Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, January 21, 2013

DUMC kaya-raya macam City Harvest, sediakan servis bahasa Melayu


Diberitakan satu lagi bangunan baru lapan tingkat yang bernilai RM50 juta telah mula dibina oleh gereja itu pada bulan lepas dan akan siap Februari tahun depan.Damansara Utama Methodist Church (DUMC) memiliki bangunan serbaguna di Seksyen 13, Petaling Jaya.

Gambaran Dream Center DUMC Fasa 2
Dream Centre (Fasa 2) akan mempunyai auditorium yang boleh mendudukkan seribu orang penonton serta dua buah dewan masing-masing boleh memuat 500 kerusi. DUMC juga bercadang memperbanyakkan jumlah bilik latihan berbanding yang dimiliki Dream Centre pada masa kini.
Selain itu, Dream Centre yang baru ini akan menyediakan perpustakaan, kafeteria dan bilik senaman (gym). Butir boleh diperolehi di http://dumc.my/news/dream-centre-phase-two
Dewan-dewan sembahyang DUMC yang sedia ada pun kelihatan amat canggih, seperti yang ada di Gereja City Harvest. Lihat gambar-gambar.
DUMC2
DUMC3
DUMC1

“Awesome worship team!”

Malah K.L. Chan, iaitu pengarang Selangor Times, ghairah mentweet tentang kemudahan DUMC yang begitu hebat sekali – “awesome worship team n sound system — concert quality!” (screenshot bawah).
Nyata bahawa pihak evangelis menguasai media bahasa Inggeris dengan secara menyeluruh.
KLchanDreamCentre

Hubungan DUMC dengan DAP

Selain itu DUMC juga bijak menggunakan media sosial seperti Facebook dan Twitter.
Evangelis Yeo Bee Yin, iaitu juru runding bagi kempen ICT pilihanraya DAP, ada kaitan dengan DUMC – lihat pautan Facebook tentangnya yang dibuat oleh pastor kanan DUMC.
YeoBeeYinDUMC2
Gambar Yeo Bee Yin, seorang penceramah evangelis DAP

Take the city for Jesus

Seperti Subang Rally, DUMC juga bercita-cita untuk memenangi Kuala Lumpur bagi Yesus – “How do we win our city for Jesus?” (screenshot laman Facebook DUMC, bawah).
Di samping strategi-strategi yang disusun rapi untuk “menakluk ibukota”, DUMC juga mempunyai “cell group”, yakni kumpulan dakwah, yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Melayu dalam menjalankan kegiatan mereka.
WinKLforJesus
WinKLforJesus2
DUMCmalayCells
Credit for   :   Helen Ang

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.