Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, June 16, 2019

Politik Hanyir Pakatan Harapan ( PH )





Sedang Rakyat tertunggu-tunggu janji manis Kerajaan Pakatan Harapan (PH), pelbagai cerita timbul selepas setahun memerintah. Namun kemanisan yang rakyat dambakan, sebaliknya 'politik hanyir' yang dihidangkan.


Negara digemparkan dengan penularan video pasangan sejenis didakwa mirip seorang menteri. Bertambah gempar apabila sipelaku tanpa rasa bersalah mengaku bahawa dirinya merupakan individu di dalam video tersebut bersama menteri yang didakwa.


Situasi ini seolah drama pada 1998 kembali menghantui rakyat. Pada ketika itu Tun Mahathir merupakan Perdana Menteri ke-4. Dengan kuasanya Anwar Ibrahim ketika itu telah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.


Kini apabila Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-7, senario yang sama juga berlaku tetapi melibatkan watak berbeza. Malah situasinya hampir sama ketika 1998, dalam situasi sebelum berlakunya peralihan jawatan Perdana Menteri.


Cuma bezanya, pada1998 Anwar Ibrahim dikaitkan dengan Tun Mahathir, dan kini giliran Anwar Ibrahim dikaitkan dengan Azmin Ali pula. Ada pemerhati berpendapat dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang ini terbahagi kepada dua kem yang berbeza ideologinya.


Secara kebetulan atau tidak, tetapi jelas dapat dilihat dalam isu perlantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM baru-baru ini. Terdapat satu kem menentang dan satu kem lagi menyokong pelantikan tersebut.


Situasi ini menimbulkan spekulasi yang mengatakan penularan video Azmin Ali bersama Haziq Aziz ada kena mengena dengan Anwar Ibrahim. Mungkinkah ini merupakan konflik perebutan jawatan Perdana Menteri Ke-8?


Jadi benarkah mereka yang pro Anwar Ibrahim merupakan dalang utama yang merancang untuk membunuh karier politik Azmin Ali? Ia dengan sekelip mata sahaja sekali gus menghalang Azmin Ali dari terus merampas jawatan Perdana Menteri ke-8?


Kita sedar bahawa permainan politik jijik seperti ini tidak membawa apa-apa keuntungan kepada rakyat. Selain tertunggu-tunggu janji-janji manis yang menyebabkan mereka memberikan sokongan kepada Kerajaan PH dalam PRU-14, rakyat juga sedang bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi, kenaikan harga barang keperluan, tol tidak dihapuskan, penurunan harga petrol ke tahap RM1.50 seperti dijanjikan dan banyak lagi.


Samada video hanyir itu tulen atau sebaliknya bukan persoalan. "Damage has been done". Rakyat muak dengan penafian demi penafian. Rakyat resah dengan cara pentadbiran 'caca marba'. Dengan Malaysia ditadbir oleh "undang undang rimba", orang yang sedang dibicarakan boleh dibebaskan, inikan pula pelaku video hanyir. Mereka boleh 'disucikan' pada bila-bila masa dan diangkat menjadi perdana menteri. Inikah naratif bagi melantik seorang pemimpin dalam meneruskan kesinambungan sebuah kerajaan?


Tersebarnya video hanyir tersebut menandakan kemuncak kepada kegagalan Kerajaan Pakatan Harapan. Para pemimpin mereka berpolitik sepanjang masa dengan mengabaikan kepentingan rakyat, hingga sanggup berbuat apa sahaja demi kuasa.


Justeru Perdana Menteri tidak perlu lagi berdolak-dalik, selain membubarkan parlimen bagi membolehkan rakyat memberikan mandat baharu kepada sebuah kerajaan yang lebih baik.

9 comments :

Anonymous said...

Namanya TM. Takkan diikutnya cakap kita. Dia akan dengan cakap LKS/LGE. Kau menyalak macam "anjing" tak gila. TM tak akan peduli.

Anonymous said...

Bila agaknya Latifah Koya nak mulakan semula siasatan kes rasuah banglo murah LGE dan kes rasuah terbesar terowong Pulau Pinang? Rakyat teramai tertunggu2 dan menaruh harapan yang sangat tinggi kepada Latifah Koya. Dikatakan diantara agenda Latifah adalah ingin memerangi rasuah sehingga keakar umbi. Sama2 kita tunggu tindakan seterusnya samada beliau ikhlas atau hanya berpurak2 dan melindungi kroninya!

Anonymous said...

Jom semua kita bergerak kebelakang MUNDUR bersama2 Malaysia Baharu DUBUR MENDUBURI...

Anonymous said...

Rakyat sewajibnya tidak membenarkan kerajaan MALAYSIA BAHARU DUBUR MENDUBURI terus menerus MEMPROMOSI cerita2 FITNAH DUBUR MENDUBURI seperti ini. Ianya tidak bagus untuk anak2 kecil dan anak2 muda yang mungkin TERKELIRU buat jangkamasa panjang. Diharap kerajaan MALAYSIA BAHARU DUBUR MENDUBURI peka akan perkara jijik ini....

Anonymous said...

Kenapa perlu diHALANG2 doktor pakar memberi keterangan berkenaan pembunuhan M Adib semasa inkues. Setelah puluhan tahun, 30, 40 atau 50 tahun berkhidmat, mereka adalah pakar dalam bidang mereka. Ini yang rakyat cuba fahami sekarang. Janganlah ada lotong2 yang menganggu perjalanan inkues tersebut. Tujuan inkues adalah mencari kebenaran, membela mangsa dan bukan untuk membela pembunuh. Janganlah membuang masa dan membazirkan wang rakyat!

Anonymous said...

KEMARUK SUNGGUH NAK JADI PIDANA MINTRI
YG RENTA SEKO GILA BABI LANSUNG TAK BAGI
MACAM2 ALASAN BERUK RENTA SPARA RENTA KASI
RAKYAT BOSAN MELUAT SELAGI 2 BERUK NI TAK MATI LGI..!!

MALAYSIA HANCUR BUKAN DNG PERANG
MESIA HANCUR DNG PRANG KUNYIT MASAM
MERECIK TENGIK HAWAW MACAM GAMPANG
RAKYAT BOSAN MACAI BODOH TERDIAM

PANJI KUNYIT BERKIBAR SUDAH
PERANG KUNYIT MCM HARAMJADAH
SELAGI BERUK 2 EKO MEMERINTAH
MESIA DARUL KUNYIT AKAN MUSNAH


MUAHAHAHH MUAHAHAHIIUEEEEWW AWUU!!
ALJUBORI MENGUNYIT, AZMIN TADAH ATOK HIDU, MACAI SAPU...


miajalipahJR

Anonymous said...

PERINGATAN PADA SEMUA UMAT ISLAM SEKELIANYA
HARAM MENYEBELAHI MANA MANA KEM KUNYIT YG ADA
BIARKAN PANJI KUNYIT HAWAW BERTEMPOR SESAMA DEPA
PANJI KUNYIT SAPA LINGKUP DULU KITA TEPUK KUAT2 YER..!!


KIKIKIKI...!!

FATWA HARAM MENYEBELAHI KEM KUNYIT SEMUANYA
ELOK BERKECUALI DUDUK DIAM BELI POP CORN SEMUA
WAYANG KUNYIT DAH NAK MULA JANGAN LARI SINI SANA
SESAPA YG MELINGKUP HAAAH TEPUK KUAT2 SEMUA



MUAHAHAHAHHHAHH MUAHHAIIEEUEEEWWUU..
ATOK GORENG KUNYIT ASMIN TADAH BANG NON BAU ... MACAI SAPU


KIKIKIKI
HAWAWWW....!!!


miajalipahJR

Anonymous said...

Agak2nya berapa lama masa diperlukan oleh pihak PDRM untuk menyiasat kes DUBUR MENDUBURI terbaru diERA MALAYSIA BAHARU ini? 1 minggu? 1 bulan? 1 tahun? 10 tahun? atau 100 tahun? Kes jam omega yang lalu dikatakan sehingga kini masih belum diselesaikan, benarkah? Kes kehilangan wang UMNO juga masih belum diselesaikan sehingga dikatakan ada bekas pegawai polis yang terbabit kini dikatakan ingin migrate ke Kanada? Benarkah? Sama2 kita tunggu pengakhiran cerita...

Anonymous said...

HEBAT SINGGUH MESIA BARU SKG INI
SEMBURIT HAWAW MASAM TINGGI MAKAMNYA
KAROMAH KUNYIT MASAM BAU MEWANGI LAGI
PANJI MANO LINGKUP DULU KITA TEPUK YA!



KIKIKIKIKIKI..


miajalipahJR

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.