Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, May 31, 2017

Sedikit Mengenai Pemilik Geely Automotive Rakan Kongsi Proton – Mahathir Mesti Terus Menangis





Nilai bersih pemilik Geely, rakan kongsi baru Proton adalah kira-kira RM39 bilion sekarang. Beliau juga merupakan abang ipar kepada Presiden China Xi Ji Ping.

Li Shufu mengahwini Peng Li Juan. kakak kepada isteri Xi, Peng Li Yuan.

Tahun sebelum ini, Audi merupakan kereta pilihan bagi pegawai-pegawai Kerajaan China. Tetapi selepas Geely membeli Volvo, Kerajaan China menggugurkan Audi daripada senarai jenama kereta untuk di beli dan menggantikannya dengan Volvo.

Tidak mustahil kemudian nanti Proton satu hari nanti akan juga mungkin disenaraikan sebagai kereta Kerajaan di China.

Sebahagian yang lain juga mengatakan bahawa Geely tidak ikhlas mengenai Proton dan hanya mahukan Lotus.

49% daripada Lotus masih dimiliki oleh Syed Mokhtar. Masih terdapat pengaruh di sana.

Seperti yang pernah ditunjukkan. Lotus telah mengalami kerugian berbilion-bilion dan tidak membuat keuntungan walau satu tahun pun sejak Proton membelinya pada tahun 1996.

Semuga yang terbaik untuk Geely, Lotus dan Proton.  


Credit :  PakDin 


[Video] Kemalangan Kilometer 443.8 Lebuh Raya Utara Selatan: Pemandu Ditahan Bantu Siasatan






Perkembangan kes nahas dua kenderaan yang menyebabkan seorang bayi tiga bulan maut tercampak daripada kereta keluarganya, Ahad lalu.

Ketua Polis Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam mengesahkan, polis telah menahan pemandu kereta Proton Persona yang menghimpit kereta Perodua Axia dalam kemalangan itu.

******

Bayi Maut Tercampak: Polis Kesan ‘Pemilik’ Video

HULU SELANGOR: Polis sedang mengesan seorang pengguna media sosial yang memuat naik video kemalangann di Kilometer 443.8 Lebuh Raya Utara Selatan, di laman Facebook, semalam.

Video berdurasi 34 saat itu yang menjadi viral menunjukkan satu kemalangan membabitkan sebuah kereta PROTON Persona menghimpit sebuah kereta PERODUA Axia di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, menurut laporan yang diterima polis, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu PROTON Persona yang memandu di lorong tengah mendakwa panik selepas berasa kenderaannya dihimpit dari sebelah kiri menyebabkan dia bertukar ke lorong kanan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam, berkata setakat ini, hanya seorang mangsa tampil membuat laporan berhubung kemalangan terbabit.

“Setakat ini, hanya pemandu kereta PROTON Pesona membuat laporan.

Pemandu PERODUA Axia berada di Hospital Sungai Buloh (HSB) kerana masih trauma selepas kejadian itu,” katanya.

Supramaniam berkata, pihak polis masih menyiasat kejadian ini dan berharap tiada spekulasi yang berlaku kerana akan mengganggu siasatan mereka.

Kemalangan yang berlaku semalam, menyebabkan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut selepas tercampak dari kereta dinaiki bersama keluarganya.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 tengah hari itu turut menyebabkan bapanya, Shahril Salleh, 32; ibu, Rafnah Mongudancgal, 35, serta dua abangnya, Aril Hakimi Ashraf, 11 dan Aril Zakuan Haris, 4, cedera ringan.

Bayi berkenaan, Aril Rizqin Redza Sharil disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang, kira-kira sejam selepas kejadian ketika menerima rawatan di HSB. 



Shafie Apdal Terlibat Dalam Projek IC?



BUKTI Shafie Apdal terlibat dalam Projek IC


Surat sokongan berikut adalah bukti Dato Shafie Apdal terlibat dalam Projek IC baru yang jadi kontroversi pada tahun 2012.


Hasil dari itu Dato Najib mengarahkan diadakan RCI pada tahun itu:

RCI tahun 2012 ekoran ada projek IC baru
http://snapshot2016.blogspot.com/2017/05/rci-tahun-2012-ekoran-ada-projek-ic-baru.html

Sebelum ini, kami telah dtimbulkan isu Shafie defensif ketika RCI tersebut.

http://theunspinners.blogspot.my/2017/04/adakah-kaitan-shafie-dan-serbuan-sprm.html

http://snapshot2016.blogspot.my/2017/04/padan-shafie-defensif-ketika-rci-projek.html

Projek IC satu pengkhianatan Mahathir 
terhadap kedaulan negara dan perlembagaan
Ketika ini pihak SPRM sedang beroperasi terhadap sindiket dalaman Jabatan Pendaftaran Negara jual IC:

http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/04/28/nrd-launches-investigation-into-syndicate/

https://m.utusan.com.my/berita/jenayah/jpn-pandang-serius-penjualan-mykad-palsu-1.475227

MyKad being sold to foreigners for RM4,500 http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/04/28/mykad-being-sold-to-foreigners-for-rm4500/

https://cilisos.my/you-can-get-a-fake-mykad-for-as-low-as-rm200-but-why-would-you-wanna-buy-one/

Pasti Shafie sedia disiasat


The Unspinners

Wong Kah Woh DAPSY Tak Layak Ketuai Pemuda DAPSY - Cara Beliau Memalukan Lim Guan Eng





Cinakawkaw : PEMIMPIN MUDA DAP BERFIKIRAN CETEK, WONG KAH WOH TIDAK LAYAK MENGETUAI DAPSY

Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY) Kebangsaan, Wong Kah Woh menunjukkan taraf minda pemimpin pelapis DAP sungguh cetek, mudah menggelabah dan kurang membaca. Nampaknya, Wong Kah Woh sendiri tidak mempelajari sejarah perjuangan Lim Kit Siang dan DAP dari awal. Maka tidak hairanlah beliau menggelabah dan rimas dengan kemunculan buku ‘Bahaya DAP kepada Islam dan Melayu Di Malaysia’!. Untuk mengambil hati Lim Kit Siang, Wong Kah Woh bercakap mempertahan Lim Kit Siang malangnya, dia memalukan bosnya sendiri dengan cara kebudak-budakkannya.

Ternyata ulasan Wong Kah Woh mengenai buku hanya berdasarkan hear say sahaja dan tidak menelaah isi kandungan buku itu. Sebab itulah, Wong Kah Woh tidak mengulas buku itu, sebaliknya dia hanya memberi komen luaran sahaja. Sekarang rakyat mempersoal jika begini cara pemimpin pelapis DAP seperti Wong Kah Woh bercakap, maka apa taraf university dia? Bercakap seperti orang tidak berpendidikan tinggi!

Kepada Wong Kah Woh, sila buktikan di mana di dalam buku itu fakta-fakta yang tidak tepat? Kamu buktikan fakta-fakta kamu dan jika ada kajian kamu mengenai perjuangan DAP dan Lim Kit Siang sejak tahun 1960an?

Jangan serang Tan Sri Anuar Musa (TSAM) kerana TSAM tiada kaitan mengenai buku itu. TSAM hanya mengetuai Biro Penerangan UMNO dan itu hanya satu aktiviti biro sama sahaja dengan aktiviti parti-parti lain seperti DAP lakukan. Sebagai Ketua Penerangan UMNO, TSAM hanya VIP yang merasmikan sahaja. Panel penilai bukan TSAM pun kerana panel yang menilai puluhan artikel, video dan sebagainya mestilah menghormati karya orang-orang Melayu dan Islam yang menyertai pertandingan itu. Kenapa perlu takut dengan hasil karya rakyat?

Tahukah Wong Kah Woh bahawa buku itu dihasilkan oleh sekumpulan anak muda lepasan universiti dengan menggunakan banyak kaedah kajian antaranya kajian ethnography. Mereka menggunakan 103 Bahan Rujukan Yang Tediri Daripada Buku-buku, Keratan Akhbar, Artikel-artikel, Dokumen-dokumen, ceramah, jadual, gambar dan mereka membuat temuramah. Hormatilah hasil kerja mereka anak muda. Jika tidak bersetuju keluarkan buku lawan buku tersebut. Bukannya menggelabah dan kacau bilau. Fakta lawan fakta, bukan sedikit-sedikit menggelabah, buat report polis lah, macam budak-budak berpolitik! Beginikah taraf pemimpin muda DAP???


Tuesday, May 30, 2017

Penulis Artikel ‘Bahaya Dap Kepada Melayu-Islam di Malaysia’ Pemenang Utama Esei Kit Siang Rasis



SHAH ALAM, 26 Mei – Artikel ‘Bahaya Dap kepada Melayu-Islam di Malaysia (siri 16 artikel yang dibukukan)’ telah memenangi hadiah utama berjumlah RM10,000 melalui pertandingan penulisan artikel “Lim Kit Siang seorang Rasis, anti Islam, anti Melayu dan Diktator…Apakah benar?” anjuran Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa.

Namun begitu siapakah penulisnya terus menjadi rahsia ekoran permintaan penulis atas dasar faktor keselamatan.



Jelas Annuar, atas permintaan maka beberapa pemenang lain juga turut dirahsiakan identiti mereka.

“Kita memahami permintaan ini kerana ada pemenang yang tidak mahu dikenali dan mereka hanya pemerhati politik, jadi kita ikutkan kerana apa yang penting adalah mutu penulisan dan fakta yang diberi.

“Apa yang penting bahan mereka memenuhi kreteria pertandingan,” ujarnya dalam sidang media selepas menyampaikan hadiah kepada semua pemenang dan wakil di Shah Alam hari ini.

Dalam sidang media yang sama Annuar turut menjelaskan wang hadiah keseluruhan yang bernilai RM50 ribu bukanlah wang peribadi ataupun wang UMNO sebaliknya ia adalah hasil sumbangan daripada individu-individu tertentu.

Empat kategori telah dipertandingkan iaitu tulisan di blog, artikel di media, video pendek dan infografik.

Berikut adalah senarai pemenang bagi ke empat-empat kategori:

Penulisan Artikel

Hadiah Utama – RM10 ribu

Buku Bahaya Dap kepada Melayu-Islam di Malaysia (siri 16 artikel)

Honorarium – RM2 ribu

Lim Kit Siang – Pasimisme dan Kediktatoran Politik
Oleh: Mohaned Firdaus Zainal

Puad Zakarshi: Tindak Tanduk Memang Rasis
Oleh: Amizul Tunizar Termizi (Utusan Malaysia)

Dasar2 Kit siang Inikah yang Orang China Mahu?
FB: anti semua salah umno ASSU

Easy to Prove Kit Siang is Anti-Islam, Anti-Malay, Anti-Monarchy
Oleh: RPK malaysia-today.net

Kerosakan yg Kit Siang telah lakukan kepada sekolah Cina
Oleh: ketua pengarang malaysia-today.net

Perlukah kita dipimpin oleh “mereka”
Oleh: Ahmad Ikrani Mahshar, Kelantan

Kategori Penulisan Blog

Hadiah Utana – RM5 ribu

Kit siang no 1 racist – bahagian 1, bahagian 2, bahagian akhir
Oleh: blogger seademon.me

Honororium – RM1 ribu

Pendedahan mengejutkan: Dap dibantu komunis sejak pru 1969
Oleh: blogger mymassa.blogspot.my

13 mei: kit siang pernah halau melayu dari kg baru
Oleh: blogger sangah tok janggut

Kepala kepada bapak rasis – ramai cina tak sokong dap, diancam dan diugut oleh penyokong chauvinist !!!
Oleh: blogger megat panji alam

Fakta, realiti: lim kit sian dap diktator, rasis dan anti-islam
Oleh: blogger suara lensa

Bahaya sekolah demokrasi tajaan Dap
Oleh: blogger aidcnews

Kategori Video

Hadiah Utama – RM5 ribu

Tun Mahathir Mohamad
Bertajuk Kit siang memang rasis
Dirakam dan disiarkan oleh minaq jinggo

Honorarium – RM2 ribu

Tan Sri Muhyiddin Yassin ” dap parti totok cauvinis rasis !!!”
Diterbut dan disiar oleh dr novandri hassan basri

Datuk zulkifli nordin
“13 mei 1969 parang terbang”
Oleh: One Tuberz

Tun Dr Mahathir Mohamad “Kalau Lim Kit siang jadi perdana menteri”
Oleh: berita sabah

Sdr razali abdul rahman bekas pakar strategik dap
“Bahaya Nya Dap”
Oleh: rastakurku’s channel

Superman hew, protege lim kit siang dan dap
“Dap racist scum at work”
Oleh: stoptheliespls
Hadiah Utama – RM1 ribu

Ini Negeri bukan melayu punya….

Oleh: blog2-politik.blogspot.my

Honorarium – RM500

Malai si pergi… mati melayu
Oleh: blogger radikalisma

Melayu keluar… kita hentam lu
Oleh: blogger azha nelayan

Lim kit siang bapa tragedi 13 mei
Oleh: blogger navy-the-best.blogspot.my

Melayu balik kampung…
Oleh: blogger redah kasi pecah

Melayu keluar!!
Oleh: pengarang portal mynewshub


Kisah Bahaya DAP & Lim Kit Siang Dibukukan



SHAH ALAM 26 Mei - Kisah bahaya perjuangan DAP serta Penasihatnya, Lim Kit Siang kepada orang Melayu dan agama Islam dibukukan dalam sebuah makalah setebal 272 muka surat.

Mengandungi 16 bab, buku bertajuk DAP: Bahaya Kepada Melayu-Islam di Malaysia memaparkan sejarah politik Kit Siang dan DAP sejak dari awal pengli­batannya sehingga sekarang.

Lengkap dengan peyelidikan terperinci, karya tersebut dipilih pemenang utama pertandingan esei mengenai Kit Siang yang menyentuh persoalan rasis, anti-Islam dan diktator.


Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebagai ahli politik Kit Siang tidak boleh mengelak daripada dinilai dan rakyat berhak mengenali watak sebenar Penasihat DAP itu.

“Sebagai contoh kisah 13 Mei, apa ucapan Kit Siang tiga hari sebelum tragedi, apa ucapan Kit Siang pada hari tragedi (di Kota Kinabalu) dan apa tindak-tanduk Kit Siang seminggu selepas tragedi.

“Rakyat kini boleh menilai ke­rana dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hanya ada dua pilihan, kerajaan diketuai UMNO atau pembangkang diketuai DAP,” katanya selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang penulisan esei mengenai Kit Siang di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Se­langor, Tan Sri Noh Omar dan Ketua Penerangan UMNO Sela­ngor, Datuk Zein Isma Ismail.

Dalam sidang akhbarnya selepas itu, Annuar berkata, jentera penerangan UMNO akan menjelajah ke seluruh negara bagi me­nerangkan bahaya Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Dakwanya, dengan pendekatan Malaysian Malaysia, banyak dasar bersifat keadilan sosial yang ketika ini dinikmati rakyat pelbagai kaum akan terhapus jika pakatan itu memenangi PRU-14.

“Parti-parti junior dalam pakatan ini hanyalah ‘buah sembah’ seperti dalam silat, pukulan maut tidak dimiliki PKR, PAN atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), itu milik DAP.

“Kita semua sedar parti-parti junior ini tidak akan mampu menandingi kekuatan DAP, baik dari segi bilangan kerusi mahupun pe­ngaruh sebab pencatur utama dalam pakatan itu adalah DAP,” katanya. - UM

SINGKIR 'MUSANG BERBULU AYAM' DALAM THE STAR YANG JADI AGEN DAP!




WA Sengat Lu The Star semalam menyiarkan berita bertajuk 'Malaysia Terrorist Leader' di muka hadapannya, manakala sambungan berita seterusnya di halaman tiga akhbar itu.


Di bawah tajuk berita berkenaan, akhbar itu menyiarkan gambar umat Islam sedang mengerjakan solat Tarawih. Ia satu cara menggambarkan dan memberi persepsi buruk Islam dengan keganasan. Ia satu penghinaan.

Sikap the star bukan baru. Cara biadap berulang, tajuk yang diputar belitkan dan tidak sensitif terhadap umat Islam sudah biasa dilakukan oleh Akhbar The Star.

Sekalipun Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil Ketua Pengarang The Star sebelum ini rasanya sikap akhbar ini akan terus kekal. Permohonan The Star hanyalah satu gimik "sengaja buat salah kemudian maaf". 'Damage has been done' KDN wajar mengambil tindakan tegas.

Parti komponen MCA pula pemilik saham terbesar akhbar itu perlu merombak akhbar miliknya. Sekalipun kita memperjuangkan kebebasan akhbar tetapi bukan kebebasan seperti ini yang kita mahu. Sudah tiba masa MCA perlu mencampuri urusan penerbitan akhbar The Star bagi mengelak perkara tidak diingini.

Sebagaimana Perkhidmatan Awam dalam berjuta penjawat awam ada kalangan mereka pendokong dan ahli parti pembangkang. Hanya membezakan mereka ialah tindakan sokongan secara terang-terangan atau belakang tabir sahaja. Yang dibuang digantung, amaran dan tatatertib saban hari ada. Jadi bukan menghairankan. Bertindak tegas dan cakap serupa bikin untuk buang!

Sumber dalaman The Star mendedahkan bahawa kumpulan pengurusannya dan editor adalah dari Fanatik Kristian DAP.

Malah bekas wartawan the star Cheah Sin Chong dalam tulisan di Facebooknya berkata Datuk Leanne Goh perlu dipecat dari The Star. https://www.facebook.com/sccheah07/posts/10212390295490079

Jika pengurusan dan editor The Star merupakan pendokong kuat DAP jadi tak hairan cara mereka menyebarkan maklumat merujuk kepentingan gerakan DAP. Mereka adalah 'Musang Berbulu Ayam' dalam The Star, MCA wajar mengambil tindakan tegas memecatnya. Bukan terus menternak mereka dalam kandang The Star. Jika tidak ia akan merosakkan The Star sendiri.

Dalam DAP, Evangelis DAP yang fanatik kristian lebih biadap bukan sahaja menghina Islam, budaya malah sanggup menghina bangsa cina mereka sendiri yang bukan seagama mereka. Boleh dibaca persamaan mereka dalam blog Captain M. Inilah cara sikap DAP dan agen-agen mereka termasuk di media akhbar perdana seperti The Star.

https://captainmgs.blogspot.my/…/sebarkan-hannah-yeoh-manif…

Kita harap Presiden MCA bertindak tegas memecat pengurusan The Star sebelum jadi parah. Jangan biar Musang berbulu ayam bermaharaja lela.


Monday, May 29, 2017

Jika Proton Bersetuju, Teknologi Geely Mungkin Akan Diterima Proton






Laporan sebelum ini menyebut Zhejiang Geely dijangka bakal memulakan bidaan untuk tempat sebagai rakan strategik asing Proton, pada awal minggu ini. Proton ketika ini sedang memberi fokus untuk memilih rakan strategiknya, dan ada laporan mengatakan Geely kini sedang bersaing sengit dengan Groupe PSA (pemilik Peugeot dan Citroen) untuk tempat tersebut.

Menurut sumber yang rapat dengan proses tersebut, Geely bakal menawarkan Proton teknologi kenderaan terbaharunya yang dibina bersama Volvo sebagai sebahagian tawaran berkenaan. Ini termasuk teknologi yang digunakan untuk membina sedan GC9 dan SUV Boyue keluaran jenama berkenaan, dan juga teknologi kenderaan kompak yang dibangunkan bersama Volvo, dedah sumber berkenaan.

Teknologi yang dimaksudkan berkemungkinan besar termasuk platform baharu Compact Modular Architecture (CMA) yang dijadikan asas bagi pembinaan model siri-40 Volvo seperti Volvo XC40 yang bakal diperkenalkan tahun ini, dan juga model-model Geely yang lain. Platform baharu berkenaan direka bagi membolehkan unit janakuasa elektrik dipadankan padanya, di mana unit janakuasa hibrid T5 Twin Engine memang dibina khas untuknya.

Sumber tersebut turut menambah, dengan menawarkan Proton berberapa teknologinya, Geely mensasarkan untuk menerjah masuk ke pasaran kenderaan pemanduan sebelah kanan (RHD), menerusi Proton. Kerjasama yang signifikant bersama Proton ini bakal memberikan syarikat China tersebut asas yang kukuh untuk masuk ke pasaran RHD global, yang setakat ini mereka belum lagi menjual walau sebuah model RHD sedangkan pasaran global menunjukkan sejumlah lapan juta kenderaan RHD dijual di seluruh dunia setiap tahun.


geely boyue 14geely boyue 17
geely boyue 16

Jika kerjasama Proton-Geely ini benar-benar terjadi, apakah teknologi yang bakal Proton terima? Kami tampilkan apa yang Geely ada dalam barisan model mereka, yang agak komprehensif, pada galeri di bawah.

Selain dari GC9 dan Boyue yang dipetik sebagai model yang berkemungkinan, model baharu seperti GL, GS dan juga Emgrand EC7 mungkin juga akan dipilih. Kami juga tampilkan semua model yang ditawarkan oleh Geely pada laman sesawang versi Bahasa Inggeris jenama berkenaan bagi memberikan gambaran penuh keseluruhan falsafah pembinaan mereka.

Model Boyue yang mula diperkenalkan akhir tahun lalu menampilkan rekaan agak berbeza dengan model-model sebelumnya, melambangakan signatur rekaan terkini dari jenama China berkenaan. SUV tersebut menampilkan pelbagai rekaan baharu hasil bekas pereka Volvo, Peter Horbury yang kini mengetuai empat studio rekaan Geely iaitu di Gothenburg (Sweden), Shanghai (China), Barcelona (Sepanyol), dan Los Angeles (Amerika Syarikat), dioperasikan oleh sekitar 300 pereka.

Berdasarkan gambar, bahagian dalaman Boyue ini cukup premium, dan kelengkapan yang diberikan juga agak banyak seperti skrin infotaimen lapan-inci dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto, serta sistem keselamatan termasuk Amaran Keluar Laluan dan adaptive cruise control (ACC).


Untuk pasaran China, Boyue yang berdimensi 4.5 meter panjang ini diberikan dua pilihan enjin. Varian asas menerima enjin 2.0 liter NA berkuasa 140 hp/178 Nm dipadankan dengan kotak gear manual enam-kelajuan. Manakala untuk varian lebih tinggi diberikan enjin 1.8 liter turbo suntikan bahan api terus (TGDI), menawarkan dua pilihan kuasa, berdasarkan pilihan transmisi.

Enjin 4G18TD yang diiktiraf memenuhi spesifikasi Euro-5 dengan padanan kotak gear manual, ditala bagi memberikan kuasa 160 hp/250 Nm. Manakala untuk versi transmisi klac-berkembar automatik pula, enjin tersebut mampu menghasilkan kuasa 181 hp/285 Nm. Kotak gear klac-berkembar enam-kelajuan berkenaan dibina oleh Drivetrain System International (DSI), yang juga merupakan subsidiari Geely dari Australia.

Pada pasaran luar tertentu, Boyue ditawarkan dengan enjin NA 2.4 liter, menggantikan enjin 1.8 liter TGDI. Kedua-dua enjin 1.8 TGDI dan 2.4 NA tersebut turut menjana sedan GC9, yang diperkenalkan dua tahun lalu. Sedan berkenaan dikenali sebagai Borui di China manakala untuk pasaran luar tertentu, ia dikenali sebagai Emgrand GT.

Sedan mewah dengan dimensi 4,596 mm panjang, 1,861 mm lebar dan 1,513 mm tinggi ini turut hadir dengan versi flagship 3.5 liter. Kesemua enjin pada barisan model GC9 dipadankan dengan kotak gear automatik enam-kelajuan. Seperti juga Boyue, GC9 dilihat begitu premium di dalam gambar, disertakan dengan lampu hadapan LED, paparan Head-Up, sistem audio Infinity dengan 13-pembesar suara, kamera 360 darjah serta ACC.

geely gc9 12
geely gc9 13geely gc9 15

Untuk model lain iaitu sedan GL, SUV GS (ditawarkan dalam versi Elegant dan Sport) dan Emgrand EC7 diberikan enjin NA 1.8 liter dan 1.5 liter, serta enjin 1.3 liter turbo baharu dari jenama China berkenaan.

Enjin 1.3 liter turbo tersebut diberikan berberapa talaan dengan kuasa bermula 127 hp hingga 131 hp, manakala tork untuk kesemua versi kekal pada 185 Nm. Tiga pilihan transmisi ditawarkan untuk enjin ini iaitu enam-kelajuan manual, enam-kelajuan klac berkembar dan juga CVT.

Untuk barisan model Emgrand, ia terdiri dari empat model. Manakala barisan standard pula, Geely menghasilkan sembilan jenis model, kesemuanya dijana enjn NA 2.0 liter, 1.8 liter dan 1.5 liter.

Secara keseluruhan, apa pendapat anda berkenaan model-model dari Geely ini? Adakah Geely akan memasarkan sebahagiannya pada rantau ini dalam versi RHD sekiranya kerjasama bersama Proton ini benar-benar berlaku? Kongsikan pendapat anda bersama kami.


Geely tawar teknologi yang dibangun bersama Volvo jika dipilih sebagai rakan strategik Proton – laporan



Zhejiang Geely, pengeluar automotif dari China dijangka akan memulakan bidaan seawal minggu ini bagi mendapatkan tempat sebagai rakan strategik luar untuk Proton, lapor Reuters. Perkara ini diberitahu kepada agensi berita berkenaan oleh berberapa sumber dalaman yang mengikuti proses bidaan berkenaan.

Sumber berkenaan turut memberitahu Geely bakal menawarkan Proton teknologi kenderaan terbaharunya yang dibina bersama Volvo sebagai sebahagian tawaran tersebut.

Ini termasuk teknologi yang digunakan untuk membina sedan GC9 dan SUV Boyue keluaran jenama berkenaan, dan juga teknologi kenderaan kompak yang dibangunkan bersama Volvo, jelas sumber tersebut. Tambah sumber itu lagi, dengan menawarkan Proton berberapa teknologinya, Geely mensasarkan untuk menerjah masuk ke pasaran kenderaan pemanduan sebelah kanan (RHD), menerusi Proton.

Kerjasama yang signifikant bersama Proton ini bakal memberikan syarikat China tersebut asas yang kukuh untuk masuk ke pasaran RHD global. “Sejumlah lapan juta kenderaan RHD dijual di seluruh dunia setiap tahun. Geely tidak pernah menjual walau seunit pun kereta RHD, jadi kereta Geely akan dijual di bawah Proton, jika tidak Geely perlu membuat bayaran lesen yang besar,” jelas salah seorang sumber berkenaan kepada Reuters.

Menurut sumber berkenaan lagi, pelaburan dari Geely akan membantu Proton untuk mengembangkan pasaran eksportnya dan mengambil semula bahagian pasarannya yang hilang pada berberapa tahun kebelakangan ini. “Rancangan sepenuhnya pada asasnya untuk melabur di dalam Proton bagi mengembalikannya pada tahap global (untuk jualan) yang dicapai pada era 90’an,” tambah sumber itu lagi.

Walau bagaimanapun tiada petunjuk tawaran yang bakal diberikan pada Geely – yang menurut sumber tersebut ia merupakan bahagian terakhir untuk proses bidaan ini – termasuk tawaran kepentingan di dalam Proton. Tambah mereka, Geely berminat untuk mengambil sekurang-kurangnya 51% kepentingan Proton.

Reuters seterusnya menghubungi DRB-Hicom namun menurut syarikat berkenaan tiada apa perkara baharu yang boleh dinyatakan. “Kami sedang menilai bidaan yang diterima. Tiada pendedahan akan diumumkan sehingga rakan strategik luar ini dipilih,” ujar jurucakapnya. Sementara itu Geely turut enggan untuk mengulas spekulasi ini.

Laporan turut menyebut Geely dan PSA Groupe dari Perancis sedang mendahului bidaan untuk menjadi rakan strategik Proton. Minggu lalu, DRB-Hicom sekali lagi menegaskan mereka kini sedang menumpukan pada proses kritikal untuk mengenal pasti rakan yang paling ideal untuk Proton.

 

Syarikat berkenaan akan mengumumkan secara formal keputusan pencarian rakan strategik ini – yang turut termasuk penyatuan kedua-dua kilang syarikat tersebut yang terletak di Tanjung Malim, Perak dan Shah Alam, Selangor – pada penghujung separuh pertama 2017, dan bakal dilengkapkan secepat mungkin.

Hari ini juga kerajaan menafikan khabar angin bahawa Proton akan menjual 51% sahamnya kepada rakan asing, serta menyatakan tidak akan masuk campur terhadap urusan pemilihan rakan strategik ini kerana Proton kini bukan milik kerajaan, tetapi DRB-Hicom.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata keputusan akhir masih lagi belum dicapai. “Kerajaan bukannya gadai hak negara tetapi mencari peluang untuk membantu Proton membangun secara lebih cekap dan setanding jenama besar dalam industri automobil dunia,” jelas Ong.

Sebelum ini, kerajaan turut mengatakan pihak mereka tidak mempunyai masalah sekiranya DRB-Hicom mahu menjual kepentingan di dalam Proton. Sementara itu, DRB-Hicom sebelum ini mengatakan Proton akan kekal sebagai pembuat automotif nasional negara, dan menegaskan mereka akan kekal sebagai pemegang ekuiti majoriti di dalam Proton. 



Anak' Mahathir antara Proton dan Perwaja.




Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad terus membuat tuduhan mendakwa syarikat pembuat kereta Proton dikatakan sudah dijual kepada China dan bukan milik Malaysia lagi dalam tulisan terbaru di blognya.

Kononnya, Mahathir menangis kerana hilang anak. Proton tidak hilang, ianya masih ada. Semasa anak besinya hilang betul betul iaitu Perwaja, mengapa Mahathir tidak menangis? Apakah Mahathir mahu nasib perniagaan Proton senasib dengan Perwaja?

Pembelian saham adalah urusan perniagaan, ianya tidak terbabit pun dengan soal kedaulatan negara. Tuduhan Mahathir itu adalah karut, kerana syarikat yang memiliki Proton DRB-Hicom Berhad (DRB-Hicom) hanya menjual 49.9 peratus kepentingan mereka di dalam syarikat itu.

DRB-Hicom masih memegang pegangan majoriti iaitu 51.1 peratus dan ianya secara majoritinya akan tetap menjadi syarikat milik Malaysia.

Mahathir tuduh kata kerajaan jual aset negara termasuklah Proton ini kepada negara asing katanya untuk menyelesaikan hutang. Takkan Mahathir tidak tahu sengsara apa yang Proton tanggung dari segi pusingan modal dan kewangan untuk menampung operasi.

Pembelian saham oleh Geely ini adalah perkongsian strategik untuk membawa masa depan yang lebih baik untuk syarikat Proton dan pekerjanya.

Pada 2 Ogos 2010, syarikat Geely membeli  pegangan dalam syarikat Sweden, Volvo dengan harga USD$1.3 billion dari Ford Motor.

Selepas itu jualan kereta Volvo naik 27% berbanding tahun sebelumnya. Kilang Volvo masih lagi di Sweden dan Belgium.

Pihak pembangkang di Sweden tidak pula membangkitkan soal penjualan pegangan Volvo ke syarikat Geely sebagai menjual kedaulatan negara Sweden.

Geely juga telah membeli The London Taxi Company di United Kingdom dengan harga £11.04 pada 2012. Ada pihak pembangkang di United Kingdom dakwa pembelian Geely ini seolah menjual kedaulatan negara? Tidak.

Hanya pihak pembangkang yang bernama Pakatan Harapan di Malaysia sahaja menuduh kerajaan mengadain kedaulatan negara bila Geely membeli saham Proton.

Rakyat sudah tahu pada tahun 1985 hingga 2000, Proton mengeluarkan kenderaan kebanyakan berdasarkan rekabentuk dan serta alat ganti termasuk enjin dari Mitsubishi dari Jepun.

Proton mengadakan kerjasama dengan Mitsubishi Motors antara tahun 1983 dan 1984 untuk pengeluaran kereta Malaysia yang pertama.

Kereta yang Mahathir pandu di Jambatan Pulau Pinang.

Ia bukanlah keseluruhannya hasil kerja Proton. Ianya kerjasama strategik antara syarikat Jepun dengan syarikat Malaysia, Proton.

Apakah pada masa itu kedaulatan Malaysia tergadai kepada Jepun?

Proton kini tarafnya adalah sebuah syarikat korporat di bawah kawalan jutawan tempatan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Keputusan yang dibuat adalah keputusan perniagaan kerana Syed Mokhtar tidak mahu lagi menanggung kerugian.

Mengapa Mahathir enggan menyelar keputusan Kerajaan Pulau Pinang yang meluluskan Enakmen Pinjaman Kerajaan Negeri (Bank dan Sumber Kewangan  Lain) 2017 untuk membolehkan kerajaan Lim Guan Eng meminjam wang tanpa had dari China?

Pinjaman tanpa had itu dikatakan kononnya untuk membiayai projek prasarana baru di pulau berkenaan dan pojek lain.

Wang akan dipinjam iaitu berhutang dengan Bank Eksport-Import China (Exim Bank Of China) untuk membiayai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIP).

Mengapa Mahathir tidak kata DAP hendak jual Penang pada China? Takut pada DAP? 1MDB dulu berhutang untuk perniagaan bukan main lagi Mahathir bising. Kini, Guan Eng pinjam duit tanpa had, kenapa Mahathir diam?

Mahathir patut menangis kerana sudah 25 kampung Melayu di Penang sudah hilang kerana dikerjakan DAP. Tanah di Penang sudah habis dilelong DAP pada kroninya. Malah duit zakat untuk orang Islam pun sudah diseleweng kroni kroni Guan Eng.

Kenapa Mahathir tidak menangis? Proton tidak ke mana mana. Masih ada. Ianya hanya kerjasama strategik.

Syarikat Proton tidak akan rugi kerana menjual sebahagian pegangannya kepada syarikat yang mempunyai potensi dari China, sebaliknya akan lebih berjaya dalam industri pembuatan kereta.

Lebih elok Mahathir tuduh, kutuk dan kritik Guan Eng yang jelas-jelas menindas rakyatnya. Guan Eng terlibat dengan rasuah tetapi enggan melepaskan jawatan.

Pembelian saham Geely adalah urusan perniagaan, ianya tidak menjejaskan pun kedaulatan negara kita. Usah terpedaya dengan tangisan simpati Mahathir

Skandal perdagangan mata wang asing dari 1992 hingga 1993.



TaipingMali Tan Sri Jaafar Hussein adalah bekas Gabenor Bank Negara Malaysia ke 4, dari Jun 1985 hingga Mei 1994. Namun Pada 1 April 1994 beliau meletak jawatan  selepas berkhidmat selama 9 tahun.

Pada 2 Jun 2012, di Dewan Sri Pinang, Padang Kota Lama, Pulau Pinang telah diadakan forum membincangkan skandal perdagangan mata wang asing dari 1992 hingga 1993.

Forum ini anjuran Penang Institute. Antara panelnya ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng , Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Rosli Yaakop bekas Timbalan Gabenor Bank Negara.

Skandal ini dikatakan berlaku semasa Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin. Bank Negara Malaysia dikesan mula terlibat dengan kegiatan spekulasi di pasaran pertukaran mata wang semasa Gabenor TS Jaafar Hussein. TS Aziz Taha enggan , lalu meletak jawatan.

Pada 1989, TS Jaafar Hussein telah menekankan tentang Bank Negara patut mengoptimumkan keuntungan termasuk melalui berurus niaga di pasaran saham sebagaimana George Soros.

Tahun 1992, BNM telah berjudi di dalam Paun British (GBP) dan menyebabkan Bank of England runtuh pada 1992.

Keuntungan BNM tidak kekal dan akhirnya rugi besar, lalu Dr Mahathir memperkenal kan dasar Penswastaan dengan menswastakan 400 jabatan kerajaan dan syarikat.

Gabenor Bank Pusat Amerika , Greenspan telah menggesa agar BNM berhenti spekulatif mata wang asing. Turut agresif ialah Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Tun Daim Zainuddin merupakan seorang spekulator besar dalam pasaran saham. Beliau menjana kekayaan melalui spekulasi di pasaran saham.

YB Lim Kit Siang menganggarkan kerugian BNM pada 1993 itu ialah RM30 bilion. DS Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan pada 1993 tetapi tetapi kerugian BNM sudah menggunung. Pada Julai 1994 Jaafar Hussein dan Nor Mohamed Yakcop dipaksa letak jawatan. Selepas bersara.

Selepas bersara Tan Sri Jaafar Hussein tidak pun didakwa dan disiasat. Malahan beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PNB. Jaafar Hussein meninggal dunia pada 11 Ogos 1998 kerana barah pada usia 67 tahun.


 

 

GEORGE TOWN: Former DAP life member Shamsher Singh Thind is not sad to leave the party, which he has criticised for working with Tun Dr Mahathir Mohamad.
In his latest post on Facebook, Shamsher also called on DAP adviser Lim Kit Siang and secretary-general Lim Guan Eng to step down should the number of its Parliamentary seats drop by even one in the next general election.
This would mean, said the law lecturer, that the whole plan of working with Dr Mahathir had backfired.
Shamsher, who was from the Chai Leng Park DAP branch, said the party should have consulted its grassroots to see if they agreed to co-operate with Dr Mahathir.
“I am not sad to leave. I am looking forward to set up an NGO with people who share the same philosophy as me.
“The NGO’s objective is to educate the people not to cast their votes based on the party but on the candidate’s capabilities,” he said here yesterday.
In his post, Shamsher defended his decision to resign and, among others, questioned the common framework for the Opposition coalition, PAS and Parti Pribumi Bersatu Malaysia and their choice for prime minister.
“They gave us BA (Barisan Alternatif). Failed! Then they gave PR (Pakatan Rakyat). Failed! Next they gave us Pakatan Harapan. Failed in Sarawak!
“And now they are giving us PH (Pakatan Harapan) + PAS + Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia). You don’t become (American inventor) Thomas Alva Edison by just repeating your mistakes. When are you going to learn and improve?” he wrote on Monday.
Edison, who invented the light bulb, famously experimented with various materials thousands of times before hitting on the successful combination.
According to the DAP website, the party has 37 seats in Parliament.
In another post, Shamser said DAP deputy secretary-general Dr P. Ramasamy, who was his mentor, gave him full freedom when speaking at the party’s conventions.
“However, that does not mean that he approved my speeches or agreed with everything I said. For him, I am an adult and I know the consequences of my action,” he wrote.
Dr Ramasamy reportedly told an online news portal that those who felt that DAP had compromised its principles by working with Dr Mahathir could leave.
It also quoted Dr Ramasamy as saying that members were free to object and one member’s discontent was not reflective of the party’s mood.
Shamsher had also caused a stir during the party’s Penang convention last month when he questioned the DAP leadership for working with Dr Mahathir and ex-deputy prime minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.


 
 
http://www.malaysia-today.net/nor-mohamed-yakcop-covers-mahathirs-and-daims-backs/


https://dinmerican.wordpress.com/2017/01/31/bank-negara-governor-jaffar-hussein the-fall-guy-in-forex-scandal/

http://anotherbrickinwall.blogspot.my/2017/05/late-jaafar-hussein-made-scapegoat-for.html

 
 
Kenyataan YB Nur Jazlan

http://www.utusan.com.my/rencana/bongkar-skandal-forex-rm10-bilion-1.440440

Gabenor bagi lampu hijau

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.