Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, March 2, 2013

Mengapa ATM tidak bertindak awal hapus penceroboh di Lahad Datu ?



Sebaik mendapat arahan  PM  semalam, Angkatan tentera yang telah lama bersiapa-siaga serta memerhatikan kes Lahat Datu  terus mengawasi sepenuhnya di kawasan  konflik.

Ramai yang pertikaikan mengapa pihak tentera tidak campurtangan bertindak lebih awal yang menyebabkan   kerajaan dilebel  terlalu lemah & berkompromi . . Kita harus ingat kerajaan Malaysia sejak awal lagi   mahu menyelesaikan isu pencerobohan ini secara rundingan dan tidak mahu pertumpahan darah berlaku.

Justeru pihak polis Malaysia dihantar untuk berunding dengan mereka supaya keluar daripada negara ini  secara baik . Para perunding yang dihantar oleh KDN dalam isu ini  adalah  mereka  yang berpengalaman dan  terbaik dalam pasukan polis .

Setelah pintu rundingan ditutup barulah arahan diberikan kepada pihak angkatan tentera serta mengishtiharkan darurat  di kawasan terbabit. Kita perlu ingat pihak keselamatan  juga memerlukan masa untuk memastikan semua  penduduk berdekatan dipindahkan atau   meninggalkan kampung mereka sementara sesi perundingan berjalan. Ia adalah kawasan perkampungan, bukan medan perang. Tambahan pula, dalam sesi rundingan berjalan pihak polis juga  menyekat penyaluran makanan & kewangan kepada kumpulan pengganas ini agar mereka mudah menyerah diri .


Mengapa penceroboh mudah masuk ke Sabah & bagaimana modus operandi mereka?

Ramai dikalangan penyokong Pakatan termasuk Anwar Ibrahim sendiri mempersoalkan mengapa perairan negara begitu mudah dicerobohi oleh kumpulan 180 orang termasuklah 32 anggota bersenjata dari Filipina. Mereka mempertikaikan kawalan keselamatan yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia untuk mengawal sempadan dan perairan negara dari diancam musuh.
Persoalan yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang itu merupakan bukti jelas bahawa mereka langsung tak tahu apa-apa tentang ancaman yang diterima di perairan negara yang boleh dikatakan hampir setiap hari oleh anasir-anasir luar.

Pembangkang di Malaysia termasuklah Anwar Ibrahim hanya fikir sekitar 180 anggota penceroboh dari Filipina tersebut merentas lautan dari Mindanao ke Sabah sekaligus? Perairan Sulu merupakan tanah tumpah nenek moyang mereka sejak beratus tahun dulu dimana mereka cukup mahir di sekitar kawasan tersebut. 

Manakala setiap hari ada banyak bot-bot kecil yang berulang alik dari pulau-pulau kecil  di selatan Filipina ke Sabah sama ada untuk berniaga secara 'butter-trade' maupun atas urusan harian lain seperti hubungan kekeluargaan. Dengan keadaan pantai yang luas, adalah tidak mustahil akan ada bot-bot kecil yang bolos dari pemeriksaan di pegawal perairan negara.


 


Siapa yang boleh mengagak sejak  berapa lamakah  perancangan yang mereka lakukan sehinggalah ketibaan 32 orang berpakaian celoreng di kawasan tersebut.

Terdapat maklumat mengatakan, sebilangan anggota kumpulan penceroboh tersebut sudah berada di Lahad Datu hampir 4 bulan sebelum berlakunya pertumpahan darah. Ini menunjukkan bahawa perancangan mengangkat senjata oleh kumpulan ini sudah diatur sejak awal lagi.



Didalam rutin mengawal keselamatan dalam negara sendiri pun adakalanya menyaksikan anggota keselamatan kita cedera atau terkorban, apatah lagi ketika menentang kumpulan militan bersenjata lengkap dari luar.

Oleh itu, dakwaan Anwar bahawa pihak keselamatan negara cuai dalam menjalankan tugas serta kerajaan Malaysia memandang remeh isu keselamatan sempadan langsung tak boleh diterima pakai. Ia jelas menunjukkan bahawa Anwar dan Pakatan sengaja mahu mempolitikkan isu ini demi kepentingan peribadinya sendiri.

1 comment :

Anonymous said...

Utk Dikongsi Bersama;

Persoalan Kenapa polis tak tentera?

1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna

1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan

Dengar cerita darurat telah di istiharkan dan curfew di kuatkuasakan di sana. Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil)

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Nota Tambaham. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).

Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga - Mekah sepatutnya pengawalnya bukan kapal selam tapi malaikat kot)

Harap sedikit sebanyak boleh memberikan pencerahan. Terimakasih.

Petikan Blog Bersama Mazidul

- Cucu Seman Kaloi-

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.