Sumber Foto: buhoweb.com
Siapa sangka seorang pemuda yang hidup susah papa
kedana mampu mengubah nasibnya menjadi salah seorang manusia terkaya di muka
bumi ini? Kenali pengasas aplikasi perhubungan Jan Koum dan kisah hidup beliau.
Kehidupan Awal di Ukrain
Sumber Foto: shutterstock.com
Jan Koum dilahirkan pada 24 February 1976 di Kiev,
Ukrain SSR, Soviet Union kepada ibu bapa berbangsa Yahudi sebagai anak tunggal.
Beliau menjalani kehidupan sederhana di sebuah bandar kecil yang terbabit
dengan pertelingkahan politik.
Mereka turut berdepan dengan rakyat yang mempunyai
perasaan kebencian kepada bangsa Yahudi (anti-semitism) di negara tersebut.
Akibat keadaan yang kurang selamat di tanah air,
keluarga beliau membuat keputusan untuk berpindah ke Amerika Syarikat. Jan
bersama ibu dan nenek beliau ke Mountain View, California pada tahun 1992 dan
tinggal di sebuah apartment kecil.
Bapa beliau akan bersama mereka kemudian.
Walaubagaimanapun, bapa beliau terlantar sakit ketika di Ukrain dan tidak dapat
bersama mereka di AS. Akhirnya, bapa beliau meninggal dunia pada tahun 1997.
Jan berusia 16 tahun ketika mula menjejakkan kaki
ke AS. Beliau berasa sangat mencabar untuk menyesuaikan diri di sebuah negara
baharu. Namun, beliau tiada pilihan lain.
Kehidupan Setelah Berpindah Ke Amerika Syarikat
jan koum di san jose state university
Sumber Foto: dayonline.ru
Ketika di AS, mereka hidup atas elaun kebajikan.
Kemudian ibu beliau mula mengambil upah menjaga kanak-kanak bagi menyara
keluarga manakala beliau sendiri turut bekerja sebagai tukang cuci di sebuah
kedai runcit.
Ketika di sekolah menengah, beliau menjadi
berminat dengan programming dan mempunyai bakat dalam bidang tersebut. Beliau
belajar sendiri ilmu programming melalui manual yang dibeli dari kedai.
Pada usia 18 tahun beliau sudah berjaya mempunyai
skil sebagai seorang jurutera rangkaian komputer.
Beliau kemudian menyambung pelajaran ke San Jose
State University. Sebagai pelajar, beliau membuat kerja sampingan di Ernst
& Young sebagai penguji keselamatan bagi membayar yuran pengajian.
Perkenalan Dengan Pengasas Bersama WhatsApp, Brian
Acton
Sumber Foto: dailymail.co.uk
Pada tahun 1997, semasa masih bekerja di syarikat
ini, beliau ditugaskan untuk menguji tahap keselamatan sistem pengiklanan
sebuah enjin carian iaitu Yahoo. Ketika melakukan tugas ini, beliau berkenalan
dengan Brian Acton, salah seorang pekerja terawal di Yahoo.
Selepas beberapa bulan, Jan menyertai Yahoo
sebagai jurutera infrastruktur, ketika masih lagi belajar di San Jose State
University. Beberapa hari selepas beliau menyertai Yahoo, syarikat tersebut
menghadapi masalah kerosakan sistem.
Beliau sedang berada di kelas ketika kerosakan ini
berlaku, dan beliau telah dipanggil untuk membantu menyelesaikan masalah
tersebut.
Ketika saat itu, beliau sedar beliau perlu memilih
antara universiti atau kerja. Beliau membuat keputusan untuk berhenti belajar
dan terus bekerja di Yahoo.
Jan dan Brian sama-sama bekerja di Yahoo selama 9
tahun. Ketika waktu tersebut, mereka bukan sahaja menjadi rakan karib, malah
turut mempunyai minat yang sama dalam teknologi media sosial yang sedang
berkembang.
Walaubagaimanapun, Yahoo tidak memberi peluang
kepada mereka untuk menerokai bidang baru tersebut. Jadi, mereka berhenti kerja
pada tahun 2007 bagi mencuba sesuatu yang baru.
Kedua-dua mereka mengambil cuti selama setahun dan
mengembara ke Amerika Selatan. Setelah pulang ke AS, kedua-dua mereka
masing-masing memohon pekerjaan di Facebook dan Twitter, dan kedua-dua
permohonan mereka telah ditolak.
Bermulanya Perjalanan Syarikat Aplikasi WhatsApp
Inc.
jan koum mengasaskan whatsapp inc
Sumber Foto: smartchoiceshealthyliving.com
Pada tahun 2009, Jan membeli sebuah iPhone. Ketika
mula menggunakan App Stores, beliau sedar akan potensi yang terdapat di pasaran
bagi aplikasi yang boleh digunakan di iPhone.
Kesedaran ini memberi idea kepada beliau untuk
menghasilkan aplikasi kos rendah yang memudahkan komunikasi.
Teruja dengan idea tersebut, beliau terus bertemu
Brian dan kedua-dua mereka menubuhkan sebuah syarikat baharu iaitu WhatsApp
Inc. pada ulang tahun hari lahir Jan pada 24 Februari 2009.
Pejabat pertama WhatsApp merupakan sebuah gudang
yang dikongsi bersama dengan sebuah syarikat lain iaitu Evernote. Mereka hanya
mempunyai beberapa ruangan kerja yang kecil serta pekerja terpaksa menggunakan
blanket dek cuaca sejuk kerana tidak mempunyai pemanas.
Antara prinsip asas syarikat mereka adalah mereka tidak akan
meletakkan sebarang iklan. Duo itu melancarkan aplikasi whatsapps pada awal
tahun 2010. Pada awalnya, aplikasi ini sering kali crash dan mengalami banyak
masalah.
Selepas beberapa bulan percubaan yang penuh dengan
kekecewaan, Jan hampir-hampir berputus asa namun Brian meyakinkan beliau untuk
memberikan sedikit masa lagi.
Pada ketika itu, tidak terdapat banyak aplikasi
mesej segera, dan lama kelamaan WhatsApp mendapat tempat di hati pengguna dan
menjadi popular walaupun tiada sebarang pemasaran.
Berjaya Menarik Perhatian CEO Facebook Mark
Zuckerberg
Sumber Foto: blog.webskitters.com
Populariti yang semakin meningkat membolehkan
pengasas syarikat tersebut untuk mendapatkan pelaburan dari luar bagi menambah
baik produk mereka. Populariti WhatsApp berjaya menarik perhatian gergasi media
sosial seperti Facebook.
Pada tahun 2012, CEO Facebook Mark Zuckerberg
telah menelefon Jan dan mereka berjumpa. Mereka bertemu di kedai kopi dan
kemudiannya melakukan aktiviti mendaki bersama.
Mereka terus berhubung dan melakukan beberapa lagi
pendakian bersama. Keduanya berkongsi minat yang sama, iaitu menghubungkan
dunia.
Dalam masa beberapa bulan selepas WhatsApp stabil,
pangkalan pengguna aplikasi ini semakin berkembang, dan pada Februari 2013,
mereka mempunyai 200 juta pengguna aktif.
Pada Februari 2014, Mark menjemput Jan untuk makan
malam dan membuat penawaran untuk mengambilalih WhatsApp. Jan mengambil masa
untuk berfikir selama beberapa hari.
Pembelian/Pengambilalihan WhatsApp Inc. Oleh
Facebook
facebook membeli whatsapp inc
Sumber Foto: edition.cnn.com
Pada Hari Valentine, Jan datang semula bertemu
Mark, mengganggu dating Mark dan isteri beliau Priscilla. Mereka berbincang
tentang terma pengambilalihan di situ juga.
Pada malam sebelum menandatangani perjanjian
berkenaan, Jan berjaga sehingga lewat malam untuk meneliti segalanya berkenaan
kertas kerja bersama team pelabur dari Sequoia yang menyumbang wang bagi siri A
WhatsApp.
Memandu pulang pada pukul 2.30 pagi, tayar kereta
beliau meletup pada kelajuan 120 km/h dan hampir-hampir mati. Simboliknya,
keesokan harinya beliau menandatangani kertas kerja pengambilalihan oleh
Facebook pada pintu pejabat lama beliau.
Pejabat tersebut hanya beberapa blok dari ibu
pejabat WhatsApp sekarang di Mountain View.
Facebook membeli aplikasi WhatsApp dengan bayaran
sebanyak US$ 19 bilion. Pada bulan sama pembelian, saham beliau dalam WhatsApp
tiba-tiba melonjak kepada US$6.8 bilion. Pendapatan bersih beliau terus
meningkat bersama peningkat nilai stok Facebook.
Selepas pengambilalihan, Jan menyertai Lembaga
Pengarah Facebook dan bersetuju dengan pembayaran gaji pokok sebanyak US$1,
namun dengan stok option bernilai bilion US$.
Merupakan Seorang Yang Sangat Dermawan & Low
Profile
jan koum seorang yang low profile dan dermawan
Sumber Foto: dld-conference.com
Beliau terus menerajui WhatsApp selepas pembelian.
Beberapa bulan selepas penjualan WhatsApp, Jan menjadi sangat dermawan. Beliau
secara senyap menderma sebanyak US$556 juta kepada Silicon Valley Community
Foundation.
Beliau juga menderma sebanyak US$1 juta kepada
yayasan yang bertanggungjawab terhadap sistem sumber operasi terbuka
(open-source OS) iaitu FreeBSD. Bagi beliau, FreeBSD sebelum ini telah sedikit
sebanyak membantu beliau untuk keluar dari kemiskinan. Beliau merupakan
penggunaan OS tersebut.
Walaupun kini kaya raya, Jan tetap low-profile
sepanjang karier beliau. Menurut beliau, penjualan WhatsApp kepada Facebook
hanya mengubah 10% hidup beliau, dan beliau masih tinggal di rumah yang sama,
berkawan dengan kawan-kawan yang sama. Tidak banyak perbezaan.
Ketika WhatsApp dijual, ia memiliki lebih kurang
450 juta pengguna aktif. Kini, WhatsApp menjadi aplikasi mesej percuma paling
popular dengan pangkalan pengguna sebanyak 1.2 bilion.
Kehidupan Peribadi
Sumber Foto: moejackson.com
Pada tahun 1996, beliau telah dikenakan perintah
larangan oleh mahkamah daripada mendekati bekas kekasih beliau. Beliau dituduh
telah menyerang secara lisan dan fizikal, serta turut mengancam bekas kekasih
beliau. Baru-baru ini, beliau meluahkan perasaan kesal kerana berkelakuan
sedemikian.
Ibu beliau meninggal dunia akibat barah pada tahun
2000.
Rujukan:
No comments :
Post a Comment