Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, December 4, 2016

Melayu Memang Majoriti Dan Tidak Hilang Kuasa Politik.... Tetapi Dengan DAP Melayu Hanya Macai!!!

Betullah kata-kata Lim Kit Siang itu bahawa Melayu-Bumiputera tidak mungkin akan hilang kuasa politik kerana Melayu-Bumiputera adalah majoriti di negara ini. Nama-nama Melayu juga menduduki jawatan-jawatan penting baik di dalam Kerajaan mahupun GLC dan entiti-entiti Kerajaan yang lain.

Betullah juga dakwaan bahawa kalaupun DAP menang 60 kerusi Parlimen, kuasa politik tetap di tangan Melayu kerana daripada 222 kerusi Parlimen yang ada sekarang, Melayu-Bumiputera mungkin menguasai lebih dua pertiga.

Sekali imbas apa yang dikatakan oleh Lim Kit Siang adalah benar belaka.

Maka untuk menilai kembali kebenaran kata-kata Lim Kit Siang itu, ianya perlu kembali merujuk kepada sejarah lampau. 

Sejarah di mana Melayu-Bumiputera menjadi minoriti dan kemudian kembali menjadi majoriti dalam tempoh yang sangat singkat sebelum pemberian kewarganegaraan secara besar-besaran diberikan untuk tidak menghilangkan kuasa politik kaum imigran yang gagal menjadi warganegara United Kingdom atau British apabila ditinggalkan oleh kuasa penjajah itu setelah membawa mereka beramai-ramai ke negara ini.

Dari tahun 1955 menerusi PRU 1, kuasa politik di tangan Melayu. Seandainya MCA dan MIC tidak bergabung dalam Perikatan pun, ianya tidak akan menjejaskan apa-apa. Bahkan Melayu-Bumiputera mungkin akan menjadi lebih kuat dan lebih ekstrem berbanding sekarang. Malah, besar kemungkinan juga pemberian kewarganegaraan secara besar-besaran pada tahun 1957 dan 1974 juga tidak akan berlaku melainkan kepada mereka yang benar-benar boleh berbahasa Melayu dan menerima teras negara ini yang berlatarbelakangkan masyarakat Nusantara (Melayu-Bumiputera).

Namun bermula pada 1961, tahun di mana Lee Kuan Yew dan PAP mula mempertikaikan kedudukan orang Melayu, kemudian berlarutan sehingga Lee Kuan Yew dan PAP serta Singapura dikeluarkan dari Wilayah Melayu pada 1965 biarpun sudah ribuan tahun pulau tersebut diduduki oleh Melayu-Bumiputera, sehinggalah kemunculan DAP menggantikan PAP pada tahun yang sama. Maka dalam tempoh 3 tahun kemudian berlaku pertumpahan darah besar-besaran melibatkan etnik dan agama. 

Kuasa politik masih di tangan Melayu!

Bagi mengelakkan tragedi yang sama, DEB digubal. Walaupun di atas kertas dan teorinya, Dasar Ekonomi Baru adalah untuk Melayu-Bumiputera, tetapi pada penghujung DEB terutama pada zaman Mahathir sebagai Perdana Menteri, DEB untuk Melayu-Bumiputera itu telah ditelan dan dilahap oleh taukeh-taukeh yang menjadi kroni dan proksi Mahathir. DEB telah digagalkan oleh Mahathir tetapi bijak diselindungi dengan cerita-cerita kononnya orang Melayu-Bumiputera lebih berjaya dari zaman pentadbiran sebelumnya, walaupun hakikatnya Melayu-Bumiputera kekal sebagai macai melainkan sekelompok yang menikmati keistimewaan berada dalam GLC dan badan kerajaan serta korporat yang dibantu sepenuhnya oleh Kerajaan.

Tetapi apa pun, kuasa politik masih di tangan Melayu!

Tahun 1999 mula menyaksikan perubahan besar apabila PAS-Anwar Ibrahim bergabung dengan DAP. DAP berjaya memperolehi lebih banyak kerusi Parlimen berbanding PRU-PRU sebelum itu. DAP yang kurang menjadi perhatian, kini mula menampilkan para pemimpin yang bersuara lantang. Melayu-Bumiputera, Islam dan Bahasa Melayu kembali menjadi topik hangat mereka terutama menjelang PRU tahun 2004. Kehangatan tersebut berakhir seketika apabila Mahathir meletak jawatan pada tahun 2003 dan pada tahun 2004, BN yang dipimpin oleh Abdullah Badawi mencatatkan kemenangan terbesar dalam sejarah.

Namun 2008, keadaan mula berubah apabila dasar-dasar yang lebih liberal dan terbuka diperkenalkan oleh Abdullah Badawi. Mahathir dan segerombolan orang UMNO bersatu menjatuhkan Abdullah Badawi menyaksikan UMNO dan Barisan Nasional kehilangan majoriti dua pertiga pada PRU 2008.

2008 juga menyaksikan bagaimana DAP yang tetap berkata, kuasa politik kekal di tangan Melayu, berebut jawatan Menteri Besar Perak dan Pengerusi DAP Perak pada waktu itu, Ngeh Kor Ham memberi kata dua kepada Institusi Kesultanan Melayu, khususnya Perak kerana dia tidak boleh diangkat menjadi Menteri Besar akibat kekangan Undang-Undang Tubuh Negeri yang hanya mengkhususkan Melayu dan Islam sebagai Menteri Besarnya.

Nizar Jamaluddin dilantik mewakili 6 kerusi DUN PAS di Perak. Selebihnya adalah DAP dan PKR. Nizar Jamaluddin menjadi boneka dan paling terkenal dengan pelupusan pajakan tanah 99 tahun sebaliknya ditukarkan menjadi 999 tahun. Dasar-dasar serta penguasaan sepenuhnya dalam pentadbiran dan pengurusan negeri, dipegang oleh DAP. Melayu-Bumiputera masih pegang kuasa politik tetapi tali pacunya pada tangan Ngeh-Nga DAP.

Selangor juga memperlihatkan fenomena yang sama. Pulau Pinang, DAP berkuasa sepenuhnya. Di sebalik laungan kata, Melayu-Bumiputera adalah majoriti dan tidak mungkin DAP boleh menjadi Perdana Menteri walaupun Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan bangsa atau kaum atau agama tertentu khusus untuk jawatan Perdana Menteri, tetapi Melayu-Bumiputera bahkan masyarakat India dikejami dengan penuh sistematik. Mereka tidak sahaja dihalau menerusi kenaikan mendadak hartanah tetapi juga kemasukan pekerja-pekerja asing bagi jawatan-jawatan dan kerja-kerja rencam. Malah Lim Guan Eng yang mengepalai Kerajaan Negeri Pulau Pinang, pernah berusaha untuk mendapatkan dua bidang tanah wakaf perkuburan bertujuan membangunkan projek perumahan mewah yang tidak mungkin dapat dibeli atau dimiliki oleh Melayu-Bumiputera Pulau Pinang.

Bagaimanapun, kerana bijak berputarbelit dan dengan bantuan orang Melayu yang pro-DAP, isu tersebut dipulas balik dengan menyalahkan Kerajaan Persekutuan yang kononnya tidak MEMBELI DAN MENGKHUSUSKAN LAPAN LOT TANAH TERSEBUT sejak 1999 lagi bagi tujuan dijadikan tanah perkuburan. Umum mengetahui, tanah merupakan bidang kuasa kerajaan negeri yang terletak di Pulau Pinang yang ditadbir-urus oleh DAP.

Menjelang PRU 2018, DAP semakin galak menentang apa sahaja yang berkaitan Melayu-Bumiputera, Islam, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu. DAP berselindung dan menggunakan NGO seperti BERSIH yang mendapat dana langsung daripada George Soros yang mahu menghapuskan "MALAY RULING". Ini membuktikan apa yang diikrarkan oleh Lim Kit Siang, hanyalah dongengan semata-mata.

Secara bodoh, memang 60 kerusi DAP tidak akan mampu mengambilalih pentadbiran dan pengurusan negara. Tetapi 60 kerusi tersebut pasti akan bercampur dengan kerusi-kerusi dari parti-parti lain yang menyertai DAP.  Sebagai parti dominan, DAP sudah tentu akan mengutamakan dasar-dasarnya MALAYSIA MALAYSIAN yang tidak lagi dilaung-laungkan tetapi terus berjalan seperti tahun 1963.

Bukankah gabungan itu yang diamalkan oleh Barisan Nasional sehingga membolehkan UMNO menerajui negara? Mengapa pula DAP perlu dikesampingkan sebagai sebuah parti individu walhal sekarang pun, gabungannya dengan PKR dan PAS (di Selangor), menjadikan DAP sangat dominan?

Selepas mengambil kira apa yang berlaku di Pulau Pinang, Perak dan Selangor, betulkah Melayu-Bumiputera tak hilang kuasa politik kalau DAP dibenarkan menguasai Putrajaya?

Temberang pukau apakah Lim Kit Siang nak buat?

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.