Pernahkah anda mengundi? Masih
ingatkah anda proses untuk mengundi?
Sedarkah anda jika anda memiliki kad
pengenalan sekalipun, belum tentu anda boleh mengundi dengan selamat.
Tak percaya? Baca catatan berikut:
Mula-mula anda perlu pergi ke pusat
mengundi iaitu sebuah bilik darjah yang terletak di dalam sebuah sekolah di
tempat anda. Kadang-kadang sekolah rendah dan mungkin juga sekolah menengah.
Tapi belum pernah dibuat di sekolah tadika atau balai raya (seingat saya ler).
Anda boleh pergi sendiri tetapi
biasanya dibawa kereta khas bagi mengelak kesesakan. Namun belum pernah
pengundi dibawa dengan bas rombongan!
Apabila tiba di pusat mengundi, anda
tidak dibenarkan menaiki kenderaan langsung termasuk basikal. Dalam hal ini kereta
tolak atau kerusi sorong dikecualikan.
Ya, anda perlu berjalan kaki sepaling
dekat pun 200 meter.
Di kiri kanan jalan bukan sahaja
terdapat bendera parti dan tiang lektrik tetapi dipenuhi para penyokong dari
parti-parti yang bertanding. Mereka bukan sekadar ingin memeriahkan suasana
tetapi berperanan memujuk dan mempengaruhi para pengundi.
Mereka bukan orang asing sebaliknya
penduduk tempatan yang bukan sahaja kenal setiap orang yang tinggal di dalam
kampung malah tahu asal usul nenek moyang setiap orang di situ.
Para perayu undi akan mendekati anda,
bertanya khabar dan memujuk anda mengundi calon yang mereka sokong. Jika anda
seorang Indon, Bangla, Nepal dan sebagainya anda memang mencari nahas ketika
melalui lorong ini. Malangnya inilah satu-satunya lorong yang dibenarkan untuk
ke tempat mengundi.
Sebelum tiba di pintu pagar sekolah
iaitu kira-kira 100 meter, terdapat pondok khas yang dbina parti-parti yang
bertanding bagi menyemak nama anda. Anda boleh pergi ke mana-mana pondok atau
kedua-dua pondok tersebut.
Awas, jika anda seorang Indon atau
Bangla, anda akan dibunuh di sini sebab para petugas terdiri daripada orang
tempatan dan merupakan penyokong tegar parti yang bertanding!
Apabila tiba di pintu pagar sekolah,
terdapat meja yang menempatkan pegawai SPR, pemerhati, pemberita, dan wakil
parti yang bertanding. Anda perlu singgah di sini pula untuk pemeriksaan sekali
lagi. Mungkin pegawai SPR tidak kenal anda tetapi wakil-wakil parti pasti akan
menyergah anda jika wajah anda tidak pernah dilihat di kawasan itu sebelum ini.
Jika anda ingin mati dengan tenang,
lebih baik anda jangan datang ke situ.
Selepas pemeriksaan di pintu pagar,
anda perlu berjalan kaki ke tempat mengundi. Ia merupakan sebuah bilik darjah.
DI luar pintu sudah ada pegawai polis dan pegawai SPR yang menunggu anda.
Perlu diingat, jika semua polis dan
pegawai SPR menyokong kerajaan, pasti LIMA buah negeri dan seluruh Kuala Lumpur
tidak jatuh ke tangan pembangkang! Jika anda menyokong kerajaan,
berhati-hatilah. Saya pernah mempunyai masalah kecil TETAPI akhirnya tidak
dibenarkan mengundi. Padahal masalah tersebut sebenarnya boleh diselesaikan.
Sedangkan sejak saya layak mengundi, saya belum pernah ‘culas’ menggunakan hak
saya itu tiap lima tahun di pusat mengundi yang sama. Semua ini gara-gara ramai
orang bermimpi ‘HANTU’.
Untuk makluman, ayam itik di kampung
itu pun tahu bahawa Megat sekeluarga dah tentu mengundi BN. Jadi, pegawai SPR
dan polis itu penyokong parti mana?
Di dalam bilik tersebut terdapat
beberapa buah meja. Anda diWAJIBkan singgah di sebuah meja dan menunjukkan IC
anda sekali lagi. Petugas di situ ialah wakil khas calon yang bertanding. Jika
ada dua orang calon yang bertanding, maka akan ada dua orang lah di situ.
Mereka duduk bersebelahan seperti pengantin yang sedang bersanding. Justeru,
jika anda berasal daripada LOMBOK, Jawa Timur, Nepal, atau Bangladesh, anda
akan dilempang di situ juga sebelum sempat anda membuka mulut.
Setakat ini sudah berapa tempat
pemeriksaan yang anda temui? Kalau tak ingat, cuba kira semula.
Perlu diingat bahawa wakil-wakil calon
itu mempunyai kuasa besar dan boleh menahan seseorang daripada meneruskan
pengundian. Orang yang dipilih ialah orang yang sangat dipercayai oleh calon
yang bertanding dan merupakan penyokong kuatnya. Jika tidak percaya, tanyalah
pada ketua PAS di tempat anda.
Maka setelah semua tapisan selesai
barulah anda dibenarkan mengundi. Anda diberi kertas undi, membuat tanda dan
memasukkan kertas tersebut ke dalam sebuah kotak lut sinar. Anda boleh nampak
kertas undi anda melurut masuk ke dalam kotak itu.
Sekarang, cuba ingat berapakah
penapisan yang perlu dilalui oleh setiap pengundi? Mungkin seorang dua orang
asing mampu terlepas di sesebuah pusat pengundian tetapi bolehkah seseorang
calon menang dengan majoriti 2-3 undi? Sejak PRU pertama hingga PRU-12, berapa
keputusankah yang menyaksikan majoriti kurang daripada 10 undi?
Justeru kita janganlah terlalu mudah
ditipu pembangkang. Ambiga adalah presiden IRC iaitu badan yang jelas membenci
Islam. Bolehkah orang sebegitu dipercayai? Alasan bahawa ini soal lain dan
agama pula soal lain tidak boleh dipakai sebab Ambiga tetap seorang Ambiga. Dia
tidak boleh membenci Islam dan dalam masa yang sama ingin membantu ummat Islam.
Ingat dalam agenda BERSIH, yang
berpecah adalah ummat Islam. Anda nampak orang India atau Cina yang berpecah
dalam isu ini?
Media anti kerajaan menganggap rakyat Malaysia bodoh dengan memainkan isu pengundi yang melibatkan orang asing. Mereke sengaja menghebahkan yang kerajaan sengaja menghantar "pengundi hantu" ke kawasan-kawasan parlimen dan DUN tertentu .Lihat Lihat Sini
No comments :
Post a Comment