Di
Malaysia, peranan yang dimainkan oleh akhbar dan majalah berbahasa
Cina untuk menyebar pengaruh seperti bahasa, budaya dan
kepentingan-kepentingan kaum mereka, ekonomi dan khususnya politik
tidak boleh dinafikan sama sekali.
Selaras
dengan kaum mereka yang bilangannya sedang meningkat, di samping
kepentingan ekonomi dan suara politik mereka yang semakin nyaring,
kaum Cina terus merancang dan mengeksploit saluran-saluran kuasa
dan instrumen demokrasi untuk memantap dan memperkukuhkan apa yang
telah mereka kumpulkan untuk kaum mereka selama ini.
Bermula
dengan kerakyatan pada 1948 dan 1957 yang hakikatnya dipermudahkan
oleh UMNO dan Raja-Raja Melayu sendiri, orang Cina terus mengorak
selangkah demi selangkah untuk menapak pada mulanya dalam ekonomi
Tanah Melayu/Malaysia sehingga bilangan penduduk mereka telah menjana
29 peratus. Kini sasaran agenda baru mereka tertumpu besar dalam
politik.
Sebenarnya
cerdik pandai Cina pada 1940-an dan 1950-an sedar sistem demokrasi
yang diasaskan oleh pemimpin-pemimpin Melayu di negara ini pada
tahun-tahun tersebut akhirnya menjadi satu platform yang ideal untuk
kaum mereka berkembang secara penyertaan aktif dalam politik.
Pada
hakikatnya pertubuhan-pertubuhan politik Cina sudah lama berakar-umbi
di Tanah Melayu. Kongsi-kongsi gelap memain peranan penting dalam
melahirkan pemimpin-pemimpin Cina yang pada mulanya sober dan
konservatif dan bekerjasama rapat dengan British.
MCA
yang ditubuhkan pada 1949 kemudian menumpu sasaran kepada isu
kerakyatan. Mereka sedar bahawa parti mereka bukan hanya satu-satunya
pelobi, malah pemimpin Cina seperti Tun Tan Cheng Lock disokong kuat
oleh pentadbir-pentadbir British tertentu.
Walaupun
telah ada Parti Komunis Malaya (PKM) dan Kuomintang (KMT) sebelum
ini, namun parti-parti politik ini meninggalkan kesan legasi atau
warisan China dan Taiwan yang akhirnya ditolak oleh orang Cina
konservatif sendiri yang berikrar untuk mengkiblatkan Malaya sebagai
tanah tumpah darah mereka, sementelah PKM merupakan sebuah parti
berteraskan ideologi komunis yang berpaksikan kekerasan dan
kezaliman.
Untuk
berfungsi secara demokratik dalam sebuah negeri Melayu yang
konservatif yang berasaskan pentadbiran British, pada mulanya orang
Cina berpuas hati menggunakan saluran MCA untuk mencapai matlamat
mereka yang lebih besar.
Namun,
selepas mendapat kerakyatan dan kemudian kuasa ekonomi yang dominan,
orang Cina menganggap apa yang diberi oleh orang Melayu tidak
mencukupi. Seperti orang Cina di negara-negara lain yang bilangannya
dominan seperti di Singapura, hakikatnya mereka ingin menentukan
destini mereka sendiri.
Pokoknya
mereka menolak orang Melayu menguasai mereka, menentang DEB,
Perlembagaan Persekutuan, agama Islam dan Raja-raja Melayu.
Penguasaan mereka terhadap ekonomi secara amat dominan di Malaysia,
adalah pendorong utama yang menggerakkan gerabak politik orang Cina
untuk menguasai negara ini.
Walaupun
bilangan mereka kurang daripada 30 peratus, namun sokongan padu
daripada PKR dan Pas menawarkan peluang keemasan kepada kaum mereka
dalam PRU-13.
Mereka
pernah memulakan percubaan nekad untuk merebut kuasa daripada orang
Melayu pada tahun 1969. Di zaman Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana
Menteri yang beberapa kali sebelum itu didesak memberi konsesi dan
kelonggaran, termasuk memberi kerusi pilihan raya yang lebih kepada
kaum mereka.
Mereka
sedar menerusi kerusi-kerusi pilihan raya inilah perjuangan politik
kaum mereka dapat direalisasikan. Masalah yang serupa dialami oleh
tiga orang Perdana Menteri selepas Tunku yang didesak supaya kaum
Cina diberi universiti dan memerdekakan bahasa Cina.
Dalam
1960-an, akibat taktik politik yang disemai dan dimainkan Lee Kuan
Yew, bekas Perdana Menteri Singapura, sekumpulan orang Cina di
Malaysia keluar dari arus perdana politik orang Cina MCA untuk
menubuhkan Democratic Action Party (DAP) yang serta-merta mewarisi
perjuangan ideologi politik sama rata Kuan Yew.
Mereka
juga sedar kekuatan mereka bergantung di bandar-bandar. Oleh itu
menggunakan propaganda Malaysian Malaysia untuk mengadu-dombakan
doktrin kesamarataan equality dalam masyarakat walaupun Malaysia
dibina atas asas sejarah pribumi dan sistem politik serta komposisi
kaum yang berbeza dengan Singapura.
Tun
Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan panjang lebar hujah-hujah Kuan Yew
dalam buku beliau yang masyhur, Dilema Melayu dan baru-baru ini dalam
buku terbarunya The Doctor in the House.
Slogan
kaum Cina ini berjaya memenangi dan menarik minat dan sentimen orang
Cina. Pada pilihan raya 2008, atas propaganda yang sama dan dengan
kerjasama PKR dan DAP, mereka berjaya menawan Pulau Pinang dan buat
sementara waktu, negeri Perak.
Dengan
modus operandi yang sama, mereka bergabung dengan PKR dan Pas untuk
memerintah Selangor. DAP juga memenangi kawasan-kawasan pilihan raya
Wilayah Persekutuan. Kecuali Perak, dalam PRU-13 mereka mengulangi
kemenangan di Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan iaitu di
mana bilangan orang Cina dominan.
Pada
umumnya undi orang Melayu daripada Pas berpindah kepada BN.
Sungguhpun parti itu kembali menguasai Kelantan dan hampir merampas
Terengganu, pengaruhnya di Kelantan semakin merosot. Pada PRU-13 Pas
mengorbankan Kedah kepada BN yang dimenanginya sejak PRU-12.
Orang
Cina sedar mereka tidak akan berjaya menguasai negara ini dalam
jangka masa yang singkat, khususnya tanpa sokongan parti-parti
pembangkang Melayu lain, seperti Pas dan PKR.
Malah,
mengikut pengakuan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha
Agung DAP Lim Guan Eng, sebelum PRU-13, partinya berpuas hati
sekiranya memperoleh 100 buah kerusi daripada jumlah 222 kerusi
Parlimen. Dengan kedudukan ini, beliau berharap akan berlaku
kucar-kacir dalam UMNO dan Barisan Nasional yang menjurus ke arah
perubahan dalam komposisi kerusi di Parlimen. (The Star, Mac, 2012)
Dalam
konteks ini, DAP membuat perhitungan bahawa mereka akan meraih kuasa
melalui dua cara: Pertama, dalam jangka pendek parti itu berharap
kuasa akan jatuh ke tangan mereka setelah berlaku huru-hara atau
kucar-kacir di Parlimen yang menyebabkan Ahli-ahli Parlimen BN
ataupun parti-parti lain melompat ke rakit DAP.
Kedua,
dalam jangka panjang mereka berharap akan berlaku perubahan besar
dalam demografi penduduk akibat kealpaan pemimpin-pemimpin Melayu
dalam parti pemerintah yang terus memperhebatkan pembangunan bandar
dan luar bandar yang sekali gus menggalakkan penjanaan dan
peningkatan serta perpindahan penduduk Cina ke kawasan-kawasan
berkenaan.
Orang
Cina tidak ada cara lain untuk merebut kuasa daripada orang Melayu
kecuali menerusi sistem demokrasi berparlimen yang disedia dan di
susun-atur sendiri oleh pemimpin-pemimpin Melayu sejak Perang Dunia
Kedua.
Mereka
berharap akan terbuka peluang untuk memerintah setelah pintu
demokrasi dibuka kepada mereka untuk merebut peluang tersebut, sama
ada menerusi perubahan demografi, peluang yang dibuka melalui
kelemahan dalam sistem demokrasi ataupun menerusi pakatan dengan
parti-parti pembangkang Melayu dan bukan Melayu.
Strategi
licik orang Cina inilah yang dibimbangi ramai pemimpin Melayu kerana
pada suatu masa kelak kealpaan dan tolak ansur mereka akhirnya
mempercepatkan kehilangan kuasa Melayu