Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, December 16, 2017

ANTARA PERJUDIAN FOREX MAHATHIR DAN TINDAKAN BANK PUSAT MENSTABILKAN NILAI RINGGIT


Image result for mahathir soros penyangak matawang


Adalah bangang membandingkan kerugian berjudi dalam Forex yang disembunyikan, dengan tindakan mempertahankan nilai ringgit supaya tidak jatuh teruk.

Yang berjudi dalam forex itu kerja penyangak. Mereka mahu buat keuntungan segera dan secara tidak bermoral.

Tun Mahathir sendiri menggelar mereka yang menjadi spekulator matawang adalah penyangak.

Yang mempertahankan nilai ringgit adalah kerja untuk negara. Ia bertujuan untuk menstabilkan ekonomi dan kewangan negara. Ini dilakukan oleh hampir semua Bank Pusat Negara.

Jauh beza antara tindakan penyangak matawang dengan tindakan mempertahankan nilai ringgit.

Yang penyangak guna rizab bank negara dalam kuantiti yang besar untuk jual beli matawang asing dalam masa yang singkat. Inilah yang disiasat oleh RCI.

Ini dilakukan untuk membolehkan broker buat komisyen banyak dan Bank Negara membuat keuntungan dengan cara berisiko tinggi.

Dengan kata lain Bank Negara ketika itu berjudi. Ia tidak ada kena mengena dengan mempertahankan atau menstabilkan nilai ringgit.

Yang menjadi skandal pada masa Mahathir ialah Bank Negara telah melakukan transaksi jual beli matawang asing dalam masa yang singkat dengan kuantiti yang banyak.

Menurut broker terbabit ada ketika transaksi cecah bilion ringgit dalam masa satu hari. Ini jelas satu tindakan perjudian bukan tindakan mempertahankan nilai ringgit.

Ini berbeza dengan tindakan mempertahankan nilai ringgit. Ia hanya dibuat dari semasa ke semasa apabila keadaan memerlukan dan dilakukan secara berhemah.

Misalnya apabila berlaku lambakan ringgit sehingga menyebabkan nilai jatuh, kita akan guna rizab asing kita untuk beli ringgit. Ini bertujuan supaya nilai matawang negara kekal stabil.

Benar untuk mempertahankan nilai ringgit, kita perlu beli matawang asing. Tapi pembelian itu perlu disimpan. Kita hanya akan jual bila tiba masa hendak mempertahankan nilai ringgit.


Sebaliknya skandal forex mendedahkan Bank Pusat jual beli matawang asing setiap hari dalam kuantiti yang banyak. Ini tidak ada kena mengena dengan fungsi bank pusat untuk stabilkan nilai ringgit.

MyKmu

1 comment :

Unknown said...

Penyokong pembangkang ni memang buta hati.... tak boleh membezakan kerugian dalam.spekulsi perdagangan forex dengan dengan kejatuhan rezab untuk menstabilkan matawang.
Alllooooooi.... si bijak laksana... kalau kejaruhan rizab negara tu adalah salah.... cuba lu selidik2 sikit bapa angkat DAP kat singapore tu.... mereka juga pernah mengalami kejatuhan rezab ( dipergunakan sepwnuhnya ) dengar khabor sehingga mence ah ratusan biĺluon dolar sehingga kering rezab untuk mempertahankan Dollar Singapura... dan kalau nak tau Brunai juga terkesan dengan kejatuhan itu kerana BND ditambat bersama SGD.... maksudnya Brunai turun kehilangan Rezabnya setara dengan Singapura.... hokeyyy.... so sama ker ngan kes kehilangan duit kerana forex zaman tun yg katanya tak tahu tu????

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.