DUNIA mungkin sudah masuk abad ke 21 tapi media Amerika
Syarikat yang disokong agensi perisikan negara itu masih lagi berada di takuk
lama.
Contohnya, perang dingin sudah lama berakhir dengan
runtuhnya Tembok Berlin tapi media Amerika sentiasa mengapi-ngapikan permusuhan
antara negara itu dengan Rusia dalam pelbagai cara, kadang-kadang dalam bentuk
yang tak terfikir dek minda..
Terbaru apabila media Amerika Syarikat seperti WSJ,
memperbesarkan dakwaan kononnya Rusia mempengaruhi keputusan pilihanraya
Presiden negara itu yang menyaksikan Donald Trump menang dan calon popular,
Hillary Clinton tewas.
Hakikatnya, sama seperti dakwaan DoJ terhadap 1MDB,
tuduhan ini juga tidak mempunyai bukti.
Laporan 25 mukasurat yang disediakan FBI untuk menyokong dakwaan
tersebut bukan sahaja tidak mempunyai bukti, malah penuh dengan andaian dan
anggapan. Tapi itulah yang gemar
dimainkan media negara tersebut. Rusia
sendiri tidak mengambil endah perkara ini sekalipun ia dianggap benda besar
oleh media Amerika Syarikat.
Maka tidak hairan kenapa Presiden negara itu sendiri pun
menggelar media negaranya sendiri
sebagai bodoh macam batu. Sementara
penyokong Pakatan disini di ajar oleh Mahathir supaya mempercayai media Amerika
seperti WSJ (antaranya) yang bercakap buruk dan bohong tentang pemimpin negara
kita.
Ironinya, benda sama kalau berlaku pada zaman Mahathir
menjadi Perdana Menteri akan dianggap sebagai pengkhianatan kepada negara tapi
dalam usaha dia menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang agar dia
sendiri dapat menjadi Perdana Menteri semula, ini (mempercayai media asing)
dianggap satu tindakan yang mulia.-MyKMU.net
1 comment :
Are you interested in joining the great illuminati, here is a life
transforming opportunity into the world of the
rich, you will be given $5,000 every two weeks as a membership
blessings, powerful and famous.
Inbox, OR send a friend request
Whatsapp +13176681073
Post a Comment