM5.04 trilion) dan Rusia AS$599 bilion (RM2.46 trilion).
Jika benar negara sedang menanggung hutang luar negara yang tinggi, kenapa nama Malaysia tidak disenaraikan sebagai penanggung hutang antara terbesar di dunia? Menurut “pakar-pakar” ekonomi Mahathir dan pembangkang, Malaysia menanggung hutang sebanyak RM 656 bilion bersandarkan kepada laporan kewangan Bank Negara Malaysia. Kenapa Malaysia tidak disenaraikan di atas Rusia jika bersandarkan kepada jumlah hutang yang di dakwa ditanggung oleh Malaysia?
Semua negara di dunia ini tidak terkecuali dari mengambil hutang untuk memajukan negara mereka. Apa yang membezakan adalah, bagaimana sesebuah negara itu mengendalikan hutang mereka serta mengimbangi segala hutang negara mereka dengan KDNK. Setakat ini, Malaysia masih mampu untuk menguruskan kewangannya dengan baik, jauh lebih baik dari apa yang didakwa oleh pentaksub Mahathir dan pembangkang. 
http://www.pru14.tv

DAP Tolak Cubaan PPBM Mahu Jadi ‘Abang Sulung’ Dalam Pakatan Harapan




AIDCNews –DAP menolak cadangan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya parti dominan kaum Melayu mengetuai Pakatan Harapan (PH) untuk melawan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum nanti.


Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke mengkritik Muhyiddin dengan mengatakan PH tidak mempunyai mana-mana parti yang dominan dan menegaskan tiada konsep ‘abang sulung’ atau ‘adik bongsu’ dalam parti pembangkang.


Tiada abang sulung atau adik bongsu dalam PH. Kita gabungan politik yang ada parti ada kekuatan sama. Tiada yang dominan,” kata Loke dalam sidang media di Parlimen semalam.

Anthony berkata perkara itu membezakan antara PH dengan BN dan mereka tidak berhasrat untuk meniru pendekatan sama seperti BN.
Itu perbezaan ketara antara PH dan BN, bukan kita nak tiru pendekatan BN,” ujarnya.

Dalam pada itu, Loke juga membidas Muhyiddin yang seolah-olah cuba membawa cara UMNO dalam PH kerana hakikatnya kekuatan parti dalam PH adalah sama rata dan saling memerlukan.

Apa yang buat PH kuat adalah kerana kita parti yang sama kuat dan peranan sama rata.

Rakyat MALAYSIA tak mahu wujud lagi satu UMNO dalam PH. Kami terbuka untuk sebarang cadangan. Tak semua cadangan PPBM akan kita setuju,” katanya.


Terdahulu, Muhyiddin dalam ceramahnya di Kota Kiri, Padang Rengas, pada Sabtu lalu mencadangkan supaya PH dipelopori oleh parti yang berteraskan Melayu bagi mewujudkan keyakinan rakyat untuk melawan BN.

Kata Muhyiddin, gerakan yang akan dipelopori oleh pembangkang mestilah organisasi yang diketuai Melayu, majoritinya Melayu tetapi parti-parti lain yang bergabung dalam PH akan menjadi sebahagian daripadanya.

Muhyiddin juga mencadangkan gabungan pembangkang dinamakan “Barisan Rakyat” bagi menentang BN.


Pakatan Harapan Tolak Cadangan Muhyiddin Ganti Nama ‘Barisan Rakyat’





AIDCNews – Pakatan Harapan (PH) menolak cadangan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mencadangkan nama gabungan pembangkang itu ditukar kepada Barisan Rakyat.


Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu berkata nama gabungan pembangkang kekal PH dan akan didaftarkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dalam masa terdekat.

Kami dari Pakatan Harapan hari ini bermesyuarat dengan rasminya bersama parti bersatu (PPBM), yang hadir sebagai anggota penuh dalam Pakatan Harapan.

Selepas ini, empat parti ini (DAP, PKR, PAN dan PPBM) akan terus bermesyuarat, berbincang terutama sekali untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang.


Kami juga telah membuat keputusan untuk mendaftar Pakatan Harapan di mana 18 orang pimpinan tertinggi, nama mereka dimasukkan untuk mendaftar Pakatan Harapan sebagai satu pakatan untuk hadapi pilihan raya yang akan datang. Itu keputusan yang kita buat hari ini,” katanya kepada wartawan selepas mesyuarat semalam.



Tambahnya, Pakatan Harapan juga turut bersetuju untuk satu logo dan manifesto bersama.


Sebelum ini, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mencadangkan mencadangkan Pakatan Harapan ditukar nama kepada Barisan Rakyat, gabungan berteraskan kepimpinan Melayu, bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) dengan lebih mantap.






Tindakan tegas jika gagal patuhi penetapan harga petrol mingguan – Menter




KLANG: Syarikat dan pengusaha stesen minyak yang gagal mematuhi penetapan harga petrol serta diesel secara mingguan yang akan diumumkan setiap Rabu bermula esok, bakal berdepan tindakan tegas mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata hukuman yang diperuntukkan di bawah akta itu ialah denda maksimum RM500,000 bagi syarikat sementara dan denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun bagi individu.
Pengumuman mengenai penetapan harga petrol dan diesel akan dibuat di TV1 pukul 8 malam esok dan akta itu akan pastikan semua syarikat dan pengusaha stesen minyak mesti ikuti arahan diberikan pada mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penutupan Seminar Kepimpinan Pegawai Ehwal Koperasi 2017 di sini hari, ini. Turut hadir Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) Datuk Abdul Fattah Abdullah.
Katanya melalui beberapa siri perbincangan bersama syarikat dan pengusaha stesen minyak sebelum ini, mereka telah menyatakan persetujuan untuk menambah baik mekanisme berkenaan.
Pada minggu lepas, Hamzah mengumumkan penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan diumumkan setiap hari Rabu dan harga tersebut berkuat kuasa selepas 12 malam.
Kerajaan sebelum ini melaksanakan penetapan harga bulanan secara pengapungan terkawal dengan mengguna pakai formula Mekanisme Harga Automatik (APM) yang telah ditetapkan sejak 1983.
Penetapan harga secara pengapungan terkawal bulanan itu bermula Disember 2014. — Bernama

Cacing Naik Ke mata - Pecat aja semua ahli Railway Union Malaysia (RUM)





Namun malangnya dan lazim sikap - sikap kesatuan pekerja, RUM tidak berpuas hati dengan kenyataan Timbalan Menteri malah ada yang mengugut untuk mengundi DAP jika RNAA dilaksanakan. 

Bagi kami di #KL Chronicle, ahli - ahli RUM ini elok sahaja dipecat dari bekerja di KTMB supaya mereka ini boleh menjadi ahli politik sepenuh masa. Sudah la KTMB rugi beratus juta setiap tahun, duit rakyat pula yang terpaksa digunakan untuk bailout KTMB.

Kerajaan wajar mengambil tindakan tegas seperti mana yang diambil terbadap MAS sebelum ini dimana 6,000 kakitangan diberhentikan akibat consolidation and streamlining of operations. 24 bulan selepas proses ini selesai MAS kini menunjukkan tanda positif dalam membuat keuntungan didalam perniagaan mereka.

Apa istimewa nya ahli - ahli RUM ini yang mereka tidak boleh dipecat. Bagi kami mereka ini hanya merupakan parasit didalam KTMB yang akan akan merosakkan syarikat. Malah, campur tangan RUM dalam soal dasar, polisi serta  bagaimana KTMB patut melakukan model perniagaan mereka is way out of line. 


Sudah la perkhidmatan teruk, ada pula persatuan yang sibuk menghentam kerajaan dan bermain politik. Macam mana nak maju? 


Tahukah Anda Peguam AS yang hendak dakwa Jho Low telah dipecat Donald Trump




Peguam Negara Amerika Syarikat Loretta Lynch dan pendakwa Preet Bharara yang menggendalikan dan mengeluarkan kenyataan bagi pihak DOJ dalam kes penyitaan harta yang didakwa ada kaitan 1MDB, telah pun dipecat.

Terdapat laporan bahawa seorang pegawai FBI sedang disiasat kerana memberi maklumat palsu yang menyebabkan Loretta dan Preet mengeluarkan kenyataan yang berdasarkan maklumat yang tidak benar.

Malah baru-baru ini The Independance melaporkan bahawa “ DOJ case against Jho Low-1MDB is fake news”.

Dalam pada itu media Bloomberg juga melaporkan berita yang sebenarnya dimana “Jho Low Family Allowed to Fight U.S. Forfeiture Lawsuits”, bukan seperti dakwaan WSJ yang menyebut DOJ US akan mendakwa Jho Low.

Cai-cai di Malaysia masih bermimpi Amerika Syarikat masih menyiasat kes MDB, padahal apa yang disiasat hanya melibatkan tuduhan melanggar prosedur bank.

Switzerland yang juga dikatakan menyiasat "skandal" 1MDB juga dengan jelas menyatakan bahawa DSN bukan suspek dan tidak terlibat dalam apa-apa siasatan pun.

Begitu juga dengan pendakwaan yang berlaku di Singapura; ia hanya melibatkan salah-laku pertauran bank, tidak lebih dari itu.

Cai-cai terutama dari pakaTun masih blur dengan mimpi syok sendiri masing-masing.



Hanya Untuk Pembangkang Malaysia - Banduan diberi layanan istimewa melawat isteri sakit



Jabatan Penjara Sungai Buloh meluluskan permohonan istimewa keluarga banduan Anwar Ibrahim untuk membenarkan beliau melawat isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang dimasukkan ke hospital, semalam.

Anaknya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, mengesahkan kelulusan istimewa itu dan memaklumkan bapanya yang didapati bersalah kerana meliwat telah meluangkan masa kira-kira 45 minit bersama ibunya.

"Peguam kami menghantar surat kepada pihak pengurusan Penjara Sungai Buloh bagi mendapatkan kebenaran istimewa selepas memberikan surat pengesahan doktor.

"Alhamdulillah, ayah (Anwar) diberi kebenaran istimewa berada di hospital di samping ibu dan ahli keluarga yang lain semalam," katanya ketika ditemui di Parlimen, hari ini.

Semalam, Dr Wan Azizah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Setiausaha Politik beliau, Rodziah Ismail, berkata keadaan ketua pembangkang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu stabil dan tidak membimbangkan. 



Tuesday, March 28, 2017

Kit Siang ghairah ‘pindah-randah’? Atau Bakal Ketua Menteri Pulau Pinang?







Lim Kit Siang tiba-tiba mengumumkan beliau bersedia untuk bertanding di kawasan lain dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau yang juga Penasihat DAP mendakwa kononnya beliau bersedia meninggalkan kerusi Parlimen Gelang Patah jika Pakatan Harapan memerlukan beliau untuk memenangi kawasan lain.

Jika ada alasan strategik saya perlu bertanding di kerusi Parlimen yang lain, saya bersedia memberi pertimbangan yang serius,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Umum bagaimanapun mengetahui Kit Siang membuat pengumuman itu selepas dirinya dikecam hebat oleh penduduk Gelang Patah.
Dimanakah agaknya Lim Kit Siang akan bertanding kali ini? Kemungkinan besar beliau akan bertanding di Pulau Pinang. Ini jelas daripada lawatan beliau ke kampung-kampung di Pulau Pinang sebagaimana catatan dalam Roketkini.com bersama anak kesangan beliau yang bakal menghadapi pendakwaan di mahkamah yang kemungkinan besar akan dipenjarakan.
Bagi meneruskan kesinambungan pemerintahan Dinasti Lim di Pulau Pinang, kerana anaknya yang juga Ke­tua Menteri, Lim Guan Eng bakal berhadapan dengan hukuman berikutan skandal rasuah yang dihadapinya.

Sepatutnya, beliau tumpukan usaha untuk tambah baik kehidupan rakyat di kawasannya. Kenapa pula Kit Siang hendak sibuk di Pulau Pinang 

Kit Siang ghairah ‘pindah-randah’?

Sila PERHATIKAN peta ‘pindah randah’ Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Lim Kit Siang ghairah 'pindah rahdah'?




Lima negeri, tujuh kerusi Parlimen dan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah dijelajahi veteran DAP berusia 76 tahun ini sejak 1969.



Setiap kali masuk musim pilihan raya umum (PRU), Kit Siang sibuk menjengah kawasan baharu untuk ditan­dinginya. Dengar cerita untuk PRU-14 nanti, Kedah dan pangkalan lamanya, Pulau Pinang menjadi sasarannya.


Barangkali Kit Siang cukup maklum dan mengerti penyokong Cina DAP tidak bersifat ‘kedaerahan’. Sebaliknya terarah ‘federalisme’. Dari aspek memahami psikologi penyokong tegarnya, Kit Siang mungkin menang.

Cuma, kalau benarlah Kit Siang ini ‘hebat’ dan mahu menyer­lahkan sifat ‘persekutuan’nya, kenapa ha­nya bertanding di kawasan majoriti Cina? Mengapa tidak di kawasan pengundi bercampur (50-50 pengundi Cina dan Melayu).


Masuklah gelanggang Parlimen Putrajaya, Pekan, Bagan Datuk atau Bera kah? Kalau kata takut kalah, tidak yakinkah pada jentera DAP di situ?

Apakah dahulu di kawasan pengundi bercampur, DAP serahkan tanggungjawab pan­cing pengundi kepada sekutunya PKR belaka. Dan PKR pula bergantung kepada jentera Pas? Tapi bila Pas enggan tunduk kembali ke pakatan harapan, DAP singkirkan Pas dan berpaling pula ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)?

Alasan Kit Siang sebelum ini dari gelagat ‘pindah-randah’ bertanding kononnya ‘sebagai satu strategi kerana DAP mahu mengadakan gerakan berbentuk politik di seluruh negara bagi membangkitkan ke­sedaran rakyat’.

Ungkapan itu mudahlah diluahkan demi agenda peribadi. Tapi bagaimana nasib pe­ngundi untuk mendapatkan khidmat wakil rakyat mereka?

Takkanlah pe­ngundi Cina di Gelang Patah misalnya masih mengharapkan menteri Pusat membantu mereka. Namun bila mengundi, calon MCA dan Gerakan disingkirkan.


 Sumber: Utusan


Memahami 1MDB Dengan Bahasa Orang Malas


Memahami Skandal 1MDB dengan bahasa orang malas. Baca lebih lanjut
Saya ingin cuba beri penjelasan sedikit berkenaan isu-isu 1MDB dengan bahasa mudah faham. Kalau guna bahasa tinggi nanti saya pun tak faham penulisan sendiri. Bahasa yang saya gunakan budak tadika pun faham. Kalau tuan-tuan dan puan-puan tak faham maksudnya, tuan-tuan dan puan-puan elok jaga anak di rumah, jalankan tugas di pejabat atau buat kerja yang lebih bermanfaat daripada nak marah dan gulingkan pemimpin atas sebab perkara yang tidak difahami.

Bukan apa, terlalu ramai yang meroyan bila nama 1MDB disebut dan menjadi tajuk utama berita di Toilet Tabloid (suratkhabar standard jamban, contohnya TMi, MKini, FMT, MMO, MChronicle dll). Haram tuan-tuan dan puan-puan tak terkejut beruk.

Saya bukan bertujuan hendak meyakinkan sesiapa akan kebenaran fakta tetapi sekurang-kurangnya anda harus tahu apa yang dibalahkan dan memberi pertimbangan sedikit sebanyak kepada fakta dan juga dengan menggunakan akal fikiran. Sangat suka saya jika tuan-tuan dan puan- puan bersangka baik dan tidak mengatakan saya cuba tegak benang yang basah. Kalau ada bukti atau hujah yang menunjukkan sebaliknya, silakan. Kalau tidak ada hujah, sila rujuk kepada kata-kata awal saya di atas.

Saya senaraikan beberapa dakwaan:

1. RM42 bilion hilang? TIDAK BENAR.
Selepas membuat u-turn, ayahanda Tun M pun berkata sesiapa yang mengatakan RM42 billion itu hilang adalah ‘bangang’. Bukan saya kata, ayahanda Tun kata.

2. Hutang sampai RM42 bilion? BENAR. Tetapi:
(a) Jumlahnya termasuk RM8 bilion yang dari awal ditanggung oleh anak-anak syarikat sebelum diambil alih oleh 1MDB,
(b) Nilai aset melebihi RM50 bilion,
(c) Termasuk dalam aset RM50 bilion ialah aset kewangan (financial assets) berjumlah USD6 bilion (RM20 bilion) yang mudah tukar kepada wang,
(d) Selain itu 1MDB memegang ’stok’ tanah untuk tujuan pembangunan (land bank) yang boleh dikatakan agak mudah dijual. Pendek kata 1MDB tidak akan muflis dan tidak akan membankrapkan kerajaan.

3. Hutang RM42 bilion dijamin kerajaan? TIDAK BENAR.
Jumlah yang dijamin kerajaan adalah sehingga RM5.8 billion. Itupun rakyat tidak perlu risau kerana kerajaan akan menanggung hutang hanya setakat wang masih tidak mencukupi setelah semua aset-aset habis dijual. (Ingat: Nilai aset melebihi RM50 bilion berbanding hutang RM42 bilion).

4. Aset BSI tiada nilai? TIDAK BENAR.
Setelah pelaburan 1MDB dikeluarkan dari PetroSaudi (Cayman Islands) sebahagian dicairkan kepada wang tunai yang kemudian digunakan untuk membayar hutang dan lain-lain — ini termasuk menjelaskan sepenuhnya pinjaman bank RM2 billion (yang mana pembangkang membohong kata tidak dibayar oleh 1MDB) manakala USD1.103 bilion masih disimpan dalam bentuk pelaburan dengan nilainya dijamin kerajaan Abu Dhabi. Ada si jahil yang mengatakan aset BSI nilainya kosong (kononnya “worthless’). Mungkin orang tidak tahu bahawa bank-bank di Singapura telah memberi pinjaman sebanyak USD975 juta dengan aset BSI (bernilai USD1.103 bilion) sebagai cagaran (collateral). Kalau aset BSI tiada nilai, maksudnya bank-bank tersebut adalah ‘bangang’ kerana tidak menyemak atau memastikan terlebih dahulu nilai aset BSI tersebut.

5. Jho Lo curi USD700 juta dari 1MDB? TIDAK BENAR.
Pembangkang mendakwa wang tersebut dicuri (siphoned out) semasa pelaburan dibuat di Cayman Islands. Mustahil ini berlaku kerana kesemuanya pelaburan (pokok dan keuntungan) telah dikembalikan kepada 1MDB sebagaimana disahkan oleh auditor. Kalau USD700 juta dicuri atau lesap, auditor akan dapat tahu hanya dengan pengiraan campur tolak. Auditor takut dipenjara 7 tahun di bawah Companies Act 1965 kalau tidak kira dengan tepat dan mengeluarkan laporan audit yang salah.

6. Ananda Krishnan pinjamkan RM2 billion kepada 1MDB? TIDAK BENAR.
Tak perlu saya ulas panjang2, nanti tuan-tuan dan puan-puan lagi pening. Biar saya ulangi sahaja: tidak benar.

7. Tabung Haji menyelamatkan (bail out) 1MDB melalui belian tanah berharga RM188.5 juta? TIDAK BENAR.
Benar TH beli tanah berharga RM188.5 juta tetapi kalau TH tidak beli, pelabur lain akan beli. 1MDB tidak akan muflis pun kalau tiada siapa beli. Kalau TH beli 10 lot tanah dengan harga RM19 billion, baru boleh kata bail-out.

8. Pak Arab pinjamkan USD1 billion kepada 1MDB? TIDAK BENAR.
Tuan-tuan dan puan-puan sepatutnya dah tahu Tony Pua suka menipu. Bila dia tak faham sesuatu perkara dia akan buat-buat faham. Bila dia faham sesuatu perkara dia buat-buat tak faham. Hakikatnya USD1 billion dari IPIC ialah sebahagian pembayaran untuk urusan perniagaan yang akan mendatangkan keuntungan bagi 1MDB. Tunggu maklumat lanjut dari kerajaan/1MDB.

9. 1MDB gunakan dokumen palsu untuk mengatakan ada wang di akaun BSI? TIDAK BENAR.
Ini fitnah pembangkang. 1MDB tidak memalsukan apa-apa dokumen dan tidak perlu memalsukan dokumen. Auditor pun tidak lihat dan tidak perlu lihat dokumen palsu tersebut untuk memastikan wujudnya aset BSI yang bernilai USD1.103 billion kerana auditor menggunakan kaedah audit yang 100% boleh dipercayai dan diyakini.

10. 1MDB ‘wind down’ sebab nak muflis maka ada jualan murah (firesale)? TIDAK BENAR.
1MDB adalah “holding company”. Pada mulanya memang lebih efektif dan efisyen mengawal urusan dan pentadbiran di bawah satu syarikat (centralised) terutama sekali ketika masih dalam “incubation” atau sebelum perniagaan matang. Contohnya akan ada “common costs” di mana kos di bawah kawalan satu syarikat lebih rendah berbanding jumlah kos urusan/pentadbiran jika berasingan. Bila perniagaan dan aktiviti kian berkembang dan/atau stabil, sampai masanya untuk setiap unit perniagaan mengurus dan mentadbir secara berasingan.

Kalau nak faham bab ini, kena faham dulu konsep “Centralisation vs Decentralisation” dan “autonomy”. Mana satu cara pentadbiran yang dipilih bergantung kepada beberapa faktor termasuk (maaf saya guna English) cost efficiency, risk management, tax efficiency, management control, human resource, exit strategy dan sebagainya.

Sebagai satu contoh faktor untuk pertimbangan, percukaian berbeza bagi “investment holding company” dan syarikat yang ada aktiviti perniagaan. Saya kena tulis buku kalau nak jelaskan sepenuhnya tapi pada keseluruhannya tidak ada beza dari segi pemilik (kerajaan).

Ia begini: Katakan saya memilki sepenuhnya sebuah syarikat yang namanya Rafizi Bodoh Sdn Bhd (RBSB). RBSB memiliki beberapa hartanah, kereta dan pelaburan ASB. RBSB juga tanggung beberapa pinjaman hartanah, pinjaman kereta dan pinjaman pelaburan. Kemudian tak pasal-pasal satu kampung memfitnah RBSB menyebabkan RBSB sukar untuk membeli atau menjual hartanah atau menjalankan perniagaan tanpa dimaki hamun. Saya kemudian membuat keputusan untuk pindahmilik semua aset-aset tersebut atas nama syarikat-syarikat berasingan.

A Sdn Bhd memiliki hartanah, B Sdn Bhd memiliki kereta dan C Sdn Bhd memiliki pelaburan ASB. Semua hutang juga diambilalih dari RBSB dan ditanggung oleh A, B dan C secara berasingan. RBSB kemudian dibubarkan kerana tiada lagi urusan perniagaan. Nampak tak keluar poket kiri dan masuk poket kanan? Kalau keliru, rujuk kembali kepada kata-kata awal saya di perenggan pertama — jangan bagi boss nampak anda meroyan di Facebook.

11. PM bohong Parlimen? TIDAK BENAR.
Pembetulan kenyataan yang dibuat tidak bermaksud kenyataan asal adalah pembohongan. Pembetulan atau “addendum” bukan perkara luarbiasa. Nilai aset BSI tidak berubah pun. Tidak munasabah kalau segala maklumat kurang tepat atau kesilapan dikatakan pembohongan. Memang hebat kalau penulisan tuan-tuan dan puanpuan tidak pernah ada kesilapan.

Kalau ada yang masih tak berapa faham atau ingin tahu dengan lebih terperinci sila lah bertanya, dengan elok-elok ya. Nak cabar pun boleh tapi cabar elok-elok. Kalau cabar dengan soalan bodoh saya akan delete sebab menganggu saya memberi perhatian kepada kawan-kawan yang ikhlas bertanya. Saya takde mood nak gaduh buat masa ni.

Jika ada sebarang kesilapan mohon betulkan ya — saya tidak niat berbohong.

Oleh Azmi Arshad,
https://www.facebook.com/azmi929/posts/803186693135469

   

Friday, March 24, 2017

15 Gambar Nurse Paling Seksi Di Dunia




Disebut-sebut sebagai nurse terseksi di dunia. Jolokan ini mungkin betul buat seorang gadis cantik berumur 23 tahun asal Taiwan bernama Carina Linn. Padahal rakan-rakan sekerjanya di hospital mengenali Carina Linn sebagai wanita yang pendiam dan tidak suka mencari sensasi. Namun disebalik sifat pendiamnya, ketika sedang berada di dunia maya kakak cantik ini seolah berubah menjadi 180 darjah, jauh lebih 'ghairah'.

Carina Linn Suster Seksi
Foto nurse seksi Carina Linn (Image by Instagram carinalinn)

Ia sangat sering memuatnaik foto-foto seksinya melalui akaun instagramnya. Hanya bermodalkan foto sebanyak 66 buah saja, Carina Linn membuat para jejaka gembira dan papa-papa jahat lebih dari 339 ribu followers yang jadi tak semangat bekerja, kerana sibuk setiap hari untuk menunggu kiriman foto-foto terbaru dari wanita paling seksi di Kota Taipei, taiwan tersebut.


suster paling seksi di dunia

Tak hanya diam-diam memposting foto selfie dirinya sedang memakai seragam nurse ketika bekerja. Tapi wanita seksi itu juga gagah berani tampil membuka-bukaan, tubuhnya yang montok mulus tak bercela bagaikan durian montong itu hanya dilapisi dengan bikini super seksi dan ada beberapa foto dirinya yang hanya berbalut pakaian mini tembus pandang.


Carina Linn


Akibat gemar memposting foto-foto di Instagram, nurse cantik terseksi itu pun akhirnya mendapat kritikan tajam dari para netizen Taiwan. Banyak dari mereka yang berkomen kalau dirinya yang merupakan seorang pekerja hospital sangat tak sesuai untuk berperilaku seperti itu. Sangat memalukan, kelakuannya tak ubah seperti seorang pelakon filem porno.


suster terseksi asal taiwan




 worlds sexiest nurse

Namun nurse seksi Carina Linn itu dengan santai, ia menjawab, saya hanya seorang wanita biasa yang ingin bahagia dan mengekspresikan kebebasan. Tak ada yang special sedikit pun, Saya fikir semua wanita di dunia ini juga sering melakukan hal yang sama sepertiku, hanya bezanya mereka tidak berani untuk mendedahkan tentang diri mereka sebenarnya, jawab Carina Linn sambil sesekali menghisap rokok ditangannya.

Meet Carina Linn from Taiwan dubbed the "world’s sexiest nurse"

Meet Carina Linn from Taiwan dubbed the world’s sexiest nurse



Carina Linn Suster Seksi yang Jadi Idola Papa-papa Jahat di Taiwan














Meet Carina Linn from Taiwan dubbed the "world’s sexiest nurse"

Meet Carina Linn from Taiwan dubbed the world’s sexiest nurse



Carina Linn Suster Seksi yang Jadi Idola Papa-papa Jahat di Taiwan














Sumber

Janda Anak Empat Jadi Hamba Seks Bapa Saudara Sendiri Kerana Ilmu Hitam





Seorang janda beranak empat bukan saja menjadi ‘hamba seks’ bapa saudara sendiri selama hampir dua tahun, malah puluhan ribu ringgit wang peninggalan arwah suaminya serta wang bantuan kebajikan empat anaknya turut dibolot lelaki terbabit yang dipercayai ‘menakluk’ wanita itu dengan ilmu hitam.


Janda berusia 34 tahun dikenali sebagai Kamariah, mendakwa dia seperti lembu dicucuk hidung apabila mengikut segala arahan bapa saudaranya itu termasuk mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu serta menyerahkan wang simpanannya.


“Dia (bapa saudara) mengawal wang ditinggalkan bekas suami termasuk wang bantuan anak berjumlah RM400 sebulan yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


“Hidup saya umpama mayat hidup selama hampir dua tahun dipercayai terkena ilmu guna-guna itu menyebabkan saya beberapa kali hampir membunuh diri selain mengabaikan makan minum empat anak berusia antara dua dan 12 tahun,” katanya yang kini menjalani rawatan bagi membuang kesan ilmu hitam berkenaan.


Sumber

Kenali Apa Itu Hak Milik Strata & Penipuan Mahathir



Akta Hakmilik Strata 1985 (AHS) telah mula berkuatkuasa pada 1 Jun 1985 bagi semua negeri di Semenanjung Malaysia. Objektif utama AHS adalah untuk membolehkan tanah beri hakmilik (alienated land) mempunyai hakmilik-hakmilik berasingan secara berlapis (multi-layer ownership) dengan dua cara berikut:


1. pengeluaran hakmilik strata melalui proses pecah bahagi bangunan atau tanah (land parcel): dan

2. pewujudan perbadanan pengurusan sebagai mekanisma pengurusan ‘self-governance’ bagi mengawal selia pentadbiran skim strata yang berkenaan setelah hakmilik-hakmilik strata didaftarkan.



Pindaan terkini kepada AHS iaitu melalui Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2013 [Akta A1450] telah memperkenalkan konsep baru pengeluaran hakmilik strata dan pemilikan kosong atau vacant possession (VP) secara serentak.

Melalui pengenalan konsep baru ini, masa proses kerja pengeluaran hakmilik strata akan dapat dipendekkan dan hakmilik strata dapat dikeluarkan dengan lebih cepat.

Asas pindaan undang-undang hakmilik strata di bawah Akta A1450 ini pada umumnya adalah menekankan keperluan menjadikan pengurusan hakmilik strata yang setanding dengan kehendak dan kepentingan pelanggan (customer-focused services) serta bermatlamatkan penambahbaikan sistem penyampaian pentadbiran tanah dalam pengurusan dan pengeluaran hakmilik strata. 

Sila rujuk pautan dibawah untuk keterangan lanjut;  
http://www.kptg.gov.my/ms/content/faqs-hakmilik-strata




Sejarah asal dari Flat Pekeliling

Menurut sejarah, asal usul kewujudan akta ini adalah melalui projek Flat Pekeliling. Projek ini telah dibina antara tahun 1964 dan 1967 untuk menampung golongan berpendapatan rendah dan rakyat setinggan di bandar.

Mereka disediakan dengan tujuh blok rumah pangsa (Blok A, Blok B (kedua-dua dirobohkan pada tahun 2006), Blok C, Blok D, Blok E, Blok F, Block G) dan rumah kedai empat tingkat yang terletak di Jalan Pekeliling (kini Jalan Tun Razak) dan Jalan Pahang, yang dibina pada kos RM20.5 juta pada ketika itu yang dilancarkan oleh Suruhanjaya Ibu Kota Kuala Lumpur (kini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur).

Memudahkan pemahaman

AHS ini dalam bahasa mudahnya adalah pengeluaran hakmilik kepada mana-mana penama keatas ruangan bangunan dan ruang sesebuah premis itu sahaja. Ia tidak mencakupi keseluruhan bangunan dan kawasan sekitar, apatah lagi tanah tapak bangunan tersebut.

Sebagai contoh, jika kita membeli sebuah rumah apartmen atau kondominium, maka kita hanya dikira membeli ruang antara dinding ke dinding dan ruang antara lantai ke siling rumah kita sahaja. Lain-lain ruang seperti lif, tapak letak kereta, padang permainan, kafeteria, taman bunga, tangga atau mana-mana kawasan selain dari rumah kita adalah dianggap milikan bersama.

Maka, sekiranya kita menerima sesebuah premis atau hartanah itu secara 'milikan kekal', ia bermaksud kita hanya 'berkuasa penuh' terhadap ruang yang disebutkan tadi sahaja. Manakala lain-lain ruang iaitu ruang milikan bersama bukanlah dimiliki oleh kita secara kekal abadi.






Mengetahui putar belit Mahathir

Dalam isu pemilikan kekal yang dimaksudkan kepada para pembeli projek Forest City di Johor itu, ia sebenarnya terpakai hanya kepada ruang peribadi atau premis yang dibeli seperti disebutkan tadi sahaja.

Ini bermakna, para pembeli tidak kira dari negara asing mana sekali pun tidak berdaya atau tiada kuasa untuk berkuasa di negara kita atau menggunakan ayat Mahathir bahawa 'membeli Malaysia'.

Ya, sebetulnya pemilikian hartanah di projek Forest City di Johor adalah bersifat milikan kekal. Namun, diulangi sekali lagi ia hanya kepada ruang kecil beberapa kaki persegi antara dari dinding ke dinding dan dari lantai ke siling rumah sahaja.

Jadi, dimanakah pula yang dikatakan bahawa Malaysia bakal tergadai kepada bangsa asing yang membeli hartanah di pulau buatan manusia itu?

Sebelum kita mempercayai dan menyokong Mahathir, adalah lebih elok untuk kita memahami secara lebih mendalam akan sesuatu isu serangan Pengerusi PPBM itu terlebih dahulu.



DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.