Jawapan bagi
pertanyaan dari penyokong kerajaan mahupun pihak pembangkang mengenai isu anak
Tun Dr Mahathir, Mirzan Mahathir dengan sebuah syarikat arak bernama SAN MIGUEL
dan syarikat minyak PETRON.
Mirzan
Mahathir merupakan seorang anak lelaki sulung pasangan Tun Dr Mahathir dan Tun
Dr Siti Hasmah, negarawan yang kita sayangi.
Beliau
seorang yang bijak dalam perniagaan dan pentadbiran (mungkin faktor keturunan
daripada bapanya) sehingga dilantik menjadiPengarah di beberapa buah syarikat
ternama dunia termasuk IBM Corporation, Solomon Brothers dan dipilih sebagai
Presiden Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI), sebuah pertubuhan
ternama bagi mengendalikan dan membuat kajian mengenai perniagaan .
Dalam
usianya 37 tahun, beliau telah berjaya “menawan” dan “menyelamatkan” beberapa
syarikat yang bermasalah dalam negara dan seterusnya memajukan syarikat
berkenaan termasuk syarikat perkapalan dan sebagainya.
Pada tahun
2009, San Miguel, sebuah syarikat minuman keras yang berpengkalan di Filiphina
mempunyai masalah di mana mereka TIDAK LAGI mampu untuk menggunakan MINUMAN
KERAS sebagai perniagaan utama mereka atas saingan yang sangat kuat daripada
beberapa syarikat minuman keras yang lain.
Atas
persetujuan Ahli Lembaga Pengarah San Miguel Corp; Maka;
(,http://www.sanmiguel.com.ph/corporate/bod/
)
Mirzan
Mahathir yang sangat dikenali di dunia korporat berdasarkan sumbangannya dalam
syarikat-syarikat sebelum ini dan dalam ASLI dipilih untuk menjadi Pengarah
Eksekutif bagi membantu syarikat berkenaan dalam urus korporat, dari sebuah
syarikat yang berasaskan minuman keras KEPADA sebuah syarikat yang berasaskan
pelaburan ( Infrastruktur, Utiliti Awam da Tenaga ).
Perlantikan
Mirzan Mahathir sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah San Miguel
Corporation adalah sebagai mewakili kepentingan kumpulan pelaburan Q-Tech
Alliance Holdings, yang telah melabur dalam San Miguel Corporation. Pelaburan
oleh Q-Tech Alliance Holdings dibuat BUKANLAH UNTUK MELABUR di dalam perusahaan
minuman beer, SEBALIKNYA UNTUK MELABUR dalam bidang INFRASTRUKTUR, UTILITI AWAM
dan SEKTOR TENAGA di Filipina.
Ini
berikutan KEPUTUSAN YANG TELAH DI BUAT oleh PENGURUSAN San Miguel Corporation
YANG MAHU MENTRANSFORMASIKAN BENTUK PERNIAGAAN/INDUSTRI San Miguel Corporation
daripada hanya tertumpu kepada perusahaan makanan dan minuman (beverages –
termasuk beer)
KEPADA
INFRASTRUKTUR, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA, malah dilaporkan juga San Miguel
Corporation telah dikatakan berminat untuk memasuki industri telekomunikasi dan
gas.
Dalam masa
setahun sahaja, atas kepimpinan Mirzan Mahathir dalam syarikat berkenaan,, San
Miguel telah mampu untuk mempunyai rangkaian perniagaan lain BUKAN berasaskan
ARAK iaitu minyak dan gas, infrastruktur, tenaga dan kuasa elektrik,
perlombongan, telemunikasi dan perbankan.
(sumber :
http://www.sanmiguel.com.ph/businesses/) dan tugasnya tamat dengan jayanya pada
2010.
Melalui syarikat San Miguel juga, sebuah
syarikat PETRON telah berjaya memiliki saham majority dalam Esso Malaysia
Berhad (ESSO), tetapi beliau telah pun keluar dari syarikat San Miguel itu
selepas berjaya menjalankan tugasnya.
"Jadi,
adakah salah untuk menukar syarikat arak kepada syarikat bukan arak?”itu
merupakan soalan yang pernah dinyatakan Mirzan Mahathir ke dalam sebuah portal
pembangkang dan akhirnya penjelasan ini menyebabkan portal berkenaan menarik
balik kenyataan sebelum ini.
Tetapi,
pembangkang masih menggunakan modal ini untuk memperbodohkan masyarakat kampung
mengenai “ANAK MAHATHIR TAUKE KILANG ARAK” yang terang-terangan tidak benar
sama sekali.
Mungkin ada
mengaitkan dengan kronisme, tapi macam kata Tun Mahathir “Kalau dia ada rekod
yang baik dan mampu untuk memajukan sesuatu apa salahnya? Jika itu anda
katakana sebagai kroni, saya tak boleh kata apa lah”
Saya
teringat kata-kata Tun Mahathir dulu, “Kadang-kadang anak-anak saya ni marah
juga, ya lah, saya tak bagi mereka terlibat dalam politik walaupun mereka
berminat sangat, tapi kalau dalam perniagaan taka pa lah, asalkan tak ada kena
mengena dengan kerajaan”
Oh, kalau
ada kata, orang Islam tak boleh makan dengan duit syarikat arak, semuanya
bergantung kepada niat dan bukan kita untuk menghukum manusia yang lain.
Bagaimana
dengan nasib pekerja di 7 Eleven, atau di hotel yang sumbernya juga daripada
arak?"Siapa kita untuk menghukum keislaman seseorang?
No comments :
Post a Comment