"Mahasuci
Allah yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pd mlm hari dari
Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkahi sekelilingnya
agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran)
Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat" Surah
al-isra' ayat 1. (17:1)
Masjidil
haram yang diberkati Allah itu, terletak di bumi Palestine.
Palestine?? Itulah nama negara yang kita kerap kali dengar berlaku
pergolakan, pengeboman, pembunuhan dan kezaliman ke atas penduduk
peribuminya oleh zionis Israel (Yahudi yang berpegang kepada prinsip
zionism) yang menguasai tanah mereka.
Walaupun
Barat mengishtiharkan kewujudan negara Israel, tapi tidak bagi kita
ummat islam. Israel tidak pernah wujud di Palestin dan itu bukan
tanah mereka. Itu hak kita ummat islam kerana ia tanah suci kita,
tanah milik saudara-saudara kita yang Allah pinjamkan buat mereka.
Mari
kita rungkai secara ringkas bagaimana wujudnya negara haram Israel di
bumi Palestine.
Bermula
daripada penindasan dunia terhadap orang Yahudi (Jewish), maka
muncullah idea zionisme yang
diasaskan oleh Theodor Herlz seorang Yahudi Austria-Hungary.
Idea zionisme ini antara utamanya adalah untuk membina negara
sendiri, iaitu Israel bagi mengelak penindasan dunia terhadap mereka.
Dan antara tujuan lain mengapa zionisme diwujudkan adalah kerana
mereka ingin membina kediaman mereka di 'tanah suci' mereka Palestine
dan membina Kuil Haikal Sulaiman.
Keinginan
mereka disokong oleh sekutu utama mereka pada suatu masa dahulu iaitu
Britain. Britain selepas Perang Dunia I dan kejatuhan Kerajaan Turki
Uthmaniyyah telah menguasai Palestine. Maka, melalui Deklarasi
Balfour1917 British membenarkan kemasukan orang
Yahudi beramai-ramai ke Palestine. Kemasukan mereka sangat besar dan
berbondong-bondong seakan-akan palestine itu negara tanpa pemilik.
Kesan
daripada Holocaust (gerakan
Nazi Jerman yang dikatakan ingin menghapuskan etnik2 beragama, dan di
antara korban utama adalah golongan Yahudi di Eropah) semasa
Perang Dunia II (1939-1945) menyebabkan lebih ramai kemasukan orang
Yahudi ke Palestine. Sehingga 1947, orang Yahudi memiliki tidak
sampai 8% tanah Palestine.
Tetapi,
melalui percaturan Barat, PBB kemudiannya menubuhkan UNSCOP (United
Nation Special Committee on Palestine) dan mengusulkan Negara
Palestin dipecah dua, 45% untuk penduduk asal, 55% untuk orang Yahudi
melalui Resolusi 181. "Ini
benar-benar tidak adil. Sudahlah membenarkan bangsa lain masuk ke
negara orang sesuka hati, kemudian ingin memberikan lebih daripada
separuh tanah Palestine kepada orang asing. Di mana keadilan PBB yang
digah-gahkan sebagai suatu badan yang dipercayai dunia? Atau hanya
boneka US(today's world order) atau boneka Israel yang membonekan US"
Resolusi
PBB ini diterima dan akhirnya Israel telah ditubuhkan
secara rasmi pada 14 Mei 1948 oleh Perdana
Menteri pertamanya David Ben Gurion.
Perang
Arab-Israel pada tahun 1948 telah
menyebabkan bertambahnya tanah Israel kepada 77%. Tidakkah ini
menyedarkan kita bahawa, ianya seakan-akan suatu percaturan barat
untuk memadamkan Tanah Palestine daripada sejarah secara
perlahan-lahan.
Kini,
wilayah Israel semakin lama semakin bertambah. Dan mereka benar-benar
ingin menguasai Palestin dan menghancurkan masjidil aqsa.
1964 -
tertubuhnya PLO (Palestine Liberisation Organisation) untuk
menentang Israel dan mengembalikan wilayah Palestine. Dan Intifadah
Pertama (1987) juga wujud kesan daripada keinginan dan kebangkitan
rakyat Palestine untuk menentang dan mempertahankan hak mereka
mengakibatkan Israel mengiktiraf PLO. Namun, gerakan PLO semakin lama
semakin lemah dan akhirnya pada 1993, wujudnya Perjanjian OSLO,
di mana mereka bersetuju untuk menghentikan gerakan intifadah dan
berlaku genjatan senjata. dan Palestin berhak menubuhkan kerajaan
mereka sendiri.
Namun,
janji tinggal janji. Orang Yahudi (Israel) tidak pernah memegang
janji mereka. Pos tentera dibina di merata-rata tempat dan penguasaan
mereka di tanah Palestine menjadi makin hebat.
Jikalau
dulu, Britain adalah sekutu utama Israel, namun kini kuasa besar
dunia yang baru Amerika Syarikat juga telah menawarkan diri untuk
menjadi sekutu mereka. AS dengan berbesar hati menawarkan bantuan
kewangan kepada mereka melebihi bantuan yang diberikan untuk rakyat
negara mereka sendiri. Sungguh pelik bukan? US adalah suatu kuasa
besar mem'volunteer' utk membantu bangsa yang sentiasa menimbulkan
kemarahan dan kerosakan kepada manusia lain??apa konspirasi di
sebalik ini semua??
Tidak
cukup dengan itu, Israel juga dalam beberapa tahun sudah mampu
memiliki 200 buah tenaga nuklear (yang memerlukan teknologi dan modal
yang besar) melalui bantuan kuasa besar perancis suatu masa dahulu.
Perancis mengatakan persetujuannya selepas Krisis suez 1956.
Ini
menjadi persoalan tentang mengapakah negara haram Israel ini cukup
'bertuah' sehingga dibantu sebegitu rupa oleh barat walaupun satu
dunia mengakui kekejaman dan kezaliman mereka terhadap penduduk
Palestine..Sungguh pelik..
No comments :
Post a Comment