Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, March 12, 2013

MNLF Kutuk Keras Pengganas Sulu


[Sema+1.jpg]

Muslimin Sema Pengerusi MNLF.

Sebelum ini Murad Ebrahim Pengerusi MILF tidak sokong dan campur insiden pencerobohan Lahad Datu. MILF perlukan kepimpinan dan pertolongan Malaysia.

Kini MNLF kutuk keras tindakan pengganas Sulu di Sabah.

Muslimin Sema Pengerusi MNLF berkata Nur Misuari hanya seorang anggota biasa jawatankuasa itu dan tidak mempunyai pengaruh dalam MNLF.

MNLF, katanya, menganggap rakyat Sabah dan Malaysia sebagai saudara mereka.

“Kami (MNLF) tidak menyokong apa yang sedang berlaku di Sabah (pencerobohan dan tindakan pengganas). Kami menolaknya. Kejadian di Sabah dicetuskan untuk memecahbelahkan sesama kita.

“Ia juga dilakukan untuk memutuskan ikatan antara Sabah dan selatan Filipina dan antara Malaysia dan Filipina. Mereka ingin memusnahkan ikatan itu (antara rakyat),” 

Diminta mengulas tentang kenyataan Misuari baru-baru ini bahawa MNLF bersedia menghantar pejuang bersenjatanya ke Sabah untuk membantu pengganas Sulu, Muslimin berkata beliau kecewa dengan kenyataan bekas pemimpin MNLF itu.

“Beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu. Saya sedih kerana tidak dapat menyekatnya daripada membuat kenyataan itu. Sabah dan Malaysia bukan musuh kami,” katanya.

Ditanya sama ada terdapat anggota MNLF yang terlibat dalam kejadian di Sabah, Muslimin berkata jawatankuasa pusat barisan itu telah menjalankan penyiasatan tentang perkara berkenaan.

“Bagaimanapun, siasatan yang dibuat anggota jawatankuasa pusat di Tawi-Tawi dan Sulu mendapati tidak ada anggota MNLF yang terlibat dalam pencerobohan di Sabah. Kami tidak terlibat dalam apa jua bentuk keganasan,” katanya.

Beliau berkata sekiranya terdapat anggota MNLF yang terlibat dengan keganasan di Sabah, mereka melakukannya secara peribadi dan tidak pernah mendapat restu daripada kepimpinan barisan itu.


Pemimpin-pemimpin Bangsamoro.

WZWH berasa lega bila MILF dan MNLF tidak menyokong tindakan keganasan terhadap Sabah maka diharap tidak berlaku perang gerila yang boleh menggangu keamanan dan ketenteraman penduduk Sabah.

WZWH harap Perjanjian damai anatara MILF dan kerajaan Filipina yang DS Najib menjadi orang tengah boleh membawa keamanan di kepulauan Sulu dan Mindanao.

Diharap juga MNLF turut serta dalam pelan damai dan agenda membangunkan kepulauan Tawi-Tawi, Sulu, Palawan, Basilan , Zamboanga dan Mindanoa.

Semoga Bangsamoro atau Tausug maju sama taraf ekonomi dan sosial dengan penduduk Filipina yang lain.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.