Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, October 30, 2017

UMNO Pada Zaman Najib Dan Zaman Mahathir Tidak Sama


 
 


UMNO disifatkan seperti sebuah kapal yang besar yang dimiliki oleh semua khususnya orang Melayu. UMNO juga tidak mendewakan individu, tidak mengharapkan kekuasaan individu semata-mata.

Benar, kepimpinan seseorang itu wajar diberi perhatian apatah lagi dalam usaha sesebuah parti mendapatkan sokongan akar umbi atau sesuatu kawasan. Namun, parti itu lebih diutamakan.

Ketika memberi reaksi kepada kepulangan Muhammad Taib ke pangkuan UMNO, Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa menyifatkan ia sebagai bukti bahawa UMNO sentiasa membuka pintu kepada sesiapa saja.

Sejak Datuk Seri Najib Tun Razak dipilih ahli UMNO menjadi Presiden parti, beliau menggunakan cara yang lebih terbuka berbanding bekas Presiden Mahathir.

Sebagai orang lama dalam politik dan UMNO, Annuar banyak menceritakan pengalaman beliau ketika menyaksikan apa yang berlaku di dalam parti keramat UMNO.

Kata Annuar, zaman Mahathir dulu, wujud sistem kouta iaitu menutup pintu. Inilah yang membezakan zaman Mahathir dan Najib. Tambahan pula pada ketika itu tercetusnya team A dan B. Menyelak kembali sejarah, Mahathir hanya menang tipis saja dengan lawannya Ku Li.

Hinggakan UMNO pernah diharamkan pertubuhannya. Menyedihkan, pernah terjadi dalam sejarah konflik antara pemerintah (Mahathir) dengan institusi raja-raja Melayu. Bergaduh saja kerjanya...
Berbeza dengan Najib, yang suka berkawan dengan semua orang. Tengoklah lawatan kerja di Amerika Syarikat baru-baru ini, layanan yang diberikan cukup istimewa! Bukan saja di Barat, pemimpin dan negara seperti Arab Saudi dan Palestin juga begitu selesa serta suka pada Najib yang membawa bendera Malaysia.

Berbalik semula kepada UMNO yang hari ini lebih demokrasi... Tak kira siapa waima bekas pemimpin parti lawan, jika ia benar-benar mahu bersama dalam perjuangan UMNO, apa salahnya. Ini parti milik semua, bukan milik individu.

Mungkin ramai lagi pemimpin dan pengikut parti pembangkang menyertai UMNO. Iyalah, biasanya, pemimpin-pemimpin ada pengikut masing-masing.

"Warisan perjuangan orang Melayu ialah UMNO. Orang-orang UMNO memperjuangkan parti bukannya individu. Kalau memperjuangkan individu, sampai bila dia akan berkuasa?"

Demikian tegas Annuar dalam Program Bicara BH bertajuk PRU14: Antara Mimpi & Realiti baru-baru ini.

Ialah, kalau kita perjuangkan individu, itu yang tertubuhnya PPBM yang dikepalai Mahathir. Mahathir bergaduh dengan Najib sebab nakkan anakknya diberikan jawatan besar. Macam mana nak beri, parti UMNO bukan seperti DAP yang boleh disusun-susun oleh tangan ghaib. Dalam UMNO perlu melepasi suara ahli dalam pemilihan parti. Kalau ahli parti tidak memberi sokongan, bagaimana mahu mendapatkan mandat seterusnya menduduki jawatan tertentu yang ditandingi?

Sebelum ini lahir PKR yang dikepalai Anwar Ibrahim. Sebab apa? Bergaduh dengan Mahathir. Sebelum-sebelum dulu, pemimpin PAS juga keluar UMNO dan tertubuhlah PAS. Juga kerana bergaduh dan merebut jawatan.

Pemimpin bersilih ganti. Annuar pernah mengatakan ketika program dialog Perjuangan 4 All di Wangsa Maju, Najib adalah pemimpin parti dan negara yang sesuai pada zaman ini. Dipilih ahli UMNO sebagai presiden parti, mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya, kenapa pula kita mahu menidakkan demokrasi?


#BarisanProRakyat VS #PakatanProDAP




No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.