Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Nurul. Show all posts
Showing posts with label Nurul. Show all posts

Wednesday, March 30, 2016

Parol, Pengampunan DiRaja Untuk Anwar, Nurul Izzah & Rafizi Saling Bercanggah

Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah hari ini menegaskan keluarganya sama sekali tidak akan memohon perintah parol untuk Anwar Ibrahim kerana percaya bekas Ketua Pembangkang itu tidak bersalah.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR berkata keluarganya hanya akan memfokuskan usaha untuk mendapatkan Pengampunan DiRaja berbanding parol kerana baginya parol menunjukkan Anwar bersalah dalam kes liwat.

“Kes kita jelas, beliau (Anwar) tidak bersalah. Memang ada permohonan (Pengampunan DiRaja) dibuat ekoran kegagalan mahkamah mempertahankan keadilan," kata Nurul Izzah dipetik dari portal FreeMalaysiaToday hari ini.

Maksudnya Nurul Izzah percaya dengan cara memohon Pengampunan DiRaja bermaksud Anwar bukannya seorang pesalah liwat sebaliknya yang berlaku ialah salahguna proses mahkamah.

Masih juga dia nak pertikai keputusan Mahkamah yang sudah mengesahkan bapanya adalah seorang peliwat dan telah bersalah meliwat pembantu peribadinya sendiri, Saiful Bukhari.

Itu biasa, jarang ada anak yang nak mengaku kesalahan ayahnya walaupun segala bukti terbentang depan mata.

Isu parol ini timbul ada kaitan dengan pembebasan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang sejak semalam menjalani perintah parol di kediamannya sendiri.

Sistem parol ini bukan benda baru, sejak 2008 sudah 11,897 orang selesai menjalani perintah parol.

Bermula 30 Mac (hari ini) pula, seramai 543 orang termasuk Dr Khir sedang menjalani perintah parol untuk menghabiskan baki hukuman penjara.

Berbalik pada isu Nurul Izzah tolak parol untuk Anwar, itu hak dialah. Dah anak sendiri kata begitu, terimalah hakikat Anwar kena merengkoklah sampai kering dalam penjara kalau Pengampunan DiRaja pun ditakdirkan gagal kelak.

Soal Nurul Izzah nak cuba sekali lagi mohon Pengampunan DiRaja, kita alu-alukan, itu hak dia untuk mencuba tapi sebelum itu cuba imbas semula apa kata seorang lagi Naib Presiden PKR iaitu Rafizi Ramli dalam isu Pengampunan DiRaja.

“Anwar tidak akan mengemukakan permohonan Pengampunan Diraja kerana Anwar tidak bersalah,” itu kata Rafizi dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR pada 23 Februari 2015, juga dipetik dari portal FreeMalaysiaToday.

Maksud Rafizi, kalau Anwar atau keluarganya mohon juga Pengampunan DiRaja itu bermakna Anwar memang melakukan kesalahan meliwat.

Nurul Izzah kata mohon parol membuktikan Anwar bersalah sebab itu lebih yakin dengan Pengampunan DiRaja tapi sebaliknya Rafizi pula kata mohon Pengampunan DiRaja bermaksud Anwar mengakui kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Dua Naib Presiden PKR saling bercanggah satu sama lain, jenuhlah Anwar termenung dalam penjara tepuk dahi sendiri menengokkan kecelaruan dalam barisan kepimpinan PKR yang macam anak ayam kehilangan ibu, memang kering dalam penjaralah gamaknya dia.

Tapi tak tahulah kalau Anwar sebenarnya seronok duduk dalam penjara dari memikirkan kecelaruan dalam PKR. Maklumlah dapat layanan VIP khabarnya, cukup teristimewa banding banduan lain.

Apapun, persoalan sekarang kenyataan siapa yang para penyokong PKR nak ikut jadikan pedoman? Nurul Izzah atau Rafizi, atau kedua-duanya tak boleh dipakai? Tepuk kepala tanya akal sendiri.

Thursday, September 18, 2014

Kisahnya... Nurul Izzah Tanpa Segan Silu Kata Dia Geli Tengok Muka Pimpinan PAS Apabila Mereka Tak Mahu Wan Azizah Jadi MB Selangor



Hina benar persepsi Nurul Izzah kepada para pemimpin PAS.

Nurul Izzah berterus terang yang dia geli, benci dan jijik melihat wajah-wajah pemimpin PAS.

Kalau ada yang kata ini adalah fitnah blogger-blogger pro-UMNO, lebih baik mereka melihat DI SINI untuk mengetahui dengan sebenar-benarnya bahawa yang mencatatkan tutur Nurul Izzah itu adalah penjilat Anwar Ibrahim sendiri yang cukup terkenal dengan perangai lalang dan mata duitannya.

Sememangnya, Nurul Izzah tidak mempunyai hubungan baik dengan para pemimpin PAS setelah pemimpin-pemimpin utama PAS, enggan berkompromi untuk melantik ibunya, Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Inilah manusia yang tidak kenang diuntung!

'Wajah-wajah yang menggelikan' itulah sebenarnya yang telah menyelamatkan keluarganya. Meletakkan mereka pada kedudukan sekarang, setelah mereka ditolak oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.

Yang berada di belakang mereka, yang menjunjung, bahkan sanggup melakukan penipuan, pembohongan, malahan memutarbelitkan fatwa-fatwa agama semata-mata untuk seluruh keluarga Anwar Ibrahim termasuklah Nurul Izzah sendiri.

Pada tahun 1998, kalau bukan kerana para pemimpin PAS yang 'menggelikan' itu campur tangan, besar kemungkinan Nurul Izzah hanyalah seorang anak Anwar Ibrahim yang tidak terkenal dan tidak akan memperolehi jawatan sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Kalau bukan kerana 'pemimpin-pemimpin PAS yang menggelikan' itu, PKR tidak akan wujud, Wan Azizah tidak boleh berlakon dengan kipas Cina dan sarung tangan putih atau sesekali mengalirkan air mata untuk mendapatkan simpati.

Bahkan tanpa para pemimpin PAS 'yang menggelikan' itu, PKR tidak akan ada kerusi walau sebuah pun di Parlimen mahupun di DUN-DUN seluruh Malaysia.

Jenis tidak sedar diri dan mudah lupa diri kerana beranggapan DAP yang membantu mereka, membuatkan Nurul Izzah mudah memandang jijik kepada mereka yang telah menghulurkan bantuan dan sokongan kepadanya seisi keluarga.

Kita tengok sahajalah nanti, apabila Anwar Ibrahim kembali menghuni kamar penjara, adakah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, atau Gobind Singh Deo akan menyokong Nurul Izzah dan keluarganya sebagaimana yang diberikan oleh PAS atau tidak.

Tapi nak salahkan Nurul Izzah seratus peratus pun, tak boleh juga...

PAS jugalah yang telah melabelkan Nurul Izzah sebagai Puteri Reformasi. PAS jugalah yang menggambarkan Nurul Izzah sebagai Puteri Islam contoh. PAS jugalah yang cuba menggambarkan wanita-wanita dalam keluarga Anwar Ibrahim menjaga agama hanya kerana mereka memakai tudung dan berbaju kurung walhal itu adalah fesyen semata-mata sepertimana fesyennya kipas Cina dan sarung tangan putih yang sinonim dengan Wan Azizah!!! 

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.