Penulis sedang berada di Rumah
Gapena, menyertai FORUM 'TSUNAMI POLITIK PILIHANRAYA KE 12 - Kesan kepada
Kedaulatan Melayu' anjuran gabungan NGO Melayu yang dihadiri oleh ratusan ahli
GAPENA dan aktivis masyarakat yang berminat dan komited mengenai 'survival'
bangsa Melayu. Diwaktu yang sama di Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Baru, Anwar
Ibrahim, mantan TPM sedang meraikan kemenangan Pakatan Rakyat pimpinan beliau
kerana berjaya mengujudkan suasana 'Tsunami Politik' untuk UMNO dan Barisan
Nasional (BN).
Seusai majlis forum, penulis
bergegas untuk segera pulang tetapi merasa terpanggil untuk menulis sebab ingin
memberi sedikit input kepada para pembaca blog mengenai perjuangan Anwar yang
sebenarnya. Cerita yang dipaparkan ini pernah didedahkan suatu ketika dahulu,
namun ia seolah-olah tidak penting lantas dilupakan sahaja. Oleh itu ada
baiknya diimbau kembali, dalam senario hari ini di mana Anwar, Azmin Ali, Ezam
Mohd Noor, Tian Chua dan Abdul Khalid Ibrahim cuba menjadi jaguh untuk
membanteras salah guna kuasa dan rasuah.
Semuanya atas nama rakyat dan
'demokrasi'.
Cerita yang disiarkan ini bermula
dengan pendedahan bekas Setiausaha Pemuda Keadilan, Lokman Nor Adam (anak bekas
Setiausaha UMNO Kluang) mengenai salah laku dan rasuah yang berlaku di dalam
parti Keadilan (sekarang PKR) sepanjang beliau mengabdikan diri kepadan parti
yang rata-rata didokong oleh bekas pemimpin UMNO ini.
Lantaran terlalu marah dan kecewa,
Lokman sampai berani melebelkan Keadilan sebagai parti yang didokong oleh regim
Zionis!
Menurut Lokman, pada suatu ketika
Tian Chua pernah mengaturkan pertemuan dengan George Soros yang digelar oleh
Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) sebagai 'Penyangak Mata Wang'. Selain Anwar
pertemuan sekitar tahun 2002 itu turut dihadiri oleh Azmin, Khalid Jaafar dan
Dr. Wan Azizah bertujuan meminta dana untuk menggerakkan parti Keadilan dan
gerakan reformasi anjuran Anwar dan konco-konco beliau.
Justeru, tepat dan berasas sungguh
dakwaan yang mengatakan Anwar sebagai agen Yahudi atau kapitalis. Dan yang
paling menyedihkan mantan TPM tersebut yang menggelar diri sebagai pejuang dan
reformis yang berjuang untuk kepentingan rakyat dan Islam, tergamak menjalin
kerjasama baik, erat dan mesra, malah bersahabat karib dengan dengan Soros,
agen Zionis dan penaja sistem kapitalis yang ulung itu. Sebab itu agaknya
kemenangan PKR dan DAP di Malaysia mendapat liputan meluas di dada akhbar
terkemuka Israel sehingga mantan PM, Dr. Mahathir menggelarkan Anwar sebagai
'PM Israel'.
Menurut Lokman; Azmin dan
Khalid Jaafar pernah menerima dana sebanyak AS$1 juta (tetapi diberitahu RM1
juta sahaja!) yang konon diguna untuk membuat poster Anwar. Namun selepas
dilakukan siasatan, cuma RM110,000 yang digunakan untuk tujuan tersebut dan
sebanyak RM890,000 selebihnya telah lesap tanpa diketahui. AS$1 juta pada waktu
itu bernilai RMRM3.64 juta.
Azmin Ali tidak payah dicerita
tentang kekayaan beliau. Semasa menjadi Setiausaha Sulit Menteri Kewangan
yang hanya bergaji RM2,500 sebulan, tetapi mampu hidup mewah mengalahkan
sesetengah jutawan dan tokoh-tokoh korporat terkemuka.
Pelbagai lagi pendedahan yang
dibuat oleh Lokman Nor Adam yang sehingga ke hari ini tiada sebarang penafian
dibuat oleh samada Anwar dan Azmin mahupun Khalid Jaafar. Lokman pernah
bersumpah di Masjid Negara untuk mempertahankan dakwaan beliau tersebut. Kenapa
Lokman tidak didakwa dimahkamah kerana 'memfitnah'?
Yang anehnya inilah kelompok
manusia yang dulu mengepalai gerakan 'Reformasi', BERSIH (Gerakan Rakyat Anti
Korupsi dan Pilihanraya Bersih) dan Azmin Ali yang begitu berkobar-kobar
memperjuangkan salah guna kuasa, kronisme dan rasuah!
Kini mereka dan konco-konco melalui
PKR, disokong oleh DAP dan Pas telah berjaya menguasai Selangor, Perak dan
Pulau Pinang. Tiga buah negeri maju tersebut selama ini memang menjadi impian
DAP (asal PAP Singapura) untuk memerintah Persekutuan Tanah Melayu dan kini
'Malaysia' sebab DAP berterang-terangan memperjuangkan konsep 'Malaysian
Malaysia' (Hak Samarata dan Samarasa untuk semua Warganegara) buat masyarakat
Tionghua dan kaum minoriti yang lain.
Kalau begitu, elok dibersihkan
dahulu diri yang penuh dengan pembohongan, cemar dan onar sebelum bertindak
memperbetul dan membersihkan orang lain. Sebab itu ramai pemerhati politik
beranggapan kemenangan Anwar dan konco-konco beliau pada Pilihanraya Ke 12
tidak 'genuine', kerana itu tidak akan dapat bertahan lama.
Kerajaan campuran dari parti
alternatif di negeri-negeri tersebut di atas pasti akan dipenuhi oleh skandal,
pembohongan, penipuan dan akhirnya tentangan rakyat!.
Contohnya isu babi dan air bersih
di Selangor, isu pemberian tanah secara tergesa-gesa kepada penduduk
kampong-kampong baru di Perak dan penghampusan semangat DEB di Pulau Pinang!.
Anwar melaungkan keadilan dan
kesejahteraan untuk semua. Dulu sasarannya ialah UMNO pimpinan Dr. Mahathir.
Kemudian UMNO pimpinan Abdullah Ahmad Badawi! Dan selepas itu UMNO dibawah
pimpinan Najib Abdul Razak pula! Matlamat dan Agenda Anwar Ibrahim tetap satu
iaitu menjadi PM mesti diutamakan sebab itu adalah agenda 'premier' para penaja
mereka, puak Yahudi dan AS yang kini 'berlambak' di Singapura.
Bagaimana dengan pendedahan berani
yang dibuat oleh Lokman Nor Adam pada tahun 2002 itu? Mengapa tidak didedahkan
sama, atau mungkin Anwar tidak tergamak untuk bersuara atau buat-buat lupa
kerana konon rakyat tak akan percaya kerana ia cerita gila!? Kepada Lokman
beliau disaran, tampillah ke depan dengan dakwaan dan juga bukti!
Hentikan segala sifat munafiq yang
semakin hari semakin tertonjol keluar. Dulu Anwar menentang kronisme, tetapi apabila di dalam Pakatan Rakyat, bukan sahaja isteri dan anak beliau menjadi ahli
Parlimen, malah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng serta Karpal Singh adalah
politik anak-beranak juga. Begitu juga dengan Nik Aziz Nik Mat, beliau dan anak
menduduki DUN Kelantan yang satu hari nanti pasti akan diwariskan kepada anak
beliau juga.
Sekiranya penyokong Anwar merasakan
beliau telah difitnah atau dianiaya, mengapa tidak diambil sebarang tindakan
terhadap Lokman? Pepatah Melayu mengatakan kalau diam bermakna betullah! Untuk
berlaku adil ada baiknya pembaca sendiri merujuk kepada link berikut dan cuba
membuat penilaian sendiri secara saksama.
Kepada rakyat Malaysia, cukuplah
sekali ini ditipu oleh Anwar and the Gang. Mereka memang dasar species
pengotor! sibuk kotorkan bangsa dan negara sendiri merata-rata dengan kempen
dan ceramah politik kotor dan songsang! Asyik mengata dan canang nama-nama
orang (Pemimpin Melayu dan Islam) yang dituduh menipu, salah guna kuasa, rasuah
dan macam-macam tuduhan yang mengaibkan.
Dia punya salah dan kemungkaran
politik selama menjadi ahli UMNO dan anggota kerajaan BN ditutup dan
disorok-sorokkan!
Kesian pengundi Malaysia telah
terkena badi tsunami lalu digelar 'Tsunami Politik' oleh GAPENA (Gabungan
Penulis Nasional). Kenapa tak percaya ke?
Yang terkena tsunami politik itu
sebenarnya bukan UMNO dan BN tetapi orang Melayu!. Seperti kata Tengku Mahkota
Kelantan, orang Melayu sebenarnya tidak begitu 'pandai' berpolitik! Pandangan
mata hati mereka terlalu singkat! Masih tidak ada wawasan dan misi dalam
perjuangan, sedangkan kaum Hindu sudah lama bersiap siaga dengan 'Protokol
Hindu' (Hindraf?), kaum Tionghua dengan 'Tsun Tzu Arts or War', SUQIU dan
Gagasan PAP / DAP mereka.
Orang Islam khususnya kaum Pribumi
berbangsa Melayu bila pula nak keluarkan Protokol untuk kaum mereka sendiri? Sekurang-kurangnya
Pas ada visi nak jadikan Kelantan Serambi Mekah!
Kalau konsep Ketuanan dan
Kedaulatan Melayu pun sengaja diabaikan dan terlepas pandang selalu, apakah
makna perjuangan yang ditakdirkan kepada kebanyakan para politikus kita? Adakah
kita harus menjadi Pak Kaduk, menang sorak tapi kampong habis tergadai?
Ternyata apabila kelompok Elit
Melayu samada Elit Bangsawan (Istana), Elit Politik, Elit Cendikiawan dan Elit
Ekonomi bergaduh dan berbalah sesama sendiri, yang kenyang dan beruntung sebenarnya
ialah kaum Tionghua dan India terutama sekali kelompok elit ekonomi dan politik
mereka. Lihat sahaja ketika Lim Guang Eng dan bapanya Lim Kit Siang masuk ke
perkarangan KOMTAR, berapa banyak BMW 7 Series yang membawa dan mengekori
mereka? Tak kurang daripada 7 buah bukan?
Sekali-sekala jenguklah juga Anwar
dan keluarga beliau bersantai di Istana Mewah di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.
Ternyata banyak betul duit Anwar yang seorang ini. Kalau kelak beliau menjadi
PM, orang pertama yang akan beri ucap tahniah pastinya George Soros, Al Gore
dan Albright. Percayalah!
(Dipetik dan disunting dari buku
'BILA FITNAH BERMAHARAJALELA')
No comments :
Post a Comment