Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, March 16, 2013

TERKINI : FILIPINA AKAN FAIL PERTUDUHAN JENAYAH TERHADAP PENGGANAS KIRAM...


Jabatan Keadilan Filipina akan memfailkan pertuduhan jenayah terhadap 38 orang yang dipercayai menjadi 'tentera diraja' dan pengikut Sultan Sulu.

Setiausaha Keadilan Leila Delima berkata kes provokasi untuk berperang, motif untuk membuat serang balas, memiliki senjata api secara haram dan melanggar larangan senjata api yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (Comelec) akan difailkan sebelum perbicaraan pada Jumaat.
Beliau berkata prosiding inkues terhadap 38 mereka telah diadakan petang Khamis.
Prosiding inkues adalah penyiasatan formal dan ringkasan yang dijalankan oleh pendakwa raya dalam kes jenayah yang melibatkan orang-orang yang ditangkap tanpa waran dengan tujuan menentukan sama ada dia perlu kekal di bawah jagaan dan akan didakwa di mahkamah.
38 mereka akan ditahan di Panlima, Tawi-Tawi, kata De Lima.
Mereka dikatakan menjadi pengikut Raja Muda Agbimuddin Kiram yang telah dipintas oleh Tentera Laut Tawi-Tawi pada Rabu dengan memeiliki senjata selepas dilihat melarikan diri dari Sabah.
Pintasan terhadap kumpulan itu dibuat sebulan selepas Agbimuddin Kiram dan pengikut-pengikutnya melintasi Lahad Datu dari Tawi-Tawi melalui bot laju pada 9 Februari sebagai membuat tuntutan kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Lebih 60 orang dilaporkan terbunuh sejak itu, sembilan daripada mereka anggota pasukan keselamatan Malaysia.
Kapal Tentera Laut Filipina PS38 memintas bot pertama yang membawa 18 lelaki dan seorang wanita di perairan Pulau Omapoy pada pukul 6.35 pagi Rabu.
Bot kedua yang mengangkut 18 yang lain di perairan Pulau Andulingan dihentikan kira-kira sejam kemudian.
Kedua-dua pulau berada dalam kumpulan Tawi-Tawi, kata De Lima.
De Lima berkata mereka dikenal pasti sebagai ahli RSF, dan ini telah disahkan oleh beberapa saksi. Agbimuddin tidak berada di kalangan mereka.
"Daripada tanda-tanda ini mereka berkemungkinan adalah sebahagian daripada kumpulan Raja Muda yang pergi ke sana dan kemudian terlibat dalam konflik dengan pasukan Malaysia dan kemudian kembali ke sini, dan salah seorang daripada mereka telah tercedera,'' De Lima memberitahu sidang akhbar pada Rabu.
Pengikut Agbimuddin telah dibawa ke kem tentera laut di bandar Panglima Sugala di Tawi-Tawi dan disoal siasat oleh pasukan dari Biro Penyiasatan Kebangsaan dan Penyiasatan Jenayah Polis dan Kumpulan Polis Detektif Kebangsaan Filipina. - Philippine Daily Inquirer / ANN

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.