ORANG kata (bukan penulis kata),
kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib ‘berhabis’ sungguh untuk menawan hati
rakyat agar mengundi BN dalam pilihanraya akan datang. BR1M, BB1M, TR1M dan seumpamanya, ditohmahkan
sebagai modal Najib untuk ‘membeli’ undi rakyat.
Penulis taknak ulas kepentingan
bantuan itu semua kerana ramai sudah tahu, cuma yang penulis nak kupas hari ini
ialah, kelihatannya dari cara orang ini bercakap, Pakatan haram yang dia dukung
dan sanjung tidak berbuat apa pun untuk ‘membeli’ undi rakyat.
Pakatan haram ‘berbelanja’ habis
juga, tak sedar? Tol percuma, pendidikan
percuma, minyak murah sampai kiamat, semua ini apa kalau bukan nak ’umpan’ dan
’beli’ rakyat untuk mengundi Pakatan haram?
Memanglah belum ada wang yang
keluar, tapi kalau dia dapat kuasa besok (mintak jauh), inilah yang dia
janjikan untuk beri kepada rakyat Malaysia ini. Masa itu guna apa nak tanggung
semua janji ini kalau bukan wang.
Tapi masalah disitu negara ini
boleh bankrap dengan janji Pakatan haram ini, kalau betul dia laksanakanlah.
Sekarang, Pengarah Strategik PKR
yang tidak asing lagi, si Rafizi Ramli, tabur janji lagi, kali ini nak kurang
harga kereta pulak.
Agaknya budak lembut ini tidak
sedar, dengan mengungkap janji itu sahaja, Pakatan haram telah kehilangan undi
100% kakitangan Proton yang majoritinya berasal dari negeri ‘Air Keruh’,
Kelantan.
Tak payahla penulis sentuh macam
mana undi boleh hilang, semua orang pun tahu apa jadi dengan kereta tempatan
kalau kereta luar pun dah sama harga atau lebih murah!!
Mungkin Rafizi akan kata pekerja
Proton tidak akan terjejas sebab Pakatan ada cara untuk struktur Proton dan
sebagainya untuk menangani kesan daripada janji tersebut. Tapi ini kelihatannya too good to be true. Kalau negeri-negeri yang depa perintah
sekarag dijadikan contoh, tak nampak bijak mana pun untuk selesaikan semua
masalah.
Air tak selesai, sampah tak
selesai, jalan hancur dan sebagainya.
Ini nak cerita struktur-struktur lagi?
Negara ini bukan ada 1 atau 2 syarikat yang bergantung kepada industri automotif
tapi banyak. Setiap satunya bergantung
antara satu sama lain, cermin keretalah, wiperlah, tayarlah dan sebagainya.
Mampu ke Rafizi nak ‘struktur’
semua masalah ini?
Ini perkara yang pemimpin Pakatan
haram tidak akan sebut di depan rakyat, bagaimana dia nak selesaikan semua
masalah ini. Yang penting pada dia ialah
tabur janji dulu dengan harapan boleh menang.
Boleh buat atau tidak itu kemudian.
Kita rakyat, jangan jadi bodoh sama
macam mereka. Niatnya tu jelas sangat
dah, bukan nak melaksanakan sangat pun tapi lebih kepada nak memancing undi
sahaja. Lihat saja prestasi
‘melaksanakan janji’ di negeri-negeri yang depa perintah sekarang, apa yang
hebat?
Takde pun, kok ada satu dua pun
bukan semua merasa. Air percuma di
Selangor contohnya, rumah pangsa tak dapat, rumah bawah dapat, nak selesai
masalah inipun Rafizi dan Pakatan haram tak boleh.
Hebat apa kejadahkah itu?
No comments :
Post a Comment