Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Anwar. Show all posts
Showing posts with label Anwar. Show all posts

Saturday, June 15, 2019

Rancangan Mahathir Menjadikan Azmin Ali PM ke-8 muktamad



“Umum perlu faham, biar teliti manapun rancangan Mahathir, beliau tahu bahawa ianya berisiko menemui kegagalan biar kecil mana risiko tersebut. Justeru, beliau bersiap sedia untuk membubarkan parlimen pada bila-bila masa sekiranya terdapat tanda-tanda rancangannya akan gagal. Saya yakin bahawa inilah faktor utama yang mendorong beliau untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong secara senyap semalam tatkala rakyat Malaysia digemparkan dengan video-video seks Azmin”

Oleh Raggie Jessy Rithaudeen

Semua ahli politik yang seharusnya mengeluarkan kenyataan berkenaan video homoseks yang tular baru-baru ini (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “video seks Azmin”) telahpun mengeluarkan kenyataan.

Semalam, presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mengutuk politik jijik yang dimainkan sesetengah pihak terhadap Dato’ Seri Azmin Ali yang dipercayai merupakan individu yang terpapar dalam video berkenaan.

Walaubagaimanapun, Anwar tidak menafikan bahawa individu-individu dalam video tersebut merupakan Azmin dan Haziq Aziz.

Berbeza pula dengan Mahathir, beliau memberitahu pemberita malam semalam bahawa belau tidak yakin Azmin terlibat dalam video tersebut.

Sekali pandang, ianya memberi persepsi seolah-olah Anwar merupakan dalang di sebalik video berkenaan.

Ini mudah dipercayai, memandangkan Anwar diketahui tidak berpuas hati dengan hubungan akrab antara Mahathir dengan Azmin dan khuatir Azmin akan dipilih oleh Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Tetapi umum perlu imbas kembali detik-detik yang menjurus kepada pemecatan Anwar dari kerajaan pada tahun 1998 untuk memahami betapa perlunya seseorang itu was-was terhadap segala apa yang dikatakan oleh kedua-dua Anwar dan Mahathir.

Beberapa minggu sebelum Mahathir bertindak memecat Anwar atas tuduhan meliwat, beliau memberitahu pemberita bahawa timbalannya bukan seorang homoseks dan tidak terlibat dalam hubungan seks di luar tabii sepertimana dicadangkan oleh penerbit buku “50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.”

Anwar pula berulang kali memberitahu pemberita bahawa hubungan beliau dengan Mahathir baik seperti sediakala, walaupun pada ketika itu, bukan hanya kedua-dua mereka sudah jarang berinteraksi, Mahathir pernah mengarahkan Tun Daim Zainuddin untuk ‘menasihati’ Anwar supaya berundur secara sukarela.

Apapun, buat masa ini, tidak ada kepastian daripada mana-mana pihak samada dalang di sebalik video seks Azmin merupakan Anwar atau Mahathir.

Apa yang pasti, Mahathir ingin jadikan Azmin Perdana Menteri Malaysia ke-8 dan akan memusnahkan kerjaya politik Anwar buat selama-lamanya setelah selesai melakukan percaturan tertentu.

Biar sesiapapun dalang di sebalik video tersebut, ianya sudah tentu akan mencetuskan perbalahan sengit di antara puak Azmin dan puak Anwar dan sekaligus memecah-belahkan PKR sepertimana yang dikehendaki Mahathir.

Azmin sudah tentu akan mengesyaki Anwar dan akan memberikan jaminan 200 peratus kepada Mahathir bahawa beliau tidak akan terfikir untuk bersekongkol dengan Anwar setelah menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Mahathir pula akan mampu mencantas Azmin pada bila-bila masa sekiranya perlu memandangkan isu homoseks terbaru ini akan sentiasa menghantui Azmin dan mampu memusnahkan karier politiknya sekiranya tidak mendapat sokongan Mahathir dan anaknya, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir.

Apa yang jelas, Mahathir sudahpun memulakan langkahnya untuk meletakkan titik noktah pada karier politik Anwar dan dipercayai akan memastikan bekas timbalannya akan merangkak kembali di penjara Sungai Buloh.

Bagi menjayakan rancangan tersebut, Mahathir melantik Latheefa Koya sebagai ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa merujuk Jawatankuasa Pelantikan Khas Parlimen, Kabinet ataupun ahli-ahli parlimen.

Latheefa dijangka akan membuka semula fail Lim Guan Eng berhubung pembelian Bungalow di bawah harga pasaran dan turut dijangka akan merujuk kembali fail-fail bersangkut-paut skandal terowong dasar laut Pulau Pinang dan skandal penjualan tanah di Taman Manggis, Pulau Pinang.

Guan Eng kemudiannnya akan dipanggil ke meja rundingan bersama ayahnya, Lim Kit Siang, bagi membuat pilihan sekiranya bersetuju Azmin dijadikan Perdana Menteri ke-8 ataupun sekiranya mereka masih berdegil untuk menjadikan Anwar Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Opsyen pertama akan melihat Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Tun Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan, manakala opsyen kedua dipercayai akan melihat Guan Eng menjadi timbalan Anwar dan Rafizi Ramli, menteri kewangan.

Sekiranya Guan Eng memilih opsyen kedua, beliau berkemungkinan besar akan dihadapkan dengan belasan tuduhan rasuah dan salahguna kuasa dan sudah pasti akan dihumban masuk ke penjara dalam tempoh masa tersingkat.

Sekiranya beliau memilih opsyen pertama, Mahathir akan mendapatkan deklarasi daripada kesemua ahli parlimen DAP, PPBM, AMANAH, WARISAN dan mereka di PKR yang bersekongkol dengan Azmin untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai bukti Azmin mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

Susulan itu, Mahathir akan letak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia tetapi kekal sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.

Beliau kemudiannya akan mengadap Agong bagi mempersembahkan ‘keyakinan’ majoriti ahli parliemen terhadap Azmin supaya Tuanku Baginda berkenan melantik Azmin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Apapun, pada ketika itu, Anwar samada sudah berada di penjara Sungai Buloh ataupun dihadapkan ke Mahkhamah atas tuduhan meliwat dan akan dipaksa bersemuka dengan Ketua Hakim baru yang sememangnya yakin beliau peliwat.

Umum perlu faham, biar teliti manapun rancangan Mahathir, beliau tahu bahawa ianya berisiko menemui kegagalan biar kecil mana risiko tersebut.

Justeru, beliau bersiap sedia untuk membubarkan parlimen pada bila-bila masa sekiranya terdapat tanda-tanda rancangannya akan gagal.

Saya yakin bahawa inilah faktor utama yang mendorong beliau untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong secara senyap semalam tatkala rakyat Malaysia digemparkan dengan video-video seks Azmin.
Bersambung…

Artikel penuh boleh dibaca disini:
TheThirdForce.net ;
https://bit.ly/2XNBmp2

Friday, May 24, 2019

BAGI PEMIMPIN PH, 'BAPA PEROMPAK NEGARA' YANG SEBENAR-BENARNYA IALAH MAHATHIR



Hari ini ramai pemimpin PH yang menghalakan tuduhan mereka ke atas DS Najib, bahawa Najib adalah kleptokrat dan penyamun harta negara.

Namun, adakah mereka ini hipokrit atau munafik, kerana sebelum Mahathir masuk kandang mereka bagaikan lembu dicucuk hidung, merekalah yang beriya-iya menghentam Mahathir sebagai bapa perompak negara atau pelabelan yang selari dengannya?

    DS Anwar Ibrahim

DS Anwar Ibrahim pernah dalam perucapan awamnya menuduh Mahathir sebagai ‘pencuri wang negara’.




Anwar mendakwa, anak Mahathir mendapat kontrak Petronas, dan Kencana Petroleum adalah milik Mokhzani Mahathir. Banyak hasil Petronas telah dikaut oleh anak Mahathir.

Anak Mahathir, Mirzan juga amat kaya sehingga mampu membeli kilang arak St Miguel di Filipina dengan bayaran tunai RM2.9 bilion.


St Miguel Brewery (SMB) Manila, adalah kilang arak terbesar di Filipina



Antara arak keluaran St Miguel Brewery, Filipina

  
Kemudian Anwar juga mendedahkan bahawa anak Mahathir juga membeli Esso Malaysia dengan harga RM1.7 bilion dan jenamanya ditukar kepada PETRON. Mahathir juga mengenakan syarat supaya MAS membeli minyak PETRON selama 6 bulan bagi menguntungkan syarikat minyak itu (kita tidak tahu apa jadi selepas itu).


    Mat Sabu

Mat Sabu presiden PAN, yang kini merupakan Menteri Pertahanan tanpa sebarang sijil akademik, pernah menuduh Mahathir sebagai ‘Bapa Pelingkup Negara’ kerana segala kerosakan negara berlaku pada zaman ketika Mahathir berkuasa.




 Mat Sabu mengulangai kebenciannya kepada Mahathir dan kemudiannya menuduh pula Mahathir sebagai ‘Kepala Perompak’


 Mat Sabu juga menasihatkan ‘perompak-perompak baru’ janganlah hendak menipu Mahathir kerana Mahathir tahu di mana harta disembunyikan, dia tahu serba-serbi tentang kerja-kerja merompak kerana dia sendiri adalah ‘Bapa Perompak Negara’.





    Lim Guan Eng

Lim Guan Eng juga pernah menuduh Mahathir sebagai cuba menyelamatkan anak-anaknya yang kaya-raya. Kata Guan Eng, Mahathir takut sekiranya Lim Kit Siang (parti DAP) menang, Haji Hadi (PAS) menang, Anwar (PKR) menang, yang susah nanti adalah anak-anak Mahathir bukan Mahathir kerana Mahathir sudah tua dan tidak berapa lama lagi akan hidup.

Kekayaan anak Mahathir, Mokhzani (orang ke-13 terkaya Malaysia) telah mengalahkan tauke Sport Toto, TS Vincent Tan Chee Yioun yang jatuh di tangga ke-14 dalam senarai orang terkaya di Malaysia.



Lim Guan Eng juga mengugut sekiranya mereka menang, mereka akan menahan dan menyoal anak Mahathir yang memiliki harta sejumlah RM2.7 bilion, bagaimanakah dia dengan mudah menjadi begitu kaya?


•   Mendiang Karpal Singh

Mendiang Karpal Singh juga telah mendakwa bahawa Mahathir telah berkuasa selama 22 tahun dan selama itu dia telah menyalahgunakan kuasa (abused of power).

Karpal mencabar Mahathir supaya mengisytiharkan asetnya (hartanya) dan juga harta anak-anaknya. Mahathir mempunyai banyak soalan untuk dijawab



Bagi Karpal Singh, jika ada pemimpin yang rasis, maka pemimpin itu ialah Mahathir. Kata Karpal Singh lagi, sekiranya kami (Pakatan Rakyat) menguasai Putrajaya, kami memberi amaran kepada Mahathir supaya jangan lari dari negara ini.





    Gobind Singh Deo

Gobind Singh Deo juga pernah melabel Mahathir sebagai ‘Hantu nombor Satu Malaysia’ dan ‘Hantu Besar’ Malaysia.




    Rafizi Ramli

Rafizi Ramli yang merupakan Timbalan Presiden PKR, pernah mendakwa bahawa Mahathir adalah manusia ‘lidah bercabang’ kerana kalau dia kata dia Melayu bermaksud dia ‘India, mamak’. Kalau dia kata Anwar liwat, maksudnya Anwar tak liwat. Kalau dia kata dia tak takut, maksudnya dia takut (kalau Pakatan Rakyat menang PRU) dan tidak boleh tidur setiap malam.

Rafizi hairan apabila Mahathir mengaku bahawa kekayaan dirinya adalah hasil gajinya selama 22 tahun memerintah sebagai Perdana Menteri.




 Rafizi juga mendakwa, rumah Mahathir di Country Height berharga RM20 juta, anak dia tersenarai sebagai orang Melayu terkaya di Malaysia. Kayanya anak Mahathir sehingga boleh membeli kilang arak St Miguel di Filipina dan dengan kekayaan itu, anak Mahathir mampu membeli stesen minyak Esso dan menjenamakannya sebagai PETRON.

Kata Rafizi, jangan beli minyak PETRON kerana jika rakyat beli, bermakna rakyat mengkayakan tauke arak dari Malaysia.


    Lim Kit Siang

Rakyat juga hairan dan tertanya-tanya mengapakah Lim Kit Siang berubah pendirian tentang tindakan Mahathir ‘melenyapkan wang negara melalui skandal Forex-Bank Negara Malaysia (BNM)’, sedangkan dialah yang dahulunya beriya-iya mencanangkan kes Forex-BNM sehingga dia telah menulis beberapa buah buku berkenaan dengannya.

Lim Kit Siang telah menulis dua buah buku berkenaan skandal BMF yang menuding jari kepada Mahathir dan sebuah buku berkenaan skandal Forex-BNM juga mengaitkannya dengan sikap dan tindakan Mahathir ‘merompak wang negara’.




Anehnya hari ini Lim Kit Siang hanya mendiamkan diri dan melupakan siapakah perompak negara sebagaimana yang pernah dicanangkan dahulu.






  Wan Azizah

Wan Azizah yang kini merupakan Timbalan Perdana Menteri juga pernah berjanji bahawa sekiranya Pakatan Rakyat menang, maka mereka akan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat penyelewengan kuasa, rasuah, nepotisme, kleptokrasi dan kronisme Mahathir.




Malah pada Mei 2017, sebuah akhbar Cina, ‘China Press’ pernah mendakwa bahawa ‘menyebelahi Mahathir adalah satu pengkhianatan kepada sistem demokrasi.’


Terjemahannya (sebagaimana dipetik daripada blog Pak Din):

Menyebelahi Mahathir Adalah Satu Pengkhianatan Kepada Demokrasi


– China Press


Parti-parti pembangkang terlalu sibuk melakukan pembersihan ke atas perbuatan Mahathir.

Penulis upahan Roket telah berkali-kali mempromosi betapa pentingnya Mahathir dan cuba untuk mengalihkan perhatian bahawa pembangkang telah menyimpang dari prinsip mereka.

Facebook Rocket juga berkata dalam posting mereka: “Mari kita bergantung harap kepada Mahathir untuk naik dahulu dan kemudian baharu berurusan dengan Mahathir.” Posting ini menjadi begitu menggelikan dan kemudiannya dipadam.

Kerana ia melibatkan kepentingan awam, adalah memalukan untuk Lim Kit Siang berkata beliau telah memaafkan Mahathir kerana orang kuat Rocket telah kehilangan integriti dan sama sekali tidak layak untuk memaafkan Mahathir bagi pihak pembayar cukai dan pengundi.

Anak muda yang dilahirkan selepas tahun 80-an mungkin tidak memahami bahawa negara ini hari ini menerima bencana yang ditinggalkan oleh Mahathir.
Selain menjadi promoter kronisme, beliau memecat Ketua Hakim Negara dan merosakkan kebebasan badan kehakiman Malaysia.

Mahathir juga memaksa media cetak untuk memperbaharui lesen percetakan secara tahunan untuk mengawal kandungan berita mereka.



Pada April 2015, Mahathir pernah mengaku bahawa dia menyertai Pakatan Harapan (PH) kerana dia takut jika PH menang dia akan menerima padahnya, kerana penyelewengan kuasa, kronisme dan nepotisme.

Dengan pendedahan video-video di atas serta keratan akhbar China Press, maka hendaklah kita sebagai rakyat melontarkan kembali soalan, siapakah sebenar-benarnya ‘perompak negara’ atau sebagaimana kata Mat Sabu, ‘bapa perompak negara’, dan ‘bapa pelingkup negara’ ?
                       
SourceLink

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.