Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, January 23, 2013

#RCI: Bukti Kerajaan BN Telus




Penubuhan RCI itu membuktikan Kerajaan BN telus. Mana kerajaan dalam dunia ni "perfect". Sesuatu keputusan dibuat berdasarkan keadaan semasa. Contoh: Kalau Dr Mahathir dengar cakap IMF/Anuar masa krisis kewangan 1997/1998 Malaysia dah lama lingkup dan dunia "perniagaan" yg rata-rata diceburi oleh kaum cina mungkin "hancor". 

Isu pendatang tanpa izin diSabah wujud sejak Malaysia belum ditubuhkan, bukan cerita baru. Cuma bezanya kerajaan Philipina tak ambil kisah nak selesai masalah tu. Jadi bila Sabah jadi sebahgian Malaysia, kerajaan BN terpaksa 'perah otak' nak selesaikan. 

Cara mana? itu hak kerajaanlah asal jangan langgar undang- undang negara.

Betul juga kata Tun. Masa PM pertama terima "bangsa asing" jadi warganegara tak ada siapa persoalkan. Kerana apa? Pasal ikut undang2 dan perlembagaan. Soal siapa nak sokong parti mana itu adalah hak mereka. Contoh lagi: Pada satu ketika pelarian Brunei diberi suaka politik diMalaysia oleh kerajaan BN. Bila mereka dah jadi warganegara M'sia dan berkahwin dengan orang tempatan, ada yg menjadi ahli dan penyokong PAS atau PKR. Salah ke?

 DALAM ISU RCI tentang pendatang tanpa izin di Sabah, jangan nak salahkan kerajaan BN je. Kerajaan nak cari penyelesaian dan bukan nak tambah masalah.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.