Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, March 10, 2013

SAM KETOT REKA CERITA DONGENG, NAK FITNAH NAJIB!!


KALAU nak buat fitnah tu berpada-pada le. Jangan reka cerita yang tak masuk akal dan tanpa fakta. Kesian tengok si Sam ketot ni. Masih tak sedar diri bahawa dirinya tidak dikehendaki lagi oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan juga pucuk kepimpin parti. Tapi, si ketot ni masih lagi terhegeh-hegeh, tak sedar diri masih mencari bahan cerita untuk menjatuh dan mencemarkan nama DS Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN).

Kita nak tanya pada Sam Ketotnya, bila masa pulak DS Najib janji bagi tanah kepada tentera Sulu dan akhbar mana yang menyiarkanya. Dia kata, sumber itu datangnya dari media Filipina, tapi, kenapa dia tidak sebutkan nama media tersebut? Yang kita nampak (gambar) atas, korang pun boleh nampak, itu adalah akhbar Keadilandaily, bukan surat khabar lain. Apa cerita ni Sam ketot?? Lu memang kaki  pembohong dan penfitnah. Jangan sampai kami bogelkan ko dan terkencing dalam seluar.

Itukah sebenarnya wajah pembangkang, tak habis-habis nak cari pasal. Kita yakin penuh, DS Najib tak sebodoh itu membuat janji, tanpa merujuk atau berbincang dengan anggota kabinet sebelum membuat sesuatu keputusan. Apatah lagi melibatkan tanah. Fitnah seperti ini memang tidak boleh dimaafkan. Apakah kerajaan tidak boleh menyaman mereka-mereka ini sewenang-wenangnya menfitnah pemimpin-pemimpin negara seperti Perdana Menteri kita ini?

Sekiranya apa yang si Sam ketot ni sebarkan tak betul dan merupakan sebuah fitnah, kita rasa patut juga Sam ketot ini disaman. 10 Juta...100 juta.??  Saman jangan tak saman. Ikuti cerita dan pembohongan si Sam ketot ini. Klik DISINI. Fikir-fikirkanlah, dan hati-hati bila memangkah di PRU ke-13 nanti. Nampak gambar Pakatan Rakyat, tolak je, undi BN anda selamat.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.