Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, April 1, 2016

GUAN ENG DAP MASUK PROGRAM MAHARAJA LAWAK MEGA ?! Banglo #NoSimmingPool


Rakyat sedia maklum bahawa Lim Guan Eng DAP berdepan dengan beberapa skandal yang mempertikaikan integriti beliau sendiri.



Skandal banglo No Swimming Pool Below Market Price dan penjualan tanah Fasa 2 yang sepatutnya untuk projek rumah rakyat di Taman Manggis telah menyebabkan Guan Eng dan DAP bercelaru panas punggung.

Yang lebih menariknya ialah alasan-alasan tahap bodoh kepimpinan DAP apabila menjawab skandal ini hinggakan gag order dikenakan. Alasan-alasan dangkal bodoh ini telah menjadi perbualan serta bahan jenaka rakyat Malaysia.

Malah, netizen di dalam media sosial seperti dipaparkan penulis blog drmim turut mencadangkan agar Guan Eng DAP masuk ke Maharaja Lawak! Cadangan ini mendapat sambutan hangat netizen yang lain! Apa salahnya kerana apabila restoran Skohns Canteen bertindak sinis menerbitkan iklan gambar Guan Eng dan 'Below Market Price', mereka datang restoran itu!


Kononnya, untuk meneutralkan isu yang memalukan ini. So sekarang, apabila ramai netizen mengesorkan Guan Eng masuk Maharaja Lawak Mega, apakah akan diterima oleh puak DAP?

Tetapi, manalah tahu mungkin akan peserta-peserta MLM 2016 yang akan menggunakan jenaka DAP ini. Konfem lawak!

Seperti sindiran Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Senator Norliza Abdul Rahim yang secara sinis menyifatkan Lim Guan Eng sebagai pembeli yang bertuah dan bijak kerana dapat membeli banglo dengan harga murah. Dan Guan Eng patut 'berkongsi ilmu membeli rumah dengan harga murah' itu dengan rakyat kurang mampu yang kebanyakannya sehingga kini masih belum mampu membeli rumah!

Sebelum ini, akhbar bahasa Cina amat kecewa apabila pembinaan rumah mampu milik 60.38 meter persegi yang dilancarkan Guan Eng pada harga RM400,000 seunit adalah jauh lebih mahal iaitu kira-kira RM616 bagi setiap 0.09 meter persegi berbanding hanya RM275 untuk rumah banglo No Swimming Pool itu.
RM616 kaki persegi rumah mampu milik banding dengan hanya RM275 kaki persegi banglo mewah!

Yes ….. memang tidak masuk akal dan mendatangkan pelbagai persoalan integriti Setiausaha Agung DAP itu.

Yang terbaru ialah persoalan tentang KLIDC (yang mendapat tender tanah Fasa 2 Taman Manggis) yang dilihat mendapat layanan istimewa oleh kerajaan DAP negeri.

Lihat video di bawah:


Dan memang benar, terdapat satu lagi isu yang mengaitkan syarikat milik Miss Phang Li Khoon, pemilik asal banglo Guan Eng, dengan kerajaan DAP negeri.

Ianya kerana, Pengurus Kanan Winbond Management & Consultant Sdn. Bhd. juga merupakan ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang 2015!



Kebetulan?!

Untuk rekod, Phang Li Khoon merupakan salah seorang daripada pemegang saham dalam syarikat Winbond Management & Consultand Sdn. Bhd. Pemegang saham lain dalam syarikat itu ialah Tang Yong Chew.

Secara 'kebetulan', Tan Yong Chew juga merupakan salah seorang pemegang saham dalam syarikat Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. (KLIDC) yang mendapat tender tanah Fasa 2 Taman Manggis yang sepatutnya untuk projek perumahan rumah rakyat.

Syarikat ini juga yang mendapat layanan istimewa oleh kerajaan DAP negeri seperti yang diterangkan di dalam video di atas.

Bukan itu sahaja, satu lagi persoalan timbul ialah tindakan kerajaan DAP negeri yang menolak tawaran RM22 juta jika dibandingkan RM11 juta untuk tanah kontroversi itu. RM11 juta bezanya yang boleh digunakan untuk rakyat Pulau Pinang tidak ambil kira oleh kerajaan DAP negeri.

Begitu juga wujudnya keganjilan apabila kerajaan DAP negeri menerima wang muka untuk tanah kontroversi itu dan KLIDC mencagarkan tanah itu kepada pihak bank!

Anda lihat video pendedahan di bawah:


Amat menghairankan transaksi jual beli tanah Fasa 2 Taman Manggis ini! Dan sehingga ke hari ini, Lim Guan Eng DAP gagal untuk menjawab secara ikhlas dan transparens.

But what a shame!
Setiausaha Agung DAP itu menggunakan taktik low class iaitu cuba buat diversion dengan mencari salah PERDA dan YB Datuk Shahabudin Yahya, individu yang membuka pekung busuk Guan Eng di parlimen sebelum ini.

How low can Guan Eng be ?!! 

And not to worry, PERDA adalah sebuah agensi kerajaan Persekutuan yang membeli dan menyediakan tanah serta rumah mampu milik untuk rakyat. PERDA mempunyai Ahli Lembaga Pengarah dan ia bukan isu peribadi seperti Lim Guan Eng. Malah, Guan Eng kantoi sekali lagi! 


Ya benar …… diversion Guan Eng dan DAP gagal lagi! What a shame!

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.