2 bulan setengah lalu, The Star membuat pendedahan tentang satu kawasan besar di puncak bukit yang telah ditarah dan dibersihkan berhsampiran beberapa buah kampung di Teluk Bahang. Dua hari lepas, kawasan yang terletak di bawah kawasan yang ditarah dan dibersihkan itu, mengalami masalah yang paling teruk sedangkan kawasan-kawasan tersebut tidak pernah ditenggelami banjir sebelum ini.
Bagaimanapun, Chow Kon Yeow yang telah dinamakan sebagai bakal Ketua a Pulau Pinang menggantikan Guan Eng apabila ditanya tentang pendedahan tersebut mengatakan, ia hanyalah 'satu pergerakan kecil', menurut tulisan The Saviour.
Seorang lagi Exco Pulau Pinang yang terkenal dengan skandal samsengnya, Phee Boon Poh pula menyalahkan SUPERMOON sebagai penyebab banjir.
Chow Kon Yeow ketika dihubungi oleh The Heat Malaysia hanya memberi reaksi, Ketua Menteri telah pun melawat kawasan-kawasan yang dilanda banjir.
Maka timbullah persoalan, adakah DAP menganggap Lim Guan Eng itu sebagai seorang Saviour yang boleh menghalau banjir dalam sekelip mata dengan hanya melawat kawasan-kawasan terjejas?
Sementara itu, satu sumber PBT pula berkata, sesiapa pun boleh tahu dan membuat kesimpulan kepada penyebab banjir yang berlaku dengan hanya melihat keadaan air banjir.
"Sekiranya anda melihat gambar-gambar banjir itu, warna air itu sudah dapat memberitahu apakah penyebab banjir tersebut. Saya tinggal di Teluk Bahang selama lebih 30 tahun dan kami tidak pernah mendengar atau melihat kawasan tersebut dilanda banjir.
"Terdapat banyak projek yang diadakan di kawasan bukit Teluk Bahang dan apabila pembersihan dan penarahan berlaku secara besar-besaran, apakah yang berlaku seterusnya?"
Menurutnya lagi, sekiranya seseorang berjalan tanpa kasut di kawasan tersebut, warna selut juga sudah cukup untuk memberitahu wujudnya pembangunan secara berlebihan di kawasan tersebut. Katanya lagi, semua ini berlaku apabila terlalu banyak kuasa diberikan kepada seorang pemimpin dan tiada sesiapa pun dibenarkan berkata 'TIDAK'.
Ironinya, DAP turut menyalahkan 'kelambatan' Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan sebanyak RM350 juta untuk projek mitigasi sebagai salah satu puncanya walaupun pada masa yang sama, DAP Pulau Pinang hanya berjaya menyelesaikan kerja mereka pada April lepas sekaligus peruntukan tersebut hanya boleh diperolehi pada Bajet tahun hadapan.
Begitu juga, ketika pembentangan bajet dilakukan, DAP keluar dari Dewan Rakyat dan pada pengundian pula, wakil-wakil DAP mengundi untuk menentang. Sekaligus memberi isyarat, mereka tidak memerlukan sebarang peruntukan daripada Kerajaan Pusat kerana tidak bersetuju dengan peruntukan-peruntukan dalam Bajet termasuklah untuk golongan miskin dan PBT.
Tetapi apabila mereka sedang berhadapan dengan masalah, peruntukan yang mereka tentang itulah juga yang ditagih dan dituntut walaupun masanya belum lagi sampai.
Mujurlah, RM150 juta telah pun diluluskan untuk tujuan mitigasi di Pulau Pinang yang sudah pasti akan diperakui oleh Lim Guan Eng sebagai DUIT KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG sepertimana yang dilakukannya ketika memberikan publisiti kononnya DAP Pulau Pinang menghargai sekolah-sekolah tahfiz dan SAR dengan memberikan bantuan walaupun hakikatnya wang tersebut datangnya daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk sekolah-sekolah berkenaan.
No comments :
Post a Comment