Berikut
artikel tahun 1999 yang dipetik dari FB Rosli Md Sah:
Kebanyakkan
rakyat Malaysia tidak mengetahui kos sebenarnya projek KLCC, yang merangkumi
pembinaan Menara Kembar Petronas dan bangunan-bangunan serta segala
infrastruktur lain di sekitar tanah bekas lumba kuda di Jalan Ampang itu. Surat
khabar “Harakah” dalam satu keluaran lalu ada menyebut bahawa kos Menara Kembar
itu ialah RM 1.8 bilion. Ada akhbar lain pula menyebut RM 4.8 bilion sebagai
kos KLCC keseluruhannya. Jangkaan-jangkaan ini adalah jauh sekali dari angka
sebenarnya, iaitu HAMPIR RM 10 BILION.
Perkara
ini perlu didedahkan kepada rakyat Malaysia, kerana ia melibatkan pembaziran
wang Petronas yang amat banyak, dan Petronas adalah, sebenarnya, kepunyaan
rakyat. Fakta-faktanya adalah seperti berikut:-
1.
SIAPA SEBENARNYA YANG KONTROL PETRONAS?
Sungguh
pun saham Petronas dipegang oleh Kementerian Kewangan Inc (99%), dan Menteri
Kewangan (1%), apabila orang-orang pergi mengadu kepada Dato’ Seri Anwar
Ibrahim, sebagai Menteri Kewangan dan TPM pada masa itu, yang projek KLCC itu
adalah satu pembaziran besar, beliau dilaporkan telah menjawab lebih kurang
seperti berikut, “ Petronas adalah seratus peratus di bawah Perdana Menteri.
Jadi dalam perkara ini saya tidak boleh komen pun, jangan kata nak buat
apa-apa”.
Adalah
satu pengetahuan umum bahawa perlantikan Pengerusi, Pengarah-Pengarah,
Presiden, dan Naib-Naib Presiden Petronas perlu kelulusan Perdana Menteri
(secara lisan atau bertulis, saya tidak tahu). Mana-mana dari mereka yang
ingkar dengan kehendak PM sudah tentu tidak boleh bertahan lama.
2.
ADAKAH PETRONAS PERLU PROJEK KLCC ?
Jawabnya
TIDAK, kerana Petronas sudah ada Dayabumi, dan telah pun membeli dua bidang
tanah besar untuk dijadikan tapak pejabat tambahan bila perlu untuk menempatkan
kakitangan-kakitangannya yang kian bertambah, dan yang sedang menyewa ruang
pejabat di beberapa bangunan di sekitar bandar raya KL. Satu bidang tanah itu
terletak di persimpangan Jalan Tun Razak-Jalan Bukit Bintang yang diberi nama “
Prince Court “, dan yang satu lagi ialah bekas tapak British Council di Jalan Ampang
di belakang Yow Chuan Plaza.
Lagi
pun, pihak Pengurusan Petronas telah beberapa kali sebelum itu mengumumkan
dengan tegasnya kepada kakitangan bahawa hartanah tidak termasuk dalam senarai
perniagaan asas (“core business”) syarikat, apabila kakitangan meminta
mengekalkan atau menambah perumahan yang disediakan untuk keperluan kakitangan
di Kerteh, Bintulu, dan lain-lain, di mana tidak cukup rumah-rumah untuk disewa
dengan harga sederhana. Malah rumah-rumah syarikat yang sedia ada telah dan
akan dijual, tanpa mempedulikan rayuan kakitangan, atas alasan hartanah bukan
“core business” Petronas.
Jadi
kita boleh buat kesimpulan bahawa keputusan Lembaga Pengarah Petronas untuk
melabur secara besar-besaran dalam projek hartanah yang digelar KLCC itu adalah
atas desakan orang yang lebih berkuasa dari pihak Pengurusan Petronas, iaitu
PM.
3.
BAGAIMANA CARA PETRONAS DIPAKSA MEMAJUKAN KLCC?
Petronas
terpaksa memajukan KLCC melalui sebuah syarikat bernama KLCC Holdings yang
sahamnya dipegang oleh Petronas (51%), sebuah syarikat ANANDA KRISHNAN (40%
lebih kurang), dan sebuah syarikat lagi (saya tidak ingat namanya, tetapi
kepunyaan kroni jua). Ananda Krishnan adalah seorang kroni Dr Mahathir yang
besar.
Hampir
semua wang untuk membiayai projek pembaziran ini datang dari Petronas, sama ada
sebagai sumbangan ekuiti atau sebagai pinjaman; ANANDA KRISHNAN sebagai
pengambil untung saja.
4.
BAGAIMANA KOS KLCC NAIK SAMPAI HAMPIR RM 10 BILION?
4.1
KOS TANAH: RM 900 JUTA
Petronas
telah diarahkan membeli tanah bekas gelanggang lumba kuda dari syarikat kepunyaan
ANANDA KRISHNAN dengan harga RM 900 JUTA, walau pun ANANDA KRISHNAN telah
membeli tanah pertanian itu dengan harga lebih kurang RM 300 juta hanya setahun
sebelum itu, dan telah tukar syarat kegunaan kepada komersial. Jika ditolak kos
penukaran syarat, serta faedah ke atas pinjaman wang dari bank, kita boleh
jangkakan bahawa ANANDA KRISHNAN telah diberi keuntungan tidak kurang dari RM
400 JUTA oleh Dr Mahathir, melalui Petronas.
Untuk
menutup peranannya dalam hal ini, semua arahan PM kepada Petronas adalah secara
lisan, dan Lembaga Pengarah Petronas didesakkan meluluskannya dengan rasmi,
lengkap dengan kertas cadangan yang menggambarkan keuntungan yang bakal
diperolehi Petronas dari projek KLCC itu,
Harga
RM 900 juta ini dibayar secara tunai oleh Petronas melalui sekeping cek sahaja,
setelah dituntut dengan cara tergesa-gesa oleh ANANDA KRISHNAN sendiri, yang
datang ke Dayabumi dengan seorang pegawainya untuk tujuan tersebut, pada suatu
hari masa Pengerusi dan Presiden Petronas tidak ada dalam negeri..
4.2
KOS MENARA KEMBAR SAHAJA: HAMPIR RM 4 BILION
Kos
bangunan tertinggi di dunia ini dalam keadaan kosongnya sahaja ialah RM 2.3
BILION, sebelum termasuk kos persiapan dan pemasangan alat-alat di sebelah
dalam, yang menelan belanja lebih kurang RM 1 BILION lagi.
Konsortium
untuk Menara Satu termasuk sebuah syarikat yang dipegangi oleh SEORANG IPAR
PEREMPUAN KEPADA DR MAHATHIR.
Konsortium
untuk Menara Dua mempunyai syarikat yang dipegangi oleh SEORANG IPAR LELAKI
KEPADA DR MAHATHIR.
Selain
daripada itu, semua anak-anak syarikat Petronas yang berpindah ke Menara Satu
tidak dibenarkan membawa atau membeli perabot sendiri, malah dipaksa membeli
“workstation” dari SYARIKAT ARTWRIGHT, yang dipunyai majoritinya oleh MIRZAN
BIN MAHATHIR, anak kesayangan Siti Hasmah, saya dengar. Dengan harga RM 10,000
tiap-tiap sebuah “workstation”, dan memandangkan ada lebih kurang 5,000
kakitangan Petronas di Menara Satu, maka kontrak ini bernilai lebih kurang RM
50 JUTA. Dari segi mutu, harga ini dianggap ramai sebagai luar biasa tingginya.
Selain
daripada “workstation”, bilik pengurus -pengurus dilengkapi dengan perabot dari
luar negeri dan harga yang dikenakan kepada Petronas ialah RM 70,000 sebilik.
Untuk pengurus besar-pengurus besar pula RM 138,000 sebilik; dan untuk
Naib-Naib Presiden, Presiden dan Pengerusi pula tentulah lebih tinggi lagi
(maaf, saya tidak ada maklumat tepat). Selain daripada itu ada beratus bilik
mesyuarat, yang pelbagai nilai perabutnya. Jika dicampur dan didharabkan semua
bilik-bilik ini, maka kita mendapati kontrak yang bernilai LEBIH DARI RM 200
JUTA, terutama sekali kalau diambil kira perabot untuk ARAS 86, DIMANA DIBINA
KHAS UNTUK DR MAHATHIR SEBUAH PEJABAT, BILIK TETAMU, BILIK MESYUARAT, dll.
Siapa punya syarikat pembekal perabot-perabot ini, saya tidak tahu, tetapi dari
segi harga yang amat luar biasa tingginya yang Petronas telah terpaksa
membayar, kemungkinan besar mereka terdiri dari suku sakat atau kroni Dr
Mahathir
Dari
satu sudut, mengadakan PEJABAT UNTUK DR MAHATHIR di aras 86 Menara Satu JELAS
SATU LAGI PEMBAZIRAN, kerana dilaporkan menelan perbelanjaan berjuta Ringgit..
Tak cukupkah yang mewah di Putra Jaya tuh? Dari sudut lain, ianya perlu untuk
memberi keuntungan besar lagi kepada suku-sakat dan/atau kroni.
Tiap-tiap
satu menara Petronas ini mempunyai luas lantai yang berjumlah 1.85 juta kaki
persegi.(kpsg) Di Menara Satu, hampir tiap-tiap aras dipasangkan dengan
permaidani (yang dikatakan susah terbakar) yang berharga RM 70-90 tiap satu
kpsg ( sungguh terkejut manusia apabila mendengarnya!!). Kalaulah hanya 1.5
juta kpsg dihiaskan dengan permaidani ini, maka kontrak pembekalan dan
pemasangannya bernilai lebih RM 100 JUTA. Ramai kakitangan Petronas
menyebut-nyebut bahawa syarikat-syarikat pembekal itu dipunyai oleh ANAK-ANAK
MAHATHIR.
Tidak
ada maklumat tentang permaidani di Menara Dua; Petronas ada satu anak syarikat
sahaja yang menduduki di situ. Ruang lain sama ada disewa kepada syarikat lain
atau masih kosong ---- KEBANYAKKAN MASIH KOSONG KERANA TIDAK LAKU DISEWA!!
Di
Aras 41, 42, dan 43 terdapat MALAYSIAN PETROLEUM CLUb, yang amat mewah sekali
perhiasannya, menelan belanja berpuloh juta ringgit (dengar-dengarnya,
lingkungan RM 30 JUTA).
4.3
KOS TAMAN KLCC: RM200 JUTA
Yang
peliknya konsultan dari Brazil yang diberi kontrak untuk mereka bentuk dan membina
taman seluas 50 ekar ini. Pada mulanya semua pokok yang ditanam diimport dari
Brazil, dan semuanya MATI. Jadi akhirnya diganti dengan pokok tempatan.
Tentulah
lebih murah jika pakar dan pokok tempatan digunakan. Lagi pun, kos
penyelenggaraan taman ini dilaporkan sebanyak RM7 JUTA SEBULAN !! Kalau kroni
tidak terlibat, masakan sebuah pokok pinang, misalnya, yang biasanya berharga
RM200-300, dikenakan harga RM1,200 kepada KLCC.
4.4
KOS DEWAN SIMFONI FILARMONIK: RM500 JUTA
Dewan
ini amat canggih dan tinggi mutunya. Lebih seratus ahli muzik asing digajikan
oleh Petronas, sehingga kos bersih operasi sebulan mencapai RM5 JUTA !!.
4.5
KOS LOJI “GAS DISTRICT COOLING (GDC)”: RM300 JUTA
Loji
ini dibina untuk menjana elektrik untuk KLCC, dan air sejuk untuk alat-alat
hawa dingin bagi seluruh KLCC. Sekarang sedang diperbesarkan lagi dengan
belanja lebih kurang RM80 juta.
4.6
BAGAIMANA BAKI LEBIH DARI RM4 BILION DIBELANJAKAN?
Ini
merangkumi membiayai kos bangunan-bangunan dan infrastruktur berikut:-
?
bangunan pejabat Esso (40 tingkat);
?
bangunan hotel Mandarin Oriental (yang amat mewah bertaraf antarabangsa;
berpuloh tingkat); kos dianggap beberapa ratus juta Ringgit;
?
bangunan pencakar langit MAXIS, untuk kegunaan syarikat Ananda Krishnan;
?
bangunan kompleks membeli-belah KLCC SURIA;
?
kemudahan letak kereta bawah tanah 5-tingkat, untuk 5,000 kereta;
?
rangkaian jalan di atas dan di bawah tanah serta terowong untuk menghubungkan
KLCC dengan Jalan Tun Razak, Jalan P Ramlee, Jalan Pinang, Jalan Ampang, serta
dengan lebuh raya baru yang sedang dibina di atas Sungai Kelang (melalui
terowong terus ke tempat letak kereta bawah tanah KLCC), termasuklah
peningkatan taraf sebahagian Jalan P. Ramlee, dan beberapa jalan baru di
sekeliling KLCC;.
? Sebuah
masjid saiz sederhana yang berhawa dingin (pada mulanya Ananda Krishnan tidak
bersetuju dengan pembinaan masjid ini, kononnya tidak membawa keuntungan kepada
KLCC Holdings !!).
Adalah
dilaporkan banyak juga perbelanjaan tambahan dari kos asal yang perlu
dikeluarkan oleh KLCC Holdings kerana banyak pertukaran dibuat kepada
bangunan-bangunan dan infrastruktur.
5.
MENGAPAKAH KAKITANGAN PETRONAS DIPAKSA MENDUDUKI MENARA KEMBAR DALAM KEADAAN
BELUM SIAP DAN BERBAHAYA?
Ini
menjadi tanda tanya, kerana ramai kakitangan Petronas telah diarahkan berpindah
dari Dayabumi pada masa Menara Kembar masih lagi belum siap, dan tiada siapa
yang sedang menunggu untuk mengambilalih ruang pejabat mereka di Dayabumi itu.
Hasilnya ramai dari mereka mengalami banyak peristiwa cemas dan ngeri apabila
kerap terperangkap dalam lif dalam keadaan gelap dan lemas, daripada beberapa
minit sehingga satu jam setengah!! Mereka terpaksa berkerja dalam keadaan
bising dan berhabuk kerana kerja-kerja menyiapkan bangunan itu masih berjalan dengan
rancaknya, dan menanggung kesulitan-kesulitan lain seperti kegagalan alat
komunikasi, sistem komputer, dan juga kesulitan makan dan minum.
Memang
diketahui ramai, pembinaan Menara Kembar itu telah jauh terlewat dari jadual
yang telah dikontrakkan. Maka biasanya kontraktor kena bayar denda. Tetapi
suku-sakat Dr Mahathir mempunyai kepentingan dalam kontrak-kontrak ini. Jadi
apa nak buat? Satu teori mengatakan bahawa satu jalan keluar ialah untuk
Petronas menduduki menara-menara itu lebih awal maka, dari segi kontrak, dapat
diibaratkan tiada kelewatan.
Pihak
Pengurusan Petronas biasanya amat perihatin dengan keselamatan kakitangannya,
sehingga rela mengeluarkan perbelanjaan yang amat banyak demi keselamatan
kakitangan, orang awam, dan juga alam sekitar. Inilah satu-satunya nilai
terpuji yang telah menjadi adat resam Petronas dari dahulu lagi. Jadi
mengapakah pihak Pengurusan Petronas bersetuju mengambil risiko yang sebegitu
rupa pada kali ini? Tentulah ada sesuatu luar biasa yang menekan pihak Pengurusan
Petronas.
6.
BERAPAKAH KOS PENYELENGGARAAN/OPERASI KLCC SETAHUN?
Dengar-dengarnya,
lebihkurang RM 250 JUTA SETAHUN melibati Menara Kembar dll (RM9 juta sebulan),
Taman KLCC (RM7 juta sebulan), dan gaji ahli muzik asing (RM5 juta sebulan).
(Orang Petronas/KLCC diminta perbetulkan jika silap.)
Kalau
tak silap, perbelanjaan tahunan beberapa negeri di Semenanjung ini tidak sampai
ke tahap ini!!
APAKAH
MANFAAT KEPADA NEGARA JIKA PROJEK KLCC TIDAK WUJUD?
1.
Petronas mungkin tidak perlu meminjam wang sebanyak RM 10 bilion. Mengikut
Laporan Tahunan Petronas terkini, hutang Petronas sekarang berjumlah RM30
bilion.
2.
Wang RM10 bilion boleh membiayai 1,000 km lebuh raya, atau 30-40 buah
universiti, atau 40-50 hospital besar, atau 1,000 sekolah rendah, atau
350,000-400,000 rumah kos rendah, maka dengan sekali gus mengatasi semua
masalah perumahan 2 juta rakyat.
APAKAH
TUJUAN SEBENAR PROJEK KLCC?
Dari
fakta-fakta di atas telah jelas kelihatan bahawa tujuan utama projek mewah dan
mega ini ialah untuk manfaatkan suku-sakat dan kroni Dr Mahathir.
Untuk
mengaburi mata rakyat, mereka disuruh bermegah dengan kejayaan kerajaan BN
membina bangunan tertinggi di dunia. Kononnya untuk memahsyurkan negara dan
menarik pelancung.
Takkan
kita tak tahu ada banyak cara yang jauh lebih murah untuk menarik pelancung
(mithalnya membina infrastruktur dan kemudahan yang cukup untuk “ecotourism”,
kerana amat banyak potensinya di Malaysia ini – kebanyakkan pelancung Eropah
dan Amerika mencari pengalaman yang berlainan dari kehidupan mereka harian di
celah bangunan tinggi-tinggi…Lagi satu keperluan ialah meningkatkan
keselamatan, kemudahan dan keselesaan pelancung dengan membina merata-rata
tandas awam percuma yang bersih, hotel-hotel murah yang bersih, sistem
pengangkutan awam yang senang digunakan oleh pelancung, rangkaian pondok
informasi yang cukup –lihat keadaan di Amsterdam mithalnya……). Dan satu cara
paling berkesan memahsyurkan negara ialah dengan wujudnya kerajaan yang bersih
dari kezaliman, rasuah, nepostisme dan kronisme , dan memprojek imej sebuah
negara yang menghormati hak asasi rakyat dan pelawat, yang mempunyai sistem
kerajaan, sosial dan keselamatan yang cekap dan bersih!!
Kalaulah
tidak kerana pembaziran, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang bercorak
mega-mega, Malaysia mungkin dua kali ganda lebih maju dari sekarang.
Wallahu
a’lam.
Pengunjung
Mesjid KLCC
14
Nov 1999
No comments :
Post a Comment