Semasa Semakan Kehakiman
Pada 31 Disember 2009, Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur yang dihakimi oleh Hakim Datuk Lau Bee Lan telah membuat
keputusan dengan membenarkan penerbitan majalah Herald – The Chatolic Weekly
bagi menggunakan kalimah Allah.
Secara faktanya keputusan
Penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 itu adalah bertentangan dengan keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-82 pada 5
hingga 7 Mei 2008 yang telah menyatakan bahawa lafaz atau kalimah “Allah”
adalah kalimah suci KHUSUS bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh
digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam lain.
Larangan ini juga selari dengan
Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) yang digubal berdasarkan Perkara 11(4)
Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kalimah “Allah” hanya boleh
digunakan bagi umat Islam.
Pada 31 Disember 2009, Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur yang dihakimi oleh Hakim Datuk Lau Bee Lan telah membuat
keputusan dengan membenarkan penerbitan majalah Herald – The Chatolic Weekly
bagi menggunakan kalimah Allah.
Secara faktanya keputusan
Penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 itu adalah bertentangan dengan keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-82 pada 5
hingga 7 Mei 2008 yang telah menyatakan bahawa lafaz atau kalimah “Allah”
adalah kalimah suci KHUSUS bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh
digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam lain.
Selepas Semakan Kehakiman
Pada 5 Januari 2010, Kementerian
Dalam Negeri memfailkan permohonan untuk penangguhan perintah mahkamah sebelum
ini selepas mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan sehari sebelum itu. Peguam
Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan bahawa proses segera itu tidak
sepatutnya disalahtafsirkan kerana isu itu perlu diselesaikan secepat mungkin.
Pada 6 Januari 2010, Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum
ini bagi membenarkan penggunaan kalimah “Allah” oleh majalah mingguan Katolik,
Herald, berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman
Katolik Malaysia berdasarkan kepada kepentingan negara.
Bermula 6 Januari 2010 hingga kini,
isu ini masih ditangguhkan oleh kedua-dua belah pihak yang berkepentingan.
Kronologi Polemik Penggunaan
Kalimah Allah Masa Kini
Perdebatan berkaitan penggunaan
kalimah “Allah” mula berputik kembali apabila ianya dibangkitkan secara PROVOKASI kepada umat Islam tanpa menghormati keputusan Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur yang menangguhkan isu ini demi kepentingan dan keharmonian
negara. Sekiranya diapi-apikan secara AGRESIF nescaya isu ini akan menjadi
sebab-musabab kepada timbulnya bibit-bibit perpecahan dan perbalahan di
kalangan orang Islam khususnya dan masyarakat majmuk umumnya. Hal ini berlaku
tidak lebih bertujuan untuk mendapatkan UNDI SIMPATI daripada pihak-pihak
tertentu di dalam Pilihan Raya Kecil Sibu pada 16 Mei 2010 serta untuk Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) yang bakal menjelma nanti.
Perbalahan dan perdebatan ini dapat dilihat seperti rentetan berikut :
- Pada 2 April 2009 ketika berkempen di Batang Air, Sarawak, Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa ''isu penggunaan nama Allah tidak menjadi masalah kepada PKR dan kita benarkan sebab sudah lama mereka (penganut agama lain) guna nama Allah, jadi biarkanlah".. Anwar mahu biar sahaja bukan Islam guna kalimah Allah? Malah Anwar menyalahkan UMNO sebagai penyebab mengapa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Herald Tribune
- Seluruh rakyat Malaysia dikejutkan kebakaran dua gereja satu di Desa Melawati, Kuala Lumpur dan satu lagi di Jalan Templer, Petaling jaya.
- Akibat perbuatan khianat tersebut bantahan secara aman diadakan di Masjid Negara di ibu kota selepas solat Jumaat hari ini, malah sekumpulan 83 badan bukan kerajaan (NGO) yang berkumpul di situ mengutuk kejadian bakar gereja yang berlaku awal hari ini.
- PRK Sibu Mei 2011 - Fatwa Anwar Ibrahim & Nik Aziz adalah Syirik - Dato' Dr. Haron Din
No comments :
Post a Comment