Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, April 11, 2014

KLIA2: Air Asia Cuba Tutup Pekung Mereka dan Halakan Senapang Kepada Kerajaan



Kita tidak boleh nafikan Air Asia telah membuka satu lembaran baru dalam industri penerbangan negara. Jika dulu hanya orang kaya-kaya sahaja yang mampu naik kapal terbang kerana industri penerbangan negara pada masa itu hanya dikuasai oleh MAS sahaja. 

Selepas wujudnya Air Asia industri penerbangan negara semakin berkembang pesat. Wujudnya pula Firefly dan yang terbaru adalah Malindo Air. 

Sumbangan Air Asia dalam membawa masuk pelancong ke Malaysia juga tidak boleh dinafikan. Bukan faktor tambang semata-mata yang membuatkan orang ramai atau pelancong memilih Air Asia, tetapi cara pengiklanan mereka yang membuatkan orang ramai tertarik. Bab tambang bila campur tolak kali bahagi antara tambang Air Asia dengan syarikat penerbangan lain ianya akan jadi lebih kurang sahaja, malah Air Asia ada yang lebih mahal. 

Satu lagi kejayaan Air Asia yang tidak boleh dinafikan adalah kejayaan mereka bertapak di negara-negara luar. Contohnya, Thailand, Indonesia, Jepun dan yang masih dalam perundingan adalah India. Sikit sebanyak kita boleh tumpang rasa bangga apabila sebuah syarikat dari Malaysia berjaya bertapak di negara-negara berkenaan dan namanya menjadi sebutan dunia. 

Namun begitu itu semua bukan alasan untuk Air Asia menunjukkan sikap sombong dan bongkak kepada kerajaan. Jika tanpa sumbangan atau pertolongan kerajaan Air Asia pun tidak akan berada di tempat yang mereka berada sekarang. Bohonglah jika Air Asia kata kejayaan mereka hari ini adalah hasil usaha mereka sendiri. Walaupun Tony Fernandez keturunan India, beliau sendiri berhadapan dengan seribu satu masalah hari ini untuk membolehkan Air Asia India diwujudkan. Sampai hari ini pun beliau masih belum mendapat kelulusan untuk bertapak di India. Tetapi di Malaysia Air Asia tidak menghadapi masalah-masalah besar. 

Kalau kita nak ungkit bab jasa atau sumbangan untuk membolehkan kita menuntut macam-macam, babi pun banyak boleh menuntut dari manusia. Jangan ingat babi tiada sumbangan kepada manusia. Jalan-jalan yang ada kebanyakannya adalah jalan dirintis oleh babi. Dulu kita mana ada jalan, semuanya hutan. Babi berjalan beramai-ramai dalam hutan sampai botak rumput. Kemudian manusia tengok, oh sini jalannya. Manusia pun guna jalan itu untuk ke sana sini. Kemudian apabila negara dah maju sikit, manusia pun turap jalan itu jadi jalan raya. Asalnya adalah jalan babi….

Air Asia enggan berpindah ke klia2 atas alasan keselamatan, keselesaan dan kos kepada penumpang. Apakah di LCCT sekarang ianya selamat dan selesa kepada penumpang ? 

Waktu kita keluar dari balai pelepasan menuju ke pesawat atau turun daripada pesawat menuju ke balai ketibaan, kita sendiri dapat rasakan bagaimana suasana yang tidak selesa dan tidak selamat. Dengan debunya, bunyi bising pesawat dan kenderaan Air Asia yang lalu lalang. Itu selamatkah ? Itu selesakah ? 

Air Asia berkata kos yang dikenakan kepada penumpang di klia2 akan membantutkan usaha Air Asia memberikan penerbangan tambang murah kepada penumpang. Ini boleh dikirakan sebagai lawak april fool 2014 yang dibuat Air Asia. 

Air Asia sedar atau tidak yang mereka menyembelih pengguna selama ini dengan bermacam-macam caj yang tidak logik ? 

Mana ada syarikat penerbangan lain yang mengenakan bayaran caj daftar masuk kepada penumpang ? Tetapi Air Asia kenakan bayaran RM 10.00 kepada seorang penumpang. Kadang-kadang waktu di lapangan terbang saya kasihan melihat orang-orang yang tidak mahir menggunakan teknologi, seperti orang tua atau orang kampung yang pergi daftar masuk kemudian diminta membayar RM 10.00. Pernah satu ketika saya melihat seorang bapa yang membawa 5 anak dan isteri untuk merasai naik kapal terbang, dan tidak tahu untuk menggunakan mesin daftar masuk layan diri, diminta membayar RM 70.00 caj daftar masuk. 

Begitu juga dengan bayaran bagasi yang didaftar masuk. Penumpang perlu membayar setiap bagasi yang didaftar masuk bergantung kepada berat beg. Sedangkan rata-rata syarikat penerbangan memberikan percuma kepada penumpang untuk mendaftar masuk bagasi antara 15kg-20kg. 

Berikut adalah harga yang dikenakan oleh Air Asia untuk bagasi yang didaftar masuk


Ini jika kita beli talian, jika yang tidak pandai menggunakan teknologi pula penumpang perlu bayar lebih daripada itu di kaunter daftar masuk. 

Paling rendah yang dijual adalah 15kg dengan harga Rm 25.00. Kalau beg kita 10kg, maka 5kg dapat percuma sahaja kepada Air Asia. Kalau beg kita 18kg pula, maka kena bayar tambahan. Mereka tak akan beri percuma kepada kita. 

Bercakap bab tambang pula, ramai diantara kita yang tertarik dengan iklan Air Asia dan percaya bulat-bulat kepada iklan mereka. Sedangkan hakikatnya tambang mereka tidak semurah yang kita jangka. 

Saya buktikan kepada anda melalui perbandingan di bawah. Saya membuat pencarian di talian untuk perjalanan daripada Kuala Lumpur-Kota Kinabalu-Kuala Lumpur pada tarikh 13 dan 14 April 2014.


Air Asia : Tambang yang dikenakan RM 628.00 tidak termasuk caj daftar masuk. Makan dan minum kena bayar lain. Berlepas dari LCCT dan kena panjat tangga. 


MAS : RM 580 dengan layanan 5 bintang. Daftar masuk penumpang dan bagasi 20kg tanpa sebarang bayaran. Makanan percuma. Berlepas daripada KLIA dan pakai jambatan udara. 


Malindo Air : RM 388.00 termasuk bayaran insuran, daftar masuk bagasi 15kg dan penumpang percuma. Berlepas dari KLIA dan pakai jambatan udara. Jika anda tidak memilih untuk membeli insuran harga kurang lagi RM 30.00 kepada RM 358.00

Bukti-bukti diatas cukup untuk saya buktikan bahawa Air Asia adalah sebuah syarikat yang menekan pelanggan. Kemudian guna alasan tidak mahu berpindah ke klia2 kerana untuk memastikan mereka dapat mengekalkan tambang murah kepada pelanggan. Kepala hotak dia ! 

Apa yang mereka buat itu adalah untuk memainkan sentimen rakyat agar membenci kerajaan. Kononnya bukan mereka yang menekan pelanggan tetapi kerajaan yang menekan pelanggan hingga mereka tidak dapat lagi menyediakan perkhidmatan tambang murah kepada pelanggan. Sebabnya apabila berpindah ke klia2 , macam-macam caj yang dikenakan MAB hingga mereka tidak dapat lagi memberikan tambang yang murah. Sedangkan caj-caj yang dikenakan MAB berapa sen sangat dan itu semua untuk keselesaan penumpang. Penumpang tak perlu lagi nak berpanas, berhujan atau berdebu kerana dapat masuk ke pesawat dengan menggunakan jambatan udara. Percayalah cakap saya, selepas ini mereka akan tekan pelanggan dengan pelbagai caj lain lagi, atas alasan caj di klia2 yang tinggi. 

Orang-orang Malaysia kena buang daripada pemikiran mereka bahawa Air Asia adalah sebuah syarikat penerbangan tambang murah. Bila ingat murah, terus ingat Air Asia. Itulah yang tertanam dalam pemikiran rakyat Malaysia selama ini. Semuanya kerana termakan dengan iklan. Mulai hari ini orang Malaysia kena tanam dalam pemikiran mereka bahawa Air Asia sebuah syarikat yang suka menekan pelanggan dengan pelbagai caj yang tidak masuk akal. Sebab itu mereka untung berbelas bilion setahun. Kemudian kutuk MAS. Sedangkan MAS dalam masa yang sama banyak buat kerja amal termasuklah untuk penerbangan pendalaman Sabah dan Sarawak. Dulu kerajaan bagi kepada Air Asia untuk uruskan penerbangan tempatan di Sabah dan Sarawak. Selepas setahun cabut lari…Mas juga yang terpaksa ambil balik...

7 comments :

Anonymous said...

Yang memberi peluang kepada Tony F untuk tubuh Air Asia dulu pun orang Melayu juga yang terhegeh2 jumpa Mahathir bernama Pahamin Rejab dulu tu. Itulah Melayu tak sedar diri dah dapat peluang bagi kat bangsa asing bagi menyapu peluang perniagaan tersebut habis2an.Sekarang ada satu lagi syarikat Melayu memohon untuk bentuk syarikat penerbangan baru tidak lagi diluluskan.Sampai bila Ds Hisham/Najib nak luluskan syarikat Melayu ini.Come on lahhhh bagi cepat Sani Air ini diluluskan supaya dapat bersaing dengan Air Asia yang dah kaya raya tu.

Anonymous said...

Saya memang dah lama x guna perkhidmatan airasia. Memang penipu besar..

khairul azhan othman said...

Aku sekeluarga balik kampung dari tawau ke kl biasanya pilih flight mana paling murah. Setakat ni, dalam 10x balik, airasia 8x kot. So, cakap banyak ke apa, yg penting duit poket sendiri. Kerajaan susah ke apa ngan airasia, dah kena pilih jadi kerajaan mmg gitulah.

farah dillah safna saifullah said...

Saya lebih prefer air asia

Suraya Su said...

lebih prefer mas. tetap d hti. service yg bgus.. tnpa perlu bersusah2 seperti aa.

Anonymous said...

Bagus lg MAS daripada airasia...air asia service kurang bagus..ada jg yg xberbudi bahasa....airasia cekik darah....MAS memng selesa....service bagus...sy n family dah xnak dh naik airasia....goodbye airasia...

Anonymous said...

statement paling bangang pernah aku tgk... lain kali ko fahamkan business concept AA tu, baru ko boleh citer kat sini... first, kita kena terima kasih kat AA sebab mereka laa, diorg bagi kita celik IT (check-in) dan pasal hal2 penerbangan ni.. kalau tak tau, belajar.. malas belajar nak check-in camner, terpaksa laa keluar duit... pasal baggage allowance semua tu, memang camtu laa concept tambang murah.. ko gi laa kat mana2 airline tambang murah pon, sama je concept dia... lastly, pasal harga dia mahal yg ko ckp tu.. ko paham tak AA akan bagi harga murah utk 3 bulan ke depan... mereka melatih kita utk merancang trip kita 3 bulan lebih awal... ko try tgk harga lagi 2-3 hari nak terbang, memang laa mahal... bangang...!!!!

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.