Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, April 8, 2018

47 Kali Masuk IJN - Pokok Mati Tak Perlu Ditebang, Ia Akan Tumbang Sendiri!!!



Apa lagi helah Mahathir untuk mendapatkan dan menarik simpati rakyat Malaysia khususnya para pengundi?

Dahulu, dialah yang paling kuat menggelakkan Anwar Ibrahim walaupun mata Anwar Ibrahim dah lebam sebelah makan penumbuk. Kata Mahathir, Anwar saja cari publisiti dengan sengaja melebamkan matanya bagi mendapatkan simpati.


Kemudian, apabila Wan Azizah dan Anwar mewuar-uwarkan yang ada Anwar Ibrahim mahu dibunuh dengan arsenik dengan media-media antarabangsa khususnya di Amerika Syarikat dan Australia turut memperkatakan tentang konspirasi tersebut, Mahathir kata tiada gunanya Anwar diracun arsenik sebagaimana dakwaannya. Kata Mahathir, Anwar sengaja buat dakwaan seperti itu untuk mendapatkan simpati.

Masa Anwar Ibrahim lari terbirit-birit berlindung di rumah Duta Turki apabila mendapat tahu, Saiful Bukhari Azlan buat laporan polis yang dia telah diliwat oleh Anwar Ibrahim, Mahathir kata tindakannya  memecat dan menyingkirkan Anwar dari UMNO dan Kerajaan adalah tepat. Bila Anwar bagi alasan, dia lari sebab nak menyelamatkan diri daripada pembunuh upahan, sekali lagi Mahathir kata Anwar mencari publisiti murahan.

Apabila Mahathir beralih menentang UMNO dan Najib, akhirnya helah dan trick lapok yang digunakan oleh Anwar Ibrahim, mula digunakan oleh Mahathir. Barangkali kepercayaannya bahawa MELAYU MUDAH LUPA terlalu menebal.

Dan tidak mustahil, Mahathir mampu mementaskan drama yang nyawanya benar-benar terancam dan ada komplot untuk membunuhnya, terutama sekali menjelang saat-saat akhir sebelum hari pembuangan undi.

Taktik ini pernah dilakukan secara JAYAnya pada 19 Mac 2004 di Tainan, Taiwan membabitkan Presiden Chen Shui-bian dan Naib Presiden Annette Lu ketika kempen presiden dijalankan. Berlaku 'cubaan membunuh' kedua-duanya sehari sebelum hari mengundi. Kedua-duanya mengalami kecederaan yang sangat ringan dan langsung tidak mengancam nyawa. Bahkan Chen dan Lu dibenarkan keluar dari Hospital Chi-Mei pada hari yang sama tanpa mengalami sebarang komplikasi apatah lagi pembedahan.

Bagaimanapun, 'cubaan membunuh' dan 'serangan' tersebut telah mewujudkan gelombang kejutan di seluruh Taiwan. Drama tersebut akhirnya memberikan kemenangana besar kepada Chen dan Lu yang memperolehi undi sebanyak 29,500.

Selepas hari pengundian, barulah ramai yang sedar, yang kejadian serangan tersebut telah dipentaskan bagi menarik simpati secara besar-besaran kepada Chen untuk membolehkannya memenangi pilihanraya. Ramai juga yang mempersoalkan tentang tahap kecederaan kedua-duanya selain gambar-gambar bukti pada hari kejadian yang menunjukkan secara jelas, kejadian tersebut memang dipentaskan.

Adakah Mahathir sebenarnya turut merancang INSIDEN dan DRAMA SADIS yang sama? Adakah dia akan secara tiba-tiba jatuh sakit bagi mendapatkan undi simpati dalam usaha memenangi PRU-14?  Adakah Mahathir akan mencipta jalan cerita dan naratif yang menunjukkan nyawa dan keselamatannya terancam bagi membolehkan dia mengaut undi simpati sebagaimana yang Anwar Ibrahim lakukan pada tahun 1999?

Tidak mustahil memandangkan sekarang pun, Mahathir akan bercakap apa-apa sahaja walaupun sebenarnya dia tahu, orang ramai boleh mengakses kata-katanya sama ada benar atau fitnah semata-mata. Demi Mukhriz Mahathir, Mahathir akan sanggup berbuat apa-apa sahaja, termasuklah mencium tangan Wan Azizah untuk mendapatkan watikah daripada wanita yang pernah diketawakannya secara sinis apabila mengutuskan surat 18 muka surat kepadanya hampir 20 tahun lampau.

The Saviour

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.