Kenapa Nik Aziz membisukan diri tak jawab tapi serahkan kepada SUA bangangnya.
Mana tidak? Banyak kantoi!!!
Menurut Akar Umbi SINI, Dato Wong Yuen Chai atau Tengku Wong yang mempunyai reputasi buruk di negeri-negeri BN dilayan agak istimewa oleh kerajaan Kelantan.
Mari kita ikuti kenyataan Setiausaha Akbar Nik Aziz, Ahmad Fadli Shaari yang dilaporkan Haram-kah Daily:
Atas ini hanya mukadimah nak katakan tanah yang dipersoalkan adalah kepunyaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan di luluskan pada 2000. Jauh sebelum PRU 2004 dan PRU 2008.
YIK tak ada duit dan tawarkan kepada Tengku Wong.
Tapi Tengku Wong tak boleh "deliver" dan dibatalkan dan ditarikbalik perjanjian usahasama.
PELIKNYA ... ditawar balik kepada Tengku Wong bawah nama Upahdaya Sdn Bhd.
Surat tawaran pada 2005 dan tandatangan perjanjian 2006 .... masya Allah lembabnya sampoai 1 tahun nak sign???
Disetujui selama 50 tahun leasehold dan kadar sewaan RM100 SEEKAR SETAHUN bagi tanam getah dan RM150 bagi kelapa sawit.
Masuk Mei 2012, Ngeh dan Nga sudah masuk dalam Upahdaya sebagai pemegang saham dan syarikat dikehendaki bayar RM1.5 juta kepada YIK.
Surat-surat ini ada didedahkan oleh Pisau.Net.
Ini menimbulkan persoalan:
- Kenapa ada "dikehendaki" bayar RM1.5 juta kerana tukar pemegang saham dan pengarah? Adakah ini wang cengkeram Ngeh Nga?????
- Adakah RM1.5 juta itu ganti rugi Tengku Wong kerana terbengkalainya projek selama 5 tahun?
- Atau ianya diskaun kerana kerugian tak dapat sewa dari tergendala adalah dianggarkan pada nilai pada RM100 seekar boleh cecah RM5 juta untuk tempoh 2007 - 2012?
- Mengapa tidak dibatalkan perjanjian dengan Upayapadu dan mempelawa terus pada Ngeh, dan Nga melalui sebuah syarikat sendiri? Ada sesiapa lain dari Tengku Wong ada dalam syarikat Upahdaya sebelum ini?
Akar Umbi anggap:
- RM1.5 juta yang dibayar adalah diskaun kepada tunggakan sewa yang dianggarkan sebanyak RM5 juta.
- Takkan Ngeh Nga sanggup keluar RM1.5 juta, mesti ada projek masyukk tempat lain.
- Upayapadu ada fasiliti kredit berjumlah RM16.2 juta dari Forest Plantations Development Sdn Bhd (FPD) dan RM2 juta digunakan. (Baca SINI) FPD tak perlu layan permohonan sambung kredit kerana projek terbengkali sejak 2007. Ia menimbulkan syak ada hanky panky.
- PAS lembab dan tak cerdik dalam rundingan untuk kadar sewaan murah dan tempoh panjang.
Penting sekali:
- Adakah diatur untuk Tengku Wong pegang dahulu hingga ada orang lain boleh ambialih?
- Nampaknya ... apabila berlaku peralihan kuasa di perak, ianya diguna untuk tawaran untuk setuju jawatan kuasa MB Perak.
- Sikalang Mei 2012 baru masuk Upahdaya .... cantek masuk lepas 2008. Takkan tak curiga????
Sekarang, betul persoalan yang ditimbulkan Datok Hamidah:
- Berapa Ngeh bayar kepada Tengku Wong?
- Macam mana Ngeh dapat wang untuk bayar Tengku Wong? (Rakyat kelantan pasti mahu tahu kerana pernilaian adalah hampir RM30 juta)
sumber: the unspinners
No comments :
Post a Comment