Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, March 12, 2013

Misuari Mempunyai dendam kesumat dengan Malaysia


Nur Misuari dalam kenyataan terbarunya tidak dapat menyembunyikan lagi dendam kesumatnya pada Malaysia bila membuat kenyataan 2,000 kaum Tausug Selatan Filpina akan dihantar untuk ‘reinforce’ pasukan penceroboh mereka yang terkepung, dihujani peluru dari setiap sudut dan membilang detik bilakah akan gugur di bumi Sabah kini.
Sementara itu media Filipina pula memetik kenyataan seorang pemimpin MNLF 10,000 Tausug, majoriti kombatan MNLF akan dikerah membantu gerombolan mereka yang tersepit di pantai Timur Sabah kini. Soalnya adakah mereka mempunyai kekuatan yang didakwa atau sekadar retorik semata-mata.

Elok kita imbau semula sejarah MNLF. Ianya diasaskan oleh Prof. Nur Misuari, seorang pensyarah Universiti Manila setelah tercetusnya peristiwa Jabidah Massacre di Pulau Corrigedor Luzon pada tahun 1968.

Dalam peristiwa itu lebih kurang 200 pemuda Tausug mati dibunuh kerana enggan mematuhi misi menyerang Sabah. Ekoran itu,  berlaku penentangan secara mengangkat senjata di Selatan Filipina menentang kerajaan(GRP). Misuari mengetuai MNLF yang disokong oleh kesemua etnik Islam yang lain.

Diakhir 60an dan 70an ratusan ribu umat Islam terkorban dan ramai melarikan diri ke Sabah. Kedatangan mereka tahun 70an diiktiraf oleh UNHCR dan mereka diberi status pelarian. Oleh itu beb. pusat perlindungan dibuka di Sabah, antaranya di Kinarut. Pada era 80an mereka yang datang ke Sabah dikategorikan Penghijrah ekonomi bila perang telah reda.

Misuari tidak lama berjuang bersama pengikutnya. Dia lari mendapatkan suaka politik di Arab Saudi dan Libya. Beliau hanya sekali sekala pulang secara sulit menemui pengikutnya di Selatan Filipina melalui Sabah. Di Jampiras Sandakan ada sebuah bot laju khas dengan injin kuasa tinggi untuk pengikutnya membawanya pulang secara rahsia.

Kemudian dia pulang lagi ke Saudi.Perjanjian Tripoly 1976 Pres. Marcos/Misuari tidak pernah dihormati oleh Manila. Hanyalah Peace Agreement antara MNLF/Pres. Fidel Ramos berjaya dan sebagai ganjaran Misuari di beri jawatan Gabenor ARMM. Perkembangan ini sebenarnya melemahkan MNLF. Ramai kombatannya sudah menggantung senjata dan sebahagian kecil saja diserapkan dalam Polis(PNP).
Sebab itulah setelah gagal pemberontakan Misuari 2001, jumlah yang setia padanya makin mengecil sekitar 1,000 anggota bersejata. Mereka diserang  oleh ATF tahun 2004-2007 tetapi kurang berupaya melawan. Sejak Misuari ditahan, MNLF berpecah kepada 4 kumpulan.

Apakah hubungan MNLF dengan Kump. Abu Sayyaf(ASG). Memang betul ASG ditubuhkan oleh Abdul Razak Janjalani, bekas pemimpin MNLF kerana tidak puashati dengan Misuari tetapi mereka semua satu kaum dan ada talian keluarga. Kumpulan Misuari turut membantu ASG jika diserang ATF, begitu juga sebaliknya. Salah satu ‘hallmark’ atau ciri khas ASG ialah penggal kepala ATF yang ditawan. Mereka tidak dijadikan tebusan tetapi disembelih terus. Hal ini banyak diceritakan ATF semasa saya bertugas di Filipina dulu.

Cara inilah yang telah menimpa peg/anggota kita di Semporna baru-baru ini. Jadi tidak mustahil ada elemen ASG bersama dalam kumpulan penceroboh itu. ASG cekap dan berpengalaman perang gerila, mengumpan musuh mereka dan membunuh dengan kejam.
Kalau kita melawat hospital tentera di Kem Navaro, Zamboanga, kita akan melihat ramai askar cacat dan makan gaji buta kerana bertempur dengan ASG. Meskipun 1 komp tentera US ditempatkan di Zamboanga untuk membantu GRP dari teknikal/nasihat tapi ASG masih tercokol dan masih merbahaya sungguhpun pemimpin dan ahlinya mati silih berganti.

Oleh itu dakwaan 10,000 ahli MNLF bersenjata untuk ke Sabah hanyalah GSPS mereka. Tetapi jangan lupa mereka handal bertempur secara gerila di laut dan pulau-pulau kecil. Mereka biasa perang secara gerila dan tahu risiko bila perang terbuka dengan jumlah yang didakwa ramai itu. BERNAMA
Salam hormat tuan-tuan.

Nur Misuari dalam kenyataan terbarunya tidak dapat menyembunyikan lagi dendam kesumatnya pada Malaysia bila membuat kenyataan 2,000 kaum Tausug Selatan Filpina akan dihantar untuk ‘reinforce’ pasukan penceroboh mereka yang terkepung, dihujani peluru dari setiap sudut dan membilang detik bilakah akan gugur di bumi Sabah kini.

Sementara itu media Filipina pula memetik kenyataan seorang pemimpin MNLF 10,000 Tausug, majoriti kombatan MNLF akan dikerah membantu gerombolan mereka yang tersepit di pantai Timur Sabah kini. Soalnya adakah mereka mempunyai kekuatan yang didakwa atau sekadar retorik semata-mata.

Elok kita imbau semula sejarah MNLF. Ianya diasaskan oleh Prof. Nur Misuari, seorang pensyarah Universiti Manila setelah tercetusnya peristiwa Jabidah Massacre di Pulau Corrigedor Luzon pada tahun 1968.
Dalam peristiwa itu lebih kurang 200 pemuda Tausug mati dibunuh kerana enggan mematuhi misi menyerang Sabah. Ekoran itu,  berlaku penentangan secara mengangkat senjata di Selatan Filipina menentang kerajaan(GRP). Misuari mengetuai MNLF yang disokong oleh kesemua etnik Islam yang lain.

Diakhir 60an dan 70an ratusan ribu umat Islam terkorban dan ramai melarikan diri ke Sabah. Kedatangan mereka tahun 70an diiktiraf oleh UNHCR dan mereka diberi status pelarian. Oleh itu beb. pusat perlindungan dibuka di Sabah, antaranya di Kinarut. Pada era 80an mereka yang datang ke Sabah dikategorikan Penghijrah ekonomi bila perang telah reda. Misuari tidak lama berjuang bersama pengikutnya. Dia lari mendapatkan suaka politik di Arab Saudi dan Libya. Beliau hanya sekali sekala pulang secara sulit menemui pengikutnya di Selatan Filipina melalui Sabah. Di Jampiras Sandakan ada sebuah bot laju khas dengan injin kuasa tinggi untuk pengikutnya membawanya pulang secara rahsia.

Kemudian dia pulang lagi ke Saudi.Perjanjian Tripoly 1976 Pres. Marcos/Misuari tidak pernah dihormati oleh Manila. Hanyalah Peace Agreement antara MNLF/Pres. Fidel Ramos berjaya dan sebagai ganjaran Misuari di beri jawatan Gabenor ARMM. Perkembangan ini sebenarnya melemahkan MNLF. Ramai kombatannya sudah menggantung senjata dan sebahagian kecil saja diserapkan dalam Polis(PNP).
Sebab itulah setelah gagal pemberontakan Misuari 2001, jumlah yang setia padanya makin mengecil sekitar 1,000 anggota bersejata. Mereka diserang  oleh ATF tahun 2004-2007 tetapi kurang berupaya melawan. Sejak Misuari ditahan, MNLF berpecah kepada 4 kumpulan.

Apakah hubungan MNLF dengan Kump. Abu Sayyaf(ASG). Memang betul ASG ditubuhkan oleh Abdul Razak Janjalani, bekas pemimpin MNLF kerana tidak puashati dengan Misuari tetapi mereka semua satu kaum dan ada talian keluarga. Kumpulan Misuari turut membantu ASG jika diserang ATF, begitu juga sebaliknya. Salah satu ‘hallmark’ atau ciri khas ASG ialah penggal kepala ATF yang ditawan. Mereka tidak dijadikan tebusan tetapi disembelih terus. Hal ini banyak diceritakan ATF semasa saya bertugas di Filipina dulu.


Cara inilah yang telah menimpa peg/anggota kita di Semporna baru-baru ini. Jadi tidak mustahil ada elemen ASG bersama dalam kumpulan penceroboh itu. ASG cekap dan berpengalaman perang gerila, mengumpan musuh mereka dan membunuh dengan kejam.

Kalau kita melawat hospital tentera di Kem Navaro, Zamboanga, kita akan melihat ramai askar cacat dan makan gaji buta kerana bertempur dengan ASG. Meskipun 1 komp tentera US ditempatkan di Zamboanga untuk membantu GRP dari teknikal/nasihat tapi ASG masih tercokol dan masih merbahaya sungguhpun pemimpin dan ahlinya mati silih berganti.
Oleh itu dakwaan 10,000 ahli MNLF bersenjata untuk ke Sabah hanyalah GSPS mereka. Tetapi jangan lupa mereka handal bertempur secara gerila di laut dan pulau-pulau kecil. Mereka biasa perang secara gerila dan tahu risiko bila perang terbuka dengan jumlah yang didakwa ramai itu.

- BERNAMA

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.