Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, March 19, 2018

[ Video ] Guan Eng Terkinja-Kinja Ajar Kanak-Kanak Nyanyi Lagu Anti-Kerajaan



Sebuah video memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng merangkap Setiausaha Agung DAP menari terkinja-kinja macam "beruk mat yeh", mengajar kanak-kanak lagu anti-kerajaan menjadi tular semalam.


Video tersebut merakamkan aksi Guan Eng berdiri diatas pentas berlatarkan skrin memaparkan video animasi lagu abjad 'ABC' diubahsuai dengan menyertakan mesej anti kerajaan.

Lirik yang dirakamkan didalam video tersebut berbunyi,"A.B.C.D.G.S.T. Harga semakin tinggi? Realitinya, harga rumah semakin tinggi di Pulau Pinang, tarif air semakin tinggi, caj letak kereta semakin tinggi hingga waktu malam kerajaan DAP kutip duit rakyat. Tak naik lagi gaji, mesti makan maggi mi. Semua kena GST, bayar untuk 1MDB".

Dengan senyuman lebar, Guan Eng dengan gembira mengajak puluhan kanak-kanak dihadapannya untuk bersama-sama menyanyi lagu berkenaan.

Jelas, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu disengajakan dan lirik lagu tersebut dicipta khas untuk program perasmian pusat tuisyen di pangsapuri 2 Mutiara Idaman, Jelutong, pada Sabtu 17 Mac 2018 lepas agar kanak-kanak membenci kerajaan pusat.

Tindakan Guan Eng menyemai rasa kebencian kepada kanak-kanak menggambarkan sikap toksik Pakatan Harapan yang sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih undi.

Terdesaknya DAP, sehingga pemikiran kanak-kanak sudah diracuni untuk membenci kerajaan pusat menerusi Kempen Politik Kebencian Guan Eng.

Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mohamad Faisol Keling menerusi komennya menganggap Guan Eng sudah melanggar batas 'kontrak sosial' demi meraih undi.

“Tindakan mengeksploitasi kanak-kanak, agama dan pelbagai isu sensitif lain adalah perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan kerana boleh menggugat keharmonian masyarakat.

“Saya merasakan etika kesederhanaan perlu diamalkan kerana kaedah menyemai kebencian itu ternyata tidak akan memberi kesan yang baik kepada pembangunan politik negara,” ujar beliau.

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC) Datuk Eric See-To berkata, Guan Eng pasti akan dikritik hebat jika melakukan perkara sama diluar negara.

"Orang menari inilah Ketua Menteri Pulau Pinang anda. Inilah pembangkang anda. Ahli politik seperti inilah yang akan dibidas dinegeri-negeri luar jika beliau melakukan perkara sama di luar negara.

"Bayangkan mengindoktrinasikan kanak-kanak ditempat awam dengan propaganda seperti ini," katanya menggesa lebih ramai pihak tampil membidas sikap tidak bertanggungjawab ahli politik DAP ini.

  

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.