Hina
benar persepsi Nurul Izzah kepada para pemimpin PAS.
Nurul
Izzah berterus terang yang dia geli, benci dan jijik melihat
wajah-wajah pemimpin PAS.
Kalau
ada yang kata ini adalah fitnah blogger-blogger pro-UMNO,
lebih baik mereka melihat DI
SINI untuk
mengetahui dengan sebenar-benarnya bahawa yang mencatatkan
tutur Nurul Izzah itu adalah penjilat Anwar Ibrahim
sendiri yang cukup terkenal dengan perangai lalang dan mata
duitannya.
Sememangnya,
Nurul Izzah tidak mempunyai hubungan baik dengan para
pemimpin PAS setelah pemimpin-pemimpin utama PAS,
enggan berkompromi untuk melantik ibunya, Wan Azizah Wan
Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.
'Wajah-wajah
yang menggelikan' itulah sebenarnya yang telah menyelamatkan
keluarganya. Meletakkan mereka pada kedudukan sekarang,
setelah mereka ditolak oleh sebahagian besar rakyat
Malaysia.
Yang
berada di belakang mereka, yang menjunjung, bahkan sanggup
melakukan penipuan, pembohongan, malahan memutarbelitkan fatwa-fatwa
agama semata-mata untuk seluruh keluarga Anwar Ibrahim
termasuklah Nurul Izzah sendiri.
Pada
tahun 1998, kalau bukan kerana para pemimpin PAS yang
'menggelikan' itu campur tangan, besar kemungkinan Nurul
Izzah hanyalah seorang anak Anwar Ibrahim yang tidak terkenal dan
tidak akan memperolehi jawatan sebagai Ahli Parlimen Lembah
Pantai.
Kalau
bukan kerana 'pemimpin-pemimpin PAS yang
menggelikan' itu, PKR tidak akan wujud, Wan
Azizah tidak boleh berlakon dengan kipas Cina dan sarung
tangan putih atau sesekali mengalirkan air
mata untuk mendapatkan simpati.
Bahkan
tanpa para pemimpin PAS 'yang menggelikan' itu, PKR
tidak akan ada kerusi walau sebuah pun di Parlimen
mahupun di DUN-DUN seluruh Malaysia.
Jenis
tidak sedar diri dan mudah lupa
diri kerana beranggapan DAP yang membantu
mereka, membuatkan Nurul Izzah
mudah memandang jijik kepada mereka yang
telah menghulurkan bantuan dan sokongan kepadanya seisi
keluarga.
Kita
tengok sahajalah nanti, apabila Anwar Ibrahim kembali menghuni
kamar penjara, adakah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, atau Gobind
Singh Deo akan menyokong Nurul Izzah dan keluarganya
sebagaimana yang diberikan oleh PAS atau tidak.
Tapi
nak salahkan Nurul Izzah seratus peratus pun, tak boleh juga...
PAS
jugalah yang telah melabelkan Nurul Izzah sebagai Puteri
Reformasi. PAS jugalah yang menggambarkan Nurul Izzah
sebagai Puteri Islam contoh. PAS jugalah yang cuba
menggambarkan wanita-wanita dalam keluarga Anwar Ibrahim
menjaga agama hanya kerana mereka memakai tudung
dan berbaju kurung walhal itu adalah fesyen
semata-mata sepertimana fesyennya kipas Cina
dan sarung tangan putih yang sinonim dengan Wan
Azizah!!!
No comments :
Post a Comment