Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, October 27, 2016

DAP 'Hina' Penjawat Awam

KETIKA kerajaan menghargai pengorbanan anggota kerajaan dengan pelbagai insentif termasuk kenaikan upah, bayaran dan menyambung perkhidmatan sehingga mencapai usia 60 tahun, DAP pula seolah-olah menidakkan peranan penjawat awam.

Parti itu tidak sewajarnya menganggap bilangan penjawat awam yang berjumlah  lebih satu juta itu sebagai bebanan kepada kerajaan. Ini belum lagi memerintah, DAP sudah tunjuk keangkuhan dengan memberi isyarat awal bagi mengurangkan bilangan penjawat awam.

Kata-kata sinis Pengerusi Publisiti DAP, Tony Pua bahawa 'lebih baik penjawat awam tinggal di rumah dan dibayar upah mereka' merupakan satu sindiran penghinaan. Ucapan Tony Pua itu seperti menggambarkan kerajaan terpaksa 'menanggung biawak hidup' kerana jumlah penjawat awam yang ramai.

Memetik sumber KLxpress, Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum ini menyebut penjawat awam di negara ini adalah paling ramai di dunia dan tentunya bagi bekas` Ketua Pembangkang itu ia merupakan 'satu pembaziran' wang rakyat.

Mungkin tidak mahu menanggung beban itu andainya Pakatan Harapan (PH) memerintah,  maka tiada insentif dan bonus untuk kakitangan awam dalam Bajet Alternatif  seperti mana yang dibentangkan oleh PH baru-baru ini.

Sebelum ini Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memberi amaran kepada pemimpin DAP yang mencadangkan agar dikurangkan penjawat awam.

Ketika kerajaan terus membuka tawaran kerja kepada para belia dan menyambung perkhidmatan  puluhan ribu kakitangan kontrak walaupun kedudukan ekonomi dan kewangan negara tidak memberangsangkan, DAP pula mengambil pendekatan yang kontra.

Selama ini pihak pembangkang yang cukup 'ribut' jika rakyat Malaysia tiada pekerjaan termasuk lepasan pusat pengajian tinggi yang menganggur. Sebelumnya pembangkang juga yang mempertikaikan pemberhentian kakitangan temasuk daripada industri penerbangan negara.

Bajet 2017 (RM262.8 bilion) yang dibentang Perdana Menteri, Jumaat lalu yang menyenangkan hati rakyat rupanya 'menggelisahkan'  DAP dan rakan sekutunya daripada PKR, PPBM dan PAN.

Pelbagai insentif diberikan kepada penjawat awam pada Bajet 2017 termasuk kelayakan pinjaman perumahan daripada RM200,000 sehingga RM750,000, penyediaan rumah 1Malaysia RM90,000 hingga RM300,000 selain cuti belajar bergaji penuh.

Mereka (DAP) tidak sanggup mendengar insentif yang diberikan kepada penjawat awam, pesara dan segala peruntukan bagi merangsang ekonomi untuk kesejahteraan rakyat.

Telinga pemimpin DAP dan sekutunya bertambah 'panas'  dengan gambaran Menteri Kewangan mengenai kedudukan semasa ekonomi dan kewangan negara.

Tahun lepas pun begitu. Pemimpin pembangkang terutama Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menjaja kepada rakyat di seluruh negara bahawa masa depan Malaysia semakin gelap dan bakal bangkrap.

Mereka ini, termasuk Dr. Mahathir barangkali amat 'gembira' jika kedudukan ekonomi negara teruk, negara bankrap dan rakyat menderita. 

 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.