Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, January 23, 2013

Hudud: Beranikah Pas Bawa Usul Ke Parlimen Sekarang ?


Isu hudud yang telah lama disimpan rapi oleh Pas kerana takutkan DAP tiba-tiba terlepas semula minggu lepas, gara-gara kenyataan Nik Aziz berpuncanya dari bilangan pesakit Aids yang paling tinggi di Malaysia di catatkan di negeri Kelantan.

Nik Aziz salahkan Tun Dr M kerana tidak dapat melaksanakan hudud di Kelantan. Katanya jika ditanya oleh Allah kenapa tidak laksanakan hudud , dia akan jawab kerana Tun Dr M tak benarkan.

Nik Aziz sering menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh dalam usaha dia mengembangkan politik Pas. Malah sampai satu tahap untuk menghalalkan dia mencarut satu masa dulu, dia kata Nabi pun mencarut.

Nabi Muhammad SAW menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam usaha menyebarkan syiar islam. Pernahkah anda dengar dari mana-mana ustaz atau mana-mana hadis yang mengatakan Baginda putus asa dan mengambil jalan mudah dengan menyalahkan Abu Lahab atau Abu Jahal sebagai halangan untuk Baginda menyebarkan islam sekiranya ditanya Allah ?

Nabi tidak pernah putus asa, bukan satu, bukan dua dan bukan tiga rintangan yang Baginda hadapi dalam usaha mengembangkan islam. Bermacam-macam rintangan yang Baginda hadapi.

Nik Aziz baru sekali hadapi rintangan dalam usaha untuk menjalankan hukum hudud, terus kecewa dan akan jawab dengan Allah itu salah Tun Dr M.

Nik Aziz oh Nik Aziz, selama ini aku ingatkan engkau pejuang islam tulen , rupa-rupanya engkau lebih takutkan Tun Dr M dari takutkan Allah. Ikuti ulasan Spy Leman di sini.

'Pejuang' hudud
80 tahun (1931 -2011)
Bertongkat
'Penolak' hudud
86 tahun (1925 - 2011)
Tanpa tongkat dan boleh betulkan kain sarung dengan sebelah tangan sahaja

Daripada dulu lagi kita dah kata, Pas tidak pernah serius untuk jalankan hudud. Hudud hanya dieksploitasi oleh mereka untuk keuntungan politik.

Sekiranya Pas benar-benar serius untuk laksanakan hudud sila bawa usul ke Parlimen agar Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan undang-undang jenayah dipinda bagi membolehkan kuasa diturunkan kepada negeri-negeri.

Pada masa sekarang kuasa yang melibatkan undang-undang jenayah terletak di bawah Kerajaan Persekutuan. Belum ada mana-mana negeri yang mempunyai kuasa tersebut di negara ini. Negeri-negeri hanya ada kuasa melibatkan syariah. Manakala hudud pula ada melibatkan jenayah seperti mencuri, merompak, bunuh dan jenayah-jenayah lain.

Setakat Dun Kelantan yang meluluskan hudud ianya tidak membawa apa-apa makna selagi Perlembagaan Persekutuan tidak dipinda untuk memberi kuasa kepada negeri menjalankan sendiri undang-undang jenayah.

Cara yang betul adalah selepas diluluskan oleh Dun Kelantan , Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dari Pas perlu mengemukakan usul kepada Parlimen agar Perlembagaan Persekutuan dipinda. Pernahkah anda dengar atau lihat ahli-ahli Dewan Rakyat dan Negara dari Pas bawa usul berkenaan dalam Parlimen ?

Apa yang Pas Kelantan lakukan dulu adalah mereka serahkan draf yang telah diluluskan oleh Dun Kelantan kepada Tun Dr M. Sudah tentulah jawabnya tak boleh dan kena tolak. Bukannya Tun Dr M yang ada kuasa mutlak untuk meluluskannya. Ianya kuasa ahli-ahli Dewan Rakyat dan Negara kerana melibatkan Perlembagaan Persekutuan.

Jika ianya tidak melibatkan kuasa ahli-ahli dewan, sudah tentulah hudud yang digubal oleh Pas di peringkat negeri Kelantan tidak perlu diluluskan di Dun Kelantan. Di peringkat negeri pun Nik Aziz tak boleh pakai kuasa dia seorang diri nak luluskan hudud sehingga terpaksa bawa ke dalam Dun, begitulah juga diperingkat persekutuan, bukannya kuasa PM seorang diri.

Sebab itu kita kata Pas tidak serius untuk laksanakan hudud. Cara yang dia buat pun dah tak betul kerana dia mahu perkara itu ditolak dan akhirnya dapatlah dijadikan modal politik mereka.

Sekarang jika Pas benar-benar serius untuk laksanakan hudud sila minta ahli-ahli parlimen mereka bawa usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan undang-undang jenayah supaya kuasa tersebut diberikan kepada Kerajaan Kelantan.

Pas ada lebih 20 orang ahli mereka dalam Dewan Rakyat termasuklah presiden dan dua orang naib presiden mereka yang boleh bawa usul berkenaan. Jangan asyik memalu tong kosong di luar sini, masuk dalam dewan dan buktikan keseriusan untuk laksanakan hudud
.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.