AnWAR
& PHILEO ALLIED BANK
1.
Phileo Allied Bank amat berkait rapat dengan AnWAR. Tulisan blogger x-files
tentang laporan kehilangan wang tunai berjumlah RM4 juta di rumahnya sendiri
menimbulkan banyak syak wasangka. Dakwaan Datuk Nallakarupan tentang banyaknya
wang yang dimiliki oleh bekas teman rapatnya itu juga mengundang seribu
pertanyaan.
2.
Phileo Allied Bank ditubuhkan tahun 1995/96 ketika AnWAR menjadi TPM dan
Menteri Kewangan. Melalui ‘contact person’ AnWAR di Bank Negara, Datuk Murad
Khalid, (Penolong Gabenor), beliau telah memulakan segala proses penubuhan
sebuah Bank Perdagangan baru di Malaysia dengan AnWAR meluluskan lesennya.
3.
AnWAR melalui Murad telah meletak sahabat baik mereka Tong Kooi Ong sebagai
orang yang paling berkuasa di Phileo Allied Bank. Phileo sering mendapat
keutamaan dalam mengembangkan sayap perniagaan seperti penubuhan Phileo Allied
Options & Financial Futures Sdn.Bhd, Phileo Allied Asset Management S/B dan
Phileo Allied Unit Trust Management kerana AnWAR yang meluluskan lesennya
selaku Menteri Kewangan.
4.
Bermula sebagai pemaju hartanah dan syarikat kewangan, Kumpulan Phileo
berkembang sedari 6 Julai 1994, Phileo Bhd. melabur untuk menubuhkan Phileo
Allied Bank dengan modal permulaan RM733 juta. Phileo Allied Securities
menyumbang RM230 juta dan Phileo Allied Finance melabur sebanyak RM22 juta.
Jumlah awal RM1 billion menyaksikan Phileo Allied bank tertubuh dengan rasminya
tahun 1995/96.
5.
AnWAR, Murad dan Tong amat berpengaruh menentukan halatuju Phileo Bank. Bagi
mengaburi mata umum, Tong mengambil seorang anak muda melayu yang pintar, En.
Zulkefli Sulaiman sebagai Pengurus Besar dengan dibantu En. Nazari Ahmad
sebagai penggerak Phileo Bank. Namun segala keputusan penting, dasar dan
halatuju bank tetap ditentukan oleh Tong Kooi Ong atas nasihat AnWAR dan Murad.
6.
Phileo Allied berjaya muncul sebagai 10 bank paling berjaya selepas tiga tahun
penubuhannya atas segala insentif yang diberi AnWAR selaku Menteri Kewangan
ketika itu. Segala kepentingan kewangan AnWAR diletakkan di Phileo Allied Bank
dengan seliaan Tong. Urusan kewangan dengan agensi-agensi luar juga melalui
Phileo Bank. Kebanyakan staf di Phileo bank tahu AnWAR dan Murad punya
kepentingan di sana.
7.
Azmin juga memperolehi banyak manfaat dari Phileo Bank. Isterinya bekerja di
sana dengan gaji RM25,000 + elaun yang menjumlahkannya hampir RM30,000.
Shamsidar juga mendapat keistimewaan kereta pejabat berjenama Audi yang mewah
serta pemandu peribadi. Shamsidar hanya berjawatan Eksekutif Hal-Ehwal Koporat
dan menikmati pelbagai kemudahan Phileo Bank sedangkan Pengurus Besar tidak
mendapat kereta pejabat berjenama Audi!
8.
Hampir kesemua pegawai di pejabat AnWAR d JPM dan Kementerian Kewangan mendapat
kemudahan ‘handphone’ pejabat sedangkan bilnya dibayar melalui Phileo Bank.
Bekas staf AnWAR pernah mendedahkan hal ini. Syarat untuk mendapatkan h/p ini
haruslah sebulu dengan Azmin. Jika diluluskan oleh Azmin, barulah pihak Tong
dan Murad akan berurusan mendapat h/p dan selebihnya ditanggung beres! (tahun
1994-98, h/p masih dianggap benda mewah).
AnWAR
amat berkuasa dan memanipulasi keadaan ketika menjadi Menteri Kewangan. Beliau
menggambarkan dirinya kuat menolak rasuah, sedangkan dirinya yang bergelumang
dengan rasuah! Beliau memprojekkan dirinya pejuang rakyat sedangkan beliaulah
yang paling banyak merompak harta rakyat! Hingga kini beliau masih
terus-terusan hidup dengan cara begitu. Sebilangan ahli PKR tahu bagaimana
AnWAR mengurus dana yang diperolehi atas nama sumbangan untuk kepentingan
dirinya, namun tidak cukup kuat untuk membongkarnya.
Kita
mengharapkan mereka yang punya maklumat terus tampil mendedahkan penyelewengan
dan kerja rasuah AnWAR ini. Bekas staf Phileo Allied Bank amat dialu-alukan
untuk tampil dengan fakta konkrit mendedahkan AnWAR adalah manusia perasuah
nombor satu Malaysia.....
Baca selanjutnya : http://www.anwaraidc.com/?p=5017
Info : Sumber dan AID News
No comments :
Post a Comment