Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, March 11, 2013

Susulan Insiden Lahad Datu : Pemimpin PKR Tweet Polis Alat UMNO!


Tweet dari Latheefa Koya bila rakannya perlu membantu siasat polis akibat kenyataan Tian Chua (konspirasi Lahad Datu).


Gambar dari Blog Badut Rakyat


Adakah Polis alat UMNO atau Polis alat masyarakat kerana dah ada 205 laporan polis terhadap Tian Chua? 

POLIS TERIMA 205 LAPORAN BERHUBUNG KENYATAAN TIAN CHUA SETAKAT INI


Kuala Lumpur, 9 Mac - Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid
Abu Bakar berkata pihaknya menerima 205 laporan berhubung kenyataan yang dikeluarkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua, yang dilihat cuba mempolitikkan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Beliau berkata setakat ini, sebanyak 140 percakapan dirakam dan kertas siasatan kes itu sudah dibawa kepada pihak Peguam Negara.

"Kertas siasatan itu telah dibuat di Johor dan disiasat di bawah Seksyen 500 iaitu memfitnah kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Bersatu Memerangi Jenayah di Kuchai Lama hari ini.

Pada 1 Mac lepas, Portal KeadilanDaily, antara lain, memetik Tian Chua sebagai berkata pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. - BERNAMA


Begitu celupar mulut pemimpin pembangkang ni sampai boleh tuduh Polis sedangkan dah ada 205 laporan polis terhadap Tian Chua.

*Kalau Polis alat UMNO, yang rebut padang dengan budak-budak ni alat apa pulak?


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.