Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, November 24, 2015

Penjualan Edra Global Energy Oleh 1MDB Kepada CGN Group - Maklumat Yang Perlu Anda Tahu

Penjualan Edra Global Energy Oleh 1MDB Kepada CGN Group - Apa Yang Perlu Anda Tahu

1. Edra Global Energy Berhad (Edra), anak syarikat milik 1MDB bukanlah dijual dengan harga RM9.83 billion sahaja kepada China General Nuclear Power Corp (CGN Group) RM9.83 billion hanyalah melibatkan transaksi tunai. CGN Group dalam membeli semua aset Edra perlu mengambilalih kesemua hutang syarikat berkenaan sebanyak RM8 billion. Transaksi sebenarnya adalah RM9.83 billion tunai campur RM8 billion tunai berjumlah RM18 billion.

2. Tidak timbul soal penjajahan China melalui penguasaan Edra, atau kemungkinan China akan kenakan tarif jualan tenaga yang lebih tinggi atau China akan mengugut Malaysia jika mahukan sesuatu atau China hentikan pengeluaran tenaga dan Malaysia akan mengalami masalah.

Ini kerana Tenaga Nasional Berhad (TNB) masih pengeluar terbesar dengan kadar 50% pengeluar tenaga di Malaysia manakala Edra hanya mewakili 14% kapasiti pengeluar tenaga. Kedua, pembelian juga merangkumi Perjanjian Pembelian Aset tang telah ditandatangani. Mana boleh CGN Group suka-suka tidak menyediakan keperluan tenaga. Juga mana boleh CGN Group untuk mengenakan tarif yang tinggi kerana syarikat lain juga akan turut membidanya.

3. Penjualan Edra kepada CGN Group adalah disebabkan oleh tekanan pihak Pro-Tun dan pembangkang yang menuduh TNB untuk 'bailout' sekiranya TNB berjaya membida Edra. Sebaliknya TNB mempunyai komitmen untuk membina 3 lagi Indepedent Power Provider (IPP) berjumlah RM21 billion.

Sebelum ini pengkritik dari Pro-Tun dan pembangkang menyatakan bahawa 1MDB bodoh kerana membeli 'besi buruk' memandangkan kesemua IPP sudah hampir tamat tempoh (expired). Bilamana sebuah syarikat China ingin membeli Edra dengan harga tunai RM9.83 billion dan sanggup menanggung kesemua hutang-hutang syarikat sebanyak RM8 billion, pengkritik yang sama juga bising kenapa tidak menjual Edra kepada TNB. Mangkuk-mangkuk ni nak apa sebenarnya?

4. Pelaburan dari China ini pastinya akan meningkatkan Foreign Direct Investment (FDI).

5. Penjualan Edra berjumlah RM18 billion ini bukan merupakan perkara baru. Ini adalah Pelan Rasionalisasi 1MDB yang telah dikemukakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB iaitu penjualan Edra Global Energy sebanyak RM18 billion, penjualan 60% ekuiti Bandar Malaysia berjumlah RM11 billion dan penukaran aset-ekuiti dengan IPIC berjumlah RM16 billion untuk mengurangkan hutang syarikat sebanyak RM42 billion. Transaksi itu, yang dijangka selesai pada Februari 2016 juga satu kejayaan besar dalam pelan rasionalisasi 1MDB, sebagaimana dibentangkan kepada kabinet pada 29 Mei 2015.

Jangan ragu dan jangan bimbang, walaupun dengan penjualan kesemua aset di atas untuk mengurangkan hutang, 1MDB masih memiliki 100% Tun Razak Exchange (TRX), hartanah di Pulau Pinang dan tanah di Pulau Indah yang kesemuanya masih bernilai di antara RM10 ke RM12 billion!

Credit :  CTS

Monday, November 23, 2015

Pasangan Kekasih Melayu Upload Gambar Lepas ‘Berjimak’ Di Hotel


Rosak dah la budak-budak remaja sekarang ni… Bangga tangkap gambar sebelum dan selepas berjimak dalam hotel, lepas tu tak tau malu langsung siap dimuatnaik di laman sosial pulak tu. Rosak.. Rosak..

Kononnya nak ditayang kat semua orang yang diorang sedang menikmati ‘kebahagiaan’ bersama. Htuihhh.. Mau di tambat dua orang mangkuk ayun ni kat pokok kelapa, sebat bontot tu sampai berbirat keluar isi.

Biar serik nak buat benda terkutuk lepas ni!! Minah tu pun posing sakan dalam hotel, melentik dada dengan bontot tu! Jantan tu pun ‘sedap’ la dia dapat ‘habuan’ bila minah tu rela serah tubuh tak berapa nak mantop tu.

Tak mustahil la lepas ni bertambah lagi anak luar nikah, lepas tu sesuka nak buang kat mana pun tanpa belas kasihan kat bayi yang dilahirkan tu. Berzina tu dah la berdosa besar, kalau gugur kandungan pun dah berdosa besar gak..

Berapa banyak la diorang nak kumpul dosa-dosa tu, hah?? Apa nak jadi la dengan sesetengah orang yang cenggini, fikir nak berseronok aje. Tak pernah terfikir ke akibat akan terima dikemudian hari nanti?? UTARANEWS.COM

Kroni-Kroni Ketua Menteri Lim Guan Eng Didedah…


kroni lim0


Sekurang-kurang terdapat empat tokoh rangkaian kroni Lim Guan Eng, semasa memegang kuasa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, dedah BBCD.

Empat tokoh rangkaian kroni Lim sepertimana yang ditunjukkan dalam gambar rajah di atas adalah melalui adiknya, Lim Hooi Eng (Setiausaha DAP Pulau Pinang), Tan Kok Peng (ketua projek menarah bukit), Miss P (Pemilik rumah banglow yang disewa Lim) dan Lim Kean Seng (penyelia akhbar Cina).

Tan Kok Peng merupakan individu paling dominan apabila dia juga mempunyai hubungan dengan Miss P dan Lim Kean Seng, kata sumber

Dia juga mempunyai hubungan dengan Hong Yeam Wah, Pengarah Urusan tan Wah Group yang turut mempunyai hubungan dengan adik perempuan Lim melalui tunangnya, Tan Khai Chong.

Tan Kok Peng juga mempunyai tiga tokoh rangkaiannya sendiri iaitu Ewe Swee Kheng, CEO IDEAL PROPETY (tidak dinamakan) dan Ong Seng Soon.

Dalam gambar rajah itu Lim juga mempunyai hubungan dengan Cheah Cheng Hye, namun peranannya tidak dijelaskan.

kroni lim

Gambar rajah sama juga turut disiarkan Pemikir Kota.

Selama dua penggal Lim memegang tampuk pemerintahan Pulau Pinang, dalam senyap Lim giat mengumpul kekayaan yang dikutip dari hasil-hasil kerajaan negeri melalui kroni-kroni yang telah dilantik untuk menerajui sektor-sektor dalam kerajaan negeri.

Pembongkaran maklumat segala kroni-kroni dan sumber hasil dari kekayaan ini menunjukkan bahawa Lim tak ubah seperti Azmin Ali yang giat mengagihkan kekayaan negeri kepada kroni-kroni,”dedahnya.


NAJIB LEPASI UJIAN

1. Jarang pemimpin yang boleh bertahan berdepan dengan asakan Tun Dr Mahathir. Sejarah membuktikan, Tun Musa Hitam, Tengku Razalegh Hamzah, Dato Seri Anwar Ibrahim Tun Abdullah Badawai, semuanya kecundang.

2. Umum mengetahui, selepas sahaja PRU-13, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir memulakan asakan demi asakan terhadap Perdana Menteri ke-6 itu, dan pukulan terakhir, mendesak DS Najib meletakkan jawatan dengan dakwaan, bahawa kepimpinan Presiden Umno membawa banyak kemudaratan kepada negara, malah jika meneruskan kepimpinan Bn akan kecundang pada PRU-14 akan datang.

3. Sementara Tun Dr Mahathir menggunakan berbagai cara, termasuk melibatkan media antarabangsa membuat berbagai kecaman, namun apa yang menarik terhadap Perdana Menteri Malaysia ke-6 itu, tidak mengeluarkan kenyataan yang memburukkan mantan ketua beliau itu, walaupun secara luaran, hubungan antara beliau dengan mantan Perdana Menteri terlama negara itu, ‘beyond repair”.

4. Umum mengetahui bahawa Tun Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang “gentleman”, namun jika berdepan dengan kekalahan, pemimpin veteran itu, sampai bilapun tidak akan mengalah. Semua tahu pantang utama mantan PM itu adalah kekalahan. Jika kekalahan menyebelahi beliau, tiada siapa yang boleh menghalang untuk beliau terus bersuara, meneruskan, apa yang difikirkannya betul, walaupun berdepan dengan “the odds’.

5. Melihat kepada pertembungan antara DS Najib dengan mantan boss beliau itu, ada yang melihat, bahawa kemenangan berpihak kepada DS Najib, walaupun ramai yang “downplay” kemenangan itu kepada “mampu bertahan”, kerana kemenangan itu meninggalkan parut-parut yang besar, dan sukar untuk dipadam.

6. Ramai yang tidak menduga bahawa kemenangan atau bertahannya DS Najib terhadap serangan Tun Dr Mahathir, kerana cengkaman beliau dalam parti. Terlihat daripada jumlah Ketua Bahagian Umno yang menyokong beliau, juga pemimpin komponen parti yang terus berdiri teguh dibelakang beliau membuatkan kedudukan PM terus kokoh. Bukti terbaru pada pengundian Bajet 2016 di Dewan Rakyat pada malam 16 November, di mana mereka yang menyokong bajet tersebut berjumlah 128 melawan 74, walaupun MP BN yang hadir hanya 127. Apa yang menarik, bahawa Bajet itu juga mendapat sokongan mantan TPM yang dipecat.

7. Sebenarnya undian untuk Bajet 2016, merupakan ujian kali kedua Perdana Menteri dalam masa kurang sebulan. Ujian pertama adalah semasa mengantung pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang mengeluarkan kenyataan menghina Speaker Dewan Rakyat. Melalui undian, menggantung Kit Siang, 107 MP menyokong lawan 77 menentang.

8. Apapun keadaan yang menyelubungi hubungan antara Tun Dr Mahathir and DS Najib, nampaknya “virus Mahathir” tidak mampan lagi, menjatuhkan pemimpin seperti mana berlaku sebelum ini. Virus Mahathir telah kehilangan bisa, kerana sudah terdapat penawar yang luarbiasa daripada pihak DS Najib, iaitu senantiasa berpegang pada tradisi Umno, menghormati pemimpin lama; melalui cara itu, setidak-tidaknya, para pemimpin parti termasuk pemimpin komponen Bn melihat, bahawa kepimpinan DS Najib merupakan kepimpinan yang perlu dipertahankan.

Baca Seterusnya Apa Yang Tersirat

PAS Dakwa Kerajaan DAP Pulau Pinang Semakin Goyah

Sangat menarik untuk diperhatikan apabila 5 Adun PKR mengambil sikap berkecuali ketika Adun UMNO Pulau Betong Muhammad Farid Saad mengemukakan usul bahawa semua projek penambakkan tanah di Pulau Pinang perlulah melalui proses bantahan awam sebelum kelulusan diberikan.

Ketua Menteri Pulau Pinang menganggap mereka yang berkecuali ini sebagai “bersama Umno”, lalu mendesak Presiden PKR “menilai dengan teliti” keputusan lima Adun parti itu yang berkecuali.

Sebelum ini Lim Guang Eng sangat lantang mengkritik PAS yang mengambil sikap berkecuali dalam undian kelulusan Bajet 2016 di Parlimen.

Adun Penanti daripada PKR pula dalam tangisan meluahkan rasa terkilan dan kekecewaannya terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang dalam sidang DUN kerana tidak menjawab banyak persoalan yang beliau bangkitkan berkaitan pembangunan di Dun Penanti yang berada dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili Presiden PKR.

Usahlah disangka cerah hingga ke petang. Ingatlah juga kebarangkalian hujan di tengahari. Usahlah sombong dan angkuh apabila berkuasa sedang kuasa itu diperolehi bukan hanya dengan dokongan bersendiri.

Adakah ini tanda-tanda awal Pulau Pinang semakin goyah dan bakal terlepas daripada tangan DAP pada PRU ke14 di saat undi ahli-ahli PAS sudah pasti tidak akan dinikmati oleh DAP lagi???

Sekian.

Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Ketua Penerangan Dewan Ulama
PAS Pusat

DAKWAAN NILE BOWIE [KOLUMNIS RUSSIA TODAY] BAHAWA PEMBANGKANG & BERSIH AGEN AMERIKA TERBUKTI BENAR AKHIRNYA.


Dakwaan Nile Bowie pada tahun 2013, dalam artikelnya yang bertajuk 'US seeks allied regime in Malaysia as millions funnelled to opposition' bahawa pembangkang di Malaysia dan beberapa NGO seperti Bersih merupakan 'anjing-anjing' tajaan Amerika di Malaysia semakin terbukti benar.

Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran kali kedua Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia, dan kali kedua pertemuan yang sama berlaku diantara Presiden dari negara Uncle Sam itu dengan NGO-NGO tajaan mereka disamping pertemuan dengan pemimpin pembangkang.


[Gambar Perjumpaan kali pertama pada tahun 2014 di Kuala Lumpur]
Sumber : Kedutaan U.S Kuala Lumpur

Jika pada tahun sebelumnya, 2014, Dr Ahmad Farouk Musa [Vice Chairman of BERSIH 2.0], Zuraida Kamaruddin [PKR], Kamaruddin Jaafar [IKD] kelihatan bersama dalam perbincangan dengan presiden tersebut. Tahun ini kita nampak muka-muka lain seperti Ambiga [Ex-Bar Council President, Bersih De Facto Leader], Cynthia Gabriel [Suaram], Maria Chin Abdullah [Bersih Chairman] dan lain-lain yang tak dapat dikenal pasti.



Kalau Najib jumpa Obama, ok lah, kita boleh accept sebab antara G to G (Goverment to Goverment]. Tapi yang Obama jumpa NGO ni, apa kepentingan NGO dan pembangkang ni kepada Obama sampai perjumpaan ini dijadualkan dalam list mesyuaratnya semasa sidang kemuncak Asean di Kuala Lumpur.


Kalau korang masih buta hati, tak tau la. Apa yang penting, kami yakin dan percaya... Duit dah nak pam masuk untuk PRU akan datang.


Edisi terjemahan tulisan Nile Bowie boleh dilayari 
disini.

Credit : Pena Minang

Saturday, November 21, 2015

Faraj Kim Anami Mampu Angkat Berat Sehingga 5KG!


SEBUT saja faraj wanita, mesti ramai lelaki yang menelan air liur.

Wanita pula akan membayangkan alat sulit mereka, jangan risau ini ialah perkara normal, yang tidak normal ialah apabila anda tiada sebarang reaksi terhadap perkataan faraj.

Faraj merupakan kemaluan perempuan yang mempunyai fungsi sebagai tempat melahirkan anak  dan hubungan seksual .

Setiap perempuan mempunyai bentuk dan keunikan faraj masing-masing .

Salah satu yang terunik adalah Kim Anami, seorang wanita Rusia yang mungkin mempunyai faraj yang terkuat di dunia.

Dikatakan farajnya mampu mengangkat beban sehingga 5kg dan boleh ‘menembak’ bola ping pong dengan hanya menggunakan lubang vaginanya.



Kim yang juga merupakan instruktor mendedahkan rahsia bagaimana dia boleh mengangkat beban dengan menggunakan faraj dalam programnya yang bergelar ‘Vaginal Kungfu’.

Hanya dengan menggunakan otot-otot di faraj, saya hanya perlu ‘kemut’ dan tahan di dalamnya untuk mengangkat objek berat, ‘ ujar Kim seperti yang dilaporkan olehHuffingtonpost.

kimmmmm
Kim Anami, a vaginal weight lifter (2)
Kim Anami, a vaginal weight lifter (5)
Kim Anami, a vaginal weight lifter (7)

Seperti otot manusia, Kim menyesuaikan berat beban yang diangkat agar organ kelaminnya menjadi semakin kuat dan perkara ini sekaligus membuatkan aktiviti hubungan seksualnya bertambah intim.

Kini Kim menjalankan sebuah laman web dengan menawarkan perkhidmatan melatih wanita – wanita agar mempunyai faraj yang kuat sepertinya.-MYNEWSHUB.CC


Friday, November 20, 2015

Presiden AS Barrack Obama Tiba Di Kuala Lumpur



KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama tiba di Lapangan Terbang TUDM Subang kira-kira jam 3.16 petang tadi.

Obama yang tiba dengan menggunakan pesawat Air Force One dijangka berada di Malaysia selama tiga hari yang dijadualkan menghadiri sesi dialog di Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) di Universiti Taylor selain mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Najib Razak serta menghadiri Sidang kemuncak ASEAN 2015.

Bagi melicinkan perjalanan Obama beberapa jalan utama telah ditutup yang menyebabkan kesesakan luarbiasa berlaku apabila Lebihraya Persekutuan daripada Subang menghala ke Kuala Lumpur ditutup sejak 4 petang tadi.

Lebuhraya akan ditutup sehingga perjalanan Obama ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ( KLCC) selesai, menurut jurucakap Bilik Gerakan Trafik Kuala Lumpur.









Thursday, November 19, 2015

Teresa Kok Dakwa Kes Pembunuhan Anggota Polis Di Tanduo, Lahat Datu Cerita Lama

Biadap, kurang ajar dan menghina. Itu yang dapat dikatakan apabila Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menyifatkan pertemuan anak Ketua Umum PKR, Nurul Izzah Anwar Ibrahim dengan puteri sulung lanun Tausug, Jamalul Ikram III, Puteri Jacel Kiram sebagai tidak serius dan menyifatkan kejadian pembunuhan anggota dan pegawai PDRM di Tandou, Lahad Datu sebagai cerita lama.

Sungguh mudah golongan cauvinist Cina DAP ini memaafkan lanun-lanun Tausug yang menceroboh dan membunuh perwira-perwira Negara. Jadi tidak hairanlah mereka ini mudah menerima ideologi komunisme kerana mereka ini golongan 'pemaaf' dan menganggap peristiwa hitam yang berlalu sebagai 'cerita lama'

Adakah menjadi satu kebetulan apabila Bernard Then, Rakyat Malaysia yang dipancung ada kena mengena dengan pertemuan Nurul Izzah dan Jacel Tiram? Mungkin ya atau mungkin tidak. Lihat kronologi di bawah:

8/11/2015 - Bernard Then sepatutnya dibebaskan bersama Thien Nyuk Fun.

9/11/2015 - Nurul Izzah ber'selfie' mesra bersama Jacel Kiram. Pada masa yang sama penculik meminta wang tebusan ditambah.

16-17/11/2015 - Bernard Then dipancung!

CTS

Edisi Berdarah hidung - Isteri Kerabat NS Ini Memang Cun, Seksi



JIKA ada yang masih ingin, pelakon Zahida Rafik pernah mencetuskan sensasi apabila memuat naik gambar bersama-sama dengan rakannya yang berpakaian separuh bogel menerusi laman Instagramnya.

Ekoran itu, ramai netizen yang bertindak ‘mengali’ maklumat lebih dalam semata-mata ingin mengetahui siapakah gerangan wanita seksi yang menjadi kenalan pelakon tersebut.

Apa yang lebih mengejutkan, wanita yang dikenali sebagai Datin Ezurin Yaacob ini rupa-rupanya bukan calang-calang orang kerana beliau adalah isteri kepada seorang kerabat diraja Negeri Sembilan.

Khabarnya beliau merupakan seorang model suatu ketika dahulu. Maka, tidak hairanlah wanita ini pandai menjaga kecantikan diri selain bijak dalam pengetahuan fesyen.
Tak percaya, anda lihatlah sendiri koleksi gambar milik Datin Ezurin ini. Memang berdarah hidung beb!

Difahamkan, ibu jelita kepada empat putera dan seorang puteri ini sangat gemar menghadiri acara fesyen di luar negara serta kerap melancong.

Bagaimanapun, Datin Ezurin sentiasa mengutamakan pelajaran anak-anaknya sehinggakan sanggup berulang-alik antara Kuala Lumpur dan London untuk memastikan anak-anaknya cemerlang dalam akademi











Sumber : Suara Kami

Perkahwinan Tidak Sah - JAWI Buru 'Ustaz Kasanova' Perdaya 13 Wanita

KUALA LUMPUR: Dengan menyamar seorang ustaz berkelulusan tahfiz al-Quran, Mohd Razis Ismail atau lebih dikenali 'Ustaz Kasanova' dipercayai menipu lebih 13 wanita menerusi pernikahan sindiket dan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, kini diburu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Pengarah JAWI Paimuzi Yahya berkata Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 25 Oktober lepas mengeluarkan waran tangkap ke atas lelaki itu yang gagal hadir bagi menyambung proses jaminannya di Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu.

"Kesalahan yang dilakukannya ialah berkahwin tanpa prosedur yang ditetapkan sama ada dari segi undang-undang dan juga hukum syarak.

"Kebanyakan perkahwinan dan perceraian lelaki ini adalah tidak didaftarkan mengikut undang-undang Malaysia sehingga berlaku penganiayaan dan pengabaian terhadap isteri-isteri dan anak-anak suspek," katanya pada sidang berita di sini pada Selasa.

Beliau berkata modus operandi yang dilakukannya ialah membuat penampilan dan perwatakan sebagai seorang ustaz yang mahir ilmu al-Quran bagi mengaburi mangsa dan anggota keluarga mangsa.

"Suspek juga mendakwa masih bujang dan menggunakan gelaran Ustaz Arrozi Abdul Rahman dan Ibnu Ar Razi," katanya.

Paimuzi berkata pihaknya menyeru orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan perwatakan ustaz yang ditonjolkan suspek yang mangsanya terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai ciri-ciri wanita solehah dan wanita berstatus janda yang mempunyai pendapatan tinggi.

Katanya seorang daripada isteri suspek dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan lima kali sebatan oleh Mahkamah Syariah di sini pada 8 September lalu selepas mengaku bersalah melakukan persetubuhan luar nikah daripada tahun 2012 hingga 2015 dan mempunyai dua orang anak hasil hubungan tidak sah bersama suspek.

Suspek sepatutnya hadir di mahkamah sama pada tarikh itu, tetapi gagal menghadirkan diri.

Beliau berkata daripada 13 orang isteri tertuduh yang dikesan oleh pihak JAWI hanya lima yang memberi kerjasama dengan pihak Jawi bagi membantu siasatan.

Paimuzi berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tertuduh boleh menghubungi pegawai penyiasat JAWI, Farah Wahida Zulkiflee di talian 011-3296 1821 atau talian bebas tol Penguatkuasaan JAWI 1-800-88-1771.

Tuesday, November 17, 2015

PM Najib Tidak Digulingkan, Bajet 2016 Diluluskan.... BILA PULA LIM KIT SIANG NAK BERSARA?

Digantung 6 bulan sebagai Ahli Parlimen, memberikan peluang dan ruang kepada Lim Kit Siang untuk berkempen di seluruh negara terutama sekali di Sarawak dan Sabah kononnya Najib sudah hampir untuk meletak jawatan apabila Bajet 2016 akan ditolak.

Dengan penuh angkuh, Lim Kit Siang pun bertanya sama ada Najib sanggup meletakkan jawatan atau tidak dengan bayangan yang diberikan ialah, Bajet 2016 akan ditolak oleh Ahli-Ahli Parlimen.

Semalam, peluang untuk Lim Kit Siang mati dengan mata terpejam rapat, tidak kesampaian. 128 orang Ahli Parlimen menyokong Najib Abdul Razak meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri Malaysia apabila menyokong Bajet 2016. Walaupun kehadiran Ahli-Ahli Parlimen BN hanyalah 121 orang, 6 orang dari blok Pembangkang yang dipercayai Ahli Parlimen PAS dan Khalid Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Bebas, menyokong Bajet 2016.

Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan menyatakan, dia memberikan undi 'MENYOKONG' sebagai penghargaan kepada para pengundinya di Parlimen Bandar Tun Razak. Sekaligus menjadi Ahli Parlimen pertama dari Blok bukan Kerajaan yang tampil, menyatakan sokongan kepada Najib Abdul Razak secara terang-terangan.

Lim Kit Siang berani cabar Najib letak jawatan kalau Bajet 2016 ditolak. Kenapa sekarang dia tak cabar dirinya untuk letak jawatan setelah kempennya tidak berkesan dan Bajet 2016 telah diluluskan manakala Najib Abdul Razak pula kekal sebagai Perdana Menteri?

Sementelah pula, Lim Kit Siang sendiri adalah FOSIL JURASSIC tertua di Parlimen yang kebanyakan ideanya sudah lapok dan masih lagi terkongkong dalam era DARURAT komunis dan Parti Buruh!!!

Elok dia saja yang bersara!

Lagipun, tiada apa-apa yang berbeza pun kalau dia bersara. Tengok sahajalah undian Bajet 2016. Walaupun Lim Kit Siang bersungguh-sungguh dan bersusah payah berkempen untuk menarik simpati agar Ahli-Ahli Parlimen menolak bajet tersebut, sekaligus menggulingkan Najib, tetapi akhirnya yang menyokong jauh lebih ramai. Malah lebih ironi, jumlah yang menyokong pula, mengatasi jumlah Ahli-Ahli Parlimen BN yang hadir termasuklah ketiadaan 7 orang Ahli Parlimen BN.

Untuk makluman, 7 orang Ahli Parlimen BN yang tidak hadir semalam adalah:

1. Jeli - Urusan Rasmi Negara di luar negara.
2. Semporna - Umrah
3. Kinabatangan - Rawatan Hospital
4. Besut
5.Cameron Highlands
6. Tapah
7. Saratok.

Seterusnya

Friday, November 13, 2015

Jamil Khir Beri 24 Untuk Akmal Nasir Mohon Maaf Atau Bakal Disaman



Merujuk kepada kenyataan media Akmal Nasir (Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW) merangkap Ketua Cabang Keadilan Johor Bharu) pada 13 November 2015. Sesungguhnya  dakwaan yang mengatakan saya menyalahgunakan duit anak yatim dan miskin yang diperoleh daripada hasil sumbangan orang ramai bagi membiayai perjalanan ke luar negara bersama isteri, main golf dan lawatan ke pusat membeli belah adalah satu kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang (misleading) daripada fakta sebenar.

Kunjungan saya selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 – 29 Mei 2014 adalah bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah seliaan saya terutamanya YaPEIM dengan kerjasama Kedutan Malaysia di Amerika Syarikat dan Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1000 orang pelajar daripada Amerika Syarikat dan Kanada.

Melalui strategi penganjuran bersama secara "Strategi Lautan Biru" khususnya yang melibatkan peserta Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN) tajaan YaPEIM dan beberapa kumpulan sasaran lain yang berada di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada, beberapa program besar telah diatur dan dilaksanakan.

Program-program tersebut melibatkan kursus kepada pelajar yang memfokuskan aspek motivasi Kenegaraan dan Keusahawanan; Simposium Perdana Perkahwinan Kekeluargaan, Pengurusan dan Isu-isu Semasa Negara; Kursus Pra Perkahwinan bagi membantu pelajar-pelajar memenuhi syarat perkahwinan JAWI; Kelas Pengajian untuk isteri-isteri dan Kakitangan Wanita Kedutaan; menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang yang tidak berkemampuan dan pertemuan bersama usahawan-usahawan Malaysia. Program dan pertemuan ini melibatkan pelbagai kumpulan sasaran yang diadakan di Indianapolis dan Washington DC, Amerika Syarikat.

Bersempena dengan perasmian Mid West Game di Amerika Syarikat itu juga, beberapa acara sukan telah dianjurkan oleh Education Malaysia (EM) di Indianapolis termasuklah acara golf yang dikelolakan secara bersama dengan pihak Kedutaan Malaysia AS di Washington yang saya turut terlibat bersama TYT Duta dan kakitangan kedutaan.
Justeru dakwaan kononnya program saya di AS lebih bersifat bersuka-ria menggunakan dana anak yatim adalah satu fitnah yang besar dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah saya selaku Menteri di Jabaran Perdana Menteri. Adalah tidak adil hanya mempamerkan dokumen yang mengelirukan dan tidak menggambarkan keseluruhan program melibatkan saya.

Adalah menjadi sebahagian tugas dan tanggungjawab saya selaku Menteri di JPM bagi memenuhi jemputan rasmi kedutaan apatah lagi program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah tanggungjawab saya. Segala perjalanan dan kegiatan rasmi saya ditanggung oleh agensi berkenaan mengikut polisi dan tatacara kewangan agensi berkaitan.

Tiada apa yang perlu  disembunyikan kerana segalanya mengikut prosedur dan tatacara yang ditetapkan. Saya sentiasa terbuka dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak berkuasa untuk disiasat sekiranya benar wujudnya salah laku yang melibatkan diri saya atau agensi di bawah seliaan saya.

Dengan ini, saya menuntut Akmal Nasir, Pengarah NOW dan The Malaysian Insider menarik balik segala dakwaan dan fitnah jahat yang dibuat serta memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam. Jika tidak, saya akan memulakan tindakan saman fitnah dan malu melalui peguam saya kerana tindakan ini benar-benar telah menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya.

Serangan Terhadap YPEIM Agenda Jahat Pembangkang Jatuhkan Institusi Islam



Serangan ke atas Yayasan Pembangunan Ekomomi Islam Malaysia (YaPIEM) dirancang oleh mereka yang menjadi alat kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP), untuk memenuhi agenda parti tersebut meruntuhkan institusi-institusi Islam di negara ini.

Seterusnya menurut MYKMU, selepas Kumpulan 25 (G25) yang berfahaman “Islam Liberal” menyerang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) minggu lalu, kini giliran Yapiem menerima serangan tersebut melalui National Oversight and Whistleblowers (NOW) atau dalam bahasa Melayu, Badan Pemantauan dan Penyalur Maklumat Negara.

Serangan ke atas Yapiem mendakwa ia sepatutnya menjadi badan kebajikan untuk umat Islam telah membayar gaji dan elaun berpuluh ribu kepada ahli politik dan keluarga mereka, merupakan satu taktik jahat ala komunis untuk meruntuhkan institusi-institusi agama.

Pertama, perlu kita tahu bahawa Yapeim merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1952 yang berorentasikan ekonomi dan kebajikan. Sejak ditubuhkan pada 13 Oktober 1976, YaPEIM memfokuskan kepada usaha untuk melaksanakan kerja-kerja kebajikan melalui pendekatan membangunkan ekonomi Islam dengan melibatkan diri dalam sektor perniagaan.

Dengan kata lain, Yapiem perlu berniaga dan mewujudkan peluang ekonomi untuk membantu orang Islam lain. Yapiem tidak menutip zakat atau sekadar badan kebajikan berorientasikan sumbangan dan geran. Justeru keputusan pembayaran gaji, elaun, bonus dan perlantikan adalah keputusan berasaskan perniagaan.

Salah satu program pembangunan ekonomi Islam yang paling berjaya ialah program Ar Rahnu YaPEIM yang kini telah dilaksanakan melalui 202 buah cawangan di seluruh negara.

YaPEIM merupakan pelopor dan peneraju dunia dalam memperkenalkan instrumen Ar-Rahnu sejak 1993. Setiap tahun sejak 1993, program Ar-Rahnu terbukti telah menjana keuntungan yang memberansangkan. Tahun ini sahaja, YaPEIM berjaya menjana pendapatan mencecah RM83juta. Keuntungan ini telah meningkat sebanyak RM11juta berbanding RM72juta tahun 2014.
Pada hari ini, Rezab Pendapatan YaPEIM terus bertambah dengan Aset Bersih sebanyak RM138juta pada tahun 2014 dan dijangka bertambah menjadi RM160juta sehingga Disember tahun 2015. Jumlah Aset keseluruhan YaPIEM berjumlah RM1.034 bilion.

Melalui program Ar-Rahnu dan pelbagai sektor perniagaan berkaitan, YaPEIM berjaya menjana pendapatan sendiri tanpa bergantung kepada bantuan (geran) kerajaan dalam pengurusan dan operasinya.
Malah keuntungan yang dijana melalui aktiviti pembangunan ekonomi, jugalah yang digunakan untuk menjayakan pelbagai program kebajikan YaPEIM seperti Skim Kecemerlangan Pelajar (miskin) Nasional – SANTUN (melibatkan 5,200 orang pelajar miskin dan anak yatim yang cemerlang), Program Sinar Kasih dan Skim Khairat Nasional (dengan kumpulan sasar 200 ribu keluarga yang berdaftar di bawah e-Kasih), Program Pembangunan Komuniti dan Program Pembangunan Keusahawanan (mencecah 120,000 orang pada penghujung tahun 2015).

Orang Islam Cepat Melenting

Umat Islam di negara ini merupakan kumpulan manusia yang cepat melenting dan mudah percaya fitnah biar pun Allah beberapa kali berfirman dalam al-Quran mengingatkan dosa fitnah dan bercakap keburukan orang lain.

Hanya kerana membuat potongan gaji RM 20 sebulan untuk Yapiem mereka beranggapan sudah berhak mengherdik dan memaki pengurusan Yapiem tanpa membuat penyelidikan dahulu.

Tujuan Yapiem mengadakan program sumbangan termasuk melalui Skim Potongan Gaji Bulanan ialah ialah bertujuan memberi peluang kepada masyarakat Islam di negara ini turut membuat kebajikan dan mendapat pahala melalui skim-skim yang diperkenalkan bukannya kerana Yapiem tiada wang.

Hakikatnya, Yapiem sebagai pengusaha pajak gadai Islam terbesar di negara ini merupakan ancaman kepada sistem konvensional dan anda sendiri pasti tahu siapa yang terancam dengan perkembangan ini.
Sungguhpun perlantikan Lembaga Pengarah Yapiem dibuat oleh kerajaan, namun mereka beroperasi seperti organisasi perniagaan dan kebajikan biasa yang membuat keputusan berasaskan perniagaan.

Serangan terbuka ke atas institusi Islam membabitkan tuduhan salah guna wang dan ke arah korupsi bertujuan memalukan isntitusi Islam yang banyak membantu umat Islam ini.

Jika benar mereka percaya ada kesalahan berlaku, buatlah laporan kepada Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukannya membuat sidang akhbar berunsur pertanyaan supaya mereka bebas memburukkan orang tetapi terlepas dari tindakan undang-undang.
Tunggu, anda akan lihat banyak lagi serangan ke atas institusi Islam yang kemungkinan besar dirancang oleh DAP.

Orang Islam hari ini lebih percaya DAP dari perintah Allah dalam al-Quran. Mereka bergaduh soal tuduhan rasuah sampai sanggup merosakkan agama sedangkan Allah sendiri mengingatkan jangan membuat tuduhan tanpa sebarang bukti jelas. -

Mereka seolah-olah sudah tidak percaya bahawa Allah akan menghukum mana-mana pemimpin yang merompak harta rakyat. Umat Islam di negara ini pada hari ini sudah menjadi pendakwa, hakim dan juri sekaligus. Betulkah mereka memahami ajaran Islam?


Denda Merokok Di Georgetown Pulau Pinang Bakal Berjumlah RM10,000!!!



Ini betul-betul cari duit ni!!!

Apakah kerana Pulau Pinang mencatatkan defisit selama lapan tahun berturut-turut dalam belanjawan atau lebih tepat lagi sepanjang tempoh Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, maka sesuatu perlu dilakukan untuk menutup lompang tersebut... iaitu dengan cara mengumpulkan wang menerusi denda dan cukai yang lebih tinggi?

Lapur The Saviour, Pulau Pinang bakal mencatatkan denda kepada perokok tertinggi di dunia apabila Jabatan Kesihatan Negeri bercadang menguatkuasakan undang-undang larangan merokok di kawasan seluas 259 hektar merangkumi Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town.



Perokok yang ditangkap boleh dipenjarakan sehingga dua tahun atau didenda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah.

Denda untuk kereta yang ditarik kerana kesalahan meletak kenderaan juga nampaknya telah dinaikkan walaupun tidak diumumkan, sepertimana yang didedahkan oleh rakyat Pulau Pinang menerusi media sosial. Tetapi pada masa yang sama, tiada sebarang tindakan ke atas kenderaan rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang yang diletakkan di merata-rata tempat larangan.

Pulau Pinang telah mendapat peruntukan besar daripada Kerajaan Persekutuan, termasuklah pembiayaan sepenuhnya untuk menaikkan taraf Empangan Mengkuang berjumlah lebih RM1 bilion. Walaupun menerima banyak peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan yang seringkali dilabelkan oleh DAP sebagai kerajaan zalim dan tidak bertimbang rasa, namun peruntukan-peruntukan tersebut tidak pernah disebut oleh Lim Guan Eng dan DAP. Bahkan dibayangkan dan diberitahu pula kononnya Pulau Pinang dipinggirkan oleh Kerajaan Persekutuan.



Sebelum ini Lim Guan Eng mengumumkan yang Kerajaan Negeri Pulau Pinang memohon bantuan sebanyak RM805 juta untuk perparitan dan saliran.

Di sebalik mendabik dada kononnya pentadbiran Lim Guan Eng adalah yang paling bersih, telus, dan jauh daripada korupsi dan salahguna kuasa, beberapa persoalan juga timbul berhubung 'harga mahal dan tidak masuk akal' yang dibayar oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada banyak projek termasuklah feasibility study dan projek cat jalan untuk lorong basikal.


Menariknya, tiada sesiapa yang kelihatan berminat dengan 'kemurahan hati' Lim Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang membuat bayaran yang sangat besar untuk hasil yang tidak seberapa tetapi lebih berminat mengorek pelbagai cerita yang mereka sendiri tiada bukti untuk ditonjolkan!!!






Thursday, November 12, 2015

Kisah Lebuhraya Yang Digelapkan - Bahagian Kedua


Image result for projek kroni mahathir daim

Projek Kroni Tun Mahathir: RM18.3 Billion DiSelewengkan Dalam Projek Lebuhraya PLUS!.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) diwujudkan pada 24 Oktober 1980 dengan diberi tugasan utama pembangunan Lebuhraya Utara Selatan. Pada 1 Mac 1981, LLM memulakan pembinaan Lebuhraya Utara Selatan bagi bahagian Bukit Kayu Hitam ke Jitra.

LLM berjaya menyiapkan beberapa blok fasa pembinaan lebuhraya dengan jarak 366KM atau pun 41% daripada jumlah keseluruhan PLUS iaitu 823KM yang dirancang menggunakan DANA kerajaan RM3.2 BILION. Lebuhraya Penuh TANPA TOL adalah PERCUMA untuk rakyat. Semua kos ditanggung oleh DANA kerajaan tanpa penglibatan pihak swasta.

Pada 1986, mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir mula melaksanakan idea program penswastaan Negara. Hampir segala2 yang sebelum ini hak mutlak rakyat di bawah operasi kerajaan telah didagangkan kepada pemodal2 luar dari kerajaan.

Pegangan kerajaan dan LLM di dalam PLUS dijual kepada proksinya TS Halim Saad yang mengetuai syarikat swasta UEM. Padahal mengikut perancangan asal oleh arwah Tun Razak dan arwah Tun Hussien Onn tidak akan sekali2 membenarkan kemasukan pemodal luar kerana ini adalah projek dari kerajaan untuk rakyat.

Persoalan: apakah bukti track record kewangan yang dimiliki UEM yang merupakan sebuah ‘insolvent company’ atau syarikat hampir muflis sehingga boleh ditawarkan untuk mendapat projek PLUS yang begitu besar?. Mengikut rekod sehingga tahun 1985, syarikat UEM mempunyai hutang terkumpul sebanyak RM90 juta.

Laporan AWSJ terbitan 18 January 1988 tulisan Raphael Pura and Stephen Duthie menunjukkan UEM dikuasai oleh sebuah syarikat bernama “Hatibudi Sdn Bhd” yang ditubuhkan pada tahun 1984 dengan modal RM2 dan mempunyai 2 orang pemegang saham.

Pada 1988 di dalam Dewan Parlimen suatu hakikat yang mengejutkan ramai pihak, apabila DS Samy Vellu mantan Menteri Kerja Raya diasak oleh MPs dari pembangkang telah mendedahkan bahawa Hatibudi Sdn. Bhd. dimiliki oleh UMNO dan ianya telah disahkan oleh Tun Dr Mahathir. Manakala Pemegang Amanah adalah Tun Mahathir Mohamad, arwah Tun Ghaffar Baba, Tun Daim Zainuddin and TS Sanusi Junid.

Persoalan: Sekiranya benar Hati Budi Sdn Bhd merupakan 'UMNO Trustee Holding Company', dimanakah wang UMNO tersimpan?. Mohon kembalikan wang tersebut kepada yang hak. Berita semasa pada 11hb April 2013 melaporkan syarikat Hati Budi Sdn. Bhd. milik Tun Daim Zainuddin telah memperolehi Keuntungan dari projek lebuhraya PLUS mencecah RM18.3 bilion!!!.

Hati Budi Sdn Bhd menguasai United Engineers Malaysia (UEM) dikaitkan dengan pimpinan tertinggi kerajaan iaitu Tun Daim Zainuddin (mantan Menteri Kewangan) dan Tun Dr Mahathir (mantan Perdana Menteri).

UEM telah dianugerahkan menguasai projek lebuhraya PLUS walaupun mendapat bantahan ramai rakyat. PLUS Highway Sdn Bhd telah ditubuhkan bagi mengambil alih urusan Lebuh raya Utara Selatan (North-South Highway) dan membelanjakan RM6 bilion untuk menaikkan status jalan raya dengan upahnya adalah berbentuk konsesi selama 30 tahun.

Ini bererti tempoh konsesi berakhir pada 2016 akan dilanjutkan sehingga 2021 pula. Sekiranya tiada pematuhan kontrak, pihak
Kerajaan terpaksa memberikan pampasan kepada pemegang konsesi lebuh raya sebanyak RM19 bilion untuk selama 20 tahun.

Projek PLUS hanya menelan belanja RM3.4 bilion tetapi pemberian kontrak melalui kaedah 'runding terus' kepada UEM menjadi satu persoalan yang tidak pernah terjawab sehingga kini. Keuntungan PLUS antara tempoh konsesi daripada 1987-2017 yang mengutip tol dianggarkan RM54 bilion untuk 30 tahun.

UEM jelas tidak mempunyai track record di dalam sektor pembinaan jalan raya berbanding syarikat berpengalaman lain yang memohon tender sama seperti Pilecon serta Hashbuddin dengan kadar sebut harga jauh lebih rendah dari UEM. Modus operandi anugerah kontrak kepada UEM adalah wujudnya hubung kait antara Hati Budi Sdn Bhd dengan Tun Daim dan Tun Mahathir.

Walaupun 366KM dari keseluruhan 823KM pembinaan yang siap menggunakan wang dana kerajaan sendiri, UEM tidak pernah membayar satu sen pun duit mereka untuk membayar semula kos yang telah dikeluarkan oleh kerajaan sebelum ini.

Paling menyedihkan adalah idea asal Lebuhraya PLUS sememangnya PERCUMA untuk rakyat telah digadaikan Tun Dr Mahathir kepada TS Halim Saad melalui UEM bagi mengaut berbilion untung atas angin kerana sistem perjanjian konsesi berat sebelah. Terma tamat tempoh 30 tahun akan disambung semula untuk 25 tahun lagi. Dengan kata lain PLUS adalah 'MONEY FACTORY' kepada Tun Dr Mahathir dan proksi mereka.

Paling mengecewakan, pihak swasta ini dibenarkan mengutip hasil tol yang dibina dari wang dana kerajaan sendiri. Mereka hanya menyiapkan baki 500KM sahaja. UEM pula menyiapkan lebuhraya PLUS 2 tahun lebih lewat dari tarikh penyerahan, dengan kos yang terlampau tinggi sehingga 70% dari anggaran kos yang digubal oleh arwah Tun Razak dan arwah Tun Hussien Onn sebelum ini.

Tun Dr Mahathir telah memberikan kemudahan kredit RM3.5 bilion lagi kepada UEM walaupun operasi asal yang dirancang Tun Razak dahulu hanyalah 100% dana hasil kerajaan untuk pembinaan lebuh raya PERCUMA untuk rakyat sepanjang 800KM tersebut.

Sehingga kini kutipan PLUS yang berjumlah RM2 bilion setahun dan terus meningkat tidak menampakkan jalan sebagai titik mula menamatkan kutipan tol.

Lebih parah, setiap 3 tahun PLUS berhak menaikkan 10% kutipan tol mengikut perjanjian mistik antara Tun Dr Mahathir dan pihak kerajaan Malaysia. Mengikut kontrak perjanjian yang dimenterai, jika tiada kenaikan kadar tol maka kerajaan pusat terpaksa membayar 'PAMPASAN'. Anggaran pampasan dari tahun 2008 hingga 2038, kerajaan dikehendaki membayar PLUS sejumlah RM63.83 bilion!.

Sistem pembinaan jalan bertol di Malaysia ini adalah salah satu legasi Tun Dr Mahathir yang tidak dapat dimaafkan selama2 nya. Di Lembah Klang saja berpuluh konsesi lebuh raya menyedut duit hasil titik peluh rakyat setiap masa.


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.