Lim Kit Siang telah memperlekehkan
usaha pasukan keselamatan. Bahkan beliau mendakwa, kematian dua orang anggota
polis yang telah terkena mortar lanun-lanun Sulu berkenaan, sebagai Amat
memalukan.
Kit Siang mencemuh kematian dua orang
anggota polis tersebut yang menurutnya tidak seharusnya berlaku kerana PDRM
menikmati pelbagai kemudahan serta logistik.
Naib Presiden PKR, Tian Chua pula
lebih bangsat apabila menyatakan bahawa pertempuran di Lahad Datu itu merupakan
satu lagi SANDIWARA UMNO dan BARISAN NASIONAL untuk menutup cerita KAD
PENGENALAN BIRU dan PENDATANG ASING.
Serangan tembak menembak di Lahad
Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan
menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Ahli Parlimen Batu itu berkata,
insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang
mainan kerajaan Umno.
“Kita rasa pelik kenapa media
Malaysia tidak melaporkan kejadian itu? Semua sumber laporan oleh media asing.
“Dari mana mereka dapat info
sedangkan tidak ada wakil media yang dibenarkan membuat liputan? Malah berita
yang dilapor itu setakat ini belum diketahui kesahihannya,” kata Tian kepada
Keadilan Daily.
Menurut laporan media Filipina hari
ini, berlaku kejadian tembak menembak antara penceroboh dari Kesultanan Sulu
dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu sehingga menyebabkan
kematian.
Seorang jurucakap kesultanan Sulu
mendakwa seperti dilapor ABS-CBNnews, 10 orang terbunuh dan empat yang lain
cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh
kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.
Menurut akhbar The Philippine Star,
pihak berkuasa Malaysia yang memulakan serangan ke atas kubu penceroboh pagi
ini.
Mengulas lanjut, Tian menyifatkan
pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan
rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.
“Ada konspirasi oleh kerajaan Umno
untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad
pengenalan kepada warga asing,” katanya.(www.keadilandaily.com)
Amat memalukan apabila ada dua
pemimpin yang bangsat macam ni! Perbuatan terkutuk mereka ini harus dikecam dan
sepatutnya mereka tak purlu mengeluarkan kenyataan seperti ini.
Kit Siang dan Tian Chua perlu memohon
maaf secara terbuka kerana telah menghina angota polis yang telah terkorban
dalam mempertahankan negara Malaysia!
No comments :
Post a Comment