Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, September 3, 2018

KP Kastam Sahkan Kerajaan PH Yang Curi Duit ‘Refund’ GST




Benarkah wang hilang? Kenyataan KP JKDM ini membuktikan Kerajaan BN sebelum ini telah membayar RM63.9 bilion tuntutan GST yang dimasukkan ke tabung amanah dari Kumpulan Wang Disatukan.

(FMT) – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengakui tuntutan bayaran balik GST sebanyak RM82.9 bilion tidak dibayar sepenuhnya.
Bagaimanapun kata Ketua Pengarahnya, Dato’ Sri Subromaniam Tholasy dari April 2015 hingga penghujung Mei 2018, RM63.9 bilion bayaran yang telah dipindahkan ke akaun amanah.
JKDM ada menuntut RM82.9 bilion daripada Mesyuarat Tabung Amanah Bulanan ini untuk tujuan pembayaran balik GST dalam tempoh 1 April 2015 sehingga 31 Mei 2018 tetapi jumlah penuh tidak dipindahkan kepada Tabung Amanah.
Oleh itu, pada 31 Mei 2018, Tabung Amanah masih memerlukan dan mengalami kekurangan untuk membayar tunggakan bayaran balik cukai GST sebanyak RM19.4 bilion,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah menafikan dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa kerajaan BN melesapkan RM19.4 bilion yang sepatutnya untuk bayaran balik GST.
Irwan berkata wang itu dimasukkan dahulu dalam akaun kumpulan wang disatukan dan jumlah bagi bayaran balik dimasukkan dalam akaun amanah secara bulanan berdasarkan keperluan Jabatan Kastam, hasil audit terhadap tuntutan bayaran balik dan kedudukan hasil kerajaan.
Beliau berkata ia selepas mesyuarat pengurusan aliran tunai kerajaan persekutuan yang diadakan setiap bulan.
Setiap sen dikira, ia adalah duit rakyat, lebih penting ia berada dalam Kumpulan Wang Disatukan, kemudian bila diperlukan, ia akan dikeluarkan,” katanya

Hubungan Malaysia-China retak

Hubungan Malaysia-China retak: THE THIRD FORCE
"Sebenarnya Mahathir bodoh kerana meminta pinjaman dari Jepun memandangkan polisi Jepun melarang negara tersebut memberi bantuan pinjaman kepada negara-negara berpendapatan sederhana-tinggi" - Raggie Jessy

Tuesday, July 17, 2018

[ Video ] Siapa Pemimpin PH Yang Ajak Zarina Anjoulie Chek In Ni? Serous Beb, Buat Malu Je!




Nama pelakon Zarina Anjoulie pernah terpalit dengan kisah-kisah panas dunia hiburan suatu ketika dulu. Namun sekarang, Zarina lebih selesa fokus kepada anak dan perniagaan yang diusahakannya.

Walaupun sudah agak lama tidak muncul di kaca TV, Zarina masih mempunyai ‘peminat’ yang sanggup mengajak ibu tunggal itu melakukan kegiatan sumbang. Apa yang lebih jijik, lelaki tersebut bergelar suami orang!


PPBM leader implicated in a sex romp ‘invitation’ – Malaysia Today http://bit.ly/2LpghLB

Diganggu suami orang


Zarina memuatnaik gambar lelaki pertengahan usia yang didakwa mengganggunya dengan seorang lagi pelakon Fathia Latiff dan mengajak tidur di hotel. Zarina turut menyifatkan perkara itu adalah ‘masalah orang-orang Tun’ yang baru dapat duit dan mula lupa diri.

Hantar resit hotel


Zarina turut menyertakan screenshot Whatsapp yang dihantar lelaki berkenaan iaitu resit pembayaran hotel dengan nilai lebih RM600.

‘Sebelum kau putar dekat orang dengan bini kau..’


Pergilah naikkan taraf negara seperti dijanjikan


Zarina juga mengaitkan lelaki yang mengganggunya itu dengan sebuah pertubuhan politik. Tambahnya lagi, lelaki sedemikian akan ‘jatuh’ kerana isu wanita dan duit satu hari nanti. Sepatutnya golongan ini perlu menaikkan taraf negara seperti dijanjikan, menurut Zarina lagi.

‘Aku pernah kahwin dan kena macam ni’


Sumber: Zarina Anjoulie,

Monday, July 9, 2018

Pendedahan Eksklusif Dari Najib : Punca Sebenar Permusuhan Dengan Mahathir



"Kami (sebelum ini) mempunyai hubungan yang sangat akrab"...

"Kami menghabiskan banyak masa bersama, dia (Mahathir) akan jemput saya ke rumahnya untuk makan malam dan selepas itu kami akan ke bilik di tingkat atas rumahnya dan duduk, berbual"...


"Pada peringkat awal selepas saya menjadi perdana menteri, sekitar tahun 2009 dan walaupun selepas pilihan raya umum ke-13, kami masih mempunyai hubungan baik," katanya"...

Bagaimanapun, Najib berkata hubungan mereka menjadi tegang apabila Mahathir mula memintanya "perkara-perkara tertentu" yang sukar untuk di lakukannya...

Baca disini :

Antara Punca Keretakan Hubungan Baik Najib Dan Mahathir
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/04/10/jambatan-bengkok/


Keakraban Hubungan Bertukar Menjadi Permusuhan Bila Tuntutan Peribadi Tak Di Turuti

Sementara itu, Najib juga menyebut beberapa faktor lain yang menyumbang kepada keretakan hubungan mereka...

Apakah 'faktor2' yang di maksudkan oleh Najib sebagai punca keretakan hubungan baik dengan Mahathir...

Isu PERKASA Dan Perkauman


Najib mendakwa Mahathir yang bersekongkol dengan pergerakan pelampau Melayu, PERKASA, ketika itu, merasakan bahawa Najib 'terlalu tunduk' kepada masyarakat bukan Melayu...

Najib juga mendakwa program 1Malaysia yang bertujuan menggalakkan keharmonian etnik dan perpaduan negara adalah antara sebab yang menyaksikan hubungannya dengan Mahathir menjadi renggang...

Bagaimanapun, beliau berkata Mahathir yang berperanan dalam PERKASA dan kemudian menjadi  penaung kumpulan itu mengubah rentaknya selepas menyertai Pakatan Harapan dan menjenamakan dirinya semula sebagai seorang 'reformis'...


Ditanya apakah beliau percaya perubahan pemimpin berusia 93 tahun itu adalah benar atau sekadar oportunisme politik, Najib merujuk kepada rekod Mahathir...


Katanya, "Mahathir melabelkan DAP secara konsisten sebagai parti perkauman dan anti-Melayu"...

"Saya tidak serang DAP dengan cara itu, saya tidak kata DAP adalah anti-Melayu secara terang-terangan, tetapi saya prihatin terhadap beberapa dasar mereka," katanya...

Apabila dinyatakan bahawa antara tema UMNO pusat semasa kempen PRU 14 adalah memomokkan DAP dengan isu bangsa dan agama, beliau menolaknya...

"Saya tidak secara khusus, tidak secara jelas berkata bahawa mereka adalah perkauman atau anti-Melayu atau anti-Islam tetapi saya menyatakan kebimbangan mengenai DAP berhubung dasar mereka," katanya...

Apabila diberitahu bahawa terdapat pemimpin UMNO menggunakan kata2 sedemikian semasa kempen ketika UMNO di bawah kawalannya, Najib berkata parti itu adalah besar...

"Sudah tentu akan ada yang berkata sesuatu dengan bahasa mereka sendiri," katanya...

Najib berkata, "Mahathir, sebaliknya, sering memomokkan DAP dalam hampir semua ucapannya pada masa lalu dan DAP pula akan membalasnya"...

Oleh itu, katanya, "beliau langsung tidak menjangkakan Mahathir dan DAP akan bergandingan"...

"Jadi apabila mereka bersama, itu adalah sesuatu yang tidak saya jangkakan"...

"(Tetapi) saya jangka apabila kamu menyertai pembangkang (ketika itu), diri kamu akan dibersihkan, kamu di bebaskan dari semua kesalahan," katanya...

Isu Jambatan Bengkok



Permintaan pertama Mahathir, katanya, adalah supaya projek jambatan bengkok diteruskan semula - lebuh raya enam lorong untuk menggantikan tambak dari Johor Baharu ke Singapura...

Najib berkata sukar bagi beliau untuk meluluskan projek itu selepas bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi membatalkannya...

"Projek itu dibatalkan oleh Pak Lah (Abdullah), jadi sukar untuk saya jelaskan kepada rakyat jika kita memulakan projek itu semula, terutamanya selepas pampasan tinggi dibayar untuk membatalkannya" katanya...

Najib menjelaskan bahawa ini mungkin menyaksikan pihak tertentu yang berkaitan dengan jambatan bengkok mendapat ganjaran dua kali...

Isu Pembangunan Langkawi

Bekas perdana menteri itu berkata beliau cuba memenuhi permintaan Mahathir sedaya upaya...


"Seperti menyediakan lebih dana untuk membangunkan Langkawi"...

Baca disini :

Tuntutan Mahathir Supaya Langkawi Dibangunkan Menguntungkan Rakyat Langkawi Atau Kroni ???
http://m.utusan.com.my/berita/politik/dr-mahathir-cuma-mahu-kepuasan-diri-di-langkawi-1.654258

Isu Menteri Besar Kedah


Membantu anaknya, Datuk Seri Mukhriz menjadi menteri besar Kedah, namun beliau tetap tidak berpuas hati dengannya...

Isu Jet Rasmi Kerajaan Malaysia


"Dia tidak senang dengan perkara-perkara tertentu seperti 1Malaysia, dia tidak senang dengan jet itu, jet itu dibeli oleh Pak Lah, tetapi saya perhatikan sehingga kini dia (Mahathir) masih menggunakannya" katanya...

Isu Dasar2 Era Najib



Najib berkata, perbezaan dasarnya juga membuat Mahathir marah seperti pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan pembatalan Ordinan Darurat, layanan terhadap Proton serta gaji minimum yang ditentang oleh Mahathir.

Bekas perdana menteri itu berkata seiring dengan peredaran masa, kemarahan Mahathir meningkat apabila lebih banyak permintaannya ditolak sehingga mengakibatkan keretakan hubungan mereka menjadi pecah.

Tun M berdendam dgn saya sehingga sanggup buat apa sahaja fitnah asalkan saya, isteri dan keluarga saya bersalah dlm apa jua sekalipun walaupun saya, isteri dan keluarga tidak bersalah.

Dengan kuasa yang ada padanya sekarang ini Tun M akan buat apa sahaja untuk memastikan saya, isteri dimalukan, dipenjarakan


SnapShot

Anjing Puak Liberal Mahu Kerajaan PH Tutup Tahfiz!!!



Sikap liberal atau anti Islam Zainuddin Maidin memang dah berakar umbi mungkin sejak azali lagi...

Buktinya dalam tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Datuk Keramat pada 14hb September 2017...

Zainuddin Maidin @ Zam tanpa usul periksa mengenai punca kejadian dengan pantas mengambil kesempatan menyuarakan hasrat busuk yg dah sekian lama terpendam dalam hatinya untuk melihat semua Mahad Tahfiz di Malaysia di tutup...

"Tutup Pusat Tahfiz dan tangkap pengetuanya", mcm orang hilang akal Zam meracau!!!

Sebab tu masa sarapan pagi tadi, bila aku baca Zam (yg tak ada apa2 jawatan) menggesa supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mujahid Yusof Rawa supaya menutup semua sekolah tahfiz, aku tak terkejut sebab yg keluarkan gesaan tu ialah Zainuddin Maidin...

Kononnya pd pendapat Zam ianya sebagai usaha membawa keluar umat Islam daripada 'amalan agama jumud'...

Zam menyarankan Mujahid berbuat demikian selepas memuji Mujahid yang berkata parti yang menggunakan agama dan kaum sudah tidak lagi relevan...

"Saya harap Mujahid akan dapat memainkan peranan berani dan tegas untuk membawa umat Islam negara ini kepada realiti dan keperluan kepada sikap dinamik dan menolak kearaban sebagai keislaman", gesa Zam...

"Pertama sekali langkah mesti diambil untuk menutup semua sekolah tahfiz di negara ini yang tidak memberikan harapan masa depan kepada generasi baru Islam" tambahnya lagi...

Tapi sebagai seorang Islam, aku bertanggungjawab utk membidas balik sebarang kenyataan yg di lihat menghina Islam dan sunnah2 suci Rasulullah s.a.w.

Islam Bukan Arab Dan Arab Bukan Islam




》Dari kenyataan Zam yg menganggap Islam ialah Arab dan Arab ialah Islam ternyata meleset kerana Abu Jahal laknatullah juga ialah orang Arab malah bapa saudara Rasulullah s.a.w. namun adakah Abu Jahal laknatullah beragama Islam???

》Pelajar2 Mahad Tahfiz mendalami Bahasa Arab kerana bahasa Arab ialah bahasa Al Quran...

》Bagaimana kita hendak menghayati Al Quran sedangkan kita jahil dalam Bahasa Arab sedangkan semua sumber kehidupan dan hukum hakam datangnya dari Al Quran...

》Bila kita gagal menghayati Al Quran sepenuhnya maka timbullah dakwaan2 puak liberal yang memperlekehkan hukum hakam dalam Islam...

》Hakikatnya mereka sendiri jahil tentang apa yang mereka perlekehkan!!!

》Sebagai negara demokrasi, kita tak nampak ada apa2 masaalah sekiranya ada golongan yg ingin mengamalkan budaya Arab dalam kehidupan mereka selagi tak mengganggu gugat hak orang lain!!!

Tiada Keperluan Menutup Mahad Tahfiz Di Malaysia



Nampaknya sikap anti Islam orang Islam sekarang lebih dahsyat dari orang bukan Islam sendiri...

Apakah mereka ini boleh di samakan dengan puak2 munafik pimpinan Abdullah bin Ubay...

Apakah puak2 liberal takut sekiranya akan ada satu golongan (pelajar tahfiz) yg akan menentang kehidupan songsang mereka maka mereka menggesa agar semua Mahad Tahfiz di tutup!!!

Belum pernah terjadi dalam sejarah Malaysia, pelajar2 Mahad Tahfiz terlibat dalam ekstrimis perkauman...

Apakah budaya hidup songsang yang ingin di ketengahkan oleh puak liberal boleh di anggap sebagai puncak ketamadunan manusia!!!

Hakikatnya sistem sekolah venakular yang banyak membesarkan jurang perbezaan kaum di Malaysia...

Namun rakyat Malaysia yang waras tak pernah mempertikaikan keujudan sistem persekolahan venakular cuma kami berharap agar kerajaan membuat penambahbaikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat di kurangkan setidak2nya...

Penghinaan Zam Terhadap Sunnah Rasulullah s.a.w.


Zam juga berkata, "berkata sunnah Nabi s.a.w. telah di modenkan menjadi komersialisme"...

"Sunnah Nabi tidak ada lagi dalam jubah yang telah pun di modenkan oleh komersialisme"...

Dari kenyataan Zam, jelas keoada kita kebodohan dan kedangkalan beliau dalam mendifinasikan sunnah Rasulullah s.a.w.

Sebenarnya bukan sunnah Rasulullah s.a.w. yg membuatkan Islam di pandang sebagai ugama jumud tetapi kebodohan dan kesilapan menafsirkan sunnah dgn cara yg betul membuatkan Islam di pandang sebagai ugama yang jumud!!!

Zam menafsirkan sunnah sebagai berjubah, berserban dan sebagainya tetapi dia lupa di zaman itu, Abu Jahal, Abu Lahab dan Abudullah ibnu Ubai juga berjubah dan berserban!!!

Yang di katakan sunnah dalam berpakaian ialah menutup keseluruhan tubuh badan dengan tidak menampakkan bentuk tubuh badan, itulah yg di sarankan oleh Rasulullah s.a.w....

Kami mencabar Zam utk mengemukan hadis yg menyatakan secara Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa jubah ialah pakaian sunnah!!!

Kepada Zam, fahamkan baik2 firman Allah s.w.t. dalam surah An Nur ayat 30 hingga 31...


قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُون

(30)

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آَبَائِهِنَّ أَوْ آَبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

   (31)

(30) Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.

(31) Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

(QS. An Nur: 30-31).


Rasulullah s.a.w. menggunakan ghamis dan bukannya jubah ialah kerana budaya setempat dan semasa ketika itu...

Yang di katakan sunnah ialah menggunakan apa juga jenis pakaian yg dapat menutup pandangan mata dari melihat bentuk tubuh badan dan ianya selari dengan firman Allah s.w.t. dlm Surah An Nur tadi!!!

Jadi sesuaikanlah dengan keadaan budaya setempat dan keadaan masa terkini...

Yang pentingnya ialah pakaian yg tidak menampakkan bentuk tubuh badan, ya Zam!!!

Begitu juga sunnah2 baginda Rasulullah s.a.w. yg lain2nya seperti bersugi, menaiki kenderaan unta dan sebagainya...

Islam Bukan Ugama Jumud Tetapi Pemikiran Puak Liberal Sebenarnya Jumud

Apa yg pasti tuduhan puak2 liberal seperti Zam dan yg seangkatan dengannya mengatakan Islam ugama yg jumud, Islam menentang ketamadunan manusia dan peredaran zaman ternyata salah sama sekali...

Hakikatnya merekalah yg berfikiran sempit dan memaksa ummah menerima fikiran mereka yang sempit itu...

Hakikatnya ialah mereka dengan sengaja dan sedar mahu memperlekehkan Rasulullah s.a.w. dengan memberikan tafsiran2 salah terhadap sunnah suci baginda Rasulullah s.a.w...


Snapshot

Sunday, July 1, 2018

Zahid Sah Terpilih Sebagai Presiden UMNO Yang Baharu


KUALA LUMPUR, 1 Jun – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara rasmi terpilih sebagai Presiden UMNO yang baru sesi 2018-2021 setelah melepasi majoriti mudah apabils mendapat undi daripada 78 bahagian dalam pemilihan Majlis Tertinggi UMNO hari ini.

Manakala, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan telah terpilih sebagai Timbalan Presiden UMNO Malaysia apabila mendapat undi daripada 110 bahagian UMNO di seluruh negara.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di bangunan Dato Onn di sini kira-kira pukul 12 malam tadi.

Setakat malam ini, beliau mengesahkan bahawa sebanyak 78 bahagian UMNO secara rasmi telah memberikan undi kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid, manakala sebanya 53 bahagian telah memberikan undi kepada Khairy Jamaluddin dan Tengku Razaleigh Hamzah pula memperolehi sebanyak 28 undi.

Manakala, bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO pula, Datuk Seri Mohamad Hasan memperolehi sebanyak 110 undi daripada bahagian dan pencabarnya, Tan Sri Annuar Musa pula memperolehi sebanyak 47 undi.

Bagi jawatan Naib Presiden pula menurut Tengku Adnan, hanya dua nama sahaja daoat diumumkan secara rasminya terpilih sebagai Naib Presiden UMNO, manakala satu lagi nama akan diumumkan esok.

“Untuk jawatan Naib Presiden, kita hanya boleh beri dua nama sahaja kerana tempat ketiga masih lagi turun naik pengiraannya, dan jurangnya tidak berapa jauh.

“Ada lagi 34 bahagian di mana keputusannya masih belum lagj kita sahkan. Jadi kita tidak boleh umumkan dulu pemenang di tempat ketiga bagi jawatan ini.

“Tetapi yang sudah sahih menang dalam pertandingan jawatan Naib Presiden yang tidak akan terjejas dengan undi 34 bahagian itu memberikan undi kepada calon lain ialah pertama, Datuk Seri Ismail Yaakob yang memperolehi 146 undi dan yang kedua, Datuk Seri Mahadzir Khalid sebanyak 99 undi setakat ini,” ujarnya di hadapan pemberita dalam satu sidang akhbar di Menara Dato Onn di sini hari ini.

Tambah Tengku Adnan, keputusan penuh bagi pertandingan jawatan Majlis Tertinggi UMNO ini akan disahkan keesokan hari.

“Kita akan selesaikan pengiraan undi bahagian-bahagian yang masih belum selesai pada malam ini juga.

“InsyaAllah esok kita akan mengumumkan keputusan penuh pemilihan Majlis Tertinggi UMNO termasuk senarai 25 calon-calon yang terpilih untuk jawatan Majlis Tertinggi UMNO Malaysia,” ujarnya.

-MediaUMNO

Thursday, June 7, 2018

Tidak Wujud Unsur Bail Out 1 MDB




Pelik bila Guan Eng hanya mendedahkan bayaran-bayaran yang dibuat oleh MOF untuk 1MDB dan tidak mendedahkan aset-aset yang diterima MOF akibat daripada pelan rasionalisasi 1MDB.

Menurut seorang Penganalisis Kewangan dari sebuah bank terkemuka, Tuan Syed Agil Jamalullail Pelan Rasionalisasi 1MDB disebut sejak 2015 dan pemindahan aset kpd MOF diusulkan sejak 2016. Antara yg berlaku semasa pelan rasionalisasi 1MDB ialah pemindahan aset dan pinjaman 1MDB kepada MOF INC, Kementerian Kewangan.

Apa yang berlaku ialah aset dan pinjaman 1MDB saling berkaitan. Ini kerana perolehan aset 1MDB dibeli menggunakan dana daripada bond atau pinjaman bank, maka aset tersebut akan terkait dengan pinjaman jangka panjang tersebut. Contohnya 1MDB GIL bond terikat dgn aset-aset investment units dan 1MDB bond terikat dengan aset hartanah Bandar Malaysia.

Hal ini berlaku kerana 1MDB tidak menerima dana duit kerajaan atau mana-mana sumber dana rakyat, maka syarikat perlu menerima pinjaman/pelaburan daripada peminjam/pelabur.

Semasa pemindahan aset berlaku, 1MDB ada sekitar RM60 billion dan RM41.7 billion hutang.

1. Baki hartanah di TRX and saham di Lend Lease’s LifeStyle’s Quarter – RM8 billion.
2. 100% hartanah Bandar Malaysia – RM26 billion
3. US$2.5 billion unit dana pelaburan 1MDB – RM10.83 billion
4. Claim keatas IPIC US$3.5 billion, security deposits dan lain2 – RM15.17 billion

.
Malah malaysiakini pernah menyiarkan artikel tentang bagaimana Bandar Malaysia boleh menjana RM105 billion jika dijual dalam tempoh yg lebih strategik.

Dan dalam temubual terbaru 1MDB bersama CNBC, aset 1MDB dianggarkan bernilai sekitar RM43 billion manakala hutang hanya bernilai sekitar RM30 billion.

Bagaimana untuk katakan 1MDB di'bailout' apabila bayaran diambil daripada pencairan aset-aset syarikat sendiri dan bukan aset kerajaan. MOF dapat aset 1MDB sebagai timbal balik, tidak seperti RM30 billion forex yang hilang hangus begitu sahaja -saj

.

Rujukan:

[1] 1MDB PRESS RELEASE 26-10-2017 http://www.1mdb.com.my/press-release/stop-misleading-the-people-tony-pua-your-economic-sabotage-has-failed

[2] Malaysiakini: Bandar Malaysia boleh hasilkan RM105 billion
http://www.malaysiakini.com/columns/382332

[3] TRX: Lend Lease’s LifeStyle’s Quarter http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/03/27/ready-for-unveiling/

[4] 1MDB 2018: Aset RM43 billion vs hutang RM30  
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/04/21/1mdb-debt-now-at-rm30bn-assets/


MyKmu

Friday, May 11, 2018

#PRU-14 : Bukan Islam Dominasi Kerajaan Baharu Malaysia





#PRU14: Bukan Islam Dominasi Kerajaan Baharu Malaysia

WALAUPUN bersungguh-sungguh benar pemimpin dan penyokong Islam dalam Pakatan Harapan (PH) menafikannya sebelum ini, ternyatalah bahawa keputusan PRU14 yang baru berlalu menyaksikan buat pertama kalinya kerajaan yang didominasi oleh golongan bukan Islam berjaya ditubuhkan di Malaysia walaupun penduduk Islam adalah majoriti di negara ini.

Berdasarkan keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh SPR dan berdasarkan perkembangan semasa yang menunjukkan bahawa Ahli Parlimen Solidariti di P.180 – Keningau, iaitu Jeffrey Kitingan, akan bergabung dengan PH maka bilangan kerusi Parlimen bukan Islam di dalam kerajaan baru ini adalah:

66 Ahli Parlimen Bukan Islam, dan
58 Ahli Parlimen Islam.




Lihat video doa yang telah dipenuhi oleh rakyat Malaysia:
https://youtu.be/SQlWBTVg5KE



Lihat video Sembahyang sunat khas jatuhnya kerajaan UMNO Malaysia oleh delegasi dibawa khas dari US:
https://youtu.be/-PiTHi57tqM


66 kerusi Parlimen bukan Islam ini mengikut parti adalah terdiri daripada:

● 41 kerusi Parlimen bukan Islam milik DAP
● 20 kerusi Parlimen bukan Islam milik PKR
● 2 kerusi Parlimen bukan Islam milik Warisan
● 2 kerusi Parlimen bukan Islam milik Bebas
● 1 kerusi Parlimen bukan Islam milik Solidariti

66 kerusi Parlimen bukan Islam ini mengikut negeri pula adalah terdiri daripada:

KEDAH: 2 (PKR 2)

P.009 – ALOR SETAR: Chan Ming Kai (PKR)
P.017 – PADANG SERAI: Karupaiya Mutusami (PKR)

PULAU PINANG: 8 (DAP 7, PKR 1)

P.043 – BAGAN: Lim Guan Eng (DAP)
P.045 – BUKIT MERTAJAM: Sim Chee Keong (DAP)
P.046 – BATU KAWAN: Kasthuriraani A/P Patto (DAP)
P.048 – BUKIT BENDERA: Wong Hon Wai (DAP)
P.049 – TANJONG: Chow Kon Yeow (DAP)
P.050 – JELUTONG: Sanisvara Nethaji Rayer Rajaji (DAP)
P.051 – BUKIT GELUGOR: Ramkarpal Singh Karpal Singh (DAP)
P.052 – BAYAN BARU: Sim Tze Tzin (PKR)

PERAK: 10 (DAP 7, PKR 3)

P.060 – TAIPING: Teh Kok Lim (DAP)
P.062 – SUNGAI SIPUT: Kesavan Subramaniam (PKR)
P.064 – IPOH TIMOR: Wong Kah Woh (DAP)
P.065 – IPOH BARAT: M.Kulasegaran V.Murugeson (DAP)
P.066 – BATU GAJAH: Sivakumar Varatharaju Naidu (DAP)
P.068 – BERUAS: Ngeh Koo Ham (DAP)
P.070 – KAMPAR: Su Keong Siong (DAP)
P.071 – GOPENG: Lee Boon Chye (PKR)
P.076 – TELUK INTAN: Nga Kor Ming (DAP)
P.077 – TANJONG MALIM: Chang Lih Kang (PKR)

PAHANG: 1 (DAP 1)

P.089 – BENTONG: Wong Tack (DAP)

SELANGOR: 9 (PKR 5, DAP 4)

P.094 – HULU SELANGOR: Leow Hsiad Hui (PKR)
P.097 – SELAYANG: William Leong Jee Keen (PKR)
P.102 – BANGI: Ong Kian Ming (DAP)
P.103 – PUCHONG: Gobind Singh Deo (DAP)
P.104 – SUBANG: Wong Chen (PKR)
P.106 – DAMANSARA: Pua Kiam Wee (DAP)
P.107 – SUNGAI BULOH: Sivarasa K.Rasiah (PKR)
P.110 – KLANG: Charles Anthony R.Santiago (DAP)
P.112 – KUALA LANGAT: Xavier Jayakumar Arulanandam (PKR)

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR: 7 (DAP 5, PKR 1, Bebas 1)

P.114 – KEPONG: Lim Lip Eng (DAP)
P.115 – BATU: Prabakaran M Parameswaran (Bebas – Kunci)
P.116 – WANGSA MAJU: Dr.Tan Yee Kew (PKR)
P.117 – SEGAMBUT: Yeoh Tseow Suan (DAP)
P.120 – BUKIT BINTANG: Fong Kui Lun (DAP)
P.122 – SEPUTEH: Teresa Kok Suh Sim (DAP)
P.123 – CHERAS: Tan Kok Wai (DAP)

NEGERI SEMBILAN: 2 (DAP 2)

P.128 – SEREMBAN: Loke Siew Fook (DAP)
P.130 – RASAH: Cha Kee Chin (DAP)

MELAKA: 1 (DAP 1)

P.138 – KOTA MELAKA: Khoo Poay Tiong (DAP)

JOHOR: 7 (PKR 2, DAP 5)

P.140 – SEGAMAT: Santhara Kumar Ramanaidu (PKR)
P.142 – LABIS: Pang Hok Liong (DAP)
P.145 – BAKRI: Yeo Bee Yin (DAP)
P.152 – KLUANG: Wong Shu Qi (DAP)
P.158 – TEBRAU: Choong Shiau Yoon (PKR)
P.162 – ISKANDAR PUTERI: Lim Kit Siang (DAP)
P.163 – KULAI: Teo Nie Ching (DAP)

SABAH: 7 (DAP 3, Warisan 2, PKR 2, Solidariti 1)

P.172 – KOTA KINABALU: Chan Foong Hin (DAP)
P.174 – PENAMPANG: Ignatius Dorell Leiking (WARISAN)
P.179 – RANAU: Jonathan Bin Yasin (PKR)
P.180 – KENINGAU: Jeffrey Kitingan (Solidariti)
P.181 – TENOM: Noorita Binti Sual (DAP)
P.185 – BATU SAPI: Liew Vui Keong (Warisan)
P.186 – SANDAKAN: Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh (DAP)
P.190 – TAWAU: Christina Liew Chin Jin (PKR)

SARAWAK: 11 (DAP 6, PKR 4, Bebas 1)

P.192 – MAS GADING: Mordi Anak Bimol (DAP)
P.195 – BANDAR KUCHING: Kelvin Yii Lee Wuen (DAP)
P.196 – STAMPIN: Chong Chieng Jen (DAP)
P.198 – PUNCAK BORNEO : Willie Anak Mongin (PKR)
P.205 – SARATOK: Ali Anak Biju (PKR)
P.208 – SARIKEI: Wong Ling Biu (DAP)
P.209 – JULAU: Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Bebas – Kerusi)
P.211 – LANANG: Alice Lau Kiong Yieng (DAP)
P.212 – SIBU: Oscar Ling Chai Yew (DAP)
P.214 – SELANGAU: Baru Bian (PKR)
P.219 – MIRI: Michael Teo Yu Keng (PKR)

58 kerusi Parlimen Islam ini mengikut parti adalah terdiri daripada:

● 27 kerusi Parlimen Islam milik PKR
● 13 kerusi Parlimen Islam milik PPBM
● 11 kerusi Parlimen Islam milik PAN
● 6 kerusi Parlimen Islam milik Warisan
● 1 kerusi Parlimen Islam milik DAP

58 kerusi Parlimen Islam ini mengikut negeri pula adalah terdiri daripada:

PERLIS: 1 (PKR 1)
P.002 – KANGAR: Noor Amin Bin Ahmad (PKR)

KEDAH: 8 (PKR 4, PPBM 3, PAN 1)

P.004 – LANGKAWI: Mahathir Mohamad (PPBM)
P.005 – JERLUN: Mukhriz Mahathir (PPBM)
P.006 – KUBANG PASU: Amiruddin Hamzah (PPBM)
P.008 – POKOK SENA: Mahfuz Omar (PAN)
P.010 – KUALA KEDAH: Azman Ismail (PKR)
P.014 – MERBOK: Nor Azrina Surip (PKR)
P.015 – SUNGAI PETANI: Johari Abdul (PKR)
P.018 – KULIM – BANDAR BAHARU: Saifuddin Nasution Ismail (PKR)

PULAU PINANG: 3 (PKR 3)

P.044 – PERMATANG PAUH: Nurul Izzah Anwar (PKR)
P.047 – NIBONG TEBAL: Mansor Othman (PKR)
P.053 – BALIK PULAU: Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PKR)

PERAK: 3 (PAN 2, PPBM 1)

P.057 – PARIT BUNTAR: Mujahid Yusof (PAN)
P.063 – TAMBUN: Ahmad Faizal Azumu (PPBM)
P.074 – LUMUT: Mohd Hatta Md Ramli (PAN)

PAHANG: 4 (PKR 2, DAP 1, PAN 1)
P.080 – RAUB: Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (DAP)
P.082 – INDERA MAHKOTA: Saifuddin Abdullah (PKR)
P.083 – KUANTAN: Fuziah Salleh (PKR)
P.088 – TEMERLOH: Mohd. Anuar Mohd Tahir (PAN)

SELANGOR: 11 (PKR 5, PAN 5, PPBM 1)
P.093 – SUNGAI BESAR: Muslimin Yahaya (PPBM)
P.096 – KUALA SELANGOR: Dzulkefly Ahmad (PAN)
P.098 – GOMBAK: Mohamed Azmin Bin Ali (PKR)
P.099 – AMPANG: Zuraida Kamaruddin (PKR)
P.100 – PANDAN: Wan Azizah Wan Ismail (PKR)
P.101 – HULU LANGAT: Hasanuddin Mohd Yunus (PAN)
P.105 – PETALING JAYA: Maria Chin Abdullah (PKR)
P.108 – SHAH ALAM: Khalid Abd Samad (PAN)
P.109 – KAPAR: Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR)
P.111 – KOTA RAJA: Mohamad Sabu (PAN)
P.113 – SEPANG: Mohamed Hanipa Maidin (PAN)

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR: 4 (PKR 3, PPBM 1)

P.118 – SETIAWANGSA: Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR)
P.119 – TITIWANGSA: Rina Mohd Harun (PPBM)
P.121 – LEMBAH PANTAI: Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PKR)
P.124 – BANDAR TUN RAZAK: Kamarudin Jaffar (PKR)
NEGERI SEMBILAN: 3 (PKR 1, PPBM 1, PAN 1)
P.129 – KUALA PILAH: Eddin Syazlee Shith (PPBM)
P.132 – PORT DICKSON: Danyal Balagopal Abdullah (PKR)
P.133 – TAMPIN: Hasan Bahrom (PAN)

MELAKA: 3 (PKR 2, PPBM 1)
P.135 – ALOR GAJAH: Mohd Redzuan Md Yusof (PPBM)
P.136 – TANGGA BATU: Rusnah Aluai (PKR)
P.137 – HANG TUAH JAYA: Shamsul Iskandar @ Yusre Mohd Akin (PKR)

JOHOR: 11 (PPBM 5, PKR 5, PAN 1)
P.141 – SEKIJANG: Natrah Ismail (PKR)
P.143 – PAGOH: Mahiaddin Md Yasin (PPBM)
P.144 – LEDANG: Syed Ibrahim Syed Nor (PKR)
P.146 – MUAR: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PPBM)
P.149 – SRI GADING: Sharuddin Md Salleh (PPBM)
P.150 – BATU PAHAT: Mohd Rashid Hasnon (PKR)
P.151 – SIMPANG RENGGAM: Maszlee Malik (PPBM)
P.159 – PASIR GUDANG: Hassan Abdul Karim (PKR)
P.160 – JOHOR BAHRU: Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PKR)
P.161 – PULAI: Salahuddin Ayub (PAN)
P.165 – TANJUNG PIAI: Md Farid Md Rafik (PPBM)
SABAH: 7 (Warisan 6, PKR 1)
P.169 – KOTA BELUD: Isnaraissah Munirah Majilis @ Fakharudy (Warisan)
P.171 – SEPANGGAR: Mohd Azis Jamman (Warisan)
P.173 – PUTATAN: Awang Husaini Sahari (PKR)
P.175 – PAPAR: Ahmad Hassan (Warisan)
P.188 – SILAM: Mohamaddin Ketapi (Warisan)
P.189 – SEMPORNA: Mohd Shafie Apdal (Warisan)
P.191 – KALABAKAN: Ma’mun Sulaiman (Warisan)

Sama-samalah kita tunggu dan lihat kebijaksanaan Perdana Menteri kerajaan baru ini, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad yang parti yang beliau ketuai, PPBM, hanya memenangi 13 kerusi daripada 124 kerusi yang dimenangi oleh gabungan PKR, DAP, PPBM, PAN, Warisan, Bebas dan Solidariti, di dalam mengemudi tanah air kita selepas ini.

Dan semoga keputusan PRU14 ini akan mengukuhkan lagi tekad umat Islam untuk melaksanakan seluruh tuntutan agama mereka selaras dengan Perkara 3 (1) yang meletakkan Islam sebagai “agama bagi Persekutuan” dan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak kepada tiap-tiap orang untuk “menganuti dan mengamalkan agamanya”.

Nota: Sehingga kini masih belum dapat dipastikan dengan jelas hala tuju Ahli Parlimen Bebas (Kunci) yang menang di kerusi P.203 – Lubok Antu, iaitu Jugah AK Muyang.

Baca juga:
———————–
#PRU14: Perjanjian antara PH dan PPBM: Kesannya Terhadap kedudukan agama Islam

Saya ditunjuk Perjanjian Bersama Kerangka Kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertarikh 13 Disember 2016. Terdapat dua pihak dalam perjanjian itu. Di satu pihak ialah PH yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah dan di satu pihak lagi PPBM. Ia dibuat di Petaling Jaya dan ditandatangani oleh Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Lim Guan Eng (DAP), Haji Mohamad Sabu (Amanah) dan Tan Sri Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin (PPBM).

Klausa 1(1) Perjanjian itu, antara lain, menyebut:
“Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas, aman dan damai…..”

Perhatikan bahawa peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang ada sekarang memperuntukkan, antara lain:

“3. (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai….”
Perhatikan bahawa perkataan “bebas” telah ditambah. Apakah kesannya?

Kesannya ialah, agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas tanpa sebarang sekatan dan larangan. Ini termasuk:

1. Orang bukan Islam tidak boleh dihalang daripada pengembangan (propagation) agama mereka kepada orang Islam kerana itu adalah sebahagian daripada ajaran agama mereka.

2. Mereka mempunyai alasan untuk menuntut supaya dibina atau untuk membina gereja dan to’kong-to’kong mereka di tempat-tempat awam, termasuk di kampus-kampus universiti.

3. Cara mereka beribadat juga tidak boleh disekat. Misalnya, di bulan hantu lapar, mereka boleh meletakkan babi panggang di luar to’kong mereka, termasuk di dalam kampus universiti, kerana menjamu hantu lapar adalah sebahagian daripada ibadat mereka di bulan itu.

Ringkasnya, tujuan mereka menambah perkataan “bebas” itu ialah untuk meletakkan agama-agama lain setaraf dengan agama Islam di segi pentadbiran, termasuk penggunaan dana kerajaan. Perlu ditekankan bahawa semua itu boleh dilakukan secara pentadbiran, tanpa meminda Perlembagaan.

Nampaknya ketiga-tiga pemimpin Melayu/Islam itu sama ada tidak nampak, tidak peduli, hendak mengambil hati Lim Guan Eng atau sudah diperbodohkan oleh Lim Guan Eng. Ini orang Melayu/Islam perlu sedar.




credit : portal pakdin.my






Thursday, May 3, 2018

'Kamu Tidak Boleh Kata TIDAK Kepada Perdana Menteri' - DAKWAAN TAJUDIN RAMLI PERLU DISIASAT PIHAK BERKUASA





Dalam rakaman video yang tular sejak beberapa hari lalu, antara lain Tajudin bercakap mengenai pembelian saham MAS yang didakwanya dibuat atas arahan Dr Mahathir dan Daim.

Ia ekoran lesapnya 31.5 billion akibat pertaruhan di pertukaran wang asing (Forex) oleh Bank Negara Malaysia.

Dulu, saham MAS tak sampai RM3 (RM600 juta jumlah harga pasaran). Beliau dipaksa membeli pada harga tinggi, lebih dari nilai saham kerana BNM memerlukan dana segera akibat kehilangan wang.

Saya diarahkan membeli saham MAS pada harga RM8. Saya kata kepada Tun Daim, ia terlalu mahal. Apabila dipersoalkan tentang harga saham, Tun Daim beritahu saya ‘kamu tidak boleh kata ‘tidak’ pada Perdana Menteri'.

Benar, sejak dahulu segala apa diarah Malathir tidak boleh dipersoalkan.

Tajudin berkata, berikutan itu, beliau terpaksa membayar lebihan RM400 juta dalam urusan jual beli saham MAS ketika itu berikutan harga yang ditetapkan Tun Mahathir melebihi harga pasaran.

Pada tahun 2000, kerajaan membeli semula saham MAS pada RM8 sesaham, yang dilaporkan 117 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran.



Tuesday, May 1, 2018

Barisan Nasional Diramal Dapst 150 Kerusi Parlimen Dalam PRU-14



Beruang Biru / 30 April 2018


Penamaan calon sudah selesai di seluruh negara pada hari Sabtu lepas. 590 kertas penamaan calon diterima untuk kerusi parlimen, 1,394 kertas pencalonan bagi kerusi DUN. 11 kertas pencalonan ditolak.


Di parlimen, 29 kerusi ada pertandingan satu lawan satu. 143 tempat berlakunya tiga penjuru, 22 tempat ada empat penjuru dan tiga parlimen ada 5 penjuru.


Manakala di DUN, 38 kerusi satu lawan satu. 331 ada tiga penjuru, 54 tempat empat penjuru, 18 tempat 5 penjuru dan ada tiga tempat enam penjuru. Meriahnya demokrasi di Malaysia.


530 calon lelaki dan 60 calon wanita di kerusi parlimen manakala di kerusi DUN ada 1,244 calon lelaki dan 150 calon wanita. BN tampilkan 85 orang calon wanita, 26 di kerusi parlimen dan 59 orang di kerusi DUN.


Calon tertua adalah Mahathir, dengan usia 92 tahun dan bertanding di parlimen Langkawi. Manakala BN pula menampilkan 6 orang calon muda berusia di bawah usia 35 tahun di kerusi parlimen.


Atas kertas sudah boleh mencongak siapa yang bakal menang dan bakal kecundang. Mukhriz dan Mahathir dijangka tumpas di Jerlun dan Langkawi. Undi kepada calon PAS lagi banyak berbanding dua orang calon PKR itu.


PAS pula diramal menang di 7 kerusi tradisi mereka iaitu di Pengkalan Chepa, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Pasir Mas, Kota Bharu, Marang dan Kuala Kedah.


PAN yang teruk diserang oleh PAS dijangka kalah di semua kerusi kecuali dua tempat sahaja iaitu di Shah Alam dan Parit Buntar. PPBM yang memakai logo mata lebam dijangka menang tipis sahaja di Pagoh. Itu pun kalau PPBM silap langkah, Muhyiddin pun akan melingkup di Pagoh.


Shafie Apdal dijangka menjadi arang atau abu di Semporna. Manakala DAP diramal tawan Teluk Intan dan Bakri. PKR hilang tiga kerusi di Batu, Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak.


Ramalan ini dianalisa berdasarkan kajian Invoke, Merdeka Center yang lepas dan menerusi sumber dalaman dari Pakatan Rakyat.


Keseluruhannya, Barisan Nasional dijangka mendapat 153 kerusi parlimen, DAP dapat 40, PKR menang 23 kerusi, PAS peroleh 7, PPBM menang 1 kerusi dan Warisan boleh 1 kerusi sahaja. DAP akan tambah lagi kerusi daripada kerusi yang sedia ada.


Pakatan Harapan akan dapat 65 kerusi parlimen sahaja dan ketua pembangkang di parlimen masih lagi DAP. Mahathir dan anaknya "terkorban" terus bila DAP tidak mahu kerusi selamat kepada mereka berdua dalam PRU14.


Menurut satu kajian Tindak Malaysia, bilangan kerusi parlimen majoriti Cina sudah menurun kepada 24 kerusi sahaja. Boleh jadi bilangan kemenangan DAP, yang diramal 40 kerusi ini akan berkurangan lagi.


Malah di kawasan luar bandar, rakyat masih marah bila Mahathir dan PH mahu hapuskan BR1M. Bagi orang kampung mereka mahukan BR1M. Kalau mansuh GST belum tentu harga barang turun. Kalau mansuh GST, entah entah orang kampung tidak dapat BR1M lagi selepas ini.


Harus diingat ada 155 kerusi luar bandar termasuklah 54 kerusi di kawasan Felda. Orang di luar bandar mahukan kemajuan dan nikmat yang mereka dapat selama ini diteruskan. Mereka tidak mahu Mahathir lagi sebagai PM.


Apa yang mereka nikmati sekarang adalah di zaman Najib bukannya Mahathir. Kalau sudah mahu mansuh ECRL dan HSR sudah tentu rakyat di kawasan itu tidak akan beri undi pada PH. Berpuluh ribu peluang kerja akan hilang.


Mahathir kini sudah tekan "panic button" bila melihat sokongan Melayu terhadap PH masih lagi tiada. Mulalah reka cerita bukan bukan, cakap jet peribadi kena sabotaj, ada orang hendak langgar kereta dia dan macam macam lagi.


Mahathir tahu PH akan kalah. DAP pun tahu PH akan kalah, sebab itu satu kerusi selamat kawasan DAP pun tidak diberi pada Mahathir dan Mukhriz. Pembangkang akan jadi lagi huru hara lepas pilihanraya ini.


Huru hara sebab tidak dapat kuasa. Jangan bagilah kuasa pada orang yang gila kuasa. Baik kekalkan kerajaan yang sedia ada.


#BersamaBN
#HebatkanNegaraku


Monday, April 23, 2018

[ Video ] PRU-14 - Pakatan Harapan Bodohkan Orang Melayu



PAKATAN pembangkang begitu mudah mempersalahkan orang Melayu yang mereka anggap bodoh dan “termakan dedak” apabila tidak menyokong mereka.
Sesetengah mereka sejak masih bersama dalam PAS lagi sangat cenderung dengan golongan bukan Islam dan liberal hingga bermudah mempersalahkan orang Melayu yang mengambil kira isu agama Islam dalam politik.

Orang Melayu dikatakan tertipu dengan UMNO apabila bimbang dengan DAP yang dikatakan beragenda menguasai politik negara.

Pembangkang meletakkan orang Melayu sebagai tidak pandai berfikir dan hanya menerima dakwaan UMNO tentang DAP.

Sebenarnya, kebimbangan terhadap DAP yang anti-Islam bukan hanya datang dari UMNO tetapi banyak kumpulan dan suara yang mewakili kepentingan Melayu dan Islam di Malaysia.


Kumpulan-kumpulan bukan kerajaan yang datang dari pelbagai aliran juga bimbang dengan DAP yang lantang mengkritik Islam.

Yang dimaksudkan dengan Islam ini meliputi undang-undang syariah, institusi Islam, dan kedudukan istimewa agama Islam dalam perlembagaan.

Mereka mempersoalkan usaha memartabatkan institusi Mahkamah Syariah, menolak kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), mempersoalkan isi kandungan khutbah Jumaat dan macam-macam lagi.


Pembangkang dikuasai DAP dan penyokong mereka ini berterusan mempertikai, mengejek, mengecam dan melakukan pelbagai provokasi terhadap orang Islam.

Ini semua sudah bertahun dilakukan dalam bermacam-macam bentuk, di pelbagai platform media sosial milik mereka.


Apa yang mereka suarakan di media sosial dan dalam kenyataan mereka (termasuk ceramah) itu mencerminkan isi hati mereka yang sebenar, yang cuba ditutup dengan memetik ayat al-Quran, memakai tudung dan songkok dan menabur janji manis kepada orang Melayu.

Kita boleh ingatkan kembali apa yang dilakukan di Perak semasa mereka memerintah negeri itu untuk satu tempoh yang singkat selepas Pilihan Raya Umum ke-12.

Mereka melaksanakan perubahan-perubahan yang menguntungkan mereka seperti menukar status tanah kepada hak milik mereka dengan pantas tanpa mengambil kira pandangan lain.


Di Pulau Pinang, kampung dan kawasan perniagaan Melayu telah banyak dirobohkan dan tidak keterlaluan jika dikatakan ada perancangan untuk “menghalau” orang Melayu dari pulau.

Isu hubungan dengan Kristian Evangelical, aktivis gay, kumpulan yang mahu meliberalkan Islam dan sebagainya telah lama terdedah dan mereka tidak mampu lagi menafikannya.


Kebimbangan orang Melayu bukan satu propaganda UMNO tetapi satu sikap yang berdasarkan realiti sejak DAP dan sekutu berkuasa di Pulau Pinang dan Selangor.

Dalam PRU14 ini, orang Melayu yang telah mula sedar akan bangkit menyatakan sikap mereka melalui undi mereka untuk terus menolak pembangkang diketuai DAP.


View source

Kerana Tanah Yang Berharga Mahal Dan Ancaman Ke Atas Kroni, Mahathir Akhirnya Dijadikan Calon Di Langkawi!!!



Tidak mengejutkan langsung apabila Dr. Mahathir dinamakan sebagai calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen Langkawi. Malah lebih mengejutkan sekiranya Dr. Mahathir tidak dicalonkan oleh Pakatan Harapan memandangkan populariti dan kesungguhan para penyokong dan pentaksubnya meyakini bahawa Dr. Mahathir mampu menyelamatkan Langkawi dan Malaysia secara keseluruhannya.

Pengumuman pencalonan Dr. Mahathir di Padang Mat Sirat dua malam sudah, dibuat oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat, Wan Azizah Wan Ismail. Dr. Mahathir akan bertanding di Langkawi menggunakan simbol 'mata lebam' PKR dan akan menerima watikah daripada Wan Azizah memandangkan parti yang dipengerusikannya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah digantung pendaftaran oleh RoS kerana melanggar perlembagaan parti itu sendiri.

Turut diumumkan adalah calon-calon PPBM yang akan bertanding di bawah lambang PKR pada PRU-14 nanti di Parlimen dan DUN Kedah. Sesuatu yang menarik ialah Mukhriz Mahathir 'lari' dari DUN Ayer Hitam yang dimenanginya pada PRU lepas sebaliknya akan bertanding di DUN Jitra dan turut mencalonkan diri untuk bertanding di Parlimen Jerlun, Parlimen yang pernah diwakilinya pada PRU-12 selepas berlaku 'tolak-ansur' para pemimpin UMNO setempat pada ketika itu.

Calon lain DUN PH Kedah :

Air Hitam : A Aziz Muhamad
Bukit Kayu Hitam : Halimatus Saadiah
Jitra : Mukhriz Mahathir
Anak Bukit : IR Amirudin Hamzah
Bukit Lada : Mohd Aizat Roslan
Kuala Nerang : Syed Fadil
Sungai Tiang : Abdul Razak
Jeneri : Mohd Nazari
Bayu : Abdul Rahim Awang Kecil
Guar  Cempedak : Mohd Safuan Safari
Tanjung Dawai : Mejar Anuat Abdul Hamid
Bandar Baharu : Azimi Daim
Kuah : Mohd Firdaus Mohd
Air Hangat : Johari Bulat

Calon Parlimen PH Kedah:

Jerlun : Mukhriz Mahathir
Kubang Pasu : IR Amiruddin
Pendang : Wan Saiful
Baling : Mohd Taufik Yaacob
Jerai : Akhramsyah Sanusi
Langkawi : Tun Dr Mahathir Mohamad

Mahathir pasti akan berkempen di Langkawi dengan bermodalkan, dialah yang menaikkan dan memakmurkan Langkawi sebagai sebuah destinasi pelancongan terkenal dunia. Setidak-tidaknya itulah yang akan diperkatakan oleh para penyokongnya.

Namun pada masa yang sama, pihak lawan terutama penduduk Langkawi pula akan mengungkit tentang LADA yang ditubuhkan untuk membeli tanah-tanah penduduk Langkawi terutama di tepi pantai dengan harga murah dan dijual kepada syarikat-syarikat kroni Mahathir untuk dibangunkan hotel-hotel mewah yang penduduk Langkawi sekadar mampu pandang atau paling lebih pun, bekerja sebagai buruh bergaji rendah. Turut diperkatakan lagi adalah PREMIUM TANAH yang tidak dibayar oleh syarikat-syarikat kroni tersebut, sedangkan premium tanah tersebut adalah hak rakyat negeri Kedah.

Sesuatu yang amat menarik sedang menanti di Langkawi!


The Saviour


Kesian Mahfuz Omar, Makin Lama Makin Sunyi Walaupun Dia Cuba Guna Modal, PAS Makan Rasuah UMNO!!!



Mahfuz Omar bukanlah nama yang perlu diperkenalkan lagi. Sama ada dia mengeluarkan kenyataan bodoh yang menunjukkan tahap pemikirannya yang tidak pernah bermutu, atau sekadar berteori dengan sangka-sangkanya sambil cuba menyembunyikan kedangkalannya dalam banyak bidang, khususnya melibatkan kewangan dan ekonomi, Mahfuz Omar tetap dikenali dan menonjol.

Lebih-lebih lagi setelah dia keluar dari PAS dan kemudian menuduh PAS telah menerima wang rasuah di samping memperkecil-kecilkan sokongan ahli-ahli PAS yang diketahui jumud, ekstrem dan cukup setia dengan parti semata-mata untuk menafikan yang PAS mempunyai wang mereka sendiri hasil tabungan dan derma daripada ahli-ahli serta pensimpati parti lamanya.

Kini Mahfuz Omar berada dalam PAN setelah mengetahui PAS tidak lagi berminat untuk mencalonkannya di Pokok Sena, Parlimen yang telah diwakilinya selama tiga penggal - kali pertama pada tahun 1999, kalah pada tahun 2004 tetapi menang dua kali pada tahun 2008 dan 2013.

Ketika PAS Kedah di bawah kepimpinan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak bergolak walaupun telah menjadi Kerajaan Negeri Kedah, Mahfuz dikatakan menjadi musuh dalam selimut Allahyarham. Mahfuz cuba menjadi pencatur politik PAS Kedah apabila bersama-sama Phahrolrazi Zawawi melakukan serangan-serangan dari dalam untuk menggulingkan Allahyarham. Mahfuz bertindak pada peringkat Pusat, manakala Phahrolrazi pula bertindak di peringkat negeri.


PAS akhirnya kehilangan Kedah dalam PRU-13. Hubungan Mahfuz Omar dengan DAP semakin akrab dan Mahfuz banyak bersama-sama DAP berbanding bersama-sama PAS. Lebih banyak mengangguk dengan DAP dan sanggup bertegang urat dengan para pemimpin PAS.

Justeru tidak hairanlah apabila PAS beberapa kali 'menghalau' Mahfuz agar keluar dari parti tersebut dan langsung tidak mempercayainya lagi. Apatah lagi sebagai Ahli Parlimen, Mahfuz tidak banyak membantu masyarakat setempat yang diwakilinya, malah menentang sebarang perubahan positif termasuklah pembinaan perumahan mampu milik di Pokok Sena.

20 April lalu, selama sejam, Mahfuz cuba mempengaruhi anak-anak muda Pokok Sena di DUN Bukit Lada, lebih tepat lagi di PDM Jabi, di rumah Mat Gendang, Kampung Jabi bersama-sama PPBM Pokok Sena.


Program tersebut sebenarnya adalah program kedua Pakatan Harapan di PDM Jabi. Beberapa bulan lepas, program yang sama telah diadakan dan menarik kedatangan ramai orang. Malangnya, program kali kedua, Mahfuz Omar, Abdullah Suady Ramadhan, Azhaily Zainol Abidin dan Juhari Hanafiah gagal menarik kedatangan lebih ramai pengunjung. Kempen dan ceramah yang penuh bersemangat Mahfuz dan Abdullah Suady Ramadhan hanya mampu menarik lebih kurang 20 orang sahaja hadirin dengan 5 orang di bawah khemah dan selebihnya di bawah pokok di luar khemah.

Walaupun sebelum itu diadakan persembahan silat dan gendang silat, ternyata para pengundi di PDM Jabi kurang berminat dengan Mahfuz dan rombongannya.


Isi kandungan ceramah Mahfuz masih berkisar tentang peri pentingnya Najib dan Barisan Nasional perlu digulingkan. Tentang tanah ATM yang dikatakan oleh Rafidah Aziz telah dijual dan kemudian dijawab oleh ATM sendiri, tentang GST yang kononnya akan dihapuskan, tentang ECRL yang menyebabkan Malaysia dijajah oleh China dan menyelamatkan Kedah daripada Ahmad Bashah.

Kesian Mahfuz Omar... makin lama, dia semakin ketinggalan dan semakin kuno. Sepatutnya dia menerangkan, apa kebaikan dirinya untuk dipilih bagi penggal keempat sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena dan apa sumbangannya kepada Pokok Sena setelah tiga penggal menjadi Ahli Parlimen. Kalau setakat menuduh orang itu rasuah, orang ini rasuah tetapi pada masa yang sama, Mahfuz Omar makan gaji buta sebagai Ahli Parlimen, ia tidak akan membantu rakyat.

The Saviour

Monday, April 16, 2018

Perjuangan sukar PAS pertahan kerusi tunggalnya di Perak




NAIB Presiden PAS Idris Ahmad akan berdepan dengan pertandingan paling sengit sepanjang kerjaya politiknya untuk mempertahankan satu-satunya kerusi milik Parlimen partinya di Perak daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).


Idris menang kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti nipis 986 undi pada 2013 ketika PAS sebahagian daripada gabungan Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR.


Kini, risiko sangat tinggi untuk parti Islam itu kehilangan kerusi berkenaan selepas ia memutuskan hubungan dengan sekutunya dan mengambil keputusan untuk bersendirian.


Pemimpin PH tempatan juga bimbang persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menyebabkan sejumlah besar masyarakat Cina ke daerah berjiran Taiping.


Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, lebih 80% pengundi Cina mengundi pembangkang.


Walaupun sukar, Idris bersedia melawan musuh jika parti mencalonkannya semula pada PRU14.


“Parti yang memutuskan tetapi jika mereka tanya di mana saya hendak bertanding, saya akan pilih Bukit Gantang,” kata Idris kepada The Malaysian Insight.


PRU terbaik parti Islam yang berusia hampir tujuh dekad itu di Perak ialah pada 2008, ketika ia menang dua kerusi Parlimen dan enam kerusi DUN sebagai sebahagian daripada Pakatan Rakyat.




Dengan komposisi kaum 68% Melayu, 23% Cina dan 9% Indian, Bukit Gantang mempunyai 78,951 pengundi setakat 2017.


Perkampungan Melayu luar bandar mendominasi landskapnya. Masyarakat Cina kebanyakannya bertumpu di pinggir bandar di Simpang Baru dan perkampungan nelayan Kuala Sepetang sementara kaum India bertaburan di seluruh kawasan itu.


Pertandingan sengit


Penduduk tempatan yang ditemui di Bukit Gantang mengakui kehadiran PAS di perkampungan Melayu.


Ketua Cabang PKR Bukit Gantang Chua Yee Ling mengakui keadaan itu tetapi berkata sukar untuk PAS menang lagi di situ tanpa sokongan besar daripada pengundi bukan Islam seperti pada 2008 dan 2013.


Pengundi Cina seperti Woo, seorang pemandu lori berkata rakan-rakannya tidak akan mengundi PAS sekali lagi pada PRU14.


Pertandingan utama ialah antara BN dan PH sementara PAS hanya pengacau.


BN akan mendapat kelebihan yang tidak adil berbanding PH jika SPR berjaya dengan cadangannya untuk memindahkan dua daerah mengundi majoriti Cina; Pengkalan Aor dan Simpang Baru ke Taiping, kata Chua.


Dua daerah mengundi itu mempunyai 8,910 pengundi. Langkah kontroversi itu akan menukar Taiping kepada kerusi majoriti Cina yang lebih besar dengan jumlah pengundi Cina yang tidak seimbang.


Namun, Chua berkata PH berharap untuk memenangi Bukit Gantang dengan meletakkan calon daripada Bersatu, parti serpihan Umno untuk menawan penyokong Umno yang tidak berpuas hati.


Amanah akan cuba menarik ahli PAS.


Perak Bersatu belum memberi respons kepada soalan The Malaysian Insight berkenaan calon parti itu di Bukit Gantang.


Terdapat tiga kerusi DUN dalam Parlimen Bukit Gantang. PKR menang di Changkat Jering dan Kuala Sepetang sementara Umno memenangi Trong pada 2008.


Pada 2013, PKR kekal di Kuala Sepetang sementara Nizar Jamaluddin menang Changkat Jering. Trong kekal menjadi deposit tetap Umno.


Sentuhan peribadi


Di pihak BN, Idris mungkin bakal menentang Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang Dato' Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal atau Adun Kamunting yang juga exco Perak Zahir Abdul Khalid.

Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang Dato' Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dijangka bertanding di kerusi Bukit Gantang pada PRU14.

     Gambar Facebook, 26 Mac, 2018.

Kedua-duanya bersaing untuk bertanding di kerusi Parlimen itu untuk kali pertama.

Di sebalik semua itu, Dato' Syed Hussin Hafiz percaya khidmat sosial yang disediakan bahagiannya sejak 2014 akan membantunya memenangi hati pengundinya di luar bandar.


“Saya ada 1,000 wanita di akar umbi. Kami pergi ke setiap kampung, kenal pasti mereka yang memerlukan dan membantu menyelesaikan masalah; membaiki bumbung bocor, sediakan makanan untuk orang miskin, bantu mereka mohon bantuan kebajikan, BR1M,” katanya.


Seorang lelaki yang bekerja di Johor berjaya mendapatkan bantuan untuk membaiki rumah ibunya yang sudah tua menerusi laman Facebook Umno bahagian itu.


“Pengundi saya boleh berkomunikasi dengan saya bila-bila masa saja,” katanya yang juga seorang ahli perniagaan.


Pengundi sukar buat pilihan


Man, 38, seorang penjaja di tepi jalan di Kampung Kepala Bukit, berkata beliau belum buat keputusan hendak undi siapa, tetapi pada masa ini pro kepada Umno.


“Saya sokong Umno kerana mereka dalam kerajaan tetapi saya kecewa kerana tidak dapat BR1M.


“Ada banyak lagi orang susah. Saya harap siapa pun yang kami undi, mereka akan jaga rakyat. Contohnya, bukan sekadar bantu bumbung bocor tetapi beri rumah kepada golongan yang memerlukan,” katanya.


Pemilik kedai runcit Mat, 60, dari Kampung Bukit Gantang berkata sukar untuk meneka siapa akan menang kerana ada banyak penyokong PH dalam PAS, dan penyokong Umno juga berpecah.


“Saya dulu sokong Umno sehinggalah hunjung 1980-an. Sukar untuk kata siapa akan menang kali ini. PAS tidak boleh menang. Ia antara PH dan Umno,” katanya.


Sunday, April 8, 2018

47 Kali Masuk IJN - Pokok Mati Tak Perlu Ditebang, Ia Akan Tumbang Sendiri!!!



Apa lagi helah Mahathir untuk mendapatkan dan menarik simpati rakyat Malaysia khususnya para pengundi?

Dahulu, dialah yang paling kuat menggelakkan Anwar Ibrahim walaupun mata Anwar Ibrahim dah lebam sebelah makan penumbuk. Kata Mahathir, Anwar saja cari publisiti dengan sengaja melebamkan matanya bagi mendapatkan simpati.


Kemudian, apabila Wan Azizah dan Anwar mewuar-uwarkan yang ada Anwar Ibrahim mahu dibunuh dengan arsenik dengan media-media antarabangsa khususnya di Amerika Syarikat dan Australia turut memperkatakan tentang konspirasi tersebut, Mahathir kata tiada gunanya Anwar diracun arsenik sebagaimana dakwaannya. Kata Mahathir, Anwar sengaja buat dakwaan seperti itu untuk mendapatkan simpati.

Masa Anwar Ibrahim lari terbirit-birit berlindung di rumah Duta Turki apabila mendapat tahu, Saiful Bukhari Azlan buat laporan polis yang dia telah diliwat oleh Anwar Ibrahim, Mahathir kata tindakannya  memecat dan menyingkirkan Anwar dari UMNO dan Kerajaan adalah tepat. Bila Anwar bagi alasan, dia lari sebab nak menyelamatkan diri daripada pembunuh upahan, sekali lagi Mahathir kata Anwar mencari publisiti murahan.

Apabila Mahathir beralih menentang UMNO dan Najib, akhirnya helah dan trick lapok yang digunakan oleh Anwar Ibrahim, mula digunakan oleh Mahathir. Barangkali kepercayaannya bahawa MELAYU MUDAH LUPA terlalu menebal.

Dan tidak mustahil, Mahathir mampu mementaskan drama yang nyawanya benar-benar terancam dan ada komplot untuk membunuhnya, terutama sekali menjelang saat-saat akhir sebelum hari pembuangan undi.

Taktik ini pernah dilakukan secara JAYAnya pada 19 Mac 2004 di Tainan, Taiwan membabitkan Presiden Chen Shui-bian dan Naib Presiden Annette Lu ketika kempen presiden dijalankan. Berlaku 'cubaan membunuh' kedua-duanya sehari sebelum hari mengundi. Kedua-duanya mengalami kecederaan yang sangat ringan dan langsung tidak mengancam nyawa. Bahkan Chen dan Lu dibenarkan keluar dari Hospital Chi-Mei pada hari yang sama tanpa mengalami sebarang komplikasi apatah lagi pembedahan.

Bagaimanapun, 'cubaan membunuh' dan 'serangan' tersebut telah mewujudkan gelombang kejutan di seluruh Taiwan. Drama tersebut akhirnya memberikan kemenangana besar kepada Chen dan Lu yang memperolehi undi sebanyak 29,500.

Selepas hari pengundian, barulah ramai yang sedar, yang kejadian serangan tersebut telah dipentaskan bagi menarik simpati secara besar-besaran kepada Chen untuk membolehkannya memenangi pilihanraya. Ramai juga yang mempersoalkan tentang tahap kecederaan kedua-duanya selain gambar-gambar bukti pada hari kejadian yang menunjukkan secara jelas, kejadian tersebut memang dipentaskan.

Adakah Mahathir sebenarnya turut merancang INSIDEN dan DRAMA SADIS yang sama? Adakah dia akan secara tiba-tiba jatuh sakit bagi mendapatkan undi simpati dalam usaha memenangi PRU-14?  Adakah Mahathir akan mencipta jalan cerita dan naratif yang menunjukkan nyawa dan keselamatannya terancam bagi membolehkan dia mengaut undi simpati sebagaimana yang Anwar Ibrahim lakukan pada tahun 1999?

Tidak mustahil memandangkan sekarang pun, Mahathir akan bercakap apa-apa sahaja walaupun sebenarnya dia tahu, orang ramai boleh mengakses kata-katanya sama ada benar atau fitnah semata-mata. Demi Mukhriz Mahathir, Mahathir akan sanggup berbuat apa-apa sahaja, termasuklah mencium tangan Wan Azizah untuk mendapatkan watikah daripada wanita yang pernah diketawakannya secara sinis apabila mengutuskan surat 18 muka surat kepadanya hampir 20 tahun lampau.

The Saviour

Wednesday, March 28, 2018

Silakan, Pergilah @DrRaisYatim dan Rafidah Aziz Kepangkuan Mahathir ... Tidak Perlu Selektif Isu Mempertahankan Kerajaan BN! #TaliBarut @TunFaizal @AnnuarMusa



Sikap dua veteran UMNO, Tan Sri Rais Yatim dan Tan Sri Rafidah Aziz kebelakang ini terus menimbulkan tandatanya apakah mereka sudah pro kepada Mahathir atau sengaja mencari publisiti murahan agar kekal relevan dalam kerajaan...


Rais Yatim yang dilantik sebagai Penasihat Sosio Budaya kerajaan sebelum ini menuduh Tun Faisal sebagai seorang tali barut kerajaan hanya kerana menjelaskan Rais tidak mendapatkan maklumat yang betul mengenai 1MDB.


Rais lebih percaya media murahan yang menjadi kitab rujukan rasmi pakatan.


Rafidah pula tidak semena-mena berlagak hero kononnya isu 1MDB, rasuah, salah guna kuasa  menjadi 'backfire' pada UMNO. Mungkin beliau lupa sejarah!


Tidak usahlah mereka berdua menjadi hero dalam hal ini. Maklumat yang kita berikan bersumberkan yang sahih dan diakui PAC. Malah PAC dianggotai wakil-wakil dari parti pembangkang dan wakil wakil kerajaan. PAC dalam laporannya yang dibacakan oleh Timbalan Pengerusi Dr. Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen Kepong dari DAP mengesahkan yang DS Najib tidak terlibat dalam sebarang salah laku dalam 1MDB.


Keceluparan mereka berdua ini turut mendapat perhatian Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan mereka tidak jujur dan ketiadaan 'locus standi' yang teguh!


Tan Sri Annuar Musa melontarkan persoalan kepada mereka berdua; Kepada sahabat seangkatan yang pernah seperjuangan, saya ingin bertanya :


1) Sebelum ini, ketika ada yang sibuk membela kroni dan keluarga, isteri dan anak sendiri, "di mana pendirian kalian"?


2) Sebelum ini, ketika ada yang menjual perjuangan kepada Malaysian Malaysia DAP yang durjana, "dimana kalian"?


3) Sebelum ini ketika ada yang sewenang-wenang menuduh orang sebagai perompak dan pencuri tanpa secebis bukti, "dimana kalian"?


4) Sebelum ini ketika mahkamah syariah dan Islam dipersenda dan bal agama tidak dibela, "di mana suara kalian"?


5) Dan kini ketika segala hipokrasi U-Turn matlamat menghalal cara "di mana kalian"?


Tan Sri Annuar Musa menasihatkan mereka berdua agar istiqamah, berjuang atas prinsip dan bukannya 'personality cult' atau bernostalgia dengan legasi lama, sebaliknya mengutamakan kepentingan ramai, bukan kepentingan individu..


Kami mencabar dua orang ini agar menyatakan pendirian menyokong Mahathir secara terbuka! Tidak usah menjadi parasit dalam UMNO tetapi menjadikan Mahathir sebagai sumber rujukan ... Silakan!!!



Monday, March 19, 2018

[ Video ] Guan Eng Terkinja-Kinja Ajar Kanak-Kanak Nyanyi Lagu Anti-Kerajaan



Sebuah video memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng merangkap Setiausaha Agung DAP menari terkinja-kinja macam "beruk mat yeh", mengajar kanak-kanak lagu anti-kerajaan menjadi tular semalam.


Video tersebut merakamkan aksi Guan Eng berdiri diatas pentas berlatarkan skrin memaparkan video animasi lagu abjad 'ABC' diubahsuai dengan menyertakan mesej anti kerajaan.

Lirik yang dirakamkan didalam video tersebut berbunyi,"A.B.C.D.G.S.T. Harga semakin tinggi? Realitinya, harga rumah semakin tinggi di Pulau Pinang, tarif air semakin tinggi, caj letak kereta semakin tinggi hingga waktu malam kerajaan DAP kutip duit rakyat. Tak naik lagi gaji, mesti makan maggi mi. Semua kena GST, bayar untuk 1MDB".

Dengan senyuman lebar, Guan Eng dengan gembira mengajak puluhan kanak-kanak dihadapannya untuk bersama-sama menyanyi lagu berkenaan.

Jelas, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu disengajakan dan lirik lagu tersebut dicipta khas untuk program perasmian pusat tuisyen di pangsapuri 2 Mutiara Idaman, Jelutong, pada Sabtu 17 Mac 2018 lepas agar kanak-kanak membenci kerajaan pusat.

Tindakan Guan Eng menyemai rasa kebencian kepada kanak-kanak menggambarkan sikap toksik Pakatan Harapan yang sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih undi.

Terdesaknya DAP, sehingga pemikiran kanak-kanak sudah diracuni untuk membenci kerajaan pusat menerusi Kempen Politik Kebencian Guan Eng.

Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mohamad Faisol Keling menerusi komennya menganggap Guan Eng sudah melanggar batas 'kontrak sosial' demi meraih undi.

“Tindakan mengeksploitasi kanak-kanak, agama dan pelbagai isu sensitif lain adalah perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan kerana boleh menggugat keharmonian masyarakat.

“Saya merasakan etika kesederhanaan perlu diamalkan kerana kaedah menyemai kebencian itu ternyata tidak akan memberi kesan yang baik kepada pembangunan politik negara,” ujar beliau.

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC) Datuk Eric See-To berkata, Guan Eng pasti akan dikritik hebat jika melakukan perkara sama diluar negara.

"Orang menari inilah Ketua Menteri Pulau Pinang anda. Inilah pembangkang anda. Ahli politik seperti inilah yang akan dibidas dinegeri-negeri luar jika beliau melakukan perkara sama di luar negara.

"Bayangkan mengindoktrinasikan kanak-kanak ditempat awam dengan propaganda seperti ini," katanya menggesa lebih ramai pihak tampil membidas sikap tidak bertanggungjawab ahli politik DAP ini.

  

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.