Ekspedisi
Greenland-Malaysia 2014: Penemuan Bukti Ikan Duyung Misteri |
Ikan duyung selama ini dianggap sebagai cerita dongeng untuk
kanak-kanak atau sekadar lagenda terutama di Eropah. Namun, sejak dua
tahun lalu, dunia barat kecoh dari semasa ke semasa bahawa spesis itu
mungkin wujud di pantai Eropah dan Greenland serta bukan sekadar
hidupan imiginasi.
Semuanya
bermula gara-gara dokumentari oleh Animal Planet pada Mei 2012
bertajuk “Mermaids: The Body Found”. Dokumentari itu menarik 3.6
juta penonton, tertinggi dalam sejarah rangkaian Animal Planet.
Kemudian, pada Mei lalu, rangkaian itu muncul pula dengan sambungan
“Mermaids: The New Evidence”. Eropah dan dunia barat yang lain
kecoh selepas kemunculan dokumentari pertama dan kedua itu.
Keyakinan
masyarakat barat terhadap kewujudan ikan duyung menjadi begitu
keterlaluan sehingga Jabatan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera
Kebangsaan Amerika Syarikat terpaksa mengeluarkan kenyataan menafikan
kewujudan haiwan tersebut.
Ini
berikutan badan berkenaan menerima terlalu banyak surat dan
pertanyaan yang meminta jabatan itu mengeluarkan lebih banyak bukti
berhubung kewujudan haiwan berkenaan. Dokumentari itu sendiri
dianggap sebagai penipuan oleh sesetangah pihak.
Namun
penafian tersebut tidak diterima sebahagian pihak lain terutama
apabila video kedua itu turut memuatkan kehadiran seorang bekas
pegawai daripada Jabatan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan
Amerika Syarikat.
Melalui
dokumentari “Mermaids: The New Evidence”, bukti terbaru mengenai
kewujudan ikan duyung diperoleh pada 6 Mac lepas di perairan
Greenland pada kedalaman 3000 kaki di bawah paras laut.
Dua
orang saintis yang menaiki sebuah kapal selam menemui spesis itu
apabila ia berenang berhampiran kapal selam mereka dan bertindak
menyentuh cermin kapal itu. Ketika itu salah seorang daripada mereka
yang berada di dalam kapal selam itu ialah Bekas Pakar Biologi Marin
Jabatan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat,
Dr Paul Robertson.
Video
penemuan terbaru itu ditonton berjuta orang di laman YouTube dan
siaran televisyennya juga di seluruh dunia melalui stesen Animal
Planet mendapat sambutan menakjubkan.
Bagaimanapun,
daripada bukti itu jika ia benar, maka Ikan Duyung tidaklah cantik
seperti yang digambarkan dalam watak kartun Little Mermaid terbitan
Disney tetapi rupanya seperti tengkorak dengan tangan yang mempunyai
sirip ikan.
Ekoran
penemuan itu, pihak pentadbiran Greenland kini dikatakan telah
menghentikan semua lesen carigali minyak di perairannya kemungkinan
untuk menyiasat lebih lanjut mengenai habitat spesis itu. Sebelum
bukti video berkenaan, beberapa bukti video menunjukkan haiwan
seperti ikan dengan rupa bentuk yang sama turut dilaporkan sekitar
kawasan Greenland.
Ini
menjadikan Greenland bukan sekadar satu sudut dunia yang unik, tetapi
juga misteri. Ia secara berterusan menjadi perhatian banyak pihak
atas sebab-sebab yang berlainan. Dengan kisah ikan duyung masih
popular di Greenland dan masih dalam konteks yang hampir sama,
sekumpulan 12 orang rakyat Malaysia termasuk tiga orang wanita akan
berjalan kaki dalam satu program yang dinamakan Ekspedisi Greenland
2014 anjuran Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) dengan
tajaan Felda.
Penasihat
KE7B, Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata, perancangan asal ialah
untuk membawa hanya tujuh orang namun mengikut perancangan terkini,
jumlah peserta ditambah.
“Ekspedisi
ini ialah satu penjelajahan yang akan mengambil masa antara 30 hingga
35 hari melibatkan perjalanan sejauh 530km merentas bahagian tengah
dan Selatan Greenland,”
Menurut
Akmar Hisham, ekspidisi itu adalah ekspedisi pertama merentasi
Greenland melibatkan rakyat Malaysia dan ia membabitkan kumpulan
terbesar setakat ini dari mana-mana negara pun. Ekspedisi ekstrem itu
diadakan untuk menunjukkan pada dunia rakyat Malaysia boleh menyahut
apa sahaja cabaran di mana-mana pelusuk dunia pun tidak mahu negara
Malaysia hanya dianggap sebagai ‘Jaguh Kampung’, katanya.
“Biasanya
orang akan melakukan ekspedisi secara solo tetapi kali ini kita
libatkan secara kumpulan. Apa yang menarik, ialah cabaran ini akan
dianggap sebagai satu cabaran yang ekstrem kerana perjalanan mereka
akan melibatkan laluan dengan suhu serendah -40°C hingga 45°C.
“Pada masa sama mereka perlu menarik luncur salji mereka sendiri
yang mengandungi peralatan asas peserta sepanjang ekspedisi dengan
berat sekitar 70 hingga 80kg sehari,” katanya.
Beliau
berkata perjalanan itu nanti juga tidak mudah dan berliku kerana ia
turut melibatkan pendakian kawasan tinggi. Menjelang hujung tahun ini
KE7B akan dapat senarai akhir seramai 10 orang penjelajah terbaik
bersama dua orang jurulatih yang akan mengikuti ekspedisi itu, kata
Akmar Hisham.
“Pada masa ini, kita ada 26 pelatih yang mengikuti latihan dan kita akan membawa 15 orang terbaik ke New Zealand untuk latihan penyesuaian selama dua minggu pada hujung tahun ini atau awal tahun depan serta mencari 10 orang termasuk tiga wanita,” katanya.
“Pada masa ini, kita ada 26 pelatih yang mengikuti latihan dan kita akan membawa 15 orang terbaik ke New Zealand untuk latihan penyesuaian selama dua minggu pada hujung tahun ini atau awal tahun depan serta mencari 10 orang termasuk tiga wanita,” katanya.
Menurut
beliau yang juga merupakan Penasihat Ekspedisi Greenland 2014 peserta
dipilih daripada pelbagai latar belakang. Ada yang dipilih dari
tentera, polis, kakitangan awam, swasta dan pelajar. Adakah mereka
bakal menemui ikan duyung juga di sana? “Rasanya tidak kot, kerana
kami ikut laluan daratan,” kata beliau sambil tersenyum.
SAKSIKAN
VIDEO DI BAWAH INI:
No comments :
Post a Comment