Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, January 31, 2017

Mahathir Mengikat Sayap Lim Kit Siang Bagi Jawatan TPM & Menteri Kewangan - Tunku Abdul Aziz

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim hari ini menyatakan bahawa Lim Kiat Siang masih belum membuat Akuan Berkanun (SD) dengan jelas dan tegas menafikan tuduhan Tunku Abdul Aziz bahawa Kit Siang telah membuat perjanjian sulit bersama Mahathir Mohamad bersetuju dengan perlantikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihanraya umum akan datang.

"Sebagai balasan dalam persefahaman tersebut, Lim Kit Siang akan dilantik menjadi TimbalanMahathir Perdana Menteri (TPM)  dan menteri Kewangan".
Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, bekas Naib Pengerusi Kebangsaan DAP berkata demikian pada sidang akhbar hari ini, 31 Januari 2017 di Eastin Hotel, Petaling Jaya.

"Walaupun Mahathir telah mengesahkan persefahaman tersebut tetapi Kit Siang masih mendiamkan diri sebaliknya menggunakan anak beliau (Lim Guan Eng) untuk menyanggah kenyataan Mahathir."

Menurut beliau, satu-satunya cara yang Kit Siang boleh membersihkan anggapan mengenai perkara berkenaan adalah untuk dia membuat SD yang menyatakan dengan terma jelas, tegas bahawa apa yang saya pernah dedahkan mengenai persefahaman sulit antara dirinya dan Mahathir adalah satu rekaan semata atau dalam bahasa mudahnya adalah satu pembohongan.

"Kit Siang telah cuba untuk mengelak daripada tanggungjawab moral beliau untuk membersihkan diri dengan mengatakan bahawa saya mencabar beliau untuk membuat SD adalah gimik politik murahan."

Keengganan Kit Siang untuk membuat SD seperti yang di minta menurut Tunku Aziz adalah demi kepentingan kebenaran dan untuk kebaikan bersama supaya rakyat Malaysia boleh memahami; beliau takut bahawa jika Melayu tahu apa niat yang sebenarnya, mereka akan kehilangan sokongan dalam pilihan raya terhadap PH, menyebabkan kehadiran  DAP  tidak dapat dipertahankan.

"Pendek kata, Kit Siang perlu diikat secara halus untuk menjaga Mahathir supaya kelihatan baik. Mahathir telah mengikat sayap politik Kit Siang."

"Sebagai bukti, Kit Siang, yang dahulu lantang bersuara sebaliknya mendiamkan diri berkaitan pendedahan skandal BMF (Bumiputera Malaysia Finance Ltd) dan perjudian FOREX yang dikaitkan dengan pentadbiran Mahathir."

Beliau juga melahirkan rasa terkejut, bahawa orang yang pernah lantang dan marah terhadap BMF - Skandal Carrian dan menerbitkan dua buku yang diterbitkan pada tahun 1983 dan pada tahun 1986 mengecam Mahathir, kini senyap seolah-olah dia telah kehilangan taring. banyak pengkritik beliau percaya Kit Siang telah "dibeli".

"Kit Siang telah membuktikan bahawa disebalik kononnya beliau seorang ahli politik yang berintergriti sebenarnya beliau adakah seorang mementingkan diri dan oportunis."

"Tunku Aziz juga menggesa Kit Siang, demi ketelusan dan akauntabiliti, supaya membuat yang SD dan mengisytiharkan tetap berdiri teguh terhadap skandal kewangan dikaitkan dengan Mahathir 22 tahun pentadbiran."

Sumber

IDEAS Lubuk-Biak LGBT Seperti Azrul Khalib?

Umum sudah mengetahui bahawa tokoh LGBT yang juga pendukung ngo LGBT ‘Seksualiti Merdeka’, Azrul Khalib merupakan seorang Pengurus, Hubungan Luar di IDEAS, sebuah badan pemikir tempatan yang mempunyai rangkaian antarabangsa berpusat di Washington, Amerika Syarikat. Beliau juga baru-baru ini mendapat perhatian media massa kerana mengepalai gerakan himpunan balas membantah Himpun Raksasa Sokong RUU 355 yang dianjurkan PAS pada 18hb Februari ini di Dataran Merdeka. Himpunan balas membantah RUU 355 akan diadakan di Padang Merbuk, Kuala Lumpur.

IDEAS pula merupakan sebuah badan pemikir tempatan yang sering mengetengahkah ‘keterbukaan’ dalam segala sisi khasnya politik dan ekonomi. Badan pemikir tersebut pada tahun lepas telah berjaya mengadakan satu forum ‘liberty’ bertaraf antarabangsa ‘Asia Liberty Forum 2016’ yang dihadiri oleh banyak ngo-ngo luar negara yang sewaktu atau sama ‘network’ dengannya. Simposium selama 3 hari tersebut diadakan di sebuah hotel lima bintang di ibukota dengan dengan kehadiran ratusan peserta daripada beberapa benua dengan makan dan minum peserta ditanggung sepenuhnya.

Kemuncak kepada majlis tersebut satu sesi makan malam khas yang dihadiri oleh penaja-penaja badan pemikir tersebut, khasnya syarikat-syarikat gergasi bumiputra yang banyak menyumbang kepada kejayaan gerak kerja badan pemikir tersebut mengetengahkan ide-ide liberal berkiblatkan Barat. Daripada kumpulan yang memperjuangkan penswastaan pendidikan, sel-sel kumpulan media kiri sehinggalah kepada yang mengusulkan supaya sebuah sistem kerajaan yang bersifat pasif berkenaan dengan kehidupan harian warganegaranya.


IDEAS Malaysia-Wan Saiful Wan Jan (kiri) & Azrul Khalib

Undang-undang dibiarkan secara minimum. Dosa adalah masalah peribadi, sama seperti yang pernah

cuba dipopularkan oleh kumpulan ‘prominent’ G25 dan jurucakapnya, Noor Farida Ariffin.

Persoalannya kenapakah segelintir syarikat-syarikat tempatan menjadi begitu kurang peka sekali? Syarikat-syarikat penyumbang dana kepada IDEAS bukan calang-calang sebenarnya. Mereka adalah konglomerat yang amat berpengaruh di Malaysia. Antara lain penyumbang kepada IDEAS terdiri daripada sebuah yayasan syarikat telekomunikasi terulung negara. Sebuah bank ASEAN yang berpengkalan di Malaysia juga didapati menyumbangkan ratusan ribu ringgit!

Adakah sumbangan yang disalurkan tidak diteliti perbelanjaannya? Atau adakah kerana Malaysia, kini, dengan keberadaan ngo-ngo liberal yang semakin vokal dan berpoket tebal syarikat-syarikat gergasi tempatan yang mendukung mereka membuktikan bahawa sebagai sebuah negara kita sudah menuju resam negara maju Barat dan kelak bakal menghalalkan perkahwinan sejenis? 




Kelepetokrasi Kutty - Salah Satu Contoh


Siapakah yang menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2003? Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berkenaan pada masa itu melalui Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia telah mengarahkan Telekom Malaysia untuk menghadiahkan kontrak kabel fibre optik bernilai RM214 juta melalui rundingan terus (tanpa melalui tender sebut harga). 

Kontrak berkenaan diberikan kepada syarikat Opcom Sdn Bhd, syarikat milik DS Mukhriz Mahathir sekeluarga. Di saat-saat akhir persaraan Tun Dr Mahathir, syarikat berkenaan masih lagi mendapat kontrak secara rundingan terus. Tun Dr Mahathir berkata beliau tidak melakukan sebarang kesalahan sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri. Ye lah tu.









[ Baca Berita Asal CTS ]

Spin Bodoh Macai Parti Cap Bunga Raya Berkenaan Singa Tidak Menari Di Hadapan DS @NajibRazak






Mentaliti pembangkang seperti amfibia dan reptilia, dan bukan mamalia. Lidah bercabang untuk mewujudkan fitnah yang tiada. Hari ini, fitnah dimainkan kononnya singa tidak membuat tarian di hadapan Perdana Menteri dan isteri. Blogger Outshit The Box katanya hebat sangat. Takkanlah perkara sebeginipun hendak 'spin'?

Hal yang sebenarnya adalah tarian sudah tamat dan singa berkenaan sedang mengupas limau sewaktu gambar dan video fitnah diambil. Mat dan Minah Bunga ambik bahagian hujung video persembahan masa 'singa' itu tengah kupas limau, dikatakan 'singa' tu mogok menari depan DS Najib dan DS Rosmah. Mungkin Mat dan Minah Bunga tidak pernah melihat Tarian Singa. Singa itu mengupas 1 biji limau bali dan 7 biji oren mengikut tradisi Cina kena sebelum diberi pada tetamu, Sebab itulah ambil sedikit masa.

Perdana Menteri dalam Facebooknya elok saja memuji persembahan acara tarian singa berkenaan.


[ Baca Beri Asal CTS ]

Thursday, January 26, 2017

Dokumen Skandal BMF Didedah, Tun Dr Mahathir Bukan Bersih Dan Suci Seperti Yang Digambarkan




Apabila macai-macai Parti Cap Bunga Raya cuba mensucikan idola mereka, Tun Dr Mahathir Mohamed dengan mengubahsuaikan sejarah, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memperbetulkan kembali. Tidak dinafikan pinjaman kepada kumpulan Carrian diberikan sewal tahun 1979. Namun pada peringkat awal, urusniaga pada masa itu amat menguntungkan. Kumpulan Carrian memperolehi keuntungan bersih USD 100 juta dengan perolehan USD 280 juta. 



Namun skandal ini wujud sekitar tahun 1982 yang mana berlakunya transaksi pinjaman yang melangkaui had yang dibenarkan oleh oleh Bank Negara Malaysia. Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 16/07/1981. Kenapakah Tun Dr Mahathir selepas menjadi Perdana Menteri masih membiarkan BMF untuk mengeluarkan pinjaman kepada kumpulan Carrian seperti transaksi di bawah sehingga Oktober 1982?





Tengku Razaleigh Hamzah sememangnya Menteri Kewangan ketika itu. Harus diingat Perdana Menteri pada masa itu adalah Tun Dr Mahathir. Sebelum Julai 1981, beliau juga adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri MITI dan Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Hussein Onn sedang uzur. Gabenor Bank Negara Malaysia sehingga tahun 1980 adalah abang ipar Tun Dr Mahathir iaitu Tun Ismail Haji Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980). 

Perlu diingat juga BBMB, bank induk bagi BMF di Hong Kong adalah di bawah kuasa penuh Perdana Menteri. Pemegang saham terbesar pula adalah Perbadanan Nasional Berhad (PNB). Siapa pula Pengerusi PNB pada masa itu? Tak lain dan tidak bukan juga Tun Ismail Haji Mohamed Ali (1978 - 1996).

Siapa kata selepas Tun Daim mengambil alih jawatan sebagai Menteri Kewangan, Malaysia telah menjadi Bersih, Cekap dan Amanah? Tun Daim selepas menjawat jawatan berkenaan telah mengistiharkan kes BMF yang rugi sebanyak RM 2.0 billion ditutup. Kesudahannya, pada 17/09/1984, pinjaman bermasalah BMF yang ditanggung oleh BBMB sejak 31/12/1983, telah di'bailed out' oleh Petronas.

Kesimpulannya, cara Tun Dr Mahathir menyelesaikan masalah BMF, iaialah dengan cara 'bailed out' dengan menggunakan wang Petronas (baca wang Rakyat). IMDB ada 'bailed out' kah?

Nota kaki: Sejarah memang tak pernah menipu. Tapi jangan menipu sejarah.

Baca Berita Asal(CTS)

Wednesday, January 25, 2017

Pendedahan CIA #skandalBMF buatkan Lim Kit Siang Terdesak Bekerjasama Dengan BN


Pendedahan CIA #skandalBMF buatkan Lim Kit Siang Terdesak bekerjasama dengan BN

Para penyokong Mahathir sedang bergelut dengan isu terbaharu membabitkan idola pujaan mereka. Ironinya, kebanyakan daripada mereka langsung tidak ada sebarang klu tentang Skandal BMF yang menyaksikan seorang juruaudit telah dibunuh dan beberapa orang yang lain telah dikambinghitam manakala dalang sebenar, terselamat sehingga ke hari ini.

Skandal BMF merupakan skandal kewangan terbesar pada awal Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri sebelum satu lagi skandal yang menggegarkan kewangan negara melibatkan bijih timah dan getah menerusi skandal MAMINCO yang sehingga ke hari ini, belum lagi dibuka dan didedahkan secara menyeluruh.

Lim Kit Siang merupakan antara yang paling lantang mempersoalkan tindakan Mahathir yang cuba bermain selamat dengan menyalahkan orang lain bagi setiap skandal kewangan yang didedahkan waktu itu. Bahkan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra menerusi kolumnya di The Star, turut mempertikaikan perkara yang sama, menyaksikan akhbar-akhbar yang menyiarkan berita tentang hal tersebut dikenakan sekatan undang-undang.

Akhbar-akhbar Kumpulan Utusan dan NST pula sekadar menyiarkan berita tersebut menerusi skop jenayah pembunuhan, bukannya skandal kewangan. Tiada sebarang media alternatif waktu itu yang berani menyentuh skandal tersebut secara terang-terangan sepertimana yang berlaku sekarang. Kalau ada pun, cuma ceramah-ceramah yang dirakamkan ke dalam kaset dan pita video VHS yang hanya boleh dijual secara gelap, bukannya terang-terangan.

Selepas 30 tahun, Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat yang sentiasa menyibuk dengan hal-ehwal dalaman negara lain telah mengeluarkan dokumen-dokumen berkaitan.
Pada masa yang sama, Lim Kit Siang yang sebelum itu gah dan megah dengan kerjasama antara DAP-Cap Bunga, terus menarik handbrake serta-merta. Kenyataan Lim Kit Siang bahawa dia sanggup bekerjasama dengan Barisan Nasional, sekaligus memberi erti bahawa pemimpin Supremo DAP itu enggan mengambil risiko menerusi kerjasama dengan Cap Bunga dan Mahathir.
Bahkan Lim Kit Siang dan DAP melihat Mahathir sebagai satu liabiliti yang hanya akan menyusahkan DAP pada PRU akan datang terutama sekali menerusi beberapa kenyataan kontroversi Mahathir termasuklah yang melibatkan pelaburan dari China.

Selepas PAS memberitahunya, tidak akan terpengaruh dan dipatuk buat kali kedua apabila dia menawarkan perdamaian dengan PAS, Lim Kit Siang tidak menyembunyikan lagi kegelisahannya. Dia membuat satu lagi kenyataan selepas itu iaitu kesanggupan untuk bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin BN termasuklah Perdana Menteri Najib Abdul Razak.
Mengapa Lim Kit Siang tiba-tiba menjadi sangat terdesak?

(1) Pendedahan oleh CIA berhubung skandal BMF yang menyebabkan satu misteri pembunuhan dan skandal kewangan yang melibatkan Mahathir.

(2) Kajian yang dibuat oleh Rafizi Ramli menunjukkan kekalahan teruk Pakatan pada PRU-14.
(3) Pendedahan tidak sengaja oleh Mahathir yang DAP telah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri (selain kemungkinan jawatan Menteri Kewangan) telah menyebabkan DAP dan Cap Bunga berhadapan dengan kecaman daripada penyokong sendiri.

(4) Perbicaraan rasuah melibatkan anaknya sendiri yang akan bermula pada Mac di mana semua perincian salahlaku akan didedahkan di mahkamah. Ramai termasuklah peguam pro-Pakatan yang beranggapan, berdasarkan fakta dan bukti, Lim Guan Eng sudah pun didapati bersalah.
Jadi, daripada keempat-empat sebab tersebut, yang manakah sebenarnya menjadi pendorong utama untuk Lim Kit Siang berubah sikap dan menjadi terdesak?

Barangkali tidak keterlaluan kalau dikatakan, kesemua alasan tersebutlah yang menyebabkan tiba-tiba sahaja Lim Kit Siang mahu bekerjasama dengan Najib bagi menyelamatkan Malaysia sekaligus meninggalkan rakan kongsi barunya, Mahathir?


Thursday, January 19, 2017

Projek Forest City 'Diserang' Media Barat Dan Peranan Tun Mahathir?






1. Projek Forest City yang merupakan sebahagian daripada Iskandar Malaysia, sebenarnya secara tidak disedari ramai sedang diserang oleh gergasi media ekonomi, Bloomberg.


2. Blogger Salah Ad-din menerusi blog truthvaccine.blogsport.my mendakwa, Artikel Bloomberg yang digunakan oleh Tun Mahathir untuk menyerang Forest City mempunyai muslihat yang tersembunyi dalam usaha untuk menggagalkan projek tersebut.

3. Mengapa projek Forest City ini diserang?

4. Sebab utama adalah kerana ia merupakan pesaing utama sebuah lagi hub ekonomi terbesar di rantau ASEAN iaitu, Singapura.

5. Persaingan ini telah dianggap ancaman ekonomi terbesar kepada Singapura dan mereka menggunakan pengaruh media yang ada untuk memburuk-burukkan projek Iskandar Malaysia melalui ulasan ekonomi, artikel dan sebagainya.

6. Situasi ini hampir sama yang dihadapi oleh 1MDB apabila mereka diserang oleh media ekonomi sewaktu hendak menerbitkan IPO pada tahun 2013 yang lepas.


7. Sebelum itu, kita lihat dahulu siapakah yang menulis artikel Bloomberg yang bertajuk $100 Billion Chinese-Made City Near Singapore 'Scares the Hell Out of Everybody' yang diterbitkan pada 16 November 2016.


8. Penulis artikel tersebut adalah Pooja Thakur Mahrotri En Han Choong dan dibantu oleh Emma Dong yang mana Pooja dan Han Choong merupakan jurnalis ekonomi yang berpangkalan di Singapura, manakala Emma Dong jurnalis Hartanah Bloomberg berpangkalan di China.

9. Penulis yang menjadi tumpuan adalah En Han Choong yang kebanyakan daripada artikel beliau mengkritik ekonomi Malaysia 
dan juga bertanggung jawab terhadap beberapa artikel menyerang 1MDB, pasaran saham Malaysia malah turut mengulas tentang politik Malaysia termasuk kepimpinan YAB Perdana Menteri.



10. Projek Forest City dan Iskandar Malaysia sebenarnya telah mendapat ancaman daripada Singapura sendiri yang memperlihatkan banyak media mengulas tentang pengalihan palaburan daripada Singapura kepada Malaysia.


11. Tindakbalas daripada Singapura juga telah dijangkakan oleh pelabur dan kebanyakkan daripada mereka sedar dan bersedia tentang perkara ini.


12. Malah, beberapa komentator rancangan televisyen di Taiwan mengulas bahawa pelaburan China akan membahayakan pegangan ekonomi Singapura.

13. Ada juga penganalisis ekonomi rantau Asia berpendapat bahawa pelaburan China ini merupakan satu 'hukuman' terhadap Singapura kerana memihak kepada Amerika Syarikat dalam banyak perkara terutamanya tentang pertikaian Laut China Selatan.

14. Bukan setakat itu sahaja, China juga telah mengurangkan hampir separuh kapal kargo mereka daripada memasuki Perlabuhan Singapura.

15. Maka tidak mustahil bagi Singapura yang melindungi banyak pelaburan daripada Amerika Syarikat menggunakan media seperti Bloomberg untuk menyerang Malaysia dan pelaburan yang bakal membawa keuntungan besar.

16. Ini juga termasuk media terbesar Singapura, The Straits Times yang menyerang projek Forest City ini dengan pelbagai andaian dan tuduhan terutamanya tentang alam sekitar.

16a. Projek Forest City juga yang dibangunkan dengan tambakan laut, turut menambahkan keluasan tanah di negeri Johor yang semakin hampir dengan sempadan Singapura.

16b. Penambakan laut ini juga memaksa Singapura mengalihkan laluan kapal kargo, mengkaji semula kedudukan strategik ketenteraan dan pelbagai lagi yang melibatkan kepentingan negara tersebut.



17. Secara jelas dengan rujukan kepada artikel daripada media antarabangsa menunjukkan ketakutan Singapura terhadap pelaburan China di Malaysia.

Persoalan???

18. Kebiasaanya juga, dalam perperangan ekonomi seperti ini, wakil tempatan dari dalam negara akan digunakan untuk turut menyerang pelaburan tersebut seperti mana yang berlaku terhadap 1MDB iaitu YTL menggunakan media The Edge (Tong Kooi Ong) dan Tony Pua untuk terus-menerus menyerang 1MDB agar 1MDB gagal untuk menerbitkan IPO dan juga seperti serangan terhadap kapal selam Scorpene yang diterajui oleh Nurul Izzah di parlimen yang mendesak supaya kekuatan dan keupayaan Scorpene ini didedahkan kepada umum untuk tujuan risikan tentera Singapura.

19. Adakah kali ini pelabur Singapura dan Amerika Syarikat yang mempunyai kepentingan pelaburan di Singapura menggunakan Tun Dr. Mahathir sebagai jurucakap untuk menggagalkan projek Forest City dengan menyebabkan kepercayaan pelabur asing terhadap projek ini menurun?

20. Adakah Tun Dr. Mahathir kini menjadi agen kepada Amerika Syarikat yang dahulunya AMAT beliau benci dan sering mengatakan bahawa media barat tidak boleh dipercayai sama sekali?

21. Ini kerana tuduhan beliau terhadap Forest City adalah berdasarkan artikel yang diterbitkan oleh Bloomberg Asia yang ditulis oleh individu yang mempunyai kecenderungan untuk mengkritik Kerajaan Malaysia.

22. Adakah di dalam perjuangan songsang untuk menjatuhkan YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, beliau sanggup menggadaikan maruah beliau kepada Amerika Syarikat dan menjadi keldai tunggangan Yahudi?

23. Ini adalah beberapa perkara yang terfikir apabila mengetahui tentang serangan media asing terhadap projek di Malaysia.

24. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.



Tuesday, January 17, 2017

Serangan Ekonomi Oleh Pembangkang Sudah Gagal - GAME OVER

Tuesday, January 17, 2017

Perkataan 'game over' amat mengerikan jika dalam sesebuah permainan berkomputer, ia bermakna tamat, mati atau nyawa dah habis.

Ia juga menandakan bahawa pemain "game" itu kalah sebab "Game Over". Bukan "Mission Accomplish" atau pun "Victory" yang menandakan kemenangan mutlak pada sesuatu permainan.

Dalam arena politik tanah air, kita boleh nampak bagaimana Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa 'bermain' strategi yang baik untuk terus menang.

Mengatasi dengan baik serangan terhadap GST dan TPPA. Mengatasi dengan baik serangan terhadap syarikat pelaburan negara iaitu 1MDB dan juga pelaburan China dalam ECRL dan Bandar Malaysia baru baru ini.

Parti pembangkang serang banyak kali. Tidak ada yang mampu menjatuhkan BN. Malah yang terjatuh adalah Malaysian Insider kapal terbang propaganda pembangkang yang bungkus terus. Juga turut bungkus beberapa blog penyerang mereka.

Yang paling besar terbungkus adalah Mazlan Aliman dan Rafizi, sesudah beberapa kali menyerang akhirnya terkantoi fitnah. Juga Nga Kor Ming, dah lama terbungkus setelah buat beberapa cerita karut di Facebooknya.

Cerita mereka tidak laku sebab selalu sangat main cerita karut dan menambah nambah. Rakyat mula menilai mana satu yang benar atau tidak. Benarlah seperti kata satu artikel dalam South China Post, Dato Seri Najib dan kerajaan Barisan Nasional umpama bank yang besar yang sukar digagalkan.

Berulang kali Tun Daim dan Tun Mahathir berwirid berkata bahawa ekonomi Malaysia hendak muflis dan bankrap. Tetapi Allah SWT tidak juga perkenankan apa yang mereka berdua hendak.

Namun demikian, tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan kepada Kerajaan seperti negara muflis, Perdana Menteri mahu jual negara, hutang negara terlalu tinggi, Malaysia akan dilelong dan pelbagai lagi, namun agensi global tetap memberi fakta yang sebenar.

Menurut Laporan Prospek Ekonomi Global 2017 dari Bank Dunia, ekonomi Malaysia diunjurkan akan berkembang dengan amat baik berbanding negara-negara lain tidak lama lagi. Walaupun diklasifikasikan sebagai unjuran secara sederhana iaitu sebanyak 4.3 peratus tahun ini, namun ia dilihat lebih baik berbanding di rantau Asia Timur dan Pasifik.

Menurut laporan antarabangsa itu, Malaysia akan mencatat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan lebih baik iaitu 4.5 peratus pada tahun 2018 dan 2019.

Jika melihat pula kepada laporan The Economist 2017 pada muka surat 97, kajian mendapati rantau benua Asia dan China merupakan kawasan yang paling membangun di dunia ketika ini.

Empat negara ini iaitu China, India, Malaysia, Singapura dan Indonesia atau lebih sesuai kita kenali sebagai 'CINMSI' adalah kawasan di mana ekonomi dunia berkembang dengan pesat sekali.

Maka, sesiapa yang mengganggap lawatan pelaburan ekonomi Datuk Seri Najib Razak ke China baru-baru ini sebagai tidak berharga, maka mereka sebenarnya bodoh tidak membaca dan mengkaji.

Terbaru, Easy Of Doing Business menyenaraikan Malaysia di tangga ke 23 negara yang mudah menjalankan urusan perniagaan. Harga getah dan sawit di Malaysia juga berada pada tahap tertinggi sekarang.

Malah Malaysia dianggap oleh Majalah International Living menyenaraikan Malaysia sebagai negara no. 1 pilihan pesara pesara di seluruh dunia. Dalam ranking negara pelancongan, Malaysia menjadi negara ketujuh paling banyak dilawati pelancong di dunia.

Indikasi, statistik dan kedudukan ini dibuat oleh agensi, majalah dan badan antarabangsa. Mereka meletakkan kedudukan Malaysia berdasarkan kaedah kajian dan penilaian yang menyeluruh. Jangan tuduh mereka makan dedak pula?

Jadi tidak salahlah Financial Times dan The Economist Intelligence Unit terus meramalkan Dato Seri Najib dan Barisan Nasional akan terus memenangi PRU14 nanti.

Apapun, sikap pembangkang memang sentiasa tidak mahu menerima kenyataan bahawa BN telah memacu Malaysia mencapai antara negara yang hebat di dunia.

Banyak 'peluru' pembangkang telah guna, dan 'peluru' paling besar iaitu melibatkan ekonomi negara juga tetap tidak menyebelahi mereka.

Hakikatnya, pembangkang layak diberi gelaran GAME OVER. Serangan mereka terhadap ekonomi negara telah gagal

[baca berita selanjutnya]

Sunday, January 15, 2017

Mahathir Tidak Berani Janjikan Penghapusan Tol Dan Konsesi Yang Telah Di'OSA'kannya Semasa Beliau PM, Jika Cap Bunga Menang PRU 14!!!

Tiada apa-apa yang baharu di dalam ucapan Mahathir semasa merasmikan Parti Cap Bunga malam tadi. 140 para ucapannya sekadar memomokkan sejarah-sejarah yang dilaluinya serta kenangan-kenangannya masa muda. Sekaligus menunjukkan Mahathir masih bernostalgiakan kuasa yang pernah dianuti dan dinikmati.

Namun sesuatu yang menarik ialah apabila Mahathir menjanjikan pembasmian wang tunai BR1M tetapi digantikan dengan BR1M dalam bentuk kupon selain SST (Sales and Services Tax) menggantikan GST atau cukai berbentuk lain seperti VAT.

Ironinya, Mahathir langsung tidak menyentuh tentang tol-tol lebuhraya yang diwujudkannya dan perjanjian konsesi berat sebelah yang lebih menguntungkan kaum kroninya sepertimana yang dinikmati oleh YTL dalam projek ERL, keretapi dari KL Sentral ke KLIA serta pelbagai projek negara yang dijadikan kantung duit anak-anak, kroni dan proksinya.

Mendengar ucapan  Mahathir semalam, memang boleh membuatkan bulu roma meremang. Sebabnya, sebahagian besar ucapan tentang dirinya, apa yang dilakukannya ke atas negara ini, apa yang menyebabkan negara ini terkenal, ratusan ribu orang berarak di jalanraya yang menuntut perletakan jawatan serta hukuman dijatuhkan ke atasnya, sistem kewangan yang dimundurkan dan penambatan Ringgit yang menelan begitu banyak reserved tunai Bank Negara yang dilakukannya semata-mata untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni, anak-anak dan proksinya. Di sebalik tuduhannya ke atas Najib, ternyata, Mahathir yang lebih banyak MEROMPAK, MENJARAH dan MENYAMUN wang negara menerusi pelbagai agensi kewangan termasuklah PETRONAS demi kepentingan diri sendiri tetapi bijak ditutup kononnya menyelamatkan negara.

Namun Mahathir cuba menggambarkan bahawa pada zaman pemerintahannya, segala-galanya indah dan kesemua masalah yang disebutkan di dalam ucapannya itu hanya wujud dalam zaman Najib Abdul Razak sahaja.

Mahathir juga cuba mengumpan dengan sensasi GST yang katanya, akan dihapuskan dan digantikan dengan SST - cukai yang telah meniriskan sebahagian besar pendapatan negara dari cukai korporat dan persendirian yang menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi berbanding nisbah gaji semasa. Mahathir hanya bercakap tentang Cukai Jualan tetapi tidak bercakap tentang Cukai Perkhidmatan yang kesemua angka cukai dikenakan langsung dan ditanggung sepenuhnya oleh pengguna itu, tersembunyi dan amat mudah dimanipulasikan.

Mahathir juga bercakap tentang gaji Perdana Menteri dan keluarga Perdana Menteri yang kaya raya yang menurutnya, amat mustahil kerana katanya, pada zaman mudanya dahulu, sangat sukar untuk menemui orang Melayu kaya. Melayu menurut Mahathir adalah bangsa merempat yang tidak punya apa-apa. Mereka hanya kaya menerusi rasuah dan rompakan harta negara.

Mahathir memperlekehkan keluarga Tun Razak dan bapanya, Datuk Hussein serta seluruh keturunannya yang merupakan golongan bangsawan Pahang. Namun Mahathir terlupa, rakyat juga mempersoalkan tentang harta kekayaan luar biasa anak-anaknya, saudara-maranya, bahkan dia sendiri sedangkan dia hanyalah anak seorang guru besar yang tidak mungkin lebih kaya dan mewah berbanding keluarga Wan Jah yang menguasai tanah-tanah di Alor Star.

140 para ucapannya, hanya menggambarkan Mahathir sudah tua, sudah letih, sudah kecewa dan semakin tertekan dengan tindakan Najib menutup ruang-ruang dan peluang kepada proksi, kroni dan anak-anaknya daripada projek-projek mewah kerajaan.

Sesuatu yang Mahathir masih mahu rebutkan dan disenaraikan dalam kekayaan peribadi keluarganya tetapi diretorikkan dengan istilah, SELAMATKAN MALAYSIA dan MELAYU.

Yang Mahathir tidak mampu ucapkan ialah, sepanjang 22 tahun pentadbirannya, mengapa status Melayu dan Bumiputera di Malaysia tidak berubah sebaliknya hanya segelintir yang rapat dengannya sahaja yang bertambah-tambah kaya-raya!

Kesian budak-budak yang baru kenal Mahathir daripada cerita-cerita pendewaan oleh UMNO sendiri tentang Mahathir tetapi tidak mengetahui apa yang Mahathir lakukan sepanjang dia menjadi pemimpin utama negara ini dahulu.

[baca berita asal The Saviour]

Tuesday, January 10, 2017

Orang Kuat Anti-Najib Gugur Satu Persatu…


kemelut


AIDCNews -09/01/17 –Orang kuat anti-Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak gugur satu persatu dalam gelanggang partinya sendiri-PPBM- sama ada keluar parti atau digugurkan daripada jawatan.

Bermula dari Datuk Khairuddin Abu Hassan, diikuti dengan bekas Senator Datuk Ezam Mohd Nor, kedua-dua bertindak keluar parti meskipun baharu menyertai beberapa bulan parti itu.

Nasib Anina Saaduddin lebih tragis, di mana beliau seolah-olah dipaksa memilih jalan supaya keluar parti apabila dimalukan dengan tuduhan ‘skandal seks’ dan jawatan Ketua Srikandi PPBM disingkirkan.

Gandingan Khairuddin dan Anina merupakan pendokong kuat Tun Dr Mahathir Mohamad yang melakukan sabotaj dalaman untuk menjatuhkan Najib Razak ketika mereka masih berada dalam UMNO.

Namun, gandingan ‘pahlawan dan srikandi’ diperlekehkan oleh pimpinan tertinggi PPBM ketika mereka menyertai parti itu.

Ikutilah kupasan Mohd Haizal Yatiran, Perspektif Antarapos,mengupas persoalan kemelut PPBM tersebut :




Sunday, January 8, 2017

Kes 1MDB Di Mahkamah AS Gugur Kerana Tiada Asas

WASHINGTON DC – Lucu dan karut… Ia bukan sahaja kelakar malah tidak masuk akal apabila ada individu tertentu boleh memfailkan tuntutan saman konon mewakili rakyat sesebuah negara.

Perkara itu diputuskan sebuah mahkamah Amerika Syarikat (AS) yang menjelaskan belum pernah berlaku dalam sejarah perundangan moden lebih seabad seseorang boleh menyaman bagi pihak seluruh rakyat negaranya sendiri.

Justeru tindakan tuntutan perundangan aneh tersebut yang dilakukan di AS oleh bekas setiausaha politik Tun Dr. Mahathir Mohamad, iaitu Matthias Chang dan mantan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa akhirnya digugur.

Saman tersebut difailkan ke atas sayap pelaburan strategik kerajaan Malaysia, 1MDB selain firma AS iaitu Goldman Sachs serta beberapa individu atau syarikat tertentu antaranya Riza Aziz dan Red Granite pada 11 Ogos lalu.

Isu tuntutan berkenaan kemudian disensasikan pula oleh Peguam Negara dan pihak Jabatan Keadilan AS atau DoJ sebelum dakwaan tidak berasas itu disiarkan secara besar-besaran oleh akhbar berpengaruh, Wall Street Journal.

Malangnya tiada apa-apa yang baharu pun dalam tuntutan itu. Chang dan Husam malah mendakwa mereka boleh menyaman 1MDB dan beberapa suspek konon sebagai hak mereka untuk mewakili keseluruhan rakyat Malaysia.

Walhal sepanjang lebih 100 tahun sejarah kehakiman moden AS, Mahkamah Agung negara itu memutuskan bahawa individu tidak boleh menyaman bagi pihak semua warga AS apatah lagi yang mewakili rakyat sebuah negara luar.

Tindakan mereka berdua dianggap lebih kepada aksi publisiti murah. Ironi tuntutan itu meskipun disiarkan semua media Hollyood dan antarabangsa, plaintif tidak pernah pun memaklumkan defendan mengenai kes berkenaan.

Ini bermakna, secara formal, mereka gagal menyerahkan notis saman perundangan kepada tertuduh. Goldman Sachs dan Red Granite misalnya entiti perniagaan yang mudah ditemui di AS namun langsung tidak tahu apa-apa.

Secara fakta, plaintif tidak berusaha meneruskan tuntutan dan dari segi perundangan, ia dianggap remeh serta sekadar mencari publisiti selain mempengaruhi persepsi sehingga menyebabkan kerosakan reputasi defendan.

Akhirnya Matthias dan Husam ‘gugur’ tuntutan berkenaan lewat Jumaat (awal Sabtu waktu Malaysia) sekali gus semua kisah drama saman itu turut berkubur selain menyerlahkan selama ini ia cuma aksi perhubungan awam.

Red Granite menerusi satu kenyataan susulan penarikan tuntutan itu berkata, pengguguran saman adalah langkah terbaik kerana tidak pernah difailkan pada peringkat awal lagi secara proses yang sewajarnya.

Monday, January 2, 2017

BAJET PULAU PINANG SEPATUTNYA DEFISIT JIKA TIDAK KERANA PENJUALAN TANAH - LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA





Kenyataan Media Untuk Siaran Segera


“Berdasarkan kepada laporan Ketua Audit Negara, Pulau Pinang sepatutnya berada dalam keadaan deficit dan bukannya lebihan bajet jika tidak kerana penjualan tanah oleh kerajaan negeri itu.”

1. Minggu lalu saya telah melahirkan rasa terkejut saya apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng menafikan lebihan bajet terkumpul sebanyak RM574 juta bagi kerajaan Pulau Pinang diterajui DAP sejak 2008 adalah berikutan penjualan tanah di negeri itu. Saya turut mengemukakan pelbagai angka bagi mengukuhkan fakta ini dan meminta beliau menunjukkan formula matematik beliau.

2. YAB Lim bagaimanapun tersinggung dengan fakta yang saya kemukakan itu dan mengeluarkan kenyataan media bagi menyerang saya dengan mendakwa saya tidak tahu mengenai perakaunan sambil memberikan pelbagai angka yang tidak betul bagi menyokong serangannya terhadap saya.

3. Melalui kenyataan beliau yang sarat dengan penghinaan, nampaknya serangan peribadi paling teruk pernah dilakukan beliau semenjak beliau menyertai arena politik. Ini membuktikan kenyataan saya gagal dinafikan dan membongkar pembohongan beliau.

4. Disebalik serangan peribadi terhadap saya itu, saya amat sukacita apabila YAB Lim turut mengesahkan beberapa perkara yang dibangkitkan sekaligus membuktikan propaganda berterusan DAP adalah pembohongan semata-mata.

5. Perkara pertama yang disahkan YAB Lim adalah perbelanjaan operasi kerajaan negeri meningkat sebanyak tiga kali ganda sejak 2008 hingga 2015. Peningkatan besar ini dijangka akan terus naik berikutan perbelanjaan operasi di bawah Bajet Pulau Pinang 2017 diunjurkan lima kali ganda daripada angka pada 2008.

6. YAB Lim turut berkata saya perlu memuji beliau kononnya mentadbir negeri itu dengan lebihan disebalik peningkatan tiga kali ganda pada perbelanjaan. Beliau berkata ia adalah berikutan prinsip CAT yang diamalkan kerajaan DAP yang menghasilkan ‘pengekangan kos lantaran daripada tender terbuka yang kompetitif yang dapat memberikan harga terbaik.”

Bagaimanapun, saya tegaskan pengekangan kos dalam dunia sebenar adalah bermaksud perbelanjaan operasi akan menurun dan bukannya melonjak kepada 300 peratus.

7. Perkara kedua yang diutarakan YAB Lim ialah apabila beliau mengakui dakwaan ‘BN Pulau Pinang lebih banyak menjual tanah daripada DAP’ adalah tidak benar. YAB Lim bersetuju kebanyakan tanah yang kononnya dijual BN dalam propaganda mereka adalah hak tebusguna tanah, dan bukan tanah sebenar.

8. Bagaimanapun, YAB Lim terus mengelirukan rakyat dengan mendakwa BN Pulau Pinang telah menjual hak tebusguna tanah ini pada RM1 bagi sekaki persegi dan dalam hal ini, bagi projek tebusguna Tanjung Tokong.

Beliau mungkin terlupa yang RM1 sekaki persegi ini turut disertai dengan syarat iaitu apabila ditebusguna, pemaju perlu menyerahkan 10 peratus daripada kawasan tebusguna secara percuma kepada kerajaan negeri.

9. Ini adalah tanah yang sama digunakan Kerajaan Pulau Pinang sekarang untuk membayar projek kontroversi Terowong Pulau Pinang bernilai RM6.34 bilion dan bagi laporan kebolehlaksanaan yang menelan belanja RM305 juta.

Ini membuktikan dakwaan kononnya BN Pulau Pinang menjual tanah atau hak milik tanah pada harga RM1 sekaki persegi adalah tidak benar kerana tanah yang ditawarkan sebagai sebahagian daripada perjanjian jual beli ternyata lebih tinggi nilainya daripada itu.

Pihak media seharusnya bertanyakan kepada YAB Lim jika ini benar.

10. Perkara ketiga yang dinyatakan YAB Lim ialah beliau turut mengesahkan saya adalah Pengerusi SPAN baharu bermula 1 Disember 2016 namun beliau secara melulu menyalahkan saya bagi pelbagai masalah sebelum itu.

Ia adalah kerana jawatan baharu saya ini, saya dapat mengesahkan propanganda DAP kononnya dapat mengurangkan hutang kerajaan negeri sehingga 95 peratus oleh kerana CAT.

11. Apa yang sebenarnya berlaku ialah SPAN dan Kerajaan Persekutuan telah mengambil alih hutang semasa kerajaan negeri Pulau Pinang berjumlah RM655 juta dan mengubahnya kepada bayaran tahunan sebanyak RM14.56 juta di mana Kerajaan Pulau Pinang membayar kepada Kerajaan Persekutuan selama 45 tahun pada jumlah keseluruhan yang sama.

12. Untuk itu, daripada satu hutang, ia ditukar kepada pemajakan. Sebagai pulangannya, Kerajaan Pulau Pinang menjanjikan aset air dan tanah kepada Kerajaan Persekutuan.

13. Melalui kenyataan beliau minggu lalu, YAB Lim mendakwa perolehan yang digunakan bagi membiayai kenaikan tiga kali ganda perbelanjaan kerajaan negeri adalah daripada cukai tanah dan pelbagai cukai lain berkaitan tanah.

14. Laporan Ketua Audit Negara dengan jelas menyatakan perolehan daripada cukai tanah kekal sama. Ia hanya meningkat daripada RM93 juta pada 2008 kepada RM104 juta pada 2015, dengan jelas menunjukkan ia tidak mencukupi bagi menanggung kenaikan perbelanjaan.

15. Peningkatan yang besar adalah daripada ‘Premium Tanah – Pemberian Hak Milik’ yang menunjukkan peningkatan setiap tahun daripada RM19 juta pada 2008 kepada RM324 juta pada 2015.

16. Laporan Ketua Audit Negara turut menjelaskan perolehan adalah daripada penjualan tanah. Antara 2008 dan 2015, ia melibatkan jumlah RM1.22 bilion, secara ketara ia amat tinggi daripada RM574 juta jumlah terkumpul daripada lebihan bajet.

Angka ini tidak termasuk penjualan aset lain oleh PDC dan tanah yang dilepaskan seperti bagi RM6.34 bilion untuk projek Terowong Pulau Pinang dan tanah yang dijual bagi menanggung projek Pelan Utama Pulau Pinang (Penang MasterPlan) bernilai RM46 bilion di mana Kerajaan Pulau Pinang turut menyatakan mereka akan membuat pinjaman jumlah berbilion yang masih tidak dinyatakan daripada bank.

17. Pada perakaunan berbeza, Kerajaan Pulau Pinang turut menerima bayaran daripada penjualan tanah daripada PDC berjumlah RM173.5 juta antara 2013 dan 2015, bermakna perolehan daripada penjualan tanah negeri kini berjumlah RM1.4 bilion.

18. Pemeriksaan kami terhadap akaun ini turut menunjukkan antara 2010 dan 2014, Kerajaan Pulau Pinang telah menutup beberapa akaun amanah kerajaan negeri seperti ‘Akaun Perumahan Awam Kos Rendah’ dan ‘Pinjaman Projek Bekalan Air Luar Bandar.’ Wang itu kemudiannya dipindahkan kepada wang terkumpul kerajaan negeri dan dijadikan sebagai pendapatan kerajaan negeri, di mana ia turut menyebabkan lebihan kepada kerajaan negeri.

Jumlah yang dipindahkan melibatkan sekurang-kurangnya RM240.19 juta.

19. Menggunakan penjualan tanah negeri dan manipulasi akaun berkaitan pemindahan dana menjadi pendapatan kerajaan negeri, menunjukkan Kerajaan Pulau Pinang sebenarnya mengalami defisit bajet setiap tahun sejak 2010.

Daripada jumlah terkumpul lebihan RM574 juta dari 2008 hingga 2015, kerajaan Pulau Pinang sebenarnya mengalami defisit RM1.057 bilion.

20. Beberapa bulan lalu, saya telah mencabar YAB Lim dan Penang Institute untuk mengesahkan 12 perkara pada penyusutan ekonomi dan kewangan Pulau Pinang atau memfailkan saman jika saya silap.

Antaranya, ia termasuk penemuan fakta Pulau Pinang mengalami pertumbuhan paling rendah bagi pendapatan median antara 2010 hingga 2015, keempat paling rendah dalam pendapatan isirumah median antara 2009 dan 2014 dan Pulau Pinang juga mengalami pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) keempat paling rendah bagi tempoh 2008 hingga 2015, dengan banyak negeri lain mengatasi Pulau Pinang.

Malangnya, cabaran saya disambut diam seribu bahasa daripada YAB Lim dan Penang Institute, yang turut mengeluarkan kenyataan tidak akan menjawab persoalan dibangkitkan itu.

21. Saya turut mengutarakan sebelum ini, menjual aset negeri bagi membiayai perbelanjaan tahunan kerajaan negeri yang meningkat adalah rapuh dan sama seperti menjual permata keluarga, satu budaya yang dilihat berterusan dengan penjualan saham Pulau Jerejak milik kerajaan negeri baru-baru ini kepada sebuah syarikat pada RM156 juta dan satu tender lain untuk menjual tanah lanjutan pembatalan pembelian EcoWorld Bhd.

Kerajaan Pulau Pinang berterusan bersandar kepada propaganda palsu bagi menggambarkan sesuatu yang tidak benar bagi mengelirukan rakyat Pulau Pinang.

Kenyataan YAB Lim yang ditujukan kepada saya pada minggu lalu adalah bukti kepada hakikat ini.



Liang Teck Meng
Parti Gerakan Rakyat Malaysia.
9 Januari 2017.


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.