Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, March 12, 2016

LTAT isytihar dividen dan bonus 12 peratus bagi 2016


Image result for LTAT istihar bonus dan dividen 12%



SIARAN AKHBAR
LTAT Isytihar Dividen 12%
Hampir RM700 Juta Bakal Diagihkan Kepada Ahli
KUALA LUMPUR, 11 Mac 2016 – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah mencatatkan jumlah pendapatan (belum diaudit) sebanyak RM766.8 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.
Sehubungan itu, ahli-ahli yang layak akan menerima bayaran dividen dan bonus berjumlah RM693.8 juta pada kadar 12%. Bayaran dividen dan bonus ini meliputi dividen 6% dan bonus khas sebanyak 6% dalam bentuk unit amanah saham untuk ahli yang aktif.
Dividen dan bonus ini akan mula dibayar kepada ahli-ahli yang mencarum pada Isnin, 14 Mac 2016.
Sepanjang tempoh 43 tahun, purata kadar dividen dan bonus tahunan yang dibayar oleh LTAT ialah 11.3% setahun.
Setakat 31 Disember 2015, jumlah aset LTAT meningkat sebanyak 1.1% kepada RM9.4 bilion berbanding RM9.3 bilion pada tahun 2014. Caruman ahli juga meningkat kepada RM9.1 bilion berbanding RM8.9 bilion tahun lalu.
LTAT ingin memaklumkan bahawa ahli-ahli yang telah menamatkan perkhidmatan akan menerima caruman mereka bermula Isnin, 14 Mac 2016. Bagi sebarang pertanyaan berhubung perkara ini pihak LTAT boleh dihubungi di talian 1-300-88-5828.
Sementara itu, YB Senator Laksamana Tan Sri Dato’ Setia Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor (Bersara), Pengerusi LTAT, berkata, “Kami bersyukur dengan pencapaian yang direkodkan di mana dividen yang masih tinggi berjaya diagihkan kepada ahli-ahli walaupun negara dan dunia berhadapan dengan keadaan ekonomi yang mencabar. Dalam konteks ini, LTAT telah mengambil langkah berjaga-jaga dari segi operasi dan pelaburan bagi memastikan kepentingan dan pulangan kepada ahli-ahli terus diutamakan.”
LTAT sentiasa mengambil berat soal kebajikan ahli-ahlinya terutama anggota-anggota tentera serta ahli keluarga mereka. Dalam konteks ini, LTAT mempunyai pelbagai rancangan dan program yang jelas untuk anggota dan veteran tentera serta ahli keluarga mereka terutamanya dalam bidang latihan, kemahiran, keusahawanan, pendidikan, pemilikan rumah, bantuan kewangan dan biasiswa bagi anak anggota tentera yang layak.
Bagi tahun yang dilaporkan, LTAT dan Yayasan Warisan Perajurit (YWP), yang ditubuhkan oleh syarikat Kumpulan LTAT dan diterajui oleh Boustead Holdings Berhad telah menyampaikan biasiswa dan pelbagai bantuan kewangan berjumlah RM4.1 juta kepada 3,607 anak-anak anggota tentera yang sedang berkhidmat yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan sekolah mereka. Sehingga kini, 67,674 anak anggota tentera yang masih berkhidmat dan yang sudah bersara menerima insentif dan biasiswa berjumlah RM65.8 juta berdasarkan pencapaian akademik cemerlang menerusi pelbagai program.
Dalam tahun yang dilaporkan, YWP telah menyumbang RM239,000 kepada 75 ahli/balu Persatuan Veteran ATM (PVATM). Di samping itu, sebanyak RM2.4 juta telah disalurkan oleh LTAT dan Syarikat Kumpulannya menerusi Jabatan Hal Ehwal Veteran dan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera untuk pelbagai aktiviti kemasyarakatan, sukan dan perayaan termasuk Kempen Hari Pahlawan dan sumbangan bungkusan Hari Raya. Sumbangan zakat perniagaan sebanyak RM353,000 juga telah disampaikan kepada Tabung Zakat ATM.
Sehingga kini LTAT, Syarikat Kumpulan serta YWP telah menyumbang sebanyak RM209.7 juta untuk pelbagai program biasiswa dan bantuan kewangan yang dihulurkan kepada anggota angkatan tentera layak sama ada yang masih berkhidmat atau yang telah bersara.
Di bawah program perumahan mampu milik, LTAT menerusi anak syarikat milik penuhnya iaitu Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM), meneruskan usaha untuk menyediakan dan menawarkan rumah mampu milik kepada ahli-ahli yang layak. Pada peringkat ini, selain projek perumahan yang telah lama dijalankan dan terjual dengan berjaya kepada ahli-ahli LTAT, PPHM kini merancang untuk membina 2,988 rumah mampu milik di Taman LTAT, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 210 di Mutiara Rini, Johor dan 300 rumah mampu milik di Bandar Segari, Perak, khusus untuk warga tentera yang sedang berkhidmat atau yang telah bersara.
Di samping itu, perbadanan-perbadanan milik penuh LTAT terus melaksanakan pelbagai program CSR untuk anggota-anggota angkatan tentera. Antaranya termasuk subsidi sebanyak RM7.7 juta bagi tahun 2015 bagi membantu anggota tentera menangani peningkatan kos sara hidup. Usaha ini juga disertai oleh Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) yang telah menawarkan barangan makanan asas pada harga yang lebih rendah daripada pasaran.
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT), sebuah perbadanan milik LTAT telah berjaya melatih 11,446 anggota ATM yang akan dan telah bersara dalam pelbagai program kemahiran dan keusahawanan bagi membolehkan mereka untuk menceburi kerjaya kedua selepas bersara. Sehingga kini, PERHEBAT telah melatih 195,790 anggota tentera yang akan dan telah bersara dalam program tersebut.
=tamat=

Dikeluarkan oleh : Lembaga Tabung Angkatan Tentera

1 comment :

Gabenor johor said...

NYAMUK YG MENYIBUK

Secara Strategik, Apa Sahaja Isu Yg Di Bawa Tentang 1MDB Adalah TIDAK RELEVAN.

Ini Kerana YAB Presiden UMNO Telah Meminta Agar Rakyat Dan Ahli UMNO Mengambil Pendekatan Dgn Pemikiran Yg Positif Utk MOVING FORWARD Kerana Telah Lama Terkebelakang Melayan Isu Yg Tiada Menjadi Kes Apabila Tan Sri Peguam Negera Membuat Kenyataan Mengenai Tiada Kes Utk Di Bawa YAB PM Untuk Di Dakwa Di Mahkamah Kerana Fitnah RM 2.6 Billion.

Ianya Boleh Di Samatarafkan Sebagaimana Fitnah Cincin Jutaan Ringgit Yg Di Kaitkan Oleh Pembangkang Terhadap Isteri YAB PM.

Namun Kerana Nyamuk Yg Melalak Kali Ini Adalah Bekas Presiden UMNO Yg Kali Ke 3 Terkeluar Dari UMNO Maka, Isu Nyamuk Ini Menjadi Hiruk Pikuk.

Nyamuk Nyanyuk Harus Bertanya Secara Waras KENAPA TONY PUA Yang Menjadi Ahli PAC Isu 1MDB MENARIK BALIK LAPORAN POLISnya?

Kenapa Pula DAP MEMBUAT LAPORAN POLIS Terhadap Tun Dr M Yg Di Tuduh Cuba Membawa Masuk Ribuaan Juta Ringgit?

Kenapa Sehingga Hari Ini Tun Dr M Tidak Menjawab Isu Tuduhan DAP Ini?

Kenapa Tun Dr M Kini Bersekongkol Dgn DAP Pula?

Adakah Dia Mahu DAP Menarik Balik Laporan Polis Mereka?

Pernah YAB PM Bersekongkol Dgn DAP Sehinggakan Tony Pua Menarik Balik Laporan Polisnya?

Umum Juga Tahu Selama 30 Tahun Pembangkang Menuduh UMNO Rasuah Kerana Presiden UMNO Ketika Itu Ialah Tun Dr M Yg Di Gelar MahaFiraun, MahaZalim Dan Bapak Segala Rasuah.

Sehingga Kini Mereka Tidak Menarik Balik Segala Tuduhan Terhadap Tun Dr M?

Adakah Pembangkang Juga RASUAH Sehingga Boleh Berkerjasama Dgn Bapa Rasuah Negara?

Jika Tidak, Wajar Pembangkang Membuat Kenyataan Maaf Secara Bertulis Dan Terbuka Bahawa Tun Dr M TIDAK RASUAH

Ini Kerana Boleh Memberikan Anggapan Bahawa Pembangkang Kini Sama Terlibat Utk Mendapat Untung Atau Upah Dari Duit Yg Beribu Juta Yg Mahu Di Bawa Oleh Tun Dr M, Sepertimana Yg Di Buat Dalam Laporan Polis Oleh DAP.

Kaki Dangdut Akan Bersekongkol Dgn Kaki Dangdut.

Kaki Rempit Juga Begitu.

Kaki Dadah Juga Akan Bersekongkol Dgn Tahi Dadah.

Kaki Rasuah Juga Akan Bersekongkol Dgn Kaki Rasuah...

Seperti Nyamuk Nyanyuk Juga Akan Bersekongkol Dgn Nyamuk Nyanyuk Yg Lain.

GAMIT Mendesak Agar Tun Dr M Di Balas Segala Jasanya Kpd Rakyat Malaysia Selama Ini Di Beri Keadilan.

Lebih Lebih Lagi Jasa Tun Dr M Yg Kini Setia Bersama Pembangkang Yg Menuduhnya Bapa Rasuah Negara.

GAMIT Merasa Kesal Dan Meminta Pakatan Harapan (Yg Masih Belum Berdaftar Seperti Kongsi Gelap) Untuk Memohon Maaf Secara Bertulis Dan Terbuka Utk.
1. Menarik Tuduhan Bahawa Tun Dr M Bapa Rasuah Negara

2. Menarik Laporan Polis Terhadap Tun Dr M Yg CUBA Atau Selama Ini Telah Berjaya Membawa Masuk Ribuan Juta Ringgit Secara Tidak Sah.

Jika Tidak, Pembangkang Ternyata Membawa Isu Nyamuk Dan Telah Sama Nyanyuk Seperti Nyamuk Nyanyuk Yg Ternyata Tidak Relevan.

1 Malaysia Menolak Isu Nyamuk

1 Malaysia Menolak Nyamuk Nyanyuk.

Azuddin Jud Ismail
GAMIT
12 Mac 2016

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.