Yang
cuba diketengahkan adalah mengenai akibat kalau wanita tidak memakai seluar
dalam ketika tidur. Namun realitinya, kebanyakkan wanita yang telah bersuami
tahu akibatnya.
Jika
ini tidak berlaku pada wanita itu, itu kena tanya sang suami nya. Jadi apakah
yang berlaku?
Jom
kita ikuti turutan gambar di bawah ini :
1.
Wanita akan mengandung.
2.
Lahirlah generasi warisan pasangan tersebut, itu lah jawapannya.
Betul
ke? Lu pikir lah sendiri.
“Melihat
ibu menderita akibat kanser payudara, membuatkan saya risau. Sebab itulah hingga kini, saya mengelak
daripada tidur dengan memakai bra,” ujar seorang pelakon drama televisyen.
Kata-katanya
yang mungkin didengari oleh jutaan penonton di Indonesia itu, seperti
mengesahkan bahawa memakai bra ketika tidur boleh menyebabkan kanser
payudara. Akibatnya, ramai wanita
mengelak daripada mengenakan bra ketika tidur.
Benarkah
memakai bra ketika tidur boleh menyebabkan kanser payudara? “Tidak benar. Memakai bra semasa tidur tiada kaitan dengan
kanser payudara,” kata Dr. Febriansyah, seorang Doktor Pakar Sakit Puan di RSIA
Kemang Medical Care, Kemang, Jakarta Selatan. Menurut beliau, tiada masalah
untuk wanita mengenakan bra ketika tidur.
“Dengan
syarat, bra yang dipakai adalah jenis tidak berdawai kerana bra seperti itu
membuatkan payudara tertekan. Akibatnya,
aliran darah tidak lancar sekali gus mempengaruhi kesihatan payudara,” jelas
Dr. Febriansyah.
Beliau
berkata, adalah lebih baik untuk tidak
memakai pakaian dalam ketika tidur supaya darah dapat mengalir lebih lancar dan
tubuh menjadi lebih relaks serta terasa lebih segar apabila bangun.
Tambah
beliau, “Jika payudara tertekan, bra
akan menghalang aliran darah sehingga mengakibatkan beberapa masalah seperti
sengal dan sakit.”
Begitu
juga dengan lelaki. Menurut Dr.
Febriansyah, dakwaan mengatakan lelaki yang memakai seluar dalam ketika tidur
berisiko menjadi mandul, adalah tidak benar.
“Seelok-eloknya,
lelaki tidak memakai seluar dalam yang ketat ketika tidur. Tujuannya sama, supaya tiada tekanan pada
alat kelamin dan darah dapat mengalir lancar,” ujar beliau.
Lelaki
boleh memakai seluar semasa tidur, asalkan ia longgar seperti seluar
boxer. Baik lelaki mahupun wanita, harus
mengenakan pakaian longgar atau tidak terlalu ketat semasa tidur.
“Memakai
seluar dalam yang terlalu ketat akan menyebabkan peredaran udara pada vagina
seseorang wanita, terganggu. Keadaan ini boleh menimbulkan masalah keputihan,”
kata Dr. Febriansyah.
Selain
longgar, lelaki mahu pun wanita harus memakai pakaian yang mampu menyerap
peluh. “Ini kerana semasa tidur, tubuh manusia berpeluh.
Justeru,
elakkanlah daripada memakai pakaian bahan poliester kerana bahan itu tidak
menyerap peluh,” tegas beliau.
No comments :
Post a Comment