sempena
Maulid Rasulullah SAW
Hayatilah lirik lagu Law Kana
Bainana ini sempena Maulid atau harijadi Baginda Rasulullah. Sesungguhnya Nabi
Muhammad SAW adalah semulia mulia insan yang diciptakan Allah.
Bahawa mengambil berat akan Maulid
yang mulia adalah merupakan sebesar-besar cara menghampirkan diri kapada Allah
S.W.T. Sebab di dalamnya (majlis Maulid ini) terdapat amalan memberi makan
(Jamuan selepas Maulid), membaca ai Quran dan menyebut Qasidah-Qasidah
Nabawiyah dan lain-lain lagi yang semuanya bukanlah haram atau makruh. lbnu
Jauzi (seorang fahaman Kaum Muda) sendiri mengakui Maulid dengan berkata
setelah mencuba sendiri Maulid ini, adalah didapati terjadi (berlaku) keamanan
yang sempurna pada tahun itu.”
Syeikh lbnu Hajar pula dinukilkan
oleh Syeikh Muhammad Zain (Dahlan) yakni Mufti Syafie di Makkah di dalam kitab
As Siratun Nabawiyah Wa Asrarun Muhammadiah ( السيرة النبوية واسرار المحمدية ) , telah berkata di muka surat
51:
Maulidin Nabi S.A.W itu asalnya
adalah bersabit dengan hadis yang ditulis didalam kitab Sahih Bukhari dan
Muslim:
Ketika datang ke Madinah Rasulullah
S.A.W mendapati bahawa orang-orang Yahudi berpuasa di Hari Asyura. Baginda pun
bertanyakan sebabnya.
Menjawab Yahudi dengan katanya:
“Puasa kerana bersyukur mengingati hari tenggelamnya Firaun dan bebasnya Nabi
Allah Musa A.S.”
Maka Rasulullah S.A.W pun berkata,
“Kami lebih utama berpuasa kerana mengingati Nabi Allah Musa A.S daripada
kamu.”
Menghuraian hadis ini, maka lbnu
Hajar mengatakan, bahawa kalau Nabi Musa A.S pun diutamakan mengingati dan
membesarkan hari kemenangannya, maka apalagilah dengan Nabi kita Muhammad
S.A.W. Elok sangatlah diingati hari Maulid baginda dengan membaca Maulid itu.
Berkata Sultan Arifin Jalaluddin As
Syuthi di dalam kitab Al Wasail Fi Syarhi Al Syamail :
Mana-mana rumah atau masjid atau
kawasan yang dibacakan MAULID maka pasti orang-orang di tempat itu dinaungi oleh
para malaikat dan Allah akan melimpahi mereka dengan rahmat dan dikunjungi
malaikat yang membawa cahaya iaitu Jibrail, Mikail, Israfil, Qaryail, Ainail,
dan malaikat yang yang berbaris-baris dan yang ditugaskan menghadiri majlis
zikir dan malaikat yang berada di atas langit maka mereka akan berselawat
dengan sebab dibacakan MAULID.
Beliau berkata lagi :
Orang Islam yang membaca maulid di
rumahnya akan dijauhkan dari segala malapetaka seperti kemarau panjang, wabak,
kebakaran, kerosakan, bala bencana, perbuatan hasad dengki, kejahatan ‘ain,
keburukan dan kecurian bagi ahli rumah tersebut. Jika ditakdirkan meninggal
pada tahun itu maka Allah akan mudahkan baginya menjawab soalan kubur dan
tempatnya adalah di kalangan orang yang berjaya di sisi Tuhan yang maha
menguasai dan berkemampuan
No comments :
Post a Comment