Timbalan
Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini menegaskan polisi Pakatan Rakyat (PR)
berhubung dengan isu kalimah Allah yang pernah disepakati pada 4 Januari 2010
masih kekal sampai sekarang walaupun Majlis Syura PAS pada 8 Januari 2013
memutuskan sebaliknya.
Nampaknya,
‘bola’ kini di kaki Majlis Syura pula untuk bertindak balas. Itupun jika berani dan jika ada sedikit
kekuatan untuk mempertahankan nama Allah dari dipijak-pijak oleh puak penganut
Kristian dan Plural.
Penggunaan
kalimah Allah oleh agama lain membawa kepada dua permasalahan besar iaitu
kekeliruan di kalangan umat Islam sehingga membawa kepada murtad, dan juga
syirik secara langsung iaitu ke atas nama Allah itu sendiri. Kedua-dua masalah ini bolehlah disifatkan
sebagai satu bencana besar kepada umat Islam.
Oleh
itu, tidak keterlaluan rasanya untuk menyarankan supaya mana-mana umat Islam
yang tidak merasa gusar atau terganggu dengan kedua-dua permasalahan ini, agar
menyemak kembali imannya.
Pendirian
yang diambil oleh Pakatan Rakyat seperti yang diumumkan oleh Azmin boleh
ditafsirkan seperti berikut:
1. Terbukti bahawa Majlis Syura PAS tidak
ada nilai di dalam Pakatan Rakyat
2. Sah bahawa PKR membawa fahaman plural
3. Puak Kristian dengan sengaja mencabar
Islam
4. Kuasa tertinggi Pakatan Rakyat adalah
DAP
Alasan
PR bahwa keputusan Majlis Syura hanya terpakai untuk ahli-ahli PAS dilihat
sebagai ejekan kepada semua umat Islam kerana ia adalah tidak relevan sama
sekali.
Ini
kerana yang ingin menggunakan Kalimah Allah dalam Bible bukan ahli PAS tetapi
puak Kristian yang dijuarai oleh DAP.
Justeru, apa ke jadahnya jika halangan yang dikeluarkan oleh Majlis
Syura itu ditujukan kepada ahli PAS?
Nampaknya,
apa yang kita khuatiri selama ini telah pun menjadi nyata iaitu keghairahan PAS
berpolitik dan kerakusan mereka mengejar Putrajaya akhirnya membawa kepada
tragedi ini. Apabila PAS mendabik dada
sebagai Islam maka tindakan dan kenyataan PAS dikaitkan dengan Islam. Oleh itu apabila PAS mengambil sikap
flip-flop, sentiasa mengalah dan sering U-turn, maka PAS sebenarnya menunjukkan
kelemahan mereka, tetapi dilihat sebagai kelemahan Islam.
Akibatnya,
Islam dilihat sebagai lemah sehingga musuh Islam tidak memandang sebelah mata
pun kepada PAS dan seluruh umat Islam.
Dari
apa yang berlaku ini, tidakkah kita melihat bahawa orang yang disanjung sebagai
Ulama besar, Mursyid, Tok Guru, Tuan Guru, yang kononnya berada di dalam darjat
yang tersendiri di sisi Allah SWT., yang maksum, alim lagi keramat, sebenarnya
langsung tidak punya harga, tidak ada nilai walau satu sen pun, di mata
orang-orang kafir. Tiada rasa gerun atau
hormat orang lain terhadap mereka sepertimana yang dijanjikan Allah SWT kepada
kekasih-kekasihnya, iaitu para Ulama sebenar.
Sebaliknya orang-orang kafir menggelengkan kepala melihat kebodohan
mereka.
Maka,
masihkah kita tidak mengaku bahawa mereka ini semua telah berbuat kesilapan
besar, dan bahawa kita yang menyanjung mereka juga telah membuat kesilapan
besar? Telah dikatakan bahawa akan
datang di akhir zaman Ulama-ulama jahat – tidakkah kita percaya pada ayat
AlQuran ini?
Masih
belum terlambat untuk umat Islam bangkit dan membangun semula kekuatan. Namun, ini hanya boleh dilakukan dengan
bersatu. Walaupun kita masih dinaungi
kerajaan Islam, namun sedarlah bahawa kekuatan kerajaan Islam itu juga
bergantung kepada umat Islam yang bersatu dibelakangnya. Sukar bagi sebuah kerajaan Islam untuk
mempertahankan Islam tanpa sokongan umat secara bersepadu.
Hentikanlah
menipu diri sendiri mengenai hudud atau Negara Islam sebagai alasan menolak
kepimpinan Islam. Hentikanlah membiarkan minda kita dimanipulasi oleh
Ulama-ulama jahat itu tadi.
Insaflah
bahawa akibat terlalu mengejar bintang di langit, bumi dipijak menjadi padang
jarak padang tekukur. Sedangkan yang
berkelip bukannya bintang rupanya kelip-kelip yang berterbangan. Sebelum kita membetulkan undang-undang
negara, betulkanlah diri sendiri terlebih dahulu.
Jika
tidak, inilah akibatnya, di mana iman sendiri bercelaru, sehingga lebih percaya
kepada Tok Guru daripada ayat-ayat Allah SWT. sendiri. Percaya yang sesama Islam itu kafir, walaupun
Allah SWT. menegaskan bahawa kita semua bersaudara. Malah, ada yang sibuk mengejar hudud tetapi
akhirnya bersolat juga caca marba seperti yang berlaku dalam Himpunan HKR #112
baru-baru ini di mana kiblat berlainan arah dan makmum selesai lebih awal dari
imam.
Semoga
Allah SWT selamatkan kita dari kesesatan dan perpecahan yang berterusan. Amin
No comments :
Post a Comment