Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, November 26, 2014

AKTA HASUTAN - MEMPERKASA TIANG SERI NEGARA

Rabu, November 26, 2014

Aiya Ah Foo...itu 13 Mei cauvinis otak kominis cakap malai-si kira hasutan ke? Salam 2 all. Akhir akhir ini terdapat usaha gigih lagi terancang oleh kaum cauvinis dan pelampau perkauman untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948. Bertopengkan perisai hak asasi kemanusiaan, mereka mendakwa kononnya Akta Hasutan kononnya mengekang dan menyekat kebebasan bersuara seperti yang dijamin dibawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan!

Apakah benar Akta Hasutan mengekang dan menyekat kebebasan bersuara seperti yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan?

Apakah perkara yang diperkatakan sebenarnya oleh yang kaum cauvinis dan pelampau perkauman ini yang dikatakan menyekat kebebasan bersuara mereka? Secara umumnya, kaum cauvinis dan pelampau perkauman ini membangkitkan dan mempermainkan isu-isu berikut:

1. mempersoal, memperlekeh, dan kekadang menghina kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu; contohnya dalam isu kalimah Allah, bible versi bahasa Melayu, isu cubaan pemurtadan umat Islam oleh gereja, isu pembentukan kerajaan negeri Perak, kontroversi perlantikan MB Selangor dan lain-lain;

2. mempersoal, memperlekeh, dan kekadang menghina kedudukan dan keistimewaan Islam didalam negara ini seperti peruntukkan untuk masjid-masjid dan institusi pendidikan Islam, kedudukan Mahkamah Syariah, kedudukan Majlis Fatwa Kebangsaan dan kuasa Mufti-Mufti dan lain-lain;

3. mempersoal, memperlekeh, dan kekadang menghina kedudukan dan hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub didalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti termaktub didalam Perkara 152 termasuk kedudukan sekolah-sekolah vernakular; malahan sampai ke peringkat mempertikai kedudukan Kerajaan Melayu yang memerintah negeri-negeri dan peringkat Persekutuan.

HASUTAN & PERLINDUNGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Sebenarnya isu-isu yang dibangkitkan dan dipermainkan oleh kaum cauvinis dan pelampau perkauman ini seperti yang tercatat diatas dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dibawah Perkara 10 (2) (a).

Walaupun Perkara 10 umumnya memberikan hak kebebasan bersuara kepada mana-mana warganegara, namun hak itu tertakluk kepada hak Parlimen “mengenakan apa-apa sekatan yang didapati perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan” dan dalam menentukan kepentingan keselamatan Persekutuan, Parlimen boleh dibawah Perkara 10 (4) “meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukkan Bahagian 3, Perkara 152, 153 atau 181 berhubung dengan apa-apa jua”. Apakah perkara-perkara tersebut?

1. Bahagian 3 – perkara berkaitan kewarganegaraan;

2. Perkara 152 – kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan;

3. Perkara 153 – kedudukan hak istimewa orang Melayu termasuk perezapan kuota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya;

4. Perkara 181 – kedaulatan, kekuasaan, kedudukan dan keistimewaan Raja-Raja Melayu;

KONTRAK SOSIAL DAN AKTA HASUTAN

Sebenarnya kesemua empat perkara diatas adalah asas kepada termetrainya apa yang disebut sebagai kontrak sosial. Apakah dia yang dikatakan kontrak sosial? Kontrak sosial adalah persefahaman dan perjanjian diantara bangsa pribumi Melayu dengan kaum imigran Cina dan India yang dibawa penjajah British ke Persekutuan Tanah Melayu, atau lebih dikenali sebagai Malaya sebelum kemerdekaan dicapai. Sebelum penjajahan oleh barat termasuk British, Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya sebenarnya adalah terdiri daripada 9 buah Negeri-Negeri Berdaulat yang diperintah secara mutlak oleh tiap seorang Raja-Raja Melayu di negeri masing. Negeri-negeri tersebut ialah Kedah (Pulau Pinang dan Perlis termasuk didalamnya), Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor-Riau-Singapura, Pahang, Trengganu dan Kelantan (termasuk Selatan Siam).

Apabila penjajah British menjajah kesemua negeri-negeri Melayu berdaulat ini, dan setelah tumbangnya gagasan Malayan Union, maka terbentuklah sebuah persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu; namun tiap-tiap Raja Melayu masih berdaulat dan memerintah negeri masing-masing dengan bangsa Melayu sebagai anak pribumi. Semasa era penjajahan British, mereka membawa masuk tenaga buruh daripada negara Cina dan benua India sebagai imigran untuk membantu penjajah British dalam sektor perlombongan bijih timah dan perladangan getah serta aktiviti ekonomi yang berkaitan dengannya. Imigran Cina dan India ini pada masa itu sebenarnya adalah buruh ekonomi yang dibawa masuk oleh penjajah British tanpa sebarang jaminan kerakyatan atau kewarganegaraan, malah terus menjadi anak jajah British.

Apabila perundingan kemerdekaan sedang dilakukan, timbul persoalan apa status kaum imigran Cina dan India yang dibawa masuk sebagai tenaga buruh ekonomi British? Dan bagaimana pula kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam dan hak bangsa pribumi Melayu sendiri didalam Persekutuan Tanah Melayu? Pihak British enggan mengambil imigran yang terdiri daripada kaum Cina dan India untuk menjadi rakyat dan warganegara British! Sebaliknya British mencadangkan supaya Raja-Raja Melayu dan pribumi bangsa Melayu di Persekutuan Tanah Melayu ini menerima kaum imigran Cina dan India ini sebagai warganegara dan rakyat Malaya!

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Sebagai asas kepada rundingan ini, maka Raja-Raja Melayu telah menggariskan perimeter perundingan dan perbincangan, dengan mengeluarkan satu titah yang kini dikenali sebagai 7 Wasiat Raja-Raja Melayu, iaitu:

1.  Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

2.  Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

3.  Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

4.  Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU  memerintah negara ini;

5.  Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

6.  Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

7.  Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

KONTRAK SOSIAL – QUID PRO QUO

Hasil rundingan inilah lahirnya apa yang disebut sebagai kontrak sosial – perjanjian beri-memberi; iaitu quid pro-quo, iaitu:

Kaum imigran Cina dan India diberikan hak kerakyatan dan kewarganegaraan dan sebagai pulangan, kedaulatan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa Islam dan hak anak pribumi bangsa Melayu termasuk kedudukan bahasa Melayu, tanah simpanan Melayu dan Rejimen Askar Melayu akan dimaktubkan didalam Perlembagaan Persekutuan!

Mengambil iktibar peristiwa 13 Mei 1969, dan bagi menjamin keempat-empat perkara asas teras negara ini tidak dipertikaikan sampai bila-bila oleh mana-mana pihak, maka Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan 1948 digubal untuk memastikan keempat-empat perkara ini dilindungi!

Seksyen 3 (1) (f) memperuntukkan bahawa ‘kecenderungan menghasut – seditious tendency itu adalah apabila ada mana-mana pihak cuba mempersoalkan apa-apa perkara, hak, status, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif mana-mana perkara berikut iaitu:
1. Bahagian 3 – perkara berkaitan kewarganegaraan;
2. Perkara 152 – kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan;
3. Perkara 153 – kedudukan hak istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah & Sarawak termasuk perezapan kuota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya;
4. Perkara 181 – kedaulatan, kekuasaan, kedudukan dan keistimewaan Raja-Raja Melayu. PENGAKUAN TOKOH-TOKOH CINA & INDIA Tokoh-tokoh dan pimpinan kaum Cina dan India sangat terharu dan terkejut dengan sikap bertolak ansur yang tinggi dikalangan bangsa Melayu; sehingga sanggup memberikan dan berkongsi kerakyatan dengan mereka. Kita hanya perlu menilai kata-kata tokoh-tokoh tersebut untuk menunjukkan betapa terharunya kaum Cina dan India menghargai pengorbanan besar bangsa Melayu itu.

Petikan kata-kata daripada tokoh kaum Cina, mendiang Tun Tan Siew Sin yang telah menyatakan pada  30 April 1969: “Orang Melayu, melalui UMNO, sangat bermurah hati untuk mengendurkan undang-undang kewarganegaraan negara ini sehinggakan dalam tempoh 12 bulan selepas merdeka, 90% bukan-Melayu menjadi warganegara.

Suasana ini sangat berbeza sebelum merdeka dimana hampir 90% bukan Melayu adalah bukan warganegara setelah hampir 100 tahun penjajah menjajah Negeri-Negeri Melayu ini.

Mengambil kira konsesi ini, MCA dan MIC bersetuju untuk meneruskan pemeliharaan kedudukan istimewa orang Melayu dan diwaktu yang sama mempertahankan kepentingan sah masyarakat lain”.

Manakala ini adalah petikan kata-kata daripada tokoh kaum India, mendiang Tun VT Sambanthan yang telah menyatakan pada 01 Jun 1965:
“Kita telah memenangi pilihanraya 1955 dengan majoriti yang sangat besar. Kemudian kita memperolehi kebebasan dalam tempoh dua tahun. Dalam tempoh itu, kita perlu berbincang soal kewarganegaraan dan beberapa perkara lain. Dan apa yang orang Melayu lakukan - memandangkan kita bercakap mengenai soal perkauman - apakah yang dilakukan oleh kepimpinan orang Melayu?
Mereka mendapat sokongan 88% pengundi. Apakah yang mereka lakukan mengenai soal kewarganegaraan? Kalau kita melihat sekeliling Asia dan Asia Timur khususnya, kita akan melihat kaum saya bangsa India tidak diterima di Sri Lanka, tidak diterima di Myanmar. Lihat saudara saya kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, di Vietnam, di Kampuchea, di merata tempat. Apa bantuan yang mereka dapat di negara-negara ini? Di Myanmar, seperti yang kita ketahui, kaum India dihalau keluar; di Sri Lanka mereka ditolak kewarganegaraan dan di Kampuchea sama sahaja. Saya tahu, dan kamu pun tahu apa yang berlaku. Tetapi di Tanah Melayu apa yang terjadi? Disini kita dapati kepimpinan orang Melayu berkata, "kami akan menerima kamu sebagai saudara kami, dan kami akan beri kamu peluang sepenuhnya untuk tinggal di negara kami ini, dan kami akan beri peluang kepada kamu untuk menjadi warganegara".

Jadi pada tahun 1957, untuk keseluruhan tahun, kita mengenepikan syarat bahasa (Melayu), dan puluhan ribu kaum India, Cina, Ceylon dan lain-lain menjadi warganegara. Seperti yang saya katakan, saya sangat bernasib baik dilahirkan didalam negara ini. Dimana lagi yang boleh kamu temui bangsa Melayu yang begitu berkebajikan, sopan dan sangat bersusila? Dimana lagi kamu boleh menerima layanan politik yang sangat bermaruah untuk mana-mana kaum immigran? Dimana lagi didalam sejarah dunia ini? Saya bertanya kepada kamu. Ini adalah hakikat dan fakta! Siapa yang akan menjaga kepentingan kita? Saya hanyalah kaum minoriti 10% dalam negara ini. Tetapi saya sangat gembira disini”.

BUKTI PERLUNYA AKTA HASUTAN

Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 membuktikan betapa bahayanya apabila perkara-perkara yang disebut didalam 7 Wasiat Raja-Raja Melayu, kontrak sosial dan empat sendi teras negara dipertikaikan atau dipersoalkan – sehingga membawa kepada rusuhan kaum yang belum pernah terjadi didalam negara ini.

Didalam Lapuran Mageran bertarikh 06 Okt 1969, jelas disebut bagaimana dalam kempen Pilihanraya 1969, kaum cauvinis yang menyusup didalam DAP dan Gerakan telah memainkan isu perkauman antaranya:

1. mempertikai Perkara 153 Perlembagaan berkaitan hak istimewa bangsa Melayu dan pribumi Sabah & Sarawak;

2. mempertikai status bangsa Melayu sebagai pribumi Tanah Melayu ini;

3. tohmahan bahawa bangsa Melayu mendapat keistimewaan dan kaum Cina diketepikan, termasuk dalam sektor perkhidmatan awam. Malah dengan lebih biadap kaum cauvinis dan pelampau perkauman ini telah melaung-laungkan slogan malai-si; mati-Melayu dan kata-kata Mao Tze Dhong hutang darah bayar darah. Dan mereka akan memaki hamun bangsa Melayu dengan kata-kata mencarut, lucah dan melampau seperti Melayu sakai, pigi masuk hutan, Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa, sekarang kita cina kontrol, kita hentam lu sekarang kita ada kuasa, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau, buang sama polis Melayu, KL sekarang cina punya, semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis, butoh Melayu, ini negeri bukan Melayu punya, kita mau halau semua melayu, Melayu sudah jatuh MARA boleh keluar, Melayu balik kampung MARA kasi habis, apa polis Melayu boleh buat kita raja dan pelbagai lagi maki hamun terhadap bangsa Melayu (rujuk Lapuran Mageran 06.10.1969).

Malahan pada waktu itu, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama Tanah Melayu dan Bapa Kemerdekaan memberi amaran kepada kaum cauvinis dan pelampau perkauman supaya tidak mempersoal Perkara 153 Perlembagaan. Malah Almarhum Tunku menegaskan bahawa ‘jika mereka terus mempertikai Perkara 153, kekacauan akan berlaku dan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi akan hancur’. Dan kita dapat melihat dengan mata kepala sendiri apa yang terjadi dalam perstiwa berdarah 13 Mei 1969!

Sebab itulah Akta Hasutan bukan sahaja perlu dikekalkan, malah perlu ditambah baik dengan memasukkan peruntukkan berkaitan melindungi dan memartabatkan agama Islam dan institusi berkaitan dengannya!
KEDUDUKAN AKTA HASUTAN MASAKINI

Ada pihak yang mempertikaikan kedudukan Akta Hasutan kononnya sudah lapuk dan tidak digubal mengikut Perlembagaan – it’s unconstitutional dakwa mereka!

Hujah mereka mudah! Akta Hasutan digubal tahun 1948; manakala Perlembagaan Persekutuan digubal pada tahun 1957!

Bermakna Akta Hasutan mendahului Perlembagaan! Bagi mereka yang buta undang-undang, ditambah mempunyai sikap prejudis dan daya kebodohan tahap tinggi, maka dengan mudah mereka boleh diperdayakan dengan hujah sebegini!

Adakah dakwaan itu betul? Seperti yang saya sebut diatas, kesahihan dan keabsahan Akta Hasutan 1948 adalah terletak dibawah Perkara 10 (2) dan 10 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Malah ini telah disahkan dengan jelas oleh Mahkamah didalam dua kes iaitu Madhavan Nair & Anor –v- Pendakwaraya [1975] 2 MLJ 264 dan kes Pendakwaraya –v- Karpal Singh (mendiang).

Malahan dalam kes terbaru Mat Shuhaimi bin Shafiei –v- Pendakwaraya (Mahkamah Rayuan Malaysia 2014), dimana kedudukan, kesahihan dan keabsahan Akta Hasutan dipertikaikan, Mahkamah Rayuan dengan jelas menegaskan bahawa, ‘walaupun Akta Hasutan 1948 adalah undang-undang pra-merdeka, namun ianya adalah sebuah undang-undang yang sah dan kekal sah sehingga ke hari ini.

Keabsahan Akta Hasutan 1948 terletak kepada provisi Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa, kesemua ‘undang-undang yang ada (sebelum kemerdekaan termasuk Akta Hasutan) hendaklah, sehingga dimansuhkan oleh pihak berkuasa yang berkuasa berbuat sedemikian itu dibawah Perlembagaan ini, terus berkuatkuasa pada dan hari selepas Hari Merdeka’.

Dan perlu diingatkan bahawa Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan yang melindungi 4 teras tiang seri negara itu sebenarnya digubal pada 10 Ogos 1970 melalui Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Khas) Ordinan 45, 1970 (P.U (A) 282/1970) atas usaha Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969! Jadi tohmahan dan fitnah yang menyatakan perlindungan keatas empat tiang seri negara dibawah Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan sebagai peninggalan penjajah jelas membuktikan kejahilan dan kebodohan pihak yang membuat tohmahan tersebut!

RUMUSAN

Tindakan biadap segelintir kaum cauvinis, pelampau perkauman dan kini ditambah dengan ekstremis agama mutakhir ini membuktikan bukan sahaja Akta Hasutan wajib dikekalkan, malah wajib diperkasakan dengan penambahbaikan beberapa peruntukkan.

Kita melihat bagaimana peristiwa berdarah 13 Mei 1969 meletus hanya kerana segelintir kaum cauvinis dan pelampau perkauman mempertikaikan hak dan kedudukan istimewa bangsa Melayu seperti yang diperuntukkan Perkara 153 Perlembagaan.

Kini kita melihat bukan sahaja hak dan keistimewaan bangsa Melayu dipertikaikan, malah kedudukan Islam dan kedaulatan Raja-Raja Melayu turut dipertikai, diperlekeh malah dihina antaranya seperti berikut:

1. tuntutan pendakyah kristian terhadap penggunaan kalimah Allah dalam bentuk yang telah difatwakan sebagai syirik menurut aqidah Islam. Pihak The Herald telah mengemukakan semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak tuntutan mereka dan akan didengar pada 21 Januari 2015, manakala Sidang Injil Borneo telah diberi kebenaran oleh Mahkamah Rayuan pada 01 Okt 2014 untuk mencabar keputusan KDN melarang penggunaan kalimah Allah oleh kristian dalam apa bentuk sekalipun;

2. mencabar kedudukan Mahkamah Syariah melalui kaedah ‘pintu belakang’ menggunakan peruntukkan sivil di mahkamah sivil termasuk dalam kes rebutan jenazah, hak jagaan dan hadhanah anak-anak saudara baru, dan mutakhir pada 07 Nov lepas mempertikai Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan pelarangan terhadap maknyah, bapuk dan pondan memakai pakaian seperti perempuan;

3. mempertikai dan memperlekeh undang-undang melarang pemurtadan terhadap umat Islam, malah menuntut supaya umat Islam dibenarkan murtad;

4. mencabar kedaulatan, kuasa dan kedudukan Raja-Raja Melayu termasuk dalam kes perampasan bible versi bahasa Melayu yang mengandungi istilah dan kalimah yang dilarang oleh Enakmen syariah negeri-negeri, isu pemurtadan umat Islam, kuasa dan bidangkuasa Raja-Raja Melayu menentukan perlantikan Menteri Besar dan pembentukan Kerajaan negeri;

5. mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan isu berkaitan kewujudan dan penubuhan sekolah-sekolah vernakular yang menggunakan bahasa selain bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar;

6. mencabar dan mempertikai hak istimewa bangsa Melayu dan pribumi Sabah & Sarawak seperti yang dimaktubkan didalam Perkara 153 Perlembagaan termasuk soal biasiswa, institusi pengajian tinggi, kuota perjawatan, pelesenan, permit dan pelbagai lagi hak dan keistimewaan bangsa Melayu dan pribumi Sabah & Sarawak;

7. mencabar, memperlekeh dan menghina secara konsisten dan terancang institusi teras dalam negara ini seperti Majlis Raja-Raja Melayu, Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri, Parlimen Malaysia termasuk Dewan Undangan Negeri, Rejimen Askar Melayu DiRaja, Suruhanjaya Pilihanraya, Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Mahkamah dan badan kehakiman negara, institusi Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan lain-lain institusi teraes lagi sehingga menimbulkan kebencian rakyat dan orang ramai terhadap institusi-institusi ini.

Sebenarnya banyak lagi tindak-tanduk, kenyataan, perlakuan dan lain-lain tindakan yang dilakukan oleh kaum cauvinis, pelampau perkauman dan ekstremis keagaaman yang bukan sahaja berbentuk hasutan yang mencabar empat teras sendi negara yang dimaktubkan didalam 7 Wasiat Raja-Raja Melayu, kontrak sosial, Perlembagaan dan Akta Hasutan, malah ianya boleh meruntuhkan sendi, teras dan warisan negara ini jika ianya tidak dibendung segera.

CADANGAN PENAMBAH-BAIKAN AKTA HASUTAN

Sebab itu sekali lagi saya mencadangkan bahawa bukan sahaja Akta Hasutan perlu dikekalkan, malah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau undang-undang preventif seumpamanya perlu dikembalikan.

Penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri telah menyebabkan kepincangan ketara dalam penguatkuasaan dan pengukuhan keadaan keharmonian dan ketenteraman awam dalam negara ini. Penghapusan Akta Hasutan akan memperlengkapkan kehancuran keharmonian antara agama dan kaum dalam negara ini.

Selain daripada pengembalian semula ISA  atau penggubalan undang-undang preventif seumpamanya, saya mencadangkan penambah-baikan kepada Akta Hasutan dengan perkara berikut:

1. meminda Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan dengan memasukkan peruntukkan tambahan seperti berikut iaitu: “Seksyen 3 (1) (f) memperuntukkan bahawa ‘kecenderungan menghasut (seditious tendency) itu adalah apabila ada mana-mana pihak cuba mempersoalkan apa-apa perkara, hak, status, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif mana-mana perkara berikut iaitu (kekalkan yang sedia ada) termasuk: Perkara 3 (Islam agama Persekutuan), Perkara 8 (4) (c) (kedudukan orang asli), Perkara 8 (4) (f) (kedudukan Rejimen Askar Melayu DiRaja), Perkara 11 (4) (penyebaran agama bukan Islam), Perkara 12 (peruntukkan dana bagi institusi Islam), Perkara 121 (1A) (bidangkuasa Mahkamah Syariah), Jadual 9 Senarai II (bidangkuasa Dewan Undangan Negeri dan Mahkamah Syariah dalam hal ehwal Islam) , dan mana-mana undang-undang atau enakmen yang diperbuat dibawahnya”;

2. meminda Seksyen 114 (g) Akta Keterangan dengan peruntukkan ‘Mahkamah hendaklah membuat andaian/rumusan bahawa adalah merupakan satu perbuatan menghasut menurut peruntukkan dibawah Akta Hasutan jika ada mana-mana pihak yang cuba mempersoal, mempertikai dan/atau menghina apa-apa perkara, hak, status, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif berkaitan Bahagian 3, Perkara 152, Perkara 153, Perkara 181, Perkara 3, Perkara 8 (4) (c), Perkara 8 (4) (f), Perkara 11 (4), Perkara 12, Perkara 121 (1A) dan/atau Jadual 9 Senarai II Perlembagaan Persekutuan dan mana-mana undang-undang atau enakmen yang diperbuat dibawahnya”;

3. meminda hukuman bagi sabitan kesalahan dibawah Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan dengan ‘hukuman penjara mandatori tidak kurang 5 tahun dan tidak melebihi 25 tahun' bagi sabitan kesalahan dibawah Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan.

Sekian terima kasih.

Credit: Zul Nordin

Monday, November 24, 2014

Hasil utama pendapatan kerajaan Pulau Pinang adalah penjualan tanah



Kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa bergantung kepada penjualan tanah kepada pemaju untuk menjana pendapatannya dedah Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid.

Menurut beliau, bermula dari tahun 2011, kerajaan negeri telah dengan nyata menjual tanah kepada beberapa pemaju besar.

"Bermula dengan penjualan Bayan Mutiara kepada Tropicana Ivory SB berjumlah RM1.07 billion dengan tempoh bayaran selama 5 tahun akan memastikan kerajaan negeri memperoleh pendapatan untuk tahun-tahun berikutnya.

"Pada 12 Oktober 2013, kerajaan negeri menjual tanah seluas 39.54 ekar pada harga jualan RM65.34 juta kepada PE Land Sdn Bhd. untuk pembinaan "premium retail outlet", hotel mewah dan lain-lain.

"Pada 10 Januari 2014, Kerajaan Negeri menjual tanah seluas 245 ekar kepada Aspen Land Sdn Bhd dengan harga RM484 juta bagi pembinaan pusat membeli belah dan pembangunan bercampur. Aspen Land juga diberikan tempoh 60 bulan untuk menjelaskan harga pembelian tanah tersebut.

"Pada 25 Mac 2014, kerajaan negeri menjual tanah seluas 30 ekar kepada Paramount Corp Berhad dengan harga RM65.56 juta.

"Pada 15 September 2014 Eco World Development Group Berhad dilaporkan bersetuju menerima tawaran membeli tanah seluas 470 ekar di Batu Kawan pada harga RM1.02 billion untuk pembinaan padang golf dan pembangunan bercampur,"kata beliau dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini dikritik hebat kerana projek pembangunan sehingga melenyapkan kampung-kampung tradisi di negeri tersebut.

Jahara yang juga ADUN Telok Ayer Tawar berkata, daripada Bajet 2015, Kerajaan Negeri menganggar akan memperoleh hasil sebanyak RM656,931,750.

Dari jumlah ini sebanyak RM441,978,850 adalah dari Hasil Bukan Cukai. Ia menyumbang 67.28% kepada jumlah keseluruhan Hasil kerajaan Negeri pada tahun hadapan, selebihnya dari Hasil Cukai dan Terimaan Bukan Hasil.

Manakala pendapatan dari Penjualan Barang-barang berjumlah RM308,496,500  menyumbang sebanyak 69.80% kepada Hasil Bukan Cukai bagi 2015.

"Dari jumlah itu, Premium Tanah menyumbang RM 307,000,000 atau 99.51%. Ini adalah hasil dari Pemberian Milik Bayaran Khas - RM235,000,000;  Pemberian Hak Milik - RM 50,000,000; dan Tukar Syarat - RM 22,000,000.

"Bagi 2015, Premium Tanah turut menyumbang 46.73% kepada keseluruhan Hasil yang akan diperoleh oleh kerajaan negeri pada 2015. Amat jelas hasil Premium Tanah merupakan penyumbang terbesar bagi hasil kerajaan Negeri Pulau Pinang.

"Penyata Kewangan 2013 menunjukkan Hasil Bukan Cukai sebanyak  RM511.71juta diperoleh kerajaan negeri. Perolehan daripada Jualan Barang-barang (termasuk Premium Tanah) menyumbang RM366.18juta (71.56%) kepada Hasil Bukan Cukai atau 43.92% kepada jumlah keseluruhan Hasil bagi tahun berkenaan,"ujarnya.

Jelasnya, daripada anggaran tersebut adalah menasabah untuk merumuskan bahawa kerajaan negeri banyak bergantung kepada pemberian Hak Milik Tanah dan/atau penjualan tanah milik negeri sebagai sumber kewangan negeri.

"Berdasarkan fakta-fakta tersebut kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menyangkal bahawa Pulau Pinang di bawah pimpinan beliau bergantung besar kepada hasil jualan tanah adalah tidak masuk akal sama sekali," tambah Jahara.

10 November lalu Guan Eng menyangkal dakwaan pemimpin BN Pulau Pinang bahawa kerajaan negeri bergantung sepenuhnya kepada hasil berkaitan tanah dan penjualan tanah.

Katanya kerajaan negeri hanya menjual 105 ekar tanah yang diperolehi RM1.1 bilion.

Bagaimanapun Ketua Audit Negara menyatakan bahawa “Premium Tanah – Pemberian Hak Milik” Pulau Pinang telah meningkat 10 kali ganda iaitu RM19 juta pada tahun 2008 kepada RM206 juta pada tahun 2012.

Malah, laporan Ketua Audit Negara 2012 Jadual 4.14 menjelaskan berlakunya peningkatan pendapatan kerajaan negeri antara tahun 2011 dan 2012 melalui Premium Tanah iaitu penjualan tanah di Bayan Mutiara melibatkan RM110 juta yang merupakan sebahagian daripadanya ialah pembayaran jualan tanah bernilai RM1.07 bilion yang dilakukan pada awal tahun 2012.

Yang menyimpulkan bahawa pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang buat masa kini adalah bergantung secara langsung dengan aktiviti penjualan tanah secara drastik dan menyokong fakta bahawa stok tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya tinggal 6% sahaja berbanding 18% pada tahun 2008.

Laporan Ketua Audit Negara turut menyatakan bahawa Perbelanjaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meningkat hampir dua kali ganda daripada RM283 juta pada tahun 2008 kepada RM540 juta pada tahun 2012.

Hasil tahunan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meningkat daripada RM371 juta pada tahun 2008 kepada RM654 juta pada tahun 2012.

Sedangkan hakikatnya, hasil cukai hanya meningkat sedikit sahaja daripada RM110 juta pada tahun 2008 kepada RM116 juta pada tahun 2012. 




Friday, November 21, 2014

Padan lah Tony Pua Menyalak, Beliau Pejuang YTL ....





Artikel ini ditulis pada Febuari 2014 ketika Tony Puas asyik membela YTL dalam 'pertandingan' tender Projek 3B loji janakuasa arang batu 2000 MW yang akhirnya dimenangi 1MDB. Mengapa Tony Pua, DAP dan seterunya Pakatan Rakyat begitu beria membela YTL? Baca dan hadam.
-----------------------------------------

Walaupun kita terus menunggu dan berspekulasi mengenai siapa yang akan memenangi Projek 3B loji janakuasa arang batu 2000 MW, Tony Pua 'wira rakyat' telah memutuskan untuk bersusah payah hari ini dalam memperjuangkan 'pemenang sebenar' YTL Corp.

Encik Pua, dalam blognya, bimbang bahawa jika akhirnya Projek 3B jatuh ke tangan pesaing terdekat YTL, 1MDB, ia adalah kerana keputusan yang tidak adil diwarnai oleh pengaruh politik, dan rakyat yang akan menanggung akibatnya. Oleh itu, YTL mesti menang.

Benarkah Encik Pua? Bukankah rakyat secara tepatnya selama ini sudah menanggung akibat kerana YTL menang tender terdahulu?

Mungkin kita perlu mengingatkan Encik Pua semula, yang semakin dimamah usia. YTL adalah yang pertama di antara 'penghisap darah' IPP generasi pertama yang menandatangani PPA yang menekan dan berat sebelah dengan TNB pada tahun 1995 yang kemudiannya menjamin pulangan loji janakuasanya sebanyak 20% untuk tempoh 21 tahun.

Adakah anda masih ingat apa yang anda sedang lakukan pada tahun 1995? Kerana anda masih membayar harga untuk perjanjian yang ditandatangani YTL pada masa itu, dan akan terus membayarnya hinggalah ke tahun depan.

Dengan konsesi mereka akhirnya berakhir pada tahun 2015, YTL terdesak untuk mendapatkan Projek 3B. Mereka membida tawaran yang paling rendah pada 25.12 sen/kwh, dan tawaran 1MDB berjumlah 25.33sen/kwh, perbezaan sebanyak 0.21 sen atau hanya 1%. (Ini adalah jurang yang lebih hampir berbanding perbezaan 0.42 sen yang Encik Pua petik dari The Edge yang dipetik daripada 'beberapa' dokumen?).

TNB dan Malakoff membida kira-kira 28 sen/kwh dan 26 sen/kw masing-masing.

Ia bukanlah satu rahsia dalam industri yang YTL berjaya mengemukakan harga yang lebih rendah dengan membawa masuk pembuat dandang (boiler) berkualiti rendah. Bagaimana rendahnya dari piawaian? Nah, di atas kertas, Doosan dari Korea Selatan tidak memenuhi syarat untuk keperluan utama digariskan dalam dokumen RFP yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

Adakah dandang Doosan mempunya rekod terbukti dalam kategori Ultra Super Critical (USC)? Tidak. Dandang USC pertamanya hanya akan siap dan bermula pada tahun 2017. Itu 2 tahun lagi.

Tetapi saya menegaskan sekali lagi, ini adalah di atas kertas. Bagaimana tawaran bidaan YTL dapat lepas adalah soalan yang perlu ditanya Suruhanjaya Tenaga.

Encik Pua walau bagaimanapun asyik mencanangkan harga bidaan yang lebih rendah. Itu yang sepatutnya menjadi perdebatan utama untuk memilih pemenang? Jika kita setuju dengan hujahnya, 1MDB sepatutnya menang Track 3A, loji janakuasa arang batu 1,000 MW yang dianugerahkan kepada TNB pada tahun 2013. Tetapi ini tidak berlaku, walaupun membida tawaran yang paling rendah, kerana ada pertimbangan yang lebih luas.

Untuk Projek 3B, YTL 'tidak bertuah' kerana memilih tapak kilang yang lebih jauh dari pusat beban utama di Lembah Klang. Pengguna elektrik yang paling tinggi adalah di kawasan tengah. Bekalan elektrik perlu melalui 160km dari Tanjong Tohor, Johor untuk sampai kepada pengguna utamanya, sekurang-kurangnya tiga kali ganda perjalanan dari mana-mana lokasi janakuasa yang dicadangkan, di mana kesemuanya adalah di kawasan tengah.

Kerugian transmisi yang berlaku semasa perjalanan itu, walaupun pada anggaran konservatif 2% kerugian, telah pun meningkatkan harga tawaran bidaan YTL lebih daripada apa yang ditawarkan oleh 1MDB.

Selain itu, talian penghantaran baru yang perlu dibina sehingga ke Tanjung Tohor akan melibatkan kos yang tinggi pada TNB. Bagaimana banyak? Kos talian penghantaran SAHAJA, tanpa mengira kerugian transmisi yang pasti berlaku, boleh mencecah RM700 juta.

Untuk tawaran ini, jika dilihat dengan gambaran yang lebih luas, perbezaan harga tawaran 1% antara YTL dan 1MDB akan menjadi lebih. Harga yang 'sebenar' yang perlu ditanggung oleh TNB dan Kerajaan, dan paling utamanya rakyat, adalah lebih tinggi jika YTL menang.

Sejak bertahun-tahun YTL juga telah peroleh, dengan pelbagai tahap kontroversi:

1) Konsesi 30 tahun untuk membiaya, membina, menyenggara dan mengawal operasi ERL pada tahun 1997 yang dianggarkan berjumlah RM2.4billion. Anda harusnya gembira untuk mengetahui bahawa anda masih memberi subsidi operasi ini melalui cukai RM2 dan RM6 masing-masing untuk setiap penumpang domestik dan antarabangsa. YTL juga melakukan sambungan ERL untuk KLIA2.

2) Kontrak pembersihan sungai RM1 bilion pada tahun 2007.

3) Dan yang terbarui, projek 1Bestarinet untuk menyediakan jalur lebar kepada sekolah-sekolah yang menelan belanja RM1.5billion, yang telah dikritik kerana sedang digunakan sebagai satu cara untuk mengembangkan rangkaian 4G YTL.

Dan banyak lagi. Kebanyakannya diberi akibat hubungan rapat dengan mereka yang berkuasa.

Adakah kita benar-benar perlu memberi 'ganjaran' yang lebih lagi kepada YTL? Biar saya nyatakan untuk Encik Pua - YTL menawarkan bidaan yang lebih rendan untuk Projek 3B - tetapi dengan kos tambahan beratus juta ringgit yang perlu ditanggung oleh Tenaga dan Kerajaan, untuk janakuasa yang akan mempunyai jentera berkualiti rendah (lantas risiko kerosakan lebih tinggi), yang ditanggung oleh rakyat.

Jadi mengapa Encik Pua memperjuangkan YTL?

YTL, binatang raksasa korporat yang menggemari kontrak besar. Jangan tiba-tiba 'gambarkan' mereka sebagai berkhidmat untuk rakyat - ia adalah malas dan hipokrit.
-----------------------------------------


Tuesday, November 11, 2014

KANTOI ! BAJET PERBELANJAAN PEJABAT KM COPY PASTE SERLAH KELEMAHAN KERAJAAN DAP !!


Jumlah stok tanah simpanan milik negeri ini didakwa menurun dengan drastik kepada enam peratus berbanding 18 peratus sebelum DAP memerintah pada 2008.

Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid berkata, perkembangan berkenaan sangat membimbangkan dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng perlu memberikan penjelasan berhubung perkara itu yang membabitkan kepentingan rakyat.

“Masalah kekurangan stok ta­nah akan membuka ruang untuk kerajaan negeri melakukan tebus guna tanah,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Jahara turut mempersoalkan peningkatan 213 peratus bagi perbe­lanjaan mengurus untuk 2015 berban­ding 2014 selepas Guan Eng membentangkan bajet negeri, Jumaat lalu.



Katanya, perkara itu menimbulkan persoalan kerana anggaran perbelanjaan Pejabat Ketua Menteri tidak berubah iaitu RM184,980 termasuk bayaran gaji dan upah.

“Difahamkan, ketika ini terdapat kira-kira 60 orang kakitangan di pejabat Ketua Menteri berbanding hanya 15 orang ketika pentadbiran sebelumnya,” katanya.


Jika begini hasil  kerja pegawai  pejabat Ketua Menteri seramai 60 orang , jelas membuktikan pentadbiran  Guan Eng selaku Ketua Menteri  gagal & tidak cekap  !!

Bajet  kerajaan negeri dibentang bukan perkara main-main letak nombor  seperti main nombor ekor , ia perlu dibuat dengan teliti.  Kalau setakat copy & paste bajet lepas memang amat MEMALUKAN !

Harap  Jabatan Audit Negara dapat kenalpasti kelemahan ini kerana mereka telah memberi maklumat salah kepada DUN ketika bentang bajet kerajaan . 


Tuesday, November 4, 2014

PPS is illegal! Illegal...understand?


Home Minister Ahmad Zahid Hamidi has declared Penang's Voluntary Patrol Unit (PPS) as an illegal organisation and has frozen and seized all its accounts and assets.

Home Ministry Secretary-General Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff said in a statement that the declaration was made Monday, Nov 3, under Section 5(1) of the Societies Act 1966.


He said that the provision under the Act detailed the Minister's power to declare an organisation as an illegal body.
"The Penang PPS is an organisation that carries out activities that are hazardous to public peace in the country," he said.
Following the declaration, he said no one would be allowed to use the name, symbol or logo of the PPS under Section 7(3) of the same Act.
Mohamad Khalid also said all accounts, assets, and properties of the Penang PPS would also be handed over and wound up by the Malaysian Insolvency Department.
He said that following the declaration, no one could hold any position, carry out the functions of a member, hold any meeting in the building, make any announcement or act on behalf of the PPS.
Those responsible for carrying out any PPS activity would be investigated and could be charged in court for committing an offence under Section 42 and Section 48 of the Societies Act as well as Section 142 of the Penal Code, he said.
Subsequently, he called on everyone to give their cooperation to the Government to check the activities of the PPS, which contradicts existing laws.

The PPS was formed five years ago and is reported to have 296 groups operating in 40 areas. It receives financial resources from the Penang state government amounting to between RM20,000 and RM30,000 per year for each state constituency.

I believe the decision came as a shot in the arm for Lim Guan Eng, the main force behind the setting up of the PPS. He is angry and dejected.

And here comes 'a boy from nowhere' who questions the action by Zahid, telling him and the Federal government to stop interfering in Penang's affairs. He didn't go to school, I suppose because he doesn't know that security throughout the nation comes under the purview of the central government!


Another 'gila publicity' who just wants to be famous...

PRAMUGARI PESAWAT RASMI PRESIDEN JOKOWI SUNGGUH CUN MELECUN!!!

PRAMUGARI PESAWAT RASMI PRESIDEN JOKOWI MENJADI VIRAL DI LAMAN SOSIAL.






Jakarta:        Kunjungan Presiden Jokowi ke pusat petempatan penduduk di sekitar Gunung 
Sinabung memang menyebabkan heboh - bukan saja kerana ia adalah kali pertama dia menggunakan pesawat udara rasmi, malah ia juga disebabkan kejelitaan pramugari yang bertugas.


Tanpa diketahui siapa yang mula menyebarkannya, gambar Theresia Mariana Susanti yang bertugas sebagai pramugari Tentera Udara Indonesia di pesawat rasmi presiden itu cepat menarik perhatian ramai.


Bagaimanapun, semakan mendapati gambar itu asalnya dimuat naik di akaun Facebook Theresia yang boleh diakses sesiapa.


Berdasarkan akaun itu, Theresia menyatakan dia berasal dari Denpasar, Bali dan berkhidmat dengan Tentera Udara Indonesia.


Gambar dalam akaun itu juga menunjukkan dia memang berkhidmat dengan kapal terbang rasmi presiden.


Satu daripada gambarnya menunjukkan Theresia bersalam dengan Susilo Bambang Yudhoyono.

Pakaian seragam dikenakan Theresia juga menampakkan dia bertugas dengan Suakron 17 - bahagian yang khusus menguruskan pesawat berkenaan.


Selain Theresia, ada beberapa nama pramugari lain, seperti Rara dan Feby. - Agensi

Saturday, November 1, 2014

Akhirnya Terungkap Dari Pasukan Pembela Anwar Ibrahim Sendiri... SAH MELIWAT!

Golongan penyembah Anwar Ibrahim di dalam PAS cukup berang jika kes liwat Anwar Ibrahim diulangsebut. Sehinggakan ada yang sangup mengkafirkan sesama jemaah jikalau perkara itu dipertegaskan berdasarkan bukti-bukti fizikal, klinikal dan forensik.

Akhirnya ia menjadi perkara 'taboo' dan ahli-ahli PAS tidak boleh menyebutnya secara terbuka kerana dianggap melanggar Presiden sekalipun sebenarnya Anwar Ibrahim tiada  kena-mengena dengan Tuan Guru Presiden mahupun Almarhum bekas Tuan Guru Presiden PAS yang lalu.

16 tahun lalu, jemaah PAS mencari kebenaran dengan bermohon kepada Allah SWT menyelamatkan Anwar yang Pas yakini telah dizalimi oleh Mahathir. Tanpa usul periksa yang mencukupi, pimpinan Pas pada waktu itu menelan bulat2 kata-kata Anwar, bahawa dia telah dizalimi. Pas turut memanjangkan lagi fitnah Anwar bahawa dia adalah mangsa konspirasi. Pihak Polis, Ahli Kimia, Doktor Perubatan, Hakim-Hakim, Pendakwaraya dan entah berapa banyak lagi pihak yang menurut Anwar berkonspirasi dengan Mahathir untuk menjatuhkannya.

Kesan dari momokan Anwar itu boleh dilihat sehingga hari ini bilamana ramai rakyat dengan mudah memperolok-olokkan Mahkamah, Polis dan Institusi Kehakiman pada hari ini. Ia menunjukkan seolah-olah semua institusi ini terlalu jahat dan yang baik hanyalah Anwar dan Wan Azizah sahaja.

Ia juga untuk menunjukkan kebenaran apabila berita Anwar Ibrahim dipecat dari UBN dan Kabinet Kerajaan Malaysia dilihat sebagai satu penganiayaan daripada rejim zalim yang diketuai oleh Mahathir Mohammad.

Yang tidak sabar-sabar dengan petunjuk dari Allah SWT, telah membuat keputusan berdasarkan logik akal dan nafsu. Namun kebenaran yang ditunggu-tunggu, terungkap dengan sendiri tanpa boleh dinafikan oleh para penyokong Anwar, baik dalam PKR, UBN mahupun PAS.

Kebenaran tersebut adalah menerusi hujah barisan peguambela Anwar Ibrahim sendiri yang mengakui Anwar Ibrahim melakukan perbuatan meliwat walaupun tujuan mereka adalah untuk membuktikan bahawa liwat antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan adalah atas dasar suka sama suka.

16 tahun lalu juga seluruh ahli-ahli dan pemimpin PAS termasuklah Imam Besar Masjid Negara pada waktu itu mengadakan solat hajat untuk memohon petunjuk dari Allah SWT tentang kebenaran tuduhan tersebut. Mangsa liwat pada waktu itu adalah Azizan Abu Bakar, bekas pemandu peribadi Wan Azizah.

Anwar tidak mengakui perbuatan songsangnya walaupun mahkamah kemudian mendapati dia bersalah dan dia dijatuhi hukuman penjara selama 6 tahun kerana kesalahan meliwat dan 8 tahun kerana rasuah salahguna kuasa yang perlu dijalani secara berasingan. Anwar bagaimanapun, tidak sempat menjalani hukuman penjara bagi kesalahan meliwat apabila dia dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan kerana masalah 'tarikh kejadian'.


Bagaimana agaknya para penyokong Anwar Ibrahim yang bersembunyi di dalam PAS boleh menerima hakikat yang diungkapkan sendiri oleh peguam-peguam Anwar dalam kes rayuannya di Mahkamah Persekutuan dalam tempoh empat hari ini? Adakah mereka masih mahu menyatakan bahawa sesiapa di kalangan ahli-ahli PAS yang percaya Anwar mengamalkan perbuatan liwat, maka mereka adalah ANJING UBN? 

SUT MAHAL BRIONI KEPADA SAIFUL SEBENARNYA DIPAKAI JAMES BONDI : ANTARA INTIPATI HUJAH KETUA PASUKAN PENDAKWAAN KES LIWAT II ANWAR

Antara hujah menarik perhatian kita dari Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah di pagi hari Jumaat, 31 Oktober 2014.

(Hujahnya akan disambung di sebelah pagi hari Isnin (petang Isnin tiada pendengaran)
kemudian diikuti hujjah penggulungan oleh ketua pembelaan Anwar iaitu Datuk Gopal Sri Ram pada pagi Selasa)

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, saiful merupakan bekas pelajar tercicir, berpakaian sut mahal dan diberi elaun lumayan serta dihantar ke luar negara.

Merujuk keterangan Saiful, Shafee berkata bekas pembantu ketua pembangkang itu dibayar gaji pokok RM1,000 tetapi diberi elaun US$1,000 bagi perjalanan ke Singapura dan HK$1,000 semasa dihantar ke Hong Kong.

Saiful juga berpakaian sut jenama mahal, kata Shafee, yang menambah perkara itu perlu diberi perhatian dalam menunjukkan wujud "hubungan".

Dan ketahuilah kau orang semua Fakta ini. Saiful Bukhari beri keterangan secara bersumpah dan disoal balas Karpal Singh. Anwar  pulak beri keterangan tanpa bersumpah dan tak boleh disoal balas oleh pendakwaraya


Malah waktu Saiful Bukhari memberikan keterangan diperingkat mahkamah tinggi Anwar Ibrahim mohon pada mahkamah agar ianya dibicarakan secara tertutup dan tidak boleh dihebahkan keterangan keterangan yang Saiful Bukhari berikan. -

 


4. Anwar juga memberikan Saiful sut Brioni yang bernilai hampir Rm 24,000 (USD 7,700) yang pada mana sebahagian daripada mereka yang hadir ke mahkamah hari ini tidak pernah dengar pun jenama ini. Tetapi mengapa Anwar hendak menjaga dengan baik hubungan beliau dengan Saiful, soal Shafee.
http://www.brioni.com/

5. Selepas Saiful menguruskan jadual perjalanan seharian, Anwar telah bertanya, “Can I f*ck you today?” Ini jelas menunjukkan keintiman perhubungan tersebut, ujar Shafee.

Saiful agak keberatan dan ini telah menimbulkan kemarahan Anwar di mana Saiful telah didominasi sepenuhnya (secara mental) oleh Anwar dan mereka ke bilik tidur utama untuk melakukan aktiviti liwat tersebut.

6. Shafee berkata bahawa kejadian liwat itu telah berlaku di antara 3 petang sehingga 4.30 petang di Kondominium Damansara. Hujah Shafee menyatakan bahawa Anwar meliwat Saiful tanpa kerelaan Saiful tetapi tidak bermaksud tanpa kebenaran. Ini adalah satu dilema psikologi dan moral apabila seorang individu yang dominan, majikan dan juga idola seperti Anwar Ibrahim mahu meliwat Saiful.

Perbuatan meliwat ini tidak ada kaitan dengan kebenaran kerana pada waktu ini Saiful telah tergamam dan tindakan tanpa melawannya itu dianggap tanda persetujuan oleh Anwar Ibrahim.

Liwat tersebut berlaku dengan tanpa kerelaan Saiful Bukhari. Maka dengan itu, Saiful bukanlah bersubahat dalam melakukan aktiviti liwat tersebut.

Atas bukti-bukti seperti ini, apa yang dikatakan oleh Saiful ada kebenarannya. Saiful takut kepada Anwar. Ini dapat dijelaskan dengan baik oleh gambar yang pihak peguambela sendiri bawa pada hari pertama yang menunjukkan Saiful masih menghidangkan air di rumah Anwar sehari selepas diliwat.

Muka Saiful bukanlah muka individu yang gembira ataupun ceria. Tetapi muka seseorang yang terpaksa berselindung di atas kejaidan trauma yang berlaku kepada dirinya sehari sebelum itu.

7. DNA ‘Lelaki Y’ yang ditemui di dalam dubur Saiful adalah sama dengan DNA yang diperoleh dari lokap Anwar Ibrahim. Anwar sama sekali tidak mahu sebarang benda (saliva, darah dsb.) diambil darinya untuk dibuat DNA profiling).


8. Bahan bukti yang didapati dari hospital seperti semen adalah intact dan tidak compromised sebagaimana yang telah disahkan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini. 

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.