Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, June 7, 2018

Tidak Wujud Unsur Bail Out 1 MDB




Pelik bila Guan Eng hanya mendedahkan bayaran-bayaran yang dibuat oleh MOF untuk 1MDB dan tidak mendedahkan aset-aset yang diterima MOF akibat daripada pelan rasionalisasi 1MDB.

Menurut seorang Penganalisis Kewangan dari sebuah bank terkemuka, Tuan Syed Agil Jamalullail Pelan Rasionalisasi 1MDB disebut sejak 2015 dan pemindahan aset kpd MOF diusulkan sejak 2016. Antara yg berlaku semasa pelan rasionalisasi 1MDB ialah pemindahan aset dan pinjaman 1MDB kepada MOF INC, Kementerian Kewangan.

Apa yang berlaku ialah aset dan pinjaman 1MDB saling berkaitan. Ini kerana perolehan aset 1MDB dibeli menggunakan dana daripada bond atau pinjaman bank, maka aset tersebut akan terkait dengan pinjaman jangka panjang tersebut. Contohnya 1MDB GIL bond terikat dgn aset-aset investment units dan 1MDB bond terikat dengan aset hartanah Bandar Malaysia.

Hal ini berlaku kerana 1MDB tidak menerima dana duit kerajaan atau mana-mana sumber dana rakyat, maka syarikat perlu menerima pinjaman/pelaburan daripada peminjam/pelabur.

Semasa pemindahan aset berlaku, 1MDB ada sekitar RM60 billion dan RM41.7 billion hutang.

1. Baki hartanah di TRX and saham di Lend Lease’s LifeStyle’s Quarter – RM8 billion.
2. 100% hartanah Bandar Malaysia – RM26 billion
3. US$2.5 billion unit dana pelaburan 1MDB – RM10.83 billion
4. Claim keatas IPIC US$3.5 billion, security deposits dan lain2 – RM15.17 billion

.
Malah malaysiakini pernah menyiarkan artikel tentang bagaimana Bandar Malaysia boleh menjana RM105 billion jika dijual dalam tempoh yg lebih strategik.

Dan dalam temubual terbaru 1MDB bersama CNBC, aset 1MDB dianggarkan bernilai sekitar RM43 billion manakala hutang hanya bernilai sekitar RM30 billion.

Bagaimana untuk katakan 1MDB di'bailout' apabila bayaran diambil daripada pencairan aset-aset syarikat sendiri dan bukan aset kerajaan. MOF dapat aset 1MDB sebagai timbal balik, tidak seperti RM30 billion forex yang hilang hangus begitu sahaja -saj

.

Rujukan:

[1] 1MDB PRESS RELEASE 26-10-2017 http://www.1mdb.com.my/press-release/stop-misleading-the-people-tony-pua-your-economic-sabotage-has-failed

[2] Malaysiakini: Bandar Malaysia boleh hasilkan RM105 billion
http://www.malaysiakini.com/columns/382332

[3] TRX: Lend Lease’s LifeStyle’s Quarter http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/03/27/ready-for-unveiling/

[4] 1MDB 2018: Aset RM43 billion vs hutang RM30  
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/04/21/1mdb-debt-now-at-rm30bn-assets/


MyKmu

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.