Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, November 9, 2016

Malaysiakini Ditaja Soros Sejak 1999? - Agenda Asing Untuk Hasut Rakyat!

1. Sejak 1999 penubuhan Malaysiakini yang diasaskan oleh Steven Gan telah dikaitkan Malaysiakini dengan George Soros. Krisis Kewangan 1997/1998 menjadikan Soros serangan utama Mahathir sebagai punca kejatuhan mata wang asia.  Bagaimanapun tuduhan itu senyap seketika.

2. Tahun 2003 Malaysiakini diserbu pihak polis dan 19 komputer dirampas kerana sepucuk surat kepada editor yang ditulis oleh seorang pembaca.

3. Tahun 21 September 2012, Wartawan veteran Malaysiakini YL Chong meletak jawatan sebagai Pengarang Berita Malaysiakini lebih 10 tahu yang lalu kerana pengurusan portal berita itu enggan mengakui menerima dana daripada penyangak mata wang, George Soros. 

"Saya minta Malaysiakini 11 tahun lalu supaya berterus-terang dan tidak menyembunyikan maklumat seumpamanya daripada pelanggan dan pembaca kami. 

"Saya memutuskan untuk meletak jawatan kerana saya sudah tidak sealiran dan tidak boleh menyembunyikan kaitan (Malaysiakini) dengan Soros," katanya.

4. Pada tahun yang sama 26 Sept 2012, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Development Loan Fund (MDLF), Harlan M. Mandel merupakan salah seorang daripada tiga Pengarah MKini Dotcom yang mengendalikan operasi portal berita propembangkang Malaysiakini turut membuat pendedahan selain Malaysiakini menerima dana Soros
beberapa pemimpin pembangkang turut menjadi sebahagian daripada pemegang saham dalam Mkini Dotcom seperti merujuk kepada profil syarikat itu.

5. Mandel yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS) dilantik sebagai Pengarah MKini Dotcom pada Julai 2011 lmanakala MDLF pula sudah menaja operasi Malaysiakini sejak lebih 10 tahun lalu ( 1999).

6. Pada tahun 1999, South East Asia Press Alliance menyediakan geran sebanyak AS$100,000 kepada Malaysiakini dan kemudian pada 2001, MDLF menerusi CAMP (Centre for Advanced Media, Prague) iaitu sebuah badan teknologi MDLF telah membayar Malaysiakini sebanyak RM188,000 untuk membangunkan aplikasi dipanggil Adengine dan setahun kemudian MDLF membuat pelaburan tambahan sebanyak RM1.3 juta dalam portal berita itu.

"MDLF mempunyai poket yang dalam (banyak wang) kerana mereka memperoleh dana dari sumber-sumber Association of Alternative Newsweeklies, Bank Vontobel, Calvert Social Investment Foundation, DOEN Foundation, Dreilinden gGmbH, Foundation for Democracy and Media, Fritt Ord Foundation, John D. and Catherine T. MacArthur Foundation, Omidyar Network, Open Society Institute, Oxfam NovibresponsAbility Ventures I, Swedish International Development Cooperation Agency (SIDA), Swiss Agency for Development and Cooperation, Alexej Fulmek dan David Haas.

7. Premesh Chandran antara pengasas Malaysiakini menafikan menerima dana daripada George Soros. George Soros bertanggungjawab terhadap krisis kewangan 1998. Dia bukan sahaja menjatuhkan nilai mata wang Malaysia tetapi juga memberi wang kepada Malaysiakini.

9. Tahun 2016 sekali lagi Malaysiakini terdedah apabila dokumen berkaitan Strategi Open Society Foundation (OSF)  yang dibiayai jutawan George Soros untuk campur tangan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 terbongkar apabila minit mesyuarat yang membincangkan perkara itu bocor.

10. Mesyuarat bertajuk "Program Malaysia - Portfolio Ringkasan Hasil Kajian Semula" pada Jun 2015 mendedahkan usaha OSF untuk menyokong masyarakat awam dan Orang Asli, belia, wanita dan warga luar bandar untuk pilihan raya yang bebas dan adil. Ia dihadiri Presiden OSF, Christopher Stone dan Pengarah Penyelidikan Merdeka Center, Ibrahim Suffian.

10. Dokumen itu mendedahkan sokongan OSF khususnya usaha untuk menggembeling penyertaan golongan muda. Ia turut memaklumkan mengenai peruntukan yang disalurkan kepada jaringan mereka di negara ini.

"Dana yang disediakan jelas menunjukkan kejayaan dalam usaha untuk campur tangan.

"Antara campur tangan terdahulu yang dirancang adalah hasil perbualan dengan pelbagai pihak di peringkat akar umbi yang menggambarkan keperluan rakyat."

11. Menurut dokumen itu, Malaysiakini dan Kini.tv adalah pihak yang mendapat pembiayaan Program Malaysia untuk membantu mewujudkan suasana pilihan raya yang bebas dan adil.

12. Dokumen itu juga memaklumkan cabaran yang dihadapi OSF, antaranya kesukaran mewujudkan jaringan, mendapatkan jurucakap dan kritikan media tempatan terhadap Soros.

"Tindakan media tempatan mencerca Soros menyebabkan kami terpaksa melaksanakan tugas dengan senyap dan mengurangkan pendedahan awam. Kakitangan hanya menghadiri majlis awam, bukan program tertutup."

13. Pembiaya lain yang turut bekerjasama dengan OSF adalah Asia Foundation dan Institut Antarabangsa Republikan yang dipengerusikan Senator Amerika Syarikat, John McCain.

14. Jadi apa yang berlaku kepada Malaysiakini bukanlah perkara baru kerana Malaysiakini memang menerima dana asing sejak ditubuhkan 1999 lagi.

15. Terdedahnya pemberi dana asing kepada Kumpulan Bersih November ini telah membwa pendedahan Malaysiakini bersama. Bersih dan Malaysiakini sering berkaitan. YAB Dato' Seri Zahid Hamidi TPM mengarahkan agar menyiasat dakwaan dana Soros ini. Begitu juga Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara ( KPN) berkata akan menyiasat dakwaan portal Malaysiakini yang ditaja oleh Dana asing ini.

1 comment :

Unknown said...

Pendedahan yg berani Dan telus

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.